Jumaat, 26 April 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Mengalu-alukan Nakhodaku ♡♥

26.April.2013 (Jumaat), 8.45 mlm.,

Rasa terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh awok-awok kita. Walau kepala ini masih pening lalat di sebalik remang bendera yang berjatuhan diacah dek angin petang tadi, akan tetapi mampu menguntum senyum melihat kesungguhan dan keikhlasan awok-awok kita. Yer, mungkin kita takut dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku, namun berprasangka baiklah agar keharmonian ini akan terus kita perbaiki dan kecapi. Hehe... Alamak, signal memang major. Tak tahulah awak faham dan nampak ke tak... Jangan risau, kerangka sedia ada dah kuat, cuma menanti nakhodanya sahaja. Jeng jeng jeng... Saya sayang negara saya, ohh Malaysia ;)

0 ulasan

Khamis, 25 April 2013

How to print screen from Samsung Galaxy Tab 7.0

Apa yang perlu dilakukan untuk print screen ialah tekan butang off dan volume secara serentak. Yeayyy... Dah boleh print screen pun. Gadget is for assistant, those who are looking for simplicity is always searching for an apps and gadget in their daily smoothness... emas likes. Thumbs up! ;)



0 ulasan

Samsung Galaxy Tab 7.0 cannot switch on

25.April.2013 (Khamis)

Wow, memang rasa cuak sesangatlah bila tab tetiba tak boleh on. Baru sekejap tadi, boleh bukak. Apakah silapnya ni? Emas masih belum dapat mengenal pasti punca sebenarnya. Namun for temporarily solution, caranya ialah cas bateri (plug-in and switch on charger) dan tekan butang on secara berserentak. Alhamdulilah... Tarraaa... Dah boleh. Ohhh my tabby, jangan buat mama cam gini. Gadget tetap gadget, but still can be considerate as a baby for me ♡♥. Ahaks ;)

0 ulasan

Rabu, 24 April 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Suatu penamat dan suatu langkah...

23.April.2013 (Selasa), 3.30 - 5.30 petang

Akhirnya... Setelah sekian lama emas tunggu, dan selama itu juga emas rancang hidup dengan dia. Perancangan Allah sebegini... Suatu penamat kepada pengakhiran di sini dan suatu perjalanan baharu ke... Hanya Allah yang lebih mengetahui... Alhamdulillah ;)

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Suatu Senja di Cafe Laman Perdana Putrajaya

21.April.2013 (Ahad), 7.30 malam

Hujan time ni... Kesian kat member lama yang dah 15 tahun tak jumpa. Kami jumpa di Cafe Laman Perdana, Putrajaya.. Member emas tersipu-sipu, malu nih. Hehe.. Berusaha jitu emas nak raih keyakinan bahawa kami kawan lama yang rapat hingga sakit tekak sebab bercakap banyak. Hehe... Very thanks to Kak Nirah & Sedang ;)

0 ulasan

Ahad, 21 April 2013

Coretan e.m.a.s.~ Korean Food Dubu Dubu Restaurant @Mid Valley

20.April.2013 (Sabtu),

Having lunch dulu walau dah lewat dah... Gian nak makan kimchi sangat-sangat.. Makanannya kebanyakan sedap sangat cuma sup yang kawan emas makan hari ni tak tahu apa namanya, mula-mula sedap, tapi lama-lama rasa muak pulak... Minuman pula emas rasa tak berbaloi harganya, mahal dan biasa-biasa ajer... Mungkin taste minuman tu nak meneutralkan rasa makanan. Sor far, emas tak pernah menyesal makan di sini. Sedap dan ada kelainan pada taste nya.

Dulu masa makan bibimbap dan cheese rice dia pun sedap sangat. Mak sue dan Sis Jue pun puji sedap...

Apa-apa hal pun, emas suka kimchi kat Sime Darby Park. Wallawei syok... Makan ajer, naik balik lah berat emas cam gini... Bila nak kurus ni? Hehe... Selera dan jiwa masih tak sepakat lagi ;)

0 ulasan

Jumaat, 19 April 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Luncheon at Cyberjaya

19.April.2013 (Jumaat),

Having luncheon with my teammate. You all are rock! ♡♥

1 ulasan

Lagu Bukan Dia Tapi Aku ~ Judika

Enjoying the rythm and nuthin involve the dip dap dip dap. The powerful in his voice admire me…

Oppps… tetapi selepas memahami seni katanya, it’s really harm my feeling again…

---

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Cintaku lebih besar dari cintanya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku
Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Cintaku cintaku
Lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia

Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

0 ulasan

Selasa, 16 April 2013

15.April.2013 (Isnin) ~ Makan-makan di Kampong Baru

Sesaja mengambil cuti rehat untuk menenangkan fikiran. Urat leher pulak tegang, bawa kereta jauh sikit dah sakit-sakit. Lepas lunch dengan besties, pergi ke kl just to pamper myself. Teringin nak makan pari bakar dan nasi air, apa lagi pekena di Kampong Baru ler. Hehe... Thanks buddy! Alhamdulillah ♡♥


Nasi air dan lauk pauk, pari bakar, mee rebus ;-)

Buddy just having laugh ;-)



0 ulasan

Ahad, 14 April 2013

14.April.2013 (Ahad) ~ Sepetang di Bagan Lalang

Harmoni... Berkasih dengan alam.. Cuma sepoi bayu off-duty, panas sangat... Happy bila tengok orang lain happy, bermandi-manda, bersatu dengan alam. Sayang seribu kali sayang sebab air lautnya kelabu, tak macam pantai di kampung emas masih suci murni... Pasirnya di sini pun macam dah mendap. Alhamdulillah dapat tengok si mentari terbenam. Kasih emas pada alam amat dalam... Setinggi-tinggi pujian buat-Mu Allah, Tuhan sekalian alam... Alhamdulillah...

Gamat bermain go-kart.
Lapangan go-kart.
Lapangan go-kart.
Panas betul pantai time ni. Sepoi bayu off-duty ni ;-)
Pandangan di hadapan tempat makan. Seriously, emas agak tak selesa dengan kebersihan di tempat makan ni. Layan jer lah sebab tekak tengah kering ni :-(
Suatu senja di Bagan Lalang... Harmoni sangat suasana time ni. Kalau boleh mengadap pantai, menikmati remang si mentari terbenam. Bersatu dengan alam... 
Suatu petang di Bagan Lalang...
Suatu petang di Bagan Lalang.



0 ulasan

Khamis, 11 April 2013

Bagaimana untuk menjadi insan yang baik/How to be a good person?

Sabda Rasulullah SAW: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lagi Sabda Baginda: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat At Tabrani)

Di dalam diri manusia, hati adalah sebagai raja, akal sebagai penasihat, nafsu adalah musuhnya manakala anggota lahir (jawarih) adalah rakyat di dalam diri. Kalau raja di dalam diri baik, seluruh anggota (rakyat di dalam diri) menjadi baik. Samalah seperti di dalam sebuah negara, ada keterangan di dalam kitab mengatakan: “Manusia itu mengikut agama pemerintahnya.”

Ertinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyatnya. Begitulah pemerintah di dalam diri (hati atau roh). Bagaimana keadaannya begitulah anggota lahirnya sebagai rakyat di dalam diri. Kalau hati baik (raja di dalam diri baik), maka baiklah anggota lahir manusia (rakyat di dalam diri). Kalau hati jahat maka jahatlah seluruh anggota lahir manusia.

Justeru itu hati (roh) wajib dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah SWT demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan ļ¬zikal.

Pembangunan material, tanpa rasul dan nabi pun manusia boleh membangunnya. Itu memang telah dibuktikan oleh sejarah, manusia membangun tidak perlu adanya orang kerohanian seperti rasul dan nabi atau ulama ul amilin.

Contohnya bangsa Rom, Yunani, Farsi, bangsa-bangsa yang disebut di dalam Al Quran seperti kaum ‘Aad, kaum Tsamud, kaum Saba’ dan bangsa Babil atau Babylon. Mereka membangun dan menegakkan tamadun tanpa orang-orang kerohanian bahkan mereka menolak para rasul dan menentangnya.

(sumber: http://www.usahataqwa.com/rohaniah/akhlak)

 

 

 

 

0 ulasan

Rabu, 10 April 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Hujan lebat beserta guruh di Putrajaya

10.April.2013 (Rabu), 6.44 ptg

Hujan lebat sangat di Putrajaya. Sejak dari semalam... Dahlah guruh, kilat sabung menyabung. Seriau... Sekali berbunyi, mahu nak tercabut dek jantung ini... Apa-apa hal, sesambil menunggu baju dicuci, jom kita berehat-rehat di ruang tamu sambil menikmati secawan mocha panas... Yummy... Alhamdulillah ya Allah ♡♥...

0 ulasan

Selasa, 9 April 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Rumah Idaman e.m.a.s.

9.April.2013 (Selasa), 2.53 pm,

Semasa emas nak clearkan lappy, terjumpa pamphlet ni. Cantiknya rumah… Best kalau dapat satu cam gini ;-)





0 ulasan

Ahad, 7 April 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Hang out di Thoyyib Cafe, Nilai

4 - 6 April 2013 (Khamis - Sabtu),

Alhamdulillah... Tak sangka emas akan ke sini. Serasanya pernah ke sini berhalunisasi dalam mimpi, terkejut mencari di manakah lokasinya. Pujuk diri sendiri yang mimpi hanyalah mainan tidur semata-mata. Lepas sudah lama, berlaku juga... emas mengambil kesempatan berada di sini untuk menikmati kelazatan kopi dan roti bakar di cafe Thoyyib. Emas cuba white coffee ice blended, mocha coffee, hazelnut white coffee dan safron & habbatus sawda coffee.. Best... Di samping suasananya, rasanya, adik-adik pelayan yang baik, dan my cute colleague. Just enjoy the feeling and moment... Semoga ia juga adalah a part of recovery to have an intelligence mind.

Emas tak boleh nak makan banyak-banyak kat Thoyyib Cafe sebab emas dah berpusing-pusing banyak kali dalam cafe hotel Aston Nilai. Hehe... Makanannya no bad tapi depends on ocassion.

Erm... Apa hikmahnya ya... Dejavu emas ni.. Mesti ada, ia harus diteliti dan diperhalusi ;)


0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Nikmati Tom Yam dan White Coffee

7.April.2013 (Ahad), 11.05 mlm

Tetiba jer kenangan lama menjengah. Rasa betul-betul of out positive mind. Apa lagi, baik emas layan kenikmatan tom yam dan white coffee.. Walau emas sedar ia teramat tak bagus untuk keseimbangan berat ni, tapi excuse me sikit. Hehe... Not just for tonight but all nights emas doing the same nih. Hehe.. Rasa masam-masam si kuah tom yam menular ke saraf otak emas.. Rasa sedikit kelat dan pekat si white coffee, menyekat perasaan dari menjadi lebih luas dan kritikal. Apa lagi... Yummy! ;)

0 ulasan

Jumaat, 5 April 2013

Tangisan Umar ingat beban sebagai pemimpin

2013/04/02 - 23:01:02 PM Oleh Nur Shafieza Asna Azmi

Nama sebenar Khalifah Umar bin Abdul Aziz ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin Abu al-‘As bin Umayyah bin Abd Syams bin Abdul Manaf al-Qurasyi al-Umawiy. Ibu beliau ialah Ummu ‘Asim Laila binti ‘Asim bin Umar bin al-Khattab yang digelar Abu Hafs.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah dilantik menjadi khalifah melalui surat watikah pelantikan daripada Khalifah Sulaiman pada bulan Safar, tahun 99 Hijrah dan memegang tampuk pemerintahan selama dua tahun lima bulan iaitu menyamai pemerintahan Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

Umar bin Abdul Aziz seorang khalifah yang zuhud dan beliau wajar dicontohi oleh barisan kepimpinan dalam menjamin kesejahteraan serta keamanan negara. Ini kerana pemimpin yang zuhud lebih mengutamakan rakyatnya dan amanah sebagai seorang pemimpin.

"Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menasihati sahabatnya ‘Abd ar-Rahman bin Samurah: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin, sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan, maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau akan dibantu.”

 

Tugas pemimpin berat

Tugas sebagai seorang pemimpin amatlah berat, ibaratnya sebelah kaki ke neraka dan sebelah kaki lagi ke syurga. Sekiranya pemimpin itu menjalankan tugasnya mengikut suruhan Allah, iaitu berdasarkan al-Quran dan Sunnah, maka tempatnya adalah di syurga dan begitulah sebaliknya.

Imam al- Ghazali berpesan, yang paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat, manakala yang paling berat di dunia ini ialah memegang amanah. Amanah itu akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak pada masa tiada lagi alasan yang boleh diberikan kerana mulut akan dikunci.

Apabila seseorang itu dilantik menjadi seorang pemimpin atau diberi jawatan, ia bukanlah lambang kepada kehormatan atau kemuliaan diri, bahkan satu bebanan berat yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Disebabkan beratnya amanah sebagai pemimpin, ia mengundang tangisan Umar bin Abdul Aziz di saat beliau ditabal menjadi khalifah kerana beliau amat bimbangkan dirinya tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

 

Menangis dilantik sebagai khalifah

Diriwayatkan daripada Humaidi katanya: “Setelah Umar bin Abdul Aziz ditabal menjadi khalifah, beliau pun menangis seraya berkata: “Wahai Qilabah! Adakah kamu tidak berasa bimbang mengenai diriku? Qilabah lalu bertanya: Apakah perasaan cinta dan keinginan tuan terhadap wang? Jawabnya: Aku langsung tidak menyukainya. Kata Qilabah: Oleh itu, tuan tak perlu berasa bimbang dan takut. Sesungguhnya Allah akan sentiasa memberi pertolongan kepada tuan.”

Daripada Abu Musa, katanya: “Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menasihati sahabatnya ‘Abd ar-Rahman bin Samurah: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin, sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan, maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau akan dibantu.”

Sebagai pemimpin negara, hendaklah mereka mencontohi kejayaan pemerintahan tokoh-tokoh pada zaman silam dan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin, hendaklah kita bijak memilih pemimpin.

0 ulasan

Khamis, 4 April 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Trips to Nilai

4.April.2013 (Khamis), 6.08 pm,

Alhamdulillah, dah sampai di Aston Hotel, Nilai.. Konvoi 5 buah kereta dari Putrajaya. Sian wiwi... Paling slow... Terkedek2 anak mama gerak... Anak mama yang banyak berjasa... Actually, tak pernah purposely jalan2 di Nilai ni.. Kalau dulu just berhenti kat hentian bas Nilai, transit ke Banting.. Best sebab fikir cuma nak release and have a holiday trips with my good colleague. Academician is a second agenda after the holiday trips!

With my colleague..




0 ulasan

Alunan Zikir Indah

4.April.2013 (Rabu),

Alunan zikir indah ini, emas record direct dari alarm radio jam 4.50 pagi. Indah alunannya dan begitu sayu sekali, mendayu-dayu.. emas terlalu kerdil ya Allah…

Alunan zikir indah…
0 ulasan

Rabu, 3 April 2013

Teladani gaya hidup semut: Semangat kerjasama, kuat berusaha patut jadi amalan hidup ummah

2013/04/02 - 23:16:12 PM Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

Semangat kerjasama, kuat berusaha patut jadi amalan hidup ummah

Tiada suatu benda pun di dunia ini dijadikan sia-sia oleh Allah. Semuanya memberikan manfaat kepada manusia. Cuma, kita perlulah membuka mata zahir dan mata hati untuk memungut seberapa banyak kebaikannya.

Antara makhluk ciptaan Allah yang unik dan memiliki keajaibannya tersendiri ialah semut. Mengikut kajian, terdapat lebih daripada 47 ribu spesies semut di dunia ini. Ada bersaiz besar seperti semut kerengga atau nama saintifiknya ‘Ocoephyla amaradgina’ yang mendatangkan kesakitan apabila digigitnya.

Sabda Rasulullah SAW: “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia membabitkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

Namun, dalam siri kehidupan makhluk keluarga serangga itu tersirat aneka hikmah yang sewajarnya kita pelajari dan ‘berguru’ dengannya. Karakter paling menarik yang terdapat pada semut ialah kesungguhan dalam mencari nafkah hidup.

 

Badan kecil berjiwa besar

Usaha begitu gigih tanpa mengenal erti putus asa, seakan-akan menempelak kita kerana sikap yang ada kalanya berkeluh kesah dan berputus harapan dalam memperoleh sumber pendapatan bagi menyara kehidupan diri serta keluarga.

Tetapi, tidak pada semut. Makhluk Allah ini tubuhnya saja kecil tetapi berjiwa besar. Telitilah dengan rapi akan pergerakan semut, pasti fakta kekuatan daya juang mencari rezeki terpancar dan akan menyentuh hati kecil kita bahawa Allah menyediakan rezeki buat semua makhluk tanpa pengecualian.

Naluri dan kehendak untuk mengusahakan sesuatu misi mencari sumber kehidupan tidak pernah padam dalam diri semut, malah, atas faktor itulah maka semangat untuk bertebaran memperoleh sumber kehidupan dipacu.

 

Tak mampu tiru gaya hidup semut

Sikap tidak pernah putus asa terhadap rahmat Allah tercermin menerusi gaya hidup semut yang kadangkala kita sendiri tidak mampu menirunya. Inilah kelebihan semut dan inilah juga satu pengajaran buat kita.

Sedangkan kita dididik supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah termasuklah dalam urusan mencari sumber rezeki hidup wajar berjiwa perkasa dan bulat tekad untuk memberdayakan ikhtiar. Selepas selesai mendirikan solat, Allah mengarahkan kita keluar mencari rezeki.

Firman Allah SWT: “Dialah yang menciptakan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutlah kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk, ayat 15)

Sikap dan gaya kerja mencari sumber rezeki yang ada pada semut sangat cemerlang dan penuh iltizam. Inilah juga sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah pada diri kita.

Rasulullah SAW berpesan: “Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang.” (Riwayat Abu Ya’la dan at-Tabrani)

Toleransi, saling kerjasama

Aspek kedua yang terpancar dalam spektrum kehidupan semut ialah sikap toleransi dan saling bekerjasama. Inilah kekuatan yang Allah kurniakan kepada semut yang memegang prinsip ‘Ke gunung sama mendaki, ke lurah bersama-sama menuruninya.’

Koloni semut walaupun dalam sistem berkasta, iaitu ada ratu, raja dan golongan pekerja, namun kedudukan itu tidak pernah menimbulkan konflik dan krisis sesama mereka sehingga membibitkan rasa tidak puas hati dan jauh sekali mahu melancarkan protes terhadap golongan pemerintah.

Sikap saling membantu, kasih sayang dan saling bersimpati dalam diri semut seolah-alah mereka bergerak dalam satu jemaah yang padu. Inilah juga sebenarnya nilai peribadi yang wajib kita miliki. Baginda Rasulullah ada menghuraikan pentingnya bersatu hati dan saling bermuafakat.

Sabda Rasulullah SAW: “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia membabitkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

Seterusnya Baginda bersabda: “Kalian antara seorang beriman dengan yang lainnya adalah sama seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita nampaknya semakin meninggalkan pesanan Baginda SAW dan akibatnya, lihatlah bagaimana fenomena semasa dalam masyarakat dan dunia Islam peringkat global dewasa ini yang kian terhakisnya semangat bersatu dalam satu jemaah yang padu.

Nampaknya kita perlu banyak belajar daripada kehidupan semut. Biarlah semut dijadikan teladan kerana makhluk Allah ini kaya dengan khazanah nilai peribadi yang unggul seperti saling bekerjasama, kepatuhan kepada pemerintah selain gigih bekerja.

(sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Teladanigayahidupsemut/Article/)

 

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Jom Mengundi PRU 13

Pilihlahlah pemimpin yang paling layak menerajui kepimpinan negara Malaysia yang terchenta. Jom laksanakan tanggungjawab kita untuk memangkah undi!

Lawan secara sihat itu lebih utama. Lawan supaya bersaing menjadi yang terbaik. Jadikan lawan sebagai mentor agar masing-masing membawa kebaikan bukan kepada sebelah pihak tetapi kepada pihak yang lain juga.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: "Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan." (Surah al-Baqarah 2: 148)

0 ulasan

Selasa, 2 April 2013

Echo Merindui

2.April.2013, 10.26 pm

Rindu yang tak disahut
Hilang bak gema yang echonya lantang sementara
Langsung tak terbenteng dek hati yang tekad
Tulus untuk meraih redha yang hakiki

Putus tautan ikatan hati
Rapuh dan mendebu
Berterbangan dan berserakan membawa laranya ke serata penjuru nyawa

Nyahnya berjiwa pedih dan halus

0 ulasan

Zikir bantu tenangkan perasaan [Berzikir dengan Asmaul Husna]

013/03/27 - 21:29:05 PM Oleh Badariah Abdullah

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah boleh menimpa sesiapa saja. Walaupun selalunya perasaan negatif ini timbul selepas berlaku perkara tidak diingini dalam kehidupan tetapi ada masanya ia datang secara tiba-tiba.

Tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami kerisauan dan kesedihan ialah rasa letih atau tidak bermaya, pening kepala, jantung sentiasa berdebar-debar, tidak nyenyak tidur, sudah tidur, resah gelisah dan cepat naik darah.

Kurang daya tumpuan, tidak lalu makan atau makan secara berlebihan, tidak boleh membuat keputusan, selalu dalam keadaan muram, suka mendiamkan diri serta menjadi anti sosial.

 

Banyak zikir tenang hati

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah ini sungguh bahaya kerana ia akan membuatkan kita membenci diri serta kehidupan. Justeru, mereka yang dilanda perasaan ini boleh menenangkan hati dengan banyakkan berzikir.

Berzikirlah dengan nama Allah SWT, ‘Ya Allah’ seberapa banyak yang mungkin di mana saja kita berada. Jika dibaca dengan penuh iman dan khusyuk, nescaya Allah SWT akan menghilangkan segala perasaan negatif yang ada serta melapangkan dada kita.

Begitu juga asmaul husna yang lain seperti Ar-Rahman bererti mempunyai rahmat yang luas dan melimpah. Barang siapa berzikir ‘Ya Rahman’, Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut di hatinya dan memudahkan urusan dunia.

Al-Quddus bererti Allah SWT itu suci dan bersih daripada segala kesilapan, kecacatan, kegagalan, dan kekurangan. Barang Siapa membaca ‘Ya Quddus’ sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari akan menghilangkan kepadanya perasaan risau dan kusut fikiran.

 

Hilangkan rasa sedih

Al-Ghaffur bererti yang Maha Pengampun dan Pemaaf. Berzikir ‘Al-Ghaffur’ sebanyak mana yang boleh dengan penuh iman, nescaya Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut, resah dan sedih di hati hamba-Nya.

Barang siapa berzikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak 1000 kali semasa dalam kesedihan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, Insya Allah, Yang Maha Pencipta akan membantunya semasa kesusahan dan menghilangkan perasaan sedih serta duka di hatinya.

As-Sabuur ertinya yang Maha Sabar. Berzikir ‘Ya Sabuur’ sebanyak mana yang boleh, di mana saja kita berada, perasaan sedih atau risau akan hilang secepat mungkin dengan izin Allah.

(sumber: http://w1.bharian.com.my/articles/Zikirbantutenangkanperasaan/Article/)

---

e.m.a.s. ada juga meminta pandangan daripada seorang ustaz mengenai adakah zikir asmaul husna adakah ia merupakan periwayatan israiliyyat. Antara perbualan antara e.m.a.s. dan ustaz tersebut seperti berikut:

 

  • February 21 3:19pm, e.m.a.s.

    Assalamualaikum wbt Ustaz,

    Maaf saya mengganggu inbox ustaz ni. Sebenarnya saya ada sedikit kekeliruan mengenai satu perkara. Ada seorang kenalan saya cakap zikir asmaul husna adalah israiliyat yang mana tiada dalam hadis dan alQuran sekiranya kita amalkan zikir tersebut dalam jumlah tertentu dengan penuh yakin kita akan dianugerahkan dengan hikmah nama tersebut.

    Satu lagi pasal kisah Nabi Ayub yang ditimpa penyakit sehingga tinggal tulang sebab isinya dimakan ulat (ini kisah yg saya baca semasa sekolah rendah dahulu). Katanya mana ada nabi ditimpa dengan penyakit sebegitu. Katanya Nabi Ayub hanya luka jer. Tapi pagi tadi sy terbaca dalam tafsir ada menyatakan 'penyakit'. Katanya kisah sebegini adalah cerita2 israiliyat semata2.

    Mohon kebaikan hati ustaz untuk memberi ulasan bagi menjawab kekeliruan saya ini.

    Sekian, terima kasih. Assalamualaikum wbt.

     

  • February 21 5:51pm, Ustaz NJ

    Wlkmslm... Bab berzikir dgn menggunakan nama2 Allah ( asmaul husna) terdpt di dlm hadis sahih bukhari, sabda rasulullah: " Bagi Allah itu ada 99 nama, barang siapa yg "Ahsoha" iaitu menghafaznya ( termasuk kata ulamak menggunakannya di dlm doa dan zikir ) maka dia masuk syurga"....
    Adapun kisah nabi Ayyub tersebut memang kdg2 pengkisahannya byk bercampur aduk dgn riwayat israiliyyat. Boleh rujuk tafsir muktabar spt kitab Tafsir Ibni Kathir utk mengetahui kisah yg sohih berdasarkan nas yg sahih.

     

  • February 21 5:57pm, e.m.a.s.

    Terima kasih byk ustaz.. Terima kasih atas ilmunya...

  • 0 ulasan

    Isnin, 1 April 2013

    Coretan e.m.a.s. ~ Cinta Ilmu: Pertunangan

    1.April.2013, 6.45 pm

    Perbincangan petang ini adalah mengenai pertunangan. Apa yang menarik perhatian emas bila mana seorang peserta bertanyakan soalan kepada ustazah. Soalan tersebut, adakah apabila seorang lelaki melamar seorang perempuan untuk dijadikan isterinya walaupun tidak rasmi, ia dikira sebagai bertunang?

    Actually, emas tak expect ustazah tersebut mengiakan soalan penanya tadi. Memang benar katanya bila seorang lelaki melamar seorang perempuan untuk menjadi miliknya, ia telah jatuh hukum bertunang. Ini bertujuan untuk lebih mengenali dan mengekang ruang bagi menerima kehadiran orang lain dalam hubungan rasmi yang bakal dibina. Namun, budaya tersebut tidak dipraktikkan di Malaysia. Lagi afdal jika pertunangan diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

    Opsss...

    0 ulasan

    Doa dalam sujud dekatkan diri dengan Tuhan

    2013/04/01 - 02:36:26 AM

    Dalam menjalani kehidupan harian yang sibuk dan padat, kita sering terlupa bahawa Allah SWT sentiasa berada bersama kita dan Allah SWT berjanji akan memudahkan urusan seharian jika kita meminta kepada-Nya.

    Bukan hanya kepada perkara yang besar, sekecil-kecil perkara pun, Allah SWT itu Maha Mendengar keluhan hambanya.

    Seperti firman-Nya dalam Surah al Mu’min ayat 60: “Dan Tuhanmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

    Baginda Rasulullah SAW sendiri bersabda yang maksudnya: “Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab Baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.” (Riwayat at Tirmirzi)

    Adab-adab doa

    Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadat. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

    Ketika berdoa pula, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dimohon), janganlah berdoa dengan mulut saja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dimohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa berkenaan kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

    Bagi memudahkan doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu adalah perkara baik.

    Begitu juga Allah SWT yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang dilakukan.

    Perbanyak doa ketika sujud

    Dari Ibnu Abbas ra katanya: “Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika Baginda SAW sakit sebelum wafat), ketika jemaah sedang solat berjemaah diimamkan Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang Muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza Wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT.”

    Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada Nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi daripada satu penghormatan.

    Sujud hanyalah untuk Allah. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi daripada rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.

    Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekali gus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan yang paling Agung.

    Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

    Sujud juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian.

    Sumber koleksi hadis Jakim.

    (sumber: http://w1.bharian.com.my/articles/DoadalamsujuddekatkandiridenganTuhan/Article/)

     

    0 ulasan
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...