Jumaat, 17 Mei 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Ekspedisi ke Taman Negara

17.Mei.2013 (Jumaat), 6.00 pagi

Segala puji bagi Allah, dah sampai di tanah Jerantut, Pahang. Tanah di waktu diniharinya disirami dengan hujan rahmat yang agak lebat. Berlari-lari anak ke masjid untuk menunaikan tanggungjawab seorang muslim terhadap penciptanya. Alunan bacaan imam syahdu dan penuh keikhlasan. Sempat juga emas bersalaman dengan 3 orang jemaah mak cik. Bersuai kenal sekadar yang perlu. Ditanyanya dari mana datang dan ke mana tujunya. Apabila dinyatakan hajat nak ke taman negara, menggeleng-geleng mak cik-mak cik tersebut. Entah bermaksud apa gelengan tersebut tidak emas ketahui. Pesan mereka lagi supaya dipersiapkan bekal sebelum ke Taman Negara sebab di sana nanti hanyalah hutan sesajer. emas menulis coretan ini sebagai catatan sebuah perjalanan empunya diri. Segala puji bagi Allah...

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Ramlee Awang Murshid in the House

14.Mei.2013 (Selasa), 9.00 - 12.00 tengah hari
Gembira betul emas apabila mendapat tahu library mampu akan menganjurkan bicara buku bersama-sama penulis kegemaran emas. Setakat ini yang emas ingat dua orang penulis yang emas akan cari karyanya ialah Ramlee Awang Murshid dan Azizi Haji Abdullah... Hehehe... emas pun teringin juga nak jadi penulis. Sebab tu lah duk tulis blog ni, bukan sahaja sebagai catatan perjalanan hidup emas tetapi bagaimana emas mengeksperasikan perasaan emas dalam bentuk catatan.
Banyak juga yang diperkatakan oleh ram dan of course mestilah emas teruja kan. Minta bantuan rakan untuk merakam gambar emas dengam ram, tetapi rakan emas tak tahu pula untuk capture. Namun dapatlah sekeping gambar. The rest emas mintak dengan pihak library mampu. Gigih benar nih ;)















0 ulasan

Khamis, 16 Mei 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Chow Kit Road

12.Mei.2013 (Ahad),

Selegar melilau-lilau... emas belikan juga bingkisan untuk adik-adik... rasa bahagia bila dapat memenuhi permintaan insan tersayang dan membahagiakan mereka ♡♥

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Muhammad Danish Amsyar dan Mama Jue teman Long Taq melilau-lilau

11.Mei.2013 (Sabtu),

Sebelum pergi kursus, nak lah jugak emas jumpa adik emas n anak sedara hencem nih ;) sesambil diorang temankan emas beli barang2 kursus. Memang memenatkan... emas cuma dapat beli beg sahaja. The rest belum jumpa lagi. Erk... Esok emas keluar lagi kene setelkan barang2 keperluan... Penatnyer... Mujur dapat jumpa amsyar dan jue meneutralkan perasaan kecewa nih :(











0 ulasan

Rabu, 15 Mei 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Saya pilih mengundi dalam PRU 13 @ Sekolah Kebangsaan Seberang Dungun (SKSD)

5.Mei.2013 (Ahad), 11.30 pagi

Sebenarnya ini 1st time emas mengundi. Sebelum ni emas serahkan hak penentuan kepimpinan negara kepada rakyat Malaysia yang lain. Sementelahan waktu tu emas berkhidmat di sektor swasta, so tak lah mendalami sangat... Sesambil tempoh pengundian yang x begitu strategik dengan kelapangan masa emas.

emas mengundi di sekolah rendah lama... Terimbau kenangan lama, rasa sayu pun ader... Teringat masa budak-budak dulu... Macam2 terpapar di ruang minda, jatuh tersemban lah, ustazah yang baik lah, keyakinan dari guru2 yang baik, masuk aktiviti sekolah... Sebab tu emas ambil gambar ni untuk mengingatkan emas in moment ;)

Kali ini emas nak menyumbang dengan mengundi dan membuat pilihan kepimpinan negara. Tapi sayang... Rasa sedih sangat. Tunggu punya tunggu Pak Najib masih x umum esok cuti peristiwa. Erm... Terpaksalah emas ajak si anum balik Putrajaya sebab esoknya kena datang kerja dan emas tak mohon cuti. Lagipun hari Jumaat emas dah ambil cuti. Tak lah boleh ambil cuti bebanyak memandangkan emas nak pergi ekspedisi dan kursus lagi ni. Nak tak nak, terpaksalah gigih kayuh wiwi pelan2. Kami gerak lepas isyak... G balik rumah arwah mak dan kemas barang2, mandi dan selesaikan apa yang patut. Kali ni Pak Su x marah pulak sebab emas drive memalam. Huh...

Konon2 nak hilangkan kantuk, singgahlah kat kopitiam dungun untuk tapau white coffee. Ya Allah ya Rabbi, apa jenis rasa ni! Pedih tekak2 sebab manis dan rasa dia cam campur dengan chemical. La budda, la shakka, la roiba, telan jugaklah dikit demi dikit. Berlengas2 tangan!

Dalam perjalanan yang penuh kelam dan diusik kantuk yang manja sangat tu, gigih menekan pedal sesambil disulami dengan kenangan2 semalam... Awak tetap zalim. Radio pula mengumumkan kemenangan parti2 yang bertanding. Lemah longlai rasa kaki ini... Erk...

Rasa penat nak mengundi lagi... Dahlah esok kena keja. SPR ni buatlah win win situation, pengundi dan yang diundi. Erm...

Sampai putrajaya jam 4.30 pagi. Bangun solat subuh pun 6.45 pagi, berbalam2 mata nak g keja. Kat opis mulalah pening kepala menggulung2.... Erk...

On the way ke SKSD dari rumah.
Pandangan depan SKSD.

Bangunan baru, masa emas belajar kat sini dulu, bangunan ni belum ada lagi.

Bangunan sekolah lama. Di sini juga kelas darjah satu emas.. Ingat lagi masa masuk darjah satu, nak mengeja pun merangkak-rangkak lagi. Hehehe...

Kelas darjah dua emas. Kat tengah-tengah ni emas selalu bermain-main dengan kawan-kawan. Siap jemput kawan dari rumah dia sebab nak gi sekolah sama-sama. Rumah dia jauh pulak tu. Semua sanggup zaman budak-budak dulu ;-) 

Kat sini dulu ada pokok bunga kaler pink kecik-kecik, cantik sangat. Lepas tu ada pokok puding. Hehehe... Depan tu padang sekolah. Kat padang sekolah ada pokok bunga kemboja pink dan putih. Tengah hari selalu main-main kat padang. Wow, rasa fresh pula ingatan terhadap sekolah terawal ni ;-)

Pandangan padang sekolah dari bangunan sekolah baharu.

Pandangan padang sekolah dari bangunan sekolah baharu.

Ingat dulu ada pokok kelapa sawit kat tepi pagar sekolah. Ambil buah sawit dan buat cincin. Happening betul zaman kanak-kanak ;-)


Mak Sue siap offer tak nak bergambar ke? Hehehe... 

I am here! ;-)

Nak jugak ambil gambar. Kalau ikut SOP lah, masa yang lama diperuntukkan untuk menconteng jari ni. Sekiranya barisan orang nak mengundi panjang, masaklah orang yang duk tunggu. Erm... Apa kata SPR buat cop guna dakwat kekal jer. Cop atas tapak tangan dan bawah tapak tangan. Sebelum tu buat UAT dulu dengan chemical sama ada akan tanggal ke tak. Tapisan perlu banyak ni... Please lah telus!

1st time basuh. Erm... Memang tanggal pun kat tang kuku tu. Dakwat tu jadi tak tanggal kat celah-celah kuku sebab selaput. Erm... Kawan emas tangan dia lembap, memang 1st time basuh memang hilang walau cuma guna sabun basuh tangan jer.  


0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Makan-makan dengan my love

4.Mei.2013 (Sabtu), 9.00 malam

Rasa gembira bila dapat membahagiakan insan-insan tersayang ♡♥






0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...