Selasa, 31 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Azam Tahun Baharu 2014

31.Dis.2013 (Selasa), 8.30 malam

Menghampiri ke angka tahun 2014, ramai orang berazam macam-macam... Termasuklah yang tukar profile picture untuk brand new image! Wow! Gorgeous! Manakala emas tak lah berazam macam-macam, cuma nak sambung niat yang lepas-lepas jer... Asyik tak kesampaian jer ni... Kepada rakan-rakan, emas ucapkan Selamat Tahun Baharu 2014. Semoga tahun ini akan lebih indah dan memberangsangkan, in shaa Allah...

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Menjamu selera di Dapur Penyet, Cyberjaya

31.Dis.2013 (Selasa), 6.00 petang

A complimentary after amazing resting time. Alhamdulillah... Ready to next pick up! Ahaks

0 ulasan

Isnin, 30 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Ziarah ke Mahallah Halimatus Saadiah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

29.Dis.2013 (Ahad), 6.00 petang

Banyak ceruk yang belum emas jelajahi ~ Cheras. Kelas jahit dah tamat hari ini. Bergerak ke uiam untuk mengambil si sikin.

0 ulasan

Ahad, 29 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Majelis ex boss

27.Dis.2013 (Sabtu), 2.30 petang

Majelis ex boss:D

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Besties brother at Bangi Kopitiam :-)

27.Dis.2013 (Sabtu), 8.20 malam

Rasa release sangat... Bagai tak pernah pergi kursus, mahupun bertukar tempat kerja. Thanks to besties brother :-)

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Aktiviti hujung minggu

27.Dis.2013 (Sabtu), 9.00 - 1.00 tengah hari

Aktiviti hujung minggu... Penat sangaaattt... Rasa berpinar-pinar mata tengok jahitan. Uweks... But :-)

0 ulasan

Sabtu, 28 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Happy hour with my colleague buddies :D

27.Dis.2013 (Jumaat), 1.00 tengah hari

Happy hour with my gorgeous colleague. Thanks buddies for the companion. You're all very gempak! ♡

http://instagram.com/p/ibGUjwP8P6/

0 ulasan

Coretan e.m.a.s ~ My first time breakfast in a new place

27.Dis.2013 (Jumaat), 7.30 pagi

Paper bag ni jer yang tercapai. My first time breakfast in a new place. Flying with no feel. Freezing and it kinda of amazing :-)

http://instagram.com/p/ibFNM7v8PY/
http://instagram.com/p/ibFqhTv8Po/

0 ulasan

Rabu, 25 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Wiwi Huge Damage! Harga Baiki Kereta Proton Savvy dan Harga Spare Parts

24.Dis.2013 (Selasa), 6.00 ptg

Pergi ambil wiwi di bengkel di Serdang. Mintak bantuan opismate yang baru jer kenal tolong drop di komuter serdang. So kind of u, Lee... Thanks tau! Salam perpaduan.. :D

Ini adalah antara perkara yang rosak. See in this pic, it's not just a damage brake drum but the holding hand! Hahaha... So momentos...

Antara harga baiki proton savvy:

● engine oil set - RM120
● brake pad frt - RM95
● breathing brake oil - RM35
● power steering oil - RM35
● air filter - RM25
● brake shoe - RM70
● brake pump - RM110
● brake drum - RM560
● meter sensor - RM250

Uwaaa... Melayang duittt... Damm!

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Menunggu Bas Nadi Putrajaya

24.Dis.2013 (Selasa), 7.00 pagi

Hujan lebat time ni... Terpaksa meredah hujan lebat dan air yang mula bertakung atas jalan. Ohhh boleh tahan kuyup dan kasut terendam dalam air. Erkkk...

http://instagram.com/p/iV-zsUv8Jv/

0 ulasan

Isnin, 23 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ My First Time Experience for The Year of 2013 Taking Nadi Bas

23.Disember.2013 (Isnin), 7.28 pm

Hari ni 1st time naik bas ke tempat kerja baharu n jugak untuk tahun ni... Sesampai opis, lif rosak. Ok, fine! Daki jer lah ke aras 9. Bukit obs lagikan ku daki kut...

Balik kerja, tunggu bas lagi... Ohh kene naik bas L02 untuk sampai ke rumah. Ok, dah naik bas L02. Tetiba pemandu bas tanya nak pegi mana. Cakaplah Fasa 11. Oucchhh! Tetiba jugak kene leter sebab apa naik bas ni. "Saya dari jalan lain, x kan nak pusing balik. Saya nak ke Sentral ni. Bukan bas ni awk kene naik, naik bas belakang!" Erk... Terkulat-kulat aku dibuatnya... Apakah?

Manalah aku tahu bas L02 kene tengok dari mana arah datang. Dah labeling L02, aku naik jer lah... Pastu aku naik bas belakang L02 dari Alamanda. Aku tunjuk tiket bas yang tersalah naik tadi. Pemandu bas tu kata x boleh pakai tiket ni. Kene bayar lagi...

Hahaha... Dalam konteks ni, aku bukan kupik nak bayar rm0.50. Cuma x payahlah menjerit kat aku yang tak tahu naik bas Nadi ni. Dah ada skrin waktu ketibaan bas, x kan aku nak tanya lagi... So, apakah?

Serik aku naik bas Nadi walau buat pertama kali di tahun ini. Macam gengster dia press minyak! Dah lah buat bising dengan tekan hon segala bagai... Ingat ini Central Market kah? Aku rasa "happening" sangat! Wowwww...

0 ulasan

Selasa, 17 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Laporan Terakhir Selepas Kursus DPA!

17.Dis.2013 (Selasa), 12.34 tengah hari

Banyak lagi nak kene siapkan ni! Waduh waduh… Macam nak buat tesis pun ader! Hahaha… Tadi bos datang kat tempat tanya kerja dah siap ke belum. Mujur bos baik bagi chance kasi habis dulu… Kerja rasmi berketul-ketul dah tunggu ni… My last shot before end it up! Nevermind, keep it up… Hahaha…

image

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Sebuah Group WhatsApp yang Sangat Bermakna

17.Dis.2013 (Selasa), 8.23 pagi

Geng-geng dalam group WhatsApp ini adalah antara member yang sangat rapat dengan emas. Kami berkongsi banyak perkara di antara Sungai Petani dan Kemaman, tanpa sempadan masa dan jarak... Terima kasih LSY dan WWS... Korang sangat awesome! :D

Perhubungan diteruskan di Underground!

0 ulasan

Isnin, 16 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Memasak Itu Mudah :D

16.Dis.2013 (Isnin), 9.48 malam

Hari ini merupakan hari kedua melapor diri di agensi baharu. Adik-adik emas masih di rumah. Boboi mula kerja hari ini.. Rasa risau juga tapi tak apalah, his journey of life...

Hari ni 1st time breakfast di E7, makan roti canai... Wow, boleh tahan sedap ni... Sama ada roti tu sendiri mahupun kuah! LSY lah bersemangat ajak emas breakfast ni.. :)

Tengah hari tadi ke agensi lama sebab ada jamuan perpisahan. Ohh ingat pulak pak enchek tu akan nama emas... Selalu dia akan psiko depan orang ramai, apa nama u ea... apa nama u ea... Apparrraa...

Sapa kata emas tak rindu tempat lama. Bukan sekejap emas di situ, more than 3 years... Kawan-kawan kat opis pun mencuit kenangan juga... Suka duka tercalit semua... emas masih rindu... Tadi jumpa si pk baharu... Macam familiar, kalau yea sama rasa, alangkah indahnya. Berbalas ok!... Hahaha...

Selalunya emas susah sikit nak masak. Sebab risau si bulia dan boboi lapar, masuk juga ke dapur... Nak buat keaw tiau tapi dah habis pulak kat kedai bawah. Ada mee spagetthi jer... Alaaah belasah jer lah.. Masak kononnya spageti lah ni... Mujur bulia bertambah. Kiranya ok lah tu kut... Hahaha... Sebenarnya memasak ni tak susah. Ada bahan, prepare bahan-bahan, cuma campur dan masak jer.. Terus jadi! Hahaha... Dan yang paling penting ialah... Hati mesti ikhlas mau masak! Hahaha...

Masak done! :D

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Suatu Budaya Kerja yang Syok Sangat...

16.Dis.2013 (Isnin), 6.30 ptg.

Suatu "feeling" yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata jer... Bila semua warga kerja agensi sama ada pengurusan atasan mahupun pekerja operasi berpusu-pusu balik kerja jam 5.30 petang! Wow... Cam best jer... Budaya baharu yang agak janggal di agensi terdahulu. Hahaha...

Sebenarnya tadi emas sedang bertungkus lumus (kononnya) menyiapkan laporan MKL yang perlu dihantar 20.Dis.2013. Waaa masa hanya tinggal 4 hari jer lagi ni... Dah lah banyak ni... Lepas tu kecoh-kecoh waktu balik kerja sebab pintu main entrance tak boleh bukak! Diorang suruh emas balik cepat-cepat sebab emas x der pass access pejabat lagi. Wow!

Sedang emas nak keluar ikut pintu mana ntah, emas terserempak dgn kp. Dia yg bukakan pintu untuk emas.. Happy betul kp ni! Hehehe... Tumpang gembira emas tengok kp ni... Yelah ini semua budaya baharu kepada emas.. Jika dulu di agensi lama, nak balik kerja pun kena sembunyi-sembunyi. Bila berjalan pun terjengket-jengket...Hahaha...

It's time to adventure a new valuable moment... :z)

0 ulasan

Khamis, 12 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Alkisah Kekeliruan Penempatan Selepas Kursus

12.Dis.2013 (Khamis), 11.25 mlm

Alkisah penempatan terbaharuku:

INTAN announced: ICU, JPM
JPA bagi surat penempatan: SUK Pahang
JPM posting: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, JPM

Rasa sedih sangat... Cam terbuang-buang jer emas ni... Orang x ndak... Sob sob sob

0 ulasan

Rabu, 11 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Rakyat Salah Faham Maksud "No Wrong Door Policy" Perkhidmatan Awam

11.Dis.2013 (Rabu), 3.56 ptg,
Library JPM

Dah lama x update status... Hehehe... Ni nak share citer siket ni...

Sedang duk melepak kt library jpm, tetiba ada sorang belia masuk kt library... Katanya saya pakai selipar jer ni, boleh ke masuk? Erk...

Pastu dia terlajak masuk ke rak buku, then patah balik pegi kat kaunter... Katanya mahu bayar myeg. Whattt?? Bayar myeg kt library jpm? Kakak jaga kaunter jawab sini library, encik salah kaunter ni... Pastu boleh pulak si belia ni jawab sambil bukak pintu nak keluar, sepatutnya "no wrong door policy". Terkedu kakak jaga kaunter sambil tersengih. Mujur kakak ni penyabar... Kalau aku lah... Erkkk... Mahu aku tarik rambut si belia ni!

Yelah bang... "no wrong door" tu bukan bermaksud kt mana2 kaunter kerajaan boleh bayar... Tanya boleh lah, x kan semua servis leh dapat dr satu kaunter... Semua benda nak kene suap ni! Kat swasta pepandai pulak kamu bawak diri. Oohhh Malaysiaku...

0 ulasan

Isnin, 2 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Hari Pertama Minggu Sintesis di Kemaman

1.Dis.2013 (Ahad) <Hari ni birthday kerol :)>

emas agak x larat ni... Suara dh hampir hilang.. Badan lak rasa x sihat sangat2 ditambah dengan batuk kong kong kong. Ni rasional paksa diri mintak update.

Hari ni 3 event start seawal jam 7.15 pagi...
Ada sentimental value dengan si anak penyu.. Be strong dan kembali lawat mama tau... hehehe... The rest, lets picture speak.. x larat dah...

Gotong Royong







Fiesta Belia Kemaman






Meeting untuk next program



Talks pasal keluarga bahagia




0 ulasan

Ahad, 1 Disember 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Selamat Hari Lahir Abang Yu...

1.Dis.2013 (Ahad)

Selamat hari lahir abg yu... semoga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat... semoga bahagia sokmo2... semoga dapatlah motor idaman tuh n v ke taq pinjam etek... taq igt ag masa abg yu baru lahir... kecik tuek! Hahaha... masa tu 1st day org g sekoloh... kuat betul snapshot tu dalam ingatan taq... wish u the best of life... amin ya rabbal alamin...

Cc: Julidawati Awang, Anoi Sikonok, Amar Ridzuan Awang, InNur Isyq, Monalisa Ben, Bella Issabelle, Mohd Bulia

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...