Isnin, 30 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Eseimen oh eseimen

30.Sep.2013 (Isnin), 2.52 pagi
Kemaman

Baru habis siapkan final and the only last editing Kertas Kerja Strategic Engagement Programme. Dah berat kepala ni... Petang tadi tepaksa g kelas swimming sebab diambilnya attendance beta! Thanks Catherine kerana sudi print dan bersama-sama hingga ke noktah kita yang terakhir. Cuma sedikit rasa gusar sebab isi x berapa mantap... Kalau nak bagi cadangan penambahbaikan, better sertakan dengan manual sistem... emas x nak mengulang paper ni... Dah x nak ader perkaitan dengan kursus ini dah...

Gud nite! I want to be with u my....

0 ulasan

Ahad, 29 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Si Ketapang

29.Sep.2013 (Ahad), 8.32 mlm
Kemaman

Terpandang si pokok ketapang; terimbau ke suatu saat lampau... bersama-samamu si gigih perkasa! Menyintai tanpa penat dan kenal putus asa... murni hatimu... tiada peri... semoga rohmu bersemayam di firdausi... amin...

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Count down 68 days!

29.Sep.2013 (Ahad), 2.12 pm
Kemaman

Alamak kunci bilik tertinggal dalam bilik lak. Rumet g obs... ohhh la la la... rasa sonok jer main lari2 n kejar2 n cari2 si kunci ni... hahahaha...

68 days to go... walla :P

0 ulasan

Jumaat, 27 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Seusai sudah

27.Sep.2013 (Jumaat), 1.46 ptg.
Chukai, Kemaman

Gurau bayu di tanah lahirku tak sama dengan di mana-mana..

Suasana ketika menikmati hidangan brunch. Hahaha... Lapar seh... Hilang jap penat ;-)

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Nilai Sahabatku

27.Sep.2013 (Jumaat)|1.13 pg|Kemaman

Melangkah masuk ke bilik, terima call dr sahabat.. seusai letih tak x cukup rehat dan tidur kerana setelkan majlis malam protokol, memang amat membahagiakan... itu kebahagiaan kami. Tertumpah jua air mata ini.. Walau terpisah dek jarak sungai petani dan kemaman.. terima kasih LSY. Catatan ini adalah ingatan persahabatan yg x mengenal bangsa n agama.. nilai itu tersangatlah berharga...

0 ulasan

Selasa, 24 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Hibernasi

24.Sep.2013 (Selasa), 7.32 mlm
Kemaman

Penat dan ngantuk.
Perlukan 12 jam x 7 hari 'tuk hibernasi...
Aku ingin pulih segera! :P

0 ulasan

Sabtu, 21 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Neutral

21.Sep.2013 (Sabtu), 1.14 pagi
Seberang Pintasan


Ketegangan semasa berkursus neutral apabila pulang ke desa terchenta... Hilang penat lelah, cuma tersisa fikirnya pada tugasan yang perlu dinoktahkan segera dalam tempoh yang telah diamanahkan. Apa taknya, kat rumah maa sahaja minima 2 pinggan nasik. Keluar jejalan dan makan malam, balun lagi.. Balik rumah mak, singgah rumah mak sue dulu, berpinggan mangkuk lah jawabnyee.. Waaaa... Sapa x sonok... Hahaha... Naik naik lagi... Hahaha


0 ulasan

Selasa, 17 September 2013

Coretan e.m.a.s.~ Entah

17.Sep.2013 (Selasa), 11.44 mlm

Otak yang beku
Hati yang syahdu
Adrenalin yang melaju
Nafas bak tersedak
Mata dah layu
Hehehe... Saya tidur dahulu
Assalamualaikum dan selamat dalam lenamu. Kikiki ;-)

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Hilang

17.Sep.2013 (Selasa), 1.54 pagi

Dalam debar waktu, aku buntu..
Mencari gapai yang tak terpaut,
Mata jasad menatap jitu,
Atma merenung tanpa arah..

Dalam debar waktu, aku menunggu..
Denyut nadiku kaku..

e.m.a.s.
Kemaman

0 ulasan

Isnin, 16 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Hilang

16.Sep.2013 (Isnin), 1.09 pagi

Entah apa yang emas fikirkan saat ini. Bersenda dengan sang nyamuk di pondok pusaka tinggalan nenda. Terdetik jua untuk bersama-sama mereka yang telah tiada. Dan pantas pula ditangkis dengan yakinnya akan bersua ceria di depan sana...

Mengapa agaknya emas masih mahu ada tanda dengannya. Agar di suatu waktu, akan ada yang bertamu merungkai kisah itu. Mengapa juga emas cuma mahunya sentiasa rasa sakit sebab emas percayanya tidak akan mudah lelah dek rasa luka itu... Takkan sesekali emas maafkannya yang betah melempar sekujur jasad dan nyawa ke tebing luka.

Selamat Hari Malaysia ke-50!
Di mana emas dalam jasad bernama Malaysia.

1.17 pagi
e.m.a.s.

0 ulasan

Rabu, 4 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Daily update 4.Sep.2013, 3.37 pagi

4.Sep.2013 (Rabu), 3.37 pagi, Kemaman

Tadi ader roll call jam 11.45 malam. Lepas tu pemilihan biro baharu dalam sidang, kene cipta cheers sidang yang baharu lak...

Masuk bilik, terus sambung buat assignment tokoh, sempat update status semasa hari ni as an historical moment to remember dan senang nak isi buku log nanti. Erk.... barang2 nak kemas lagi, esok nak g modul BTN di Besut pulak. Kemas dulu lah... Alahai... banyaklah pulak barang nak kene bawak... erm.. sambung assignment tokoh lagi dapat jugak 2 perenggan. Tak larat dah ni. Kepala dah out of service dah. Kene jaga kepala... switch off now!

Ended at 3.42 am

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Wiwi emas yang lasak telah terkunci dari dalam… :-(

Log Report: 3.Sep.2013 (Selasa)

(dicoret pada 4.Sep.2013, jam 1.57 pg)

Alhamdulillah telah selamat sampai di Kemaman jam 8.30 mlm. Rasa dahaga nak minum neslo ais lah... Erkkkk... Alamak wiwi terkunci pulak! Camner nak drive balik ke INTIM ni? Tak per, kekal positif... Kalau x, x kan jadi life journey lak kan. I like it! Hehehe... <masih leh sengih dan gelak2 lagi>. Member called member lain dan pomen untuk ekspedisi menyelamat! Wow weee malam ni leh belajar taktik nak curi kete.

IMG-20130903-WA0004IMG-20130903-WA0005

Apa radas yang kami guna?? Haaa… Jangan tak tahu, guna pembaris (besi lagi you…), hanger (haaa… besi jugak), dawai… Habis wiwi menggelupas. Ader ke patut diorang nak koyakkan getah kat tingkap wiwi! Ohhh noo… Mama tak sanggup lihat wiwi sakit. Lepas usaha gigih, hasil tangan pomen tersebut, pintu kat driver seat boleh dibukak! Pomen tu siap nak test nak buat sekali lagi. Namun, nasih tak berpihak pada dia. Hahaha… Apa-apa pun, alhamdulillah semua telah setel jam 11.00 mlm. Thank you Allah ;-)

Telah check-in di INTIM pada jam 11.00 malam.

 

Total day course: 195 days
Day course up to date: 101 days
Balance: 94 days left!

0 ulasan

Selasa, 3 September 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Hitungan hari-hari kursus…

3.Sep.2013 (Selasa), 12.49 pm

Asyik bermasalah jer nak kemaskini buku log... Kalau sihat, bolehlah mencatat. Bila dah bz, haaa... susah nak menyempat. Oleh itu, jom kita kira berapa hari lagi kursus ni nak tamat... hehehe... way forward with a positive mind! <kunun> :-D

Jumlah hari berkursus: 195 hari
Jumlah telah berkursus: 101 hari
Baki tinggal berapa ek? Hehehe... 94 hari lagi!

0 ulasan

Isnin, 2 September 2013

Notis Makluman Kuarters Berkongsi

2.Sep.2013 (Isnin), Putrajaya

Seriously, rasa sedih sangat bila member texted tadi dan bagi tahu kuarters kena share bagi yang single. uwaaa….

 

BPH, JABATAN PERDANA MENTERI

NOTIS MAKLUMAN

SEMUA PEMOHON KUARTERS YANG DIHORMATI,

MULAI 1 JULAI 2013, BPH AKAN MELAKSANAKAN TAWARAN KUARTERS SECARA BERKONGSI BAGI PEMOHON YANG BERSTATUS BUJANG SEBAGAIMANA YANG TELAH DILAKSANAKAN SEBELUM INI UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA LEBIH RAMAI PEMOHON. BAGI PEMOHON YANG BARU BERTUKAR STATUS, DIMINTA MENGEMUKAKAN SALINAN SIJIL NIKAH / PERKAHWINAN KEPADA BPH UNTUK PENGEMASKINIAN MAKLUMAT.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI
24 JUN 2013

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Ada sesuatu dalam waktu itu… ;-)

2.Sep.2013 (Isnin), 3.58 petang, Putrajaya

Putrajaya disinggahi hujan ni... Seandainyalah boleh bersenang-senang cam gini untuk 2 minggu lagi. Hehehe... Walau dah set kaw2 punyer x nak fikir pasal eseimen, konon-konon just do it jer. Erkkk masih x layak mendapat mandat filsuf sebegitu! Hahaha…

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...