Jumaat, 23 Ogos 2013

Quote of the day ~ What is Writing

"If you do not breathe through writing, if you do not cry out in writing, or sing in writing, then don't write, because our culture has no use for it." - Anais Nin

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Pemilihan Penggal Kedua ;-)

23.Ogos.2013 (Jumaat), 2.49 pagi

Kuasa dan pangkat itu akan datang dengan sendirinya apabila seseorang individu sememangnya berketerampilan, mendapat kepercayaan dan mempunyai pengaruh di kalangan persekitarannya. Sekiranya diberi mandat untuk menjawat posisi tertentu, ingatlah bahawa posisi tersebut adalah bersama-sama amanah dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan.

Seorang raja di zaman para sahabat sanggup melepaskan jawatannya kerana memikirkan pengadilan Allah lebih menjadi keutamaan seandainya baginda pincang dalam melaksanakan urusan pemerintahan. Manakala sahabat Rasulullah, Saidina Abu Bakar assidiq pada mulanya menolak posisi sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah. Namun atas dasar memegang amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh Rasulullah kerana Allah, Saidina Abu Bakar akhirnya menerima posisi tersebut. Keagungan sesebuah ketamadunan adalah bergantung kepada karisma sesebuah pemerintahan.

Wahhh... Berakhir sudah penggal pertama kursus ini dan akan memasuki atmosfera penggal kedua. Apa yang lebih penting buat emas ialah menghabiskan kursus ini dengan penuh keceriaan. Hehehe... ♡♥

0 ulasan

Khamis, 22 Ogos 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Program Pratonton dan Dialog Tanda Putera

22.Ogos.2013 (Khamis), 12.00 tgh - 4.00 ptg

"Program Pratonton dan Dialog Tanda Putera."
Sendu jugak menonton wayang ini...

"Janganlah digugah perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan latar belakang ini. Jagalah keharmonian negara yang tercinta ini. Akar umbi keutuhan negara kita adalah PERPADUAN, bukan daripada sesiapa tetapi daripada setiap diri kita."

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Kerja Keras dalam Sebuah Ruangan Masa

22.Ogos.2013 (Khamis), 3.05 pagi

Masih bekerja keras walaupun embun jantan pun sudah nak menghampiri fajar. Yang ada kebekuan hati melawan usikan kantuk yang dengki. Sempurnakan tanggungjawab hingga ke akhirnya!

0 ulasan

Rabu, 21 Ogos 2013

Kerlipan Cinta ~ Rabbani

Kerlipan Cinta ~ Rabbani

Hidayah... Kerlipan cipta cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis keseorangan...

Aku masih menghitung diri...
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku liku
Duri dugaan
Siratan cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu... untukmu

Ku kembara setia di sisinya...
Ku inginkan bahagia abadi
ku impikan sentosa di bawah naungannya
selamanya

0 ulasan

Khamis, 15 Ogos 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Apa rasanya bila course break

15.Ogos.2013 (Khamis), 3.04 pagi

Course break ni menyebabkan aku lupa yang aku masih sedang berkursus dan aku amat menyukainya... Keep on counting to end this course so soon... Yeayyyy!!! (teriak hapi in advance)

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Temubual Tokoh Kepimpinan Unggul, Modul Komunikasi Kepimpinan: YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Aziz bin Mohd Yusuf, Pengerusi Pilihanraya Malaysia (SPR)

14.Ogos.2013 (Rabu), 11.15 pagi – 1.35 petang, Pejabat Pengerusi SPR

Karismatik YBhg. Tan Sri yang emas kagumi. How cool he is in handling the stressful situation. Knowing him is an opportunity for me… His style, cool, humble, goal-oriented, communication, satisfy the stakeholder and client… Wowww… Instead of my idol Tan Sri Dato’ Seri Dr. Zeti Akhtar, Usman Awang, Ungku Aziz, he gonna be the next one ;-)

TOKOH KEPIMPINAN - 1TOKOH KEPIMPINAN - 2TOKOH KEPIMPINAN - 3TOKOH KEPIMPINAN - 4TOKOH KEPIMPINAN - 5TOKOH KEPIMPINAN - 8TOKOH KEPIMPINAN - 9TOKOH KEPIMPINAN - 10TOKOH KEPIMPINAN - 11TOKOH KEPIMPINAN - 12TOKOH KEPIMPINAN - 13

 

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Jejalan di Cameron Highland

11 – 12.Ogos.2013 (Ahad – Isnin), Tanah Cameron Highland

Niat nak jejalan ke Cameron Highland bermula bila emas rasa ‘berat nanang’ sangat dek kursus yang emas sedang jalani. Sementelahan beberapa emosi yang terperap dalam diri yang emas masih tak dapat hilangkan lagi. Di samping keinginan emas yang membuak-buak untuk mengimbau kembali kedinginan semasa berkunjung buat kali pertama mengikuti rombongan geng-geng UM. Tapi emas dah lupa sempena program apa… Lantas emas menyuarakan niat kepada Mak Sue. Haa, apa lagi Mak Sue memang teruja sesangatlah… Lagipun Mak Sue tak pernah pergi. Tak apalah, di samping mengubat diri sendiri, elok juga jika emas hiburkan hati insan-insan yang menyayangi emas ini.

Raya ketiga, emas, Mak Sue dan Anum dah bertolak dari kampung ke Putrajaya. Memang tak dinafikan, terdetik jugak di hati emas penatnyer perjalanan nanti. Namun emas dah memberi harapan kepada Mak Sue untuk jejalan ke sana. emas mestilah berpegang kepada janji dan tidak boleh sesuka hati ikut perasaan sendiri. Huhuhu… Akhirnya bergeraklah kami ke Putrajaya pada 10.Ogos.2013. Penat? No way!!! emas takkan benarkan perasaan penat menguasai diri. Looking forward for the bayu dan dingin udaranya… ;-)

Awal-awal pagi 11.Ogos.2013, kami dah bergerak. Ingat nak ikut Tapah, biarlah thrill sikit kata orang… Tapi bila teringat zaman dolu-dolu yang emas memang berazam/berikrar/bertobat (tak der kata-kata ni), tak nak lagi ikut jalan Tapah lagi! Penat dan berliku-liku sangat… Lagipun kesian kat wiwi, dah lah keadaan wiwi tak berapa sihat sangat. Ikut jer kehendak langkah mama dia. Terima kasih wiwi yang baik sangat kat mama selama ini… Sob sob sob…

Alhamdulillah… Semuanya berjalan dengan lancar ;-)

 

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...