Khamis, 28 Februari 2013

Muhasabah, buang kebencian tenangkan hati: Sebuah cerita penghuni syurga

2013/02/07 - 05:21:14 AM

Pada satu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk di masjid, Baginda bersabda: "Terdapat seorang lelaki penghuni syurga sedang memasuki masjid." (Riwayat Ahmad)

Kemudian, seseorang yang tidak dikenali masuk ke masjid untuk beribadat dan begitulah untuk beberapa hari.

Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Seorang penghuni syurga sedang memasuki masjid.”

Berdasarkan sabda Rasulullah itu, sahabat amat ingin sekali menyiapkan diri untuk menjadi ahli syurga. Kemudian, Abdullah bin Umar datang berjumpa lelaki itu dan bertanyakan adakah lelaki itu bersedia untuk menerima dirinya sebagai tetamu untuk bermalam di rumahnya.

"Itulah kelapangan dada yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Muhasabah atau perbetulkan hati kita sebelum tidur dan jangan biarkan hati puas sebelum kita penuh dengan cinta serta kasih sayang sesama saudara"

Menjadi tradisi orang Arab untuk bersedia menerima tetamu dan dalam tempoh tiga hari tetamu itu dilayan dengan baik, tidak boleh ditanya tujuan serta maksud kedatangannya. Setelah tiga hari barulah boleh ditanya dan tidak lagi dilayan sebagai berstatus tetamu.

Abdullah bin Umar telah bermalam serta menjadi tetamu di rumah lelaki itu dan didapati lelaki itu seorang yang biasa saja. Lelaki itu menjalankan kewajipan beribadah yang wajib dan sedikit yang sunat. Abdullah bin Umar hairan mengapakah Rasulullah mengatakan bahawa lelaki itu adalah bakal penghuni syurga?

Apabila Abdullah tidak mendapat jawapan, maka Abdullah pun bertanya sendiri lelaki itu: “Saudaraku, apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah menyatakan bahawa engkau adalah sebagai penghuni syurga? Lelaki itu menjawab: “Aku tidur dengan hati yang tidak mempunyai kebencian terhadap Muslimin.

Itulah kelapangan dada yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Muhasabah atau perbetulkan hati kita sebelum tidur dan jangan biarkan hati puas sebelum kita penuh dengan cinta serta kasih sayang sesama saudara.

Berdasarkan kisah erti persaudaraan serta kasih sayang sesama saudara Muslim, hasil yang nyata ialah rahmat Allah dan keampunan.

http://www.bharian.com.my/articles/Muhasabah_buangkebenciantenangkanhati/Article/

 

0 ulasan

Ambil iktibar musibah elak berulang

2013/02/27 - 09:59:13 AM

Daripada Atha’ bin Abu Rabah katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah SAW bercerita: “Apabila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga Baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah Baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya.

Berkata Aisyah: “Aku bertanya kepada Baginda, apa yang menyebabkan Baginda gelisah sebegitu rupa. Jawab Baginda: Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi apabila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat.” (Riwayat Muslim)

Tinggalkan larangan Allah

Allah SWT menyuruh kita hamba-Nya sentiasa melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Maka selaku manusia yang ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib kita menjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhaka Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini.

Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali seperti yang berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata: “Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita.”

Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat kejahatan yang mereka lakukan.

Mengingatkan hal inilah, Rasulullah SAW akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia satu rahmat atau laknat daripada Allah SWT. Oleh itu umat Islam hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara mengundang kemurkaan Allah SWT.

 

Pengajaran daripada malapetaka

Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, pelbagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa itu sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri.

Ini untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman, beramal soleh serta yang diberi taufik serta hidayah saja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.

Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

http://www.bharian.com.my/articles/Ambiliktibarmusibahelakberulang/Article/

 

0 ulasan

'Generasi Y' mula hilang minat budaya cetak

2013/02/25 - 07:41:42 AM Dr Anwar Ridhwan

Kata orang, untuk melihat sama ada sesuatu kebiasaan itu akan berkesinambungan atau tidak, lihatlah perlakuan generasi mudanya. Generasi muda kita hari ini bolehlah dikatakan diwakili oleh ‘Generasi Y’ yang dilahirkan pada lewat tahun 70-an dan 80-an atau awal millennium ini.

 

‘Generasi Y’

Dalam konteks tulisan ini kita ingin melihat hubungan ‘Generasi Y’ dengan budaya cetak. Secara ringkas budaya cetak merangkumi pelbagai teks bercetak dan bentuk bercetak yang dikaitkan dengan komunikasi visual. Ini bermakna ia bebas daripada tradisi oral, lebih-lebih lagi selepas mesin cetak mula dicipta sekitar pertengahan abad ke-15. Antara yang terkenal ialah ciptaan Johannes Gutenberg yang dapat mengeluarkan bahan bercetak dengan banyak.

Mesin cetak yang dapat memproduksi dengan banyak bahan bacaan dalam pelbagai bidang dan untuk pelbagai peringkat pembaca, merevolusikan cara manusia mendapat ilmu pengetahuan dan hiburan. Sastera Melayu yang sebelum itu dikembangkan melalui tradisi oral atau penyalinan manuskrip secara manual, turut mengalami perubahan ketara. Sehingga Ismail Hussein memilih karya Abdullah Munsyi yang tersebar melalui budaya cetak sebagai pemula sastera Melayu moden.

Sejak era Gutenberg hingga beberapa tahun yang lalu, generasi yang melahirkan ‘Generasi Y’ percaya bahawa budaya cetak tidak mungkin hilang dengan cepat di dunia ini. Mereka masih percaya kepada bahan bercetak seperti jurnal, ensiklopedia, buku, majalah, akhbar dan sebagainya. Mereka masih percaya bahawa salah satu peranan jari ialah untuk menyelak lembaran buku, sementara hidung untuk mencium bau kertas!

Kini lihatlah ‘Generasi Y’ kita. Adakah mereka menggunakan jari untuk menyelak lembaran buku, akhbar atau majalah? Adakah mereka menggunakan hidung untuk mencium bau kertas terutama pada buku yang baru dibeli?

‘Generasi Y’ ini secara anakronisme dibawa ke masa lampau untuk memasuki budaya cetak hanya dalam situasi yang formal, umpamanya membaca buku teks sekolah; atau situasi kurang formal, umpamanya membaca novel remaja kegemaran mereka. Akan tetapi kita harus ingat bahawa budaya cetak dalam kedua-dua situasi itu pun sedang berubah.

 

Mula jauhkan diri

Generasi ini mula menjauhkan diri daripada budaya cetak kerana beberapa sebab. Bagi generasi muda yang kurang berada – sama ada di luar bandar atau di dalam bandar – membeli buku bukanlah keutamaan mereka; lebih-lebih lagi apabila tradisi membaca belum membudaya dengan kuat dalam masyarakat kita. Di samping itu kemudahan internet yang disediakan oleh kerajaan atau kafe internet pihak swasta sudah sampai ke desa dan pedalaman. Bagi generasi muda daripada keluarga berada, mereka boleh menambah kemudahan itu dengan memiliki iPod, iPhone dan sebagainya.

Sekarang kita terbiasa melihat ibu bapa menyediakan iPad untuk anak mereka. Di restoran, sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, anak ini leka menggerak-gerakkan jari atas skrin iPad. Mereka leka dengan permainan, bukan membaca. Ertinya mereka tidak lagi berada dalam tradisi budaya cetak.

 

Soal selidik budaya baru

Sudah sampai masa untuk pihak yang bertanggungjawab terhadap budaya baru ini, umpamanya Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat soal selidik menyeluruh tentang nasib budaya cetak dan potensi masa depan ICT di negara kita. Dapatan daripada soal-selidik itu nanti dapat dimanfaatkan untuk merancang kelangsungan budaya cetak, serta memperkasa budaya baru seputar teknologi ICT.

Tanpa soal-selidik yang menyeluruh, timbul persepsi yang agak negatif terhadap nasib masa depan budaya cetak di negara ini. Persepsi ini hanya disandarkan pada situasi semakin kurang jumlah pengunjung ke perpustakaan, jumlah kedai buku yang tidak meningkat, serta kurangnya minat membaca buku oleh generasi muda termasuk mereka yang sedang menuntut di IPT.

Persepsi itu lama kelamaan mungkin akan menjadi benar. Ini kerana akhirnya pihak massa yang akan menentukan nasib sesuatu budaya, termasuk budaya cetak serta segala penerbitan konvensional.

 

e-buku makin ambil alih

Sebaliknya, penerbitan bukan konvensional, seperti e-buku kelihatan semakin mengambil alih penerbitan konvensional itu. Ini sejajar dengan perkembangan teknologi elektronik dan digital seperti iPod, Skype, telefon bimbit, Tivo, iTunes, Photoshop, iPhone dan sebagainya lagi. ‘Generasi Y’ berada dalam medan ini.

Beberapa tahun yang akan datang, untuk tidak terus meletakkan ‘Generasi Y’ negara ini dalam situasi anakronisme, buku teks sekolah pun harus diganti dengan e-buku yang mana pelbagai bahan dapat dimuat-turun. Papan hitam atau white board harus diganti dengan skrin elektronik. Inilah budaya baru pengajaran dan pembelajaran ‘Generasi Y’ yang sedang berkembang pada peringkat global.

Mereka dengan cepat meninggalkan budaya cetak, memasuki dunia baru yang pantas dan penuh saingan.

Penulis ialah Sasterawan Negara dan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA

 

0 ulasan

Khutbah Jumaat: Pandu mata, lidah ke arah kebaikan: Deria penting jika tidak dijaga boleh bawa permusuhan

2013/02/22 - 04:16:14 AM

Deria penting jika tidak dijaga boleh bawa permusuhan

Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, boleh melihat dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan lain-lain lagi.

Tetapi di hari akhirat nanti mereka yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta. Persoalan besar timbul di sini kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian?

"Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan kebencian pada individu tertentu, prasangka buruk serta bercakap bohong.

Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang sebenar, tidak melakukan aturan Allah, melakukan maksiat dan membuat dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan.

Akibatnya hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Malahan di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika di dunia.

Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik?” (Surah Taha, ayat 124-125)

Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita.

Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”

Dalam pergaulan seharian tentu berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak. Kesilapan itu boleh mengundang dosa terutama jika ia menyentuh pelanggaran hak yang berkaitan dengan tubuh, maruah diri dan harta benda.

Dalam banyak-banyak anggota, lidah dan matalah yang paling banyak kesalahan membabitkan sesama manusia. Mata jika tidak dihalakan kepada kebaikan akan mendatangkan kemaksiatan dan dosa lidah dan mata boleh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat.

Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melalui lidah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih bersopan. Sikap tidak menjaga lidah bukan saja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada hubungan sesama manusia.

Berkatalah perkara yang benar dengan penuh keberanian walaupun ia sangat pahit untuk ditelan lebih lebih lagi jika kita sebagai pemimpin kerana ia menggambarkan pendirian dan sikap kita sebagai seorang yang beriman.

Berwaspadalah kita akan setiap tutur kata kerana bahayanya lidah bukannya hanya pada individu tertentu tetapi kesannya juga boleh meruntuhkan sesebuah negara dan bangsa.

Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan.

Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan kebencian pada individu tertentu, prasangka buruk serta bercakap bohong.

Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan mendatangkan kebencian Allah dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat.

Janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yang celik di dunia tapi buta di akhirat.

Marilah merenung firman Allah SWT: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

0 ulasan

Perbuatan ukur keimanan: Tiga perkara asas ialah keyakinan dalam hati, hadir dalam tutur kata dan amal syariat Islam

2013/02/26 - 09:09:04 AM Imam Muda Muhammad Aysraf

Tiga perkara asas ialah keyakinan dalam hati, hadir dalam tutur kata dan amal syariat Islam

Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran yang dimaksudkan meliputi pelbagai keadaan sama ada dengan hati, percakapan mahupun tindakan. Malah kita disuruh oleh Allah SWT memohon ditunjukkan jalan kebenaran iaitu jalan mereka yang berjaya di sisi Allah SWT dan beroleh nikmat daripada-Nya.

Nikmat yang cukup besar bagi manusia apabila dia berada dalam cara hidup Islam.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (benar), iaitu jalan-jalan yang Engkau berikan kepada mereka nikmat-nikmat dan bukanlah jalan mereka yang dibenci dan juga bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, ayat 6-7)

 

"Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu berkata-kata tetapi kamu tidak melaksanakannya? Sesungguhnya amat besar kebencian Allah bagi mereka yang berkata-kata namun tidak melakukannya" Surah al-Saff (ayat 2-3)

Bagi umat manusia kebenaran itu diukur oleh neraca agama iaitu syariat Islam. Jika sesuatu tindakan itu bertepatan dengan kehendak syariat maka seseorang itu berada di atas jalan kebenaran.

Namun jika seseorang itu melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT dan juga Rasul-Nya maka dia sebenarnya telah menjerumuskan dirinya kepada kebencian di sisi Allah SWT. Maka pada ketika itu manusia hidup dalam kegelapan dan kesesatan.

 

Zahirkan keimanan

Tahap keimanan seseorang itu kepada Allah SWT adalah garis ukuran utama dalam menentukan seseorang berada di atas jalan kebenaran mahupun sebaliknya. Perlulah kita sedari iman bukan hanya dengan keyakinan dalam hati, malah wajib dizahirkan melalui tindakan.

Imam Hasan al-Basri menyebut: “Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan dan bukan pula hanya dengan perhiasan, tetapi iman itu adalah sesuatu yang diyakini dengan hati dan dibenarkan dengan tindakan.”

Angan-angan di sini adalah seseorang itu masih dikira lemah imannya jika hanya mengaku dengan hati bahawa dia beriman sedangkan keimanan yang hadir dalam jiwanya itu tidak mampu dilahirkan dalam bentuk amalan.

Contoh termudah ialah seseorang yang berbangga dan mendabik dada dialah manusia yang beriman namun tindakannya tidak langsung menunjukkan ciri-ciri orang beriman. Individu sebegini hanyalah manusia sesat yang bercakap di atas ‘tiket kejahilan’.

Golongan kedua yang masih tidak dikira beriman ialah mereka menganggap iman itu sekadar suatu perhiasan. Menzahirkan sifat keimanan secara luaran saja namun pada hakikatnya hati dan jiwa mereka tidak yakin kepada sesuatu yang dibawa oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Mereka ini juga disebut sebagai golongan munafik menzahirkan Islam secara luaran namun mereka menolak Islam daripada hati-hati mereka.

Firman Allah SWT: “Dan apabila kamu melihat mereka, kamu akan tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, kamu akan (tertarik hati) mendengar tutur kata mereka, walaupun begitu mereka hanyalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki).” (Surah al-Munafiqun, ayat 4)

Benar dalam beriman kepada Allah SWT mestilah meliputi tiga perkara utama iaitu keyakinan dengan hati. Perkara pokok dan asas dalam keimanan kepada Allah SWT ialah pengakuan dengan hati, yakin segala diturunkan Allah SWT iaitu al-Quran dan juga sunnah Nabi SAW.

Pengakuan dengan hati tidak akan sempurna jika kita menolak apa saja yang dibawa oleh al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: “Apakah kamu hanya beriman dengan sebahagian Kitab dan menolak sebahagian yang lain? Dan tiadalah pembalasan yang setimpal bagi mereka yang melakukan perbuatan sedemikian kecuali kehinaan dalam kehidupan di dunia dan pada hari akhirat mereka akan dilemparkan ke dalam seksaan yang paling pedih; dan Allah tidak akan melupakan sesuatu yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 85)

Kata-kata berbaur maksiat

Dalam membuktikan keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT maka perlulah ia hadir dalam tutur kata. Seseorang itu masih tidak dikira sebagai seorang yang beragama Islam melainkan setelah mana dia melafazkan kalimah tauhid iaitu dua kalimah syahadah.

Percakapan adalah cermin yang menceritakan identiti iman seseorang. Percakapan baik adalah peribadi golongan yang beriman, manakala kata-kata berbaur maksiat adalah dosa yang perlu diminta keampunan daripada Allah SWT.

Percakapan yang baik dalam Islam disebut sebagai ‘al-Nasihah’.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Deen (Islam) itu adalah ‘al-Nasihah’ (sebanyak tiga kali). Maka sahabat bertanya: Untuk siapakah wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan seluruh masyarakat.” (Riwayat Abu Daud)

Maksud seruan kepada Allah, Kitab dan Rasul-Nya ialah segala seruan kebaikan di atas matlamat keredaan Allah SWT dengan membenarkan apa saja yang disuruh oleh-Nya melalui al-Quran al-Karim dan sunnah Nabi SAW.

Manakala seruan kebaikan kepada pemimpin dan masyarakat pula ialah memberi nasihat dan peringatan ke arah kebaikan supaya mampu mengubah serta memperbaiki segala ketempangan atau kekurangan yang ada.

Seseorang itu masih belum lengkap iman jika tidak mempraktikkan syariat Islam dalam kehidupan hariannya.

Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu berkata-kata tetapi kamu tidak melaksanakannya? Sesungguhnya amat besar kebencian Allah bagi mereka yang berkata-kata namun tidak melakukannya.” (Surah al-Saff, ayat 2-3)

Allah SWT menerangkan bahawa ketaatan dan keimanan kepada Allah SWT itu wajib hadir dalam bentuk perbuatan. Dalam al-Quran Allah SWT meletakkan sifat keimanan bersama amalan soleh. Hal ini menunjukkan amalan atau perbuatan itu termasuk dalam kategori iman.

Istilah benar dalam Islam apabila seseorang itu melakukan tindakan yang bertepatan dengan syariat Islam. Maka ukuran utamanya di sisi Allah SWT adalah melalui tahap keimanan seseorang itu yang lahir daripada pengakuan hati, lisan dan perbuatannya.

0 ulasan

Selasa, 26 Februari 2013

Keluarga bertakwa sama-sama kecapi kebahagiaan

2013/02/26 - 08:45:33 AM

Daripada Sahal bin Saad, Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama 100 tahun.” (Riwayat Muslim)

Allah berfirman bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imraan, ayat 133)

Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya ialah orang yang bertakwa. Alangkah bahagianya jika kita dapat membimbing diri, anak dan isteri kepada cara hidup yang diredai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka.

"Syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat"

Kebahagiaan dunia, akhirat

Sebuah keluarga yang bertakwa bukan saja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya.

Firman Allah SWT: “Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang yang mengerjakan amal soleh daripada ibu bapa mereka dan isteri mereka serta anak-anak mereka sedang malaikat pula akan masuk kepada mereka dari setiap pintu.” (Surah ar-Ra’d, ayat 23)

 

0 ulasan

In a Friendship

"A friend is someone who gives you total freedom to be yourself." - Jim Morrison


0 ulasan

Pursue the things you love doing

"You can only become truly accomplished at something you love. Dont make money your goal. Instead pursue the things you love doing and then do them so well that people cant take their eyes off of you." - Maya Angelou

0 ulasan

Isnin, 25 Februari 2013

Marah biar bertempat: Rasulullah tidak kompromi jika hukum Tuhan dipersendakan

2013/02/25 - 07:55:51 AM Mohd Rizal Azman Rifin

Rasulullah tidak kompromi jika hukum Tuhan dipersendakan

Meskipun Rasulullah SAW sering dihina, dicaci dan disakiti oleh kaumnya sendiri, namun Baginda SAW tetap bertahan tanpa bersungut atau menunjukkan emosi marah. Jika marah kepada seseorang, kemarahan Baginda SAW itu bukan marah melulu tanpa sebab musabab.

Baginda SAW hanya marah apabila sesuatu hukum Allah dipersendakan. Ini yang mencetuskan rasa tidak senang dalam hati Baginda SAW.

Isteri Baginda, Aisyah ada menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah marah jika disakiti. Namun, jika hukum Allah dilanggar, maka Baginda akan marah kerana Allah.” (Riwayat Muslim)

Kita mengetahui betapa kental kesabaran Baginda ketika menjalankan usaha dakwah. Baginda dilayan dan diperlakukan dengan pelbagai tindakan keji di luar sifat kemanusiaan dan ketamadunan manusia. Pun begitu, Baginda SAW tetap cekal.

Aisyah ada membawa satu kisah perbualannya dengan Baginda SAW. Dikatakan Aisyah ada bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah engkau pernah mengalami hari yang lebih dahsyat daripada waktu Perang Uhud? Lalu Baginda menjawab: Sungguh aku pernah menerima perlakuan daripada kaummu yang lebih menyakitkan daripada itu, dan yang paling menyakitkan adalah pada saat Hari Aqabah.”

Seterusnya Baginda SAW menyambung jawapannya: “Ketika itu aku minta tolong pada Ibnu Abdi Halil bin Abdi Kulal, tetapi dia tidak memenuhi apa yang aku inginkan. Maka akupun pergi dengan perasaan sangat sedih. Aku berjalan tanpa sedar ke mana aku melangkah dan baru sedar saat berada di hujung bukit. Lalu aku mendongakkan kepalaku ke langit, tiba-tiba aku dinaungi awan di atasku. Akupun melihat ke arah awan, ternyata ada malaikat Jibril di sana. Dia memanggilku dan berkata: Wahai Muhammad. Sesungguhnya Allah mendengar apa yang dikatakan kaummu kepadamu dan apa yang mereka lakukan terhadap dirimu. Sesungguhnya Allah telah mengutus malaikat penjaga gunung kepadamu supaya engkau perintah dia apapun yang engkau mahu.”

Baginda SAW meneruskan kisahnya: “Kemudian malaikat penjaga gunung itu memanggilku sambil mengucapkan salam kepadaku. Dia berkata: Wahai Muhammad. Sesungguhnya Allah mendengar apa yang dikatakan kaummu kepadamu. Aku adalah malaikat penjaga gunung dan Tuhanku telah mengutusku kepadamu supaya engkau menyuruhku untuk berbuat apa saja yang engkau kehendaki. Kalau engkau mahu akan aku timpakan dua gunung ini pada mereka.”

Lalu Baginda menjawab pelawaan malaikat itu: “Jangan. Justeru aku berharap supaya Allah mengeluarkan daripada keturunan mereka orang yang menyembah Allah Yang Maha Esa dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.”

Lihatlah betapa agung sikap Baginda SAW yang masih bertahan untuk tidak bertindak balas terhadap kaumnya, meskipun Baginda SAW mampu merealisasikannya lantaran adanya pertolongan daripada malaikat. Ini sikap luar biasa yang seharusnya kita manusia biasa teladani.

Corak pemikiran dan tindakan berhemah Baginda SAW ternyata membawa kejayaan apabila berduyun-duyun kalangan kaum Baginda yang menerima Islam. Justeru, dapat dikatakan pendekatan yang Baginda SAW ambil tadi adalah langkah pandang ke hadapan, bukan melihat dari sudut jangka pendek semata-mata.

Sesungguhnya mencetuskan emosi kemarahan menggambarkan bahawa seseorang itu kurang matang bertindak dan tidak mampu mengawal daya fikir yang bijaksana.

Satu lagi kisah yang menunjukkan sikap marah Nabi SAW yang ada kaitan dengan urusan agama ialah cerita Abu Mas’ud Al-Anshari yang meriwayatkan: “Ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW. Kata lelaki itu dalam aduannya: Sesungguhnya aku sering terlewat solat jemaah Subuh disebabkan si polan yang suka memanjangkan solatnya bersama kami.”

Menurut Abu Mas’ud, dia tidak pernah melihat Baginda SAW begitu marah seperti hari itu. Seterusnya Abu Mas’ud memaparkan maklum balas Baginda Rasulullah SAW terhadap aduan lelaki itu.

Sabda Baginda SAW: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya di antara kamu ada yang suka membuat orang lari daripada agama. Oleh sebab itu, siapapun di antara kamu yang menjadi imam solat, maka hendaklah dia meringankan bacaan solatnya. Sebab di belakangnya ada orang tua, anak kecil dan orang yang mempunyai keperluan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Meskipun Baginda SAW marah selepas menerima aduan sahabatnya, tetapi Baginda SAW menjelaskan kemarahan Baginda SAW dengan menampilkan sebab musababnya. Segala amalan dan sikap yang ditunjukkan Baginda SAW seharusnya kita contohi.

Apatah lagi dalam masa mutakhir ini, kita sering kali dipaparkan dengan banyak insiden negatif akibat sikap luahan emosi marah tanpa kawalan. Kualiti iman dan indeks takwa semakin terhakis jika emosi marah dibiarkan bermaharajalela sehingga kita tenggelam dalam hasutan nafsu amarah.

Dalam aspek mempersendakan urusan agama janganlah pula mengambil sikap diam membisu seribu bahasa atas alasan tidak ingin menimbulkan kemarahan.

(Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Marahbiarbertempat/Article/)

0 ulasan

Sabtu, 23 Februari 2013

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih

You can have anything you want, if you want it badly enough. You can  be anything you want to be, do anything you set out to accomplish if you hold to that desire with singleness of purpose. ~ Abraham Lincoln

0 ulasan

Khamis, 21 Februari 2013

Surah Taha, Ayat 14–16: Hanya Allah

Janganlah kita dipalingkan daripada mengingati Allah oleh orang yang tidak beriman kepada-Nya dan oleh orang yang mengikut hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu binasa.

image

0 ulasan

Wasiat Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Ali apabila sedang marah

Wasiat Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Ali, sungguhpun wasiat ini khusus untuk Saidina Ali, sebagai muslim, kita perlu mengambilnya sebagai iktibar:

Wahai Ali, Janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

 

0 ulasan

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

0 ulasan

Bahagian jahat dalam otak manusia

17 Februari 2013

image

BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. 

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline

(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/bahagian-jahat-dalam-otak-manusia-1.131904)

0 ulasan

Selasa, 19 Februari 2013

Syair Imam Shafie Ketika Akhir Hayatnya: Kepada-Mu (إلـيــك)

Tajuk : Kepadamu (إلـيــك)
إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepada-Mu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bila mana keras hatiku & terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunan-Mu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bila mana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan-Mu & keampunan-Mu adalah merupakan rahmat & kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bila mana dia bersama selain Tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia
0 ulasan

Jumaat, 8 Februari 2013

Ingatan terhadap Janjimu… Janji Menurut Islam

DALIL-DALIL YANG BERKAITAN DENGAN JANJI
  1. Firman Allah SWT “Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang Telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan Hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk).” (al-Baqarah: 40).

  2. Firman Allah SWT “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa.” (al-Baqarah: 177).

  3. Firman Allah SWT “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu. Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum-hukum menurut yang dikehendaki-Nya.” (al-Maidah: 1). Aqad (perjanjian) mencakup janji prasetia hamba kepada Allah dan perjanjian yang dibuat oleh manusia dalam pergaulan sesamanya.

  4. Firman Allah SWT “Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.” (al-Isra’: 34)

  5. Firman Allah SWT “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (al-Shaf: 2-3).

  6. Firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah tidak akan menyalahi janji.” (Ali Imran: 9)

  7. Sabda Rasulullah SAW “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, bila berkata ia dusta, bila berjanji mengingkari, dan bila dipercaya ia khianat”. (Muttafaq Alaihi).

  8. Sabda Rasulullah SAW “Empat (sifat) yang siapa ada padanya sifat tersebut, maka ia adalah munafik sempurna. Dan siapa yang ada padanya salah satu dari pada itu, maka padanya salah satu daripada sifat nifaq, hingga ia meninggalkannya. Iaitu apabila diamanatkan ia khianat, dan bila berbicara ia dusta, bila berjanji menyalahi janji, bila bermusuhan dia curang”. (HR Bukhari Muslim)

  9. Sabda Rasulullah SAW daripada Jabir RA, “Nabi berkata kepadaku, ‘Kalau harta Bahrain datang aku akan memberimu segini, segini, dan segini.” Ternyata harta Bahrain tidak pernah datang hingga beliau meninggal. Lalu ketika harta Bahrain itu datang Abu Bakar menyuruh orang untuk memanggil, ‘Barang siapa yang mempunyai piutang kepada Rasulullah hendaknya datang kepada kami niscaya aku akan membayarnya. Aku berkata, ‘Sesungguhnya Rasulullah berkata kepadaku begini dan begitu. Kemudian ia mengambil satu genggam untukku dan aku menghitungnya. Ternyata ia berjumlah lima ratus. Abu Bakar berkata lagi, “Ambillah dua gini lagi.” (Muttafaq Alaihi).


ADAB-ADAB DALAM BERJANJI

Janji adalah hutang, begitulah bidalan bijak pandai. Memenuhi janji dalam Islam adalah sebuah kewajiban, sehinggakan Rasulullah SAW menerangkan tentang salah satu sifat orang munafik adalah ingkar bila berjanji. Janji di kalangan pemuda-pemudi khususnya para aktivis Islam kadang sering dianggap remeh. Sebagai agama yang syumul, Islam telah mengaturkan adab-adab dalam berjanji. Antara adab-adab yang perlu diikuti itu ialah mngucapkan lafaz “Insya Allah” apabila berjanji. Suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya;

“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi’, kecuali (dengan menyebut) Insya Allah”. (al-Kahfi: 23-24)

Kebiasaannya, sebahagian daripada kita apabila membuat janji akan mengatakan “insya Allah” dengan tujuan tidak memberati apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain lafaz “insya Allah” itu diucapkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji tersebut. Sifat sedemikian adalah bertentangan dengan kehendak sebenar hukum syara‘.

Perlu difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, manakala ucapan “insya Allah” itu adalah suruhan Allah dan Rasul-Nya ketika berjanji, sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur‘an dan hadith Rasulullah SAW. Maka di sini ada dua perkara yang berasingan dan saling berhubung kait di antara satu sama lain iaitu, kewajipan menunaikan janji dan suruhan ucapan dengan lafaz “insya Allah” ketika melakukan janji. Ini bererti ucapan “insya Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah semata-mata. Bahkan perkataan “insya Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang munafiq.

Walau bagaimanapun menyebut perkataan “insya Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu kecuali dengan izin Allah jua. Islam mengajarkan kepada kita apabila terlupa menyebut lafaz “insya Allah” ketika itu, hendaklah kita menyebutnya sebaik-baik sahaja teringat. Hal ini diperintahkan oleh Allah SWT dalam surah al-Kahfi, ayat 24 iaitu “Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”.



BENTUK PENUNAIAN JANJI

Sebarang janji yang dibuat akan diminta pertanggungjawabannya.

Allah SWT berfirman “Dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggunganjawabnya.” (al-Isra’: 34)

Menepati janji adalah merupakan kewajiban syar’i, baik sesama Muslim mahupun tidak. Termasuk di dalam masalah ini adalah menepati waktu perjanjian, sebagaimana dalam surah al-Taubah ayat 4 dan hadits Rasulullah SAW:

Ketahuilah barang siapa yang menzalimi orang yang mendapat perlindungan atau menghinanya atau memberi beban di atas kemampuannya atau mengambil sesuatu darinya tanpa kerelaannya, maka aku adalah penuntutnya di hari kiamat” (HR Abu Dawud)

Menepati janji juga mengambarkan akhlak yang utama, ciri tingginya peradaban, sifat-sifat Mu’min dan Ulul Albab, merupakan jenis kebajikan, seruan agama yang Robbani, merupakan akhlak imaniyah serta akhlak para Nabi dan Rasul sebagaimana firman Allah SWT tentang Nabi Ismail AS “Dan Ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran.

Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang Rasul dan Nabi.” (Maryam: 54)

Janji-janji itu mesti ditepati dalam kadar ikhtiar manusia secara maksima. Maka fahamlah kita bahwa kepada seorang Muslim, janji adalah suatu pertaruhan diri. Kesetiaan pada janji adalah kehidupan kerana dengan itu interaksi kita dengan sesama manusia boleh berjalan.

Begitulah para Salaf al-Soleh dahulu mengajarkan kepada kita. Bagi mereka, janji telah meningkat kadarnya dari hanya soal kepercayaan menjadi kesetiaan. Pada saat kepercayaan telah berubah menjadi kesetiaan, maka persiapan jiwa menanggung beban janji akan menjadi lebih kuat. Seperti seorang Muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah, itu adalah janji keislamannya. Menunaikan rukun Islam adalah pembuktian kepercayaannya. Namun kesetiaanlah yang akan memberinya umur bagi pembuktian janji itu. Maka pada saat itulah janji-janji menjadi segunung sampah serta tidak ada lagi kepercayaan, apalagi kesetiaan.

Di dalam lubuk keimanan, janji-janji bagi seorang Mukmin adalah kontrak-kontrak kerohanian dengan Tuhannya walaupun format aplikasinya dalam berbagai bentuk. Janji itu adalah ketakwaan yang menjadi penghantar bagi petunjuk jalan dan ampunan. Maka sebentuk janji adalah harga yang mahal untuk sebuah kepercayaan kerana janji yang tidak boleh dipercayai atau janji yang tidak ada kepercayaan di dalamnya ibarat buah yang ranum kulitnya, tapi lopong di dalamnya. Tidak ada buahnya yang boleh dimakan dan tidak akan memberi manfaat.



GAYA JANJI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA

Melunaskan janji bukanlah dengan semacam melepaskan batuk di tangga. Allah menyukai bila melakukan sesuatu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan ambik mudah dan jangan main-main. Ingatlah, Allah itu tidak buta, tidak tuli dan tidak pernah tidur. Setiap apa yang dilafazkan dan diucapkan, Allah adalah saksinya. Dalam banyak peristiwa, janji menjadi semacam ‘wang muka' atau ‘deposit’ bagi segala bentuk hubungan sosial di antara kita. Urusan selebihnya baru boleh di katakan lunas, jika memang janji-janji itu telah dipenuhi. Pada zaman ini, janji dijadikan sebagai barang dagangan, pertaruhan kepada keuntungan yang bersifat peribadi. Sekaligus menafikan hak pihak yang terikat dengan janji. Janji yang menguntungkan akan segera ditunaikan, sebaliknya jika janji itu telah menampakkan lorong-lorong kesuraman maka janji itu pantas dipotong dengan mengembalikan pertimbangan pada takdir Allah.

Masih saya ingat kata-kata seorang sahabat dari tanah Acheh satu waktu dahulu. Katanya, “Orang kebanyakan seperti kita ini berjanjinya seada sahaja. Orang baik-baik berjanji dengan nama Allah, Insya Allah dengan izin Allah. Allah saksinya pada janji yang dibuat. Tapi Insya Allah umat hari ini tidak sama dengan Insya Allah umat zaman Nabi SAW. Insya Allahnya pada bibir sahaja, sedang hati masih belum nekad bulat pada apa yang dilafazkan bibir. Insya Allah jadi penambah rasa, penyedap hati orang yang mendengar.” Benar! benar sekali apa yang disampaikan itu. Kita umat di akhir zaman ini sedang merasai perkara ini. Allah... jauh sungguh kita daripada menjiwai kalimah yang penuh rahsia ini.

Inilah juga bukti lemahnya manusia. Janji-janji yang dibuat antara manusia sesama manusia itu amat rapuh dan belum boleh dikategorikan dalam zon selamat atau selesa, sebelum ia benar-benar ditunaikan. Sungguh Maha Kaya Allah dan Maha Adil Allah pada hamba-Nya dengan tidak sesekali mengingkari janji yang dibuat.

Firman Allah SWT "Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman ‘Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia’. Ibrahim berkata ‘Dan aku mohon juga dari keturunanku’. Allah berfirman ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim.”: (al-Baqarah:124)

Allahuakbar. Sungguh janji itu merupakan perkara yang besar. Janji yang dibuat walau tidak dicatat atau direkod, barang pasti lagi jelas, Allah menjadi saksi padanya. Jangan sesekali memandang remeh pada setiap janji yang dibuat. Adab berjanji itu bila berjanji wajib tepati. Berjanji hendaklah lambat, memenuhi janji hendaklah cepat. Hablumminannas perlu dijaga. Jangan kerana memegang janji kita, tergendala urusan orang lain. Lantaran kerana kekuatan sebuah janji adalah pada saat janji itu ditunaikan bukan pada saat diucapkan.

Persoalan yang timbul, kenapa kita perlu menyegerakan janji? Antara lain kita telah merampas hak hidup orang lain dalam keterikatan janji yang telah kita buat. Banyak daripada urusan-urusan hidup orang lain akan tertunggak, terbatal atau langsung tidak dapat dilaksanakan ekoran daripada berpegang dengan janji yang dibuat. Berapa ramai kita lihat orang yang membuang masa hanya menunggu sebuah janji ditunaikan, sedang banyak lagi benda lain yang boleh diusahakan. Berapa ramai juga kita lihat orang yang kecewa bila terlalu lama menunggu janji berharap sesuai dengan kehendak diri, namun akhirnya berlaku apa yang disebaliknya. Berapa ramai juga yang terpaksa menanggung masalah dan beban yang lain semata-mata tidak lain kerana janji yang dibuat tidak dipatuhi.

Walau apa pun, perkara yang lepas biarkan saja ia berlalu. Sama-sama kita pastikan agar pada masa hadapan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan setiap janji yang telah dipateri. Akhir kalam saya memetik kata-kata Imam Hassan al-Basri, “Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian, dan bukan bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. Sungguh, akupun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam mentaati Rabb. Andai kata seorang Muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat.”

Kerana itu marilah kita takut kepada Allah dan marilah kita penuhi janji-janji dan usah mudah melafazkannya. Marilah kita mulai berjanji dengan benar, iaitu janji yang mempunyai ruh kepercayaan lalu ianya akan hidup panjang dengan kesetiaan. Ya Allah, jadilah kami orang-orang yang memenuhi janji apabila kami berjanji kerana sesungguhnya segala janji-janji itu akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di hadapan-Mu di akhirat nanti. Jauhkanlah kami dari sikap mengkhianati janji kerana ia adalah salah satu sifat munafik yang sangat buruk.


(Artikel oleh Nurhidayu Salleh)
0 ulasan

Rabu, 6 Februari 2013

Bijak urus masa penentu kejayaan hidup

2013/02/04 - 08:31:25 AM Amran Zakaria

Ibnul Jauzi atau nama sebenarnya Abdurrahman bin Abil Hasan Ali bin Muhammad bin ‘Ubaidillah al-Qurasyi, seorang ilmuwan tafsir Quran dan hadis terkemuka sekitar 560 hijrah.

Pada suatu ketika beliau dipelawa seorang temannya: “Marilah kita sejenak bersembang santai. Namun, dijawab oleh Ibnul Jauzi: Kalau begitu, hentikanlah matahari untuk sementara waktu. Jawapan itu menunjukkan betapa setiap saat dan detik penting dalam kehidupan manusia.

Bekerja adalah satu keperluan dan ibadat yang dituntut Allah SWT. Ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab supaya mendapat balasan baik di dunia dan akhirat. Kerja termasuk dalam ibadah umum kerana ia mempunyai maslahat untuk kepentingan diri, keluarga dan masyarakat.

Sesetengah berpandangan bahawa kemiskinan dan kedaifan hidup sesuatu yang baik, kononnya lebih merapatkan diri dengan Allah. Tanggapan ini bertentangan dengan amalan hidup orang mukmin yang sepatutnya difahami secara jelas.

Islam adalah agama kekuatan yang berorientasikan kerja dan amal ibadat untuk berjaya dalam kehidupan. Justeru, masa adalah ukuran penting sebagai perbandingan sama ada manusia beroleh keuntungan atau kerugian sebagai bekalan hidup di dunia serta akhirat.

Orang mukmin sentiasa menjaga dan menggunakan masa dengan berkesan. Mereka tidak akan menghabiskannya dengan sia-sia untuk berbual kosong di kedai kopi hingga berjam-jam lamanya. Sebenarnya, tugas mereka lebih besar menjaga dan menanggung nafkah hidup keluarga.

Justeru, masa terluang dimanfaatkan secara berkesan supaya tidak tergolong dalam golongan manusia yang kerugian. Begitu tinggi nilai masa dari pandangan seorang beriman kerana masa yang berlalu tidak akan berulang.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bekerja untuk menanggung bebanannya, maka dia adalah seperti mujahid di jalan Allah. Sesiapa yang mencari dunia secara halal dalam keadaan menjaga kehormatan diri, maka dia berada pada darjat syuhada.” (Riwayat Tabrani)

Golongan muda dilihat mempunyai semangat kerja yang tinggi dan bertenaga dalam memenuhi tuntutan agama. Namun, ada sebilangan belia dan remaja yang memilih dunia lepak bagi mengisi kehidupan yang langsung tidak menyumbang apa-apa manfaat.

Sedangkan dalam agama, bekerja adalah fardu yang sangat dituntut.

Sabda Rasulullah SAW: “Bekerja mencari rezeki adalah fardu ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Tabrani)

Diceritakan pada suatu hari, Baginda SAW sedang duduk bersama sahabat lalu sahabat terlihat seorang pemuda yang kuat yang sejak awal pagi keluar berusaha untuk mencari rezeki. Mereka berkata: “Alangkah baiknya sekiranya pemuda ini menggunakan kekuatan dan kemudaannya itu di jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu berkata seperti ini, kerana sesungguhnya jika pemuda itu bekerja untuk mencari bekalan hidup untuk dirinya dan untuk menghalang dirinya daripada meminta-minta, maka dia di jalan Allah.

Sekiranya dia bekerja untuk menjaga kedua-dua ibu bapanya yang sudah tua dan lemah atau untuk keturunannya yang lemah demi mencukupkan keperluan hidup dan mengelakkan mereka daripada meminta-meminta, maka dia adalah di jalan Allah. Sekiranya dia keluar bekerja kerana riak dan bermegah-megah, maka dia berada di jalan syaitan.” (Riwayat Tabrani)

 

0 ulasan

Sabar, istiqamah dalam berjihad: Elak sikap gopoh, ekstrem apabila berdepan provokasi musuh

2013/02/05 - 07:59:19 AM Lokman Ismail

Elak sikap gopoh, ekstrem apabila berdepan provokasi musuh

Sikap sabar dan tertib dalam melakukan sesuatu usaha penting untuk mencapai kejayaan. Ibarat menaiki anak tangga, ia perlu dilakukan dari bawah satu persatu secara berperingkat-peringkat.

Sirah Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana sikap sabar dan istiqamah Baginda melaksanakan tugas menyebarkan Islam. Rasulullah SAW terpaksa menempuh kesukaran dan cabaran besar tanpa berputus asa dan jemu.

Setiap perkara dilakukan mengikut sunnatullah dan sebab itu Rasulullah SAW sanggup berdepan cabaran sebelum mencapai apa yang dihajati biarpun Baginda boleh memohon terus kepada Allah SWT untuk jalan mudah. Allah SWT tentu akan memperkenankan doa Baginda sesuai kedudukannya sebagai kekasih Allah SWT.


Tolak mohon kemenangan segera

Perkara ini dapat difahami melalui kisah Rasulullah SAW menolak permintaan Khabbab bin Al-Art supaya memohon kemenangan segera bagi Islam. Kata Khabbab: “Mengapa engkau tidak mendoakan untuk kita ya Rasulullah? Mengapa engkau tidak meminta kemenangan untuk kita?”

Nabi Muhammad dengan muka yang merah terus duduk untuk menenangkan perasaan marah lalu bersabda: “Sesungguhnya orang sebelum kamu telah disisir dengan sikat besi sehingga tergelupas daging dari tulang dan dibelah dua dengan gergaji, tetapi tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, ia akan memberi kemenangan kepada agama ini, sehingga orang yang berjalan dari Sana‘a ke Hadral Maut tidak takut melainkan Allah, dan juga tidak takut serigala menerkam kambingnya, tetapi kamu minta disegerakan.” (Riwayat Bukhari).

Kita digalakkan berdoa memohon kepada Allah SWT, di samping berusaha dan bertawakal. Apa yang dimaksudkan Rasulullah SAW adalah kita perlu bersusah untuk mendapat keredaan Allah SWT biarpun terpaksa berdepan ujian besar.

Setiap perkara dilakukan demi menegakkan agama mendapat pembalasan setimpal biarpun tidak membuahkan hasil seperti diharapkan. Allah SWT menilai berdasarkan niat dan keikhlasan melakukan sesuatu, bukannya berdasarkan apa yang mampu dihasilkan.

Firman Allah SWT: “Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)


Jiwa tak tenang mudah dipesong syaitan

Mereka yang berjihad di jalan Allah SWT perlu bersabar menempuh cabaran. Sikap terburu-buru akan menimbulkan banyak kesan buruk. Jiwa yang tidak tenang mudah dipesongkan oleh syaitan. Sabar, istiqamah dan bijaksana mesti diamalkan ketika berdepan kepayahan dan halangan.

Umat Islam perlu mengelak daripada sikap gopoh serta ekstrem apabila berdepan provokasi musuh-musuh Islam. Disebabkan tidak sabar menyebabkan kita tidak mampu mendepani provokasi sebaliknya bertindak membabi buta hingga memperlihatkan sifat tidak matang.

Bibit-bibit kejayaan hancur disebabkan tidak ada kesabaran. Rasulullah SAW sentiasa berpesan kepada sahabat supaya bersabar dan mendidik mereka memahami fitrah perjuangan yang tidak diberikan kemenangan secara percuma atau sebelum tiba masanya.

Firman Allah SWT: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan dan ujian) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam dugaan) sehingga berkata Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Jika sesuatu usaha tidak mencapai kejayaan seperti diharapkan, bukan bermakna tidak ada satu pun kebaikan diperoleh. Sepanjang usaha itu tentunya telah berjaya mengubah daripada keadaan tidak baik kepada baik dan yang baik menjadi lebih baik.


Tak wajar korbankan prinsip perjuangan

Kegagalan tidak seharusnya merenjatkan usaha yang dilakukan selama ini. Malah tidak patut sekali-kali kita mengorbankan prinsip perjuangan semata-mata ingin berjaya dengan cepat. Ingatlah, kejayaan yang dicapai tidak memberi apa-apa makna jika kesan sebenarnya adalah keburukan.

0 ulasan

Bertunang tempoh kenali pasangan: Patuhi hukum, tak hebohkan majlis untuk jaga kemaslahatan

2013/02/04 - 08:33:25 AM Asri Md Saman@Osman

Patuhi hukum, tak hebohkan majlis untuk jaga kemaslahatan

Khitbah atau bertunang adalah mukadimah bagi sebuah perkahwinan. Ia dilakukan selepas seorang lelaki mencari dan berpuas hati dengan semua sifat yang ada bagi seorang wanita untuk disunting menjadi isterinya.

Sesungguhnya Allah SWT mengharuskan khitbah (bertunang) sebagai salah satu daripada syariat atau perundangan dalam Islam. Dalam tempoh inilah pasangan perlu mengenali hati budi masing-masing supaya mereka dapat membina keserasian dalam membina mahligai cinta abadi.

Peminangan telah wujud zaman Rasulullah SAW. Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah SAW menceritakan Mu’awiyah dan Abu Jahm telah meminangnya. Baginda bersabda: “Mua’awiyah seorang yang miskin tiada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa menggantung tongkat di atas tengkoknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini Baginda SAW tidak melarang, malah Nabi SAW membantu Fatimah binti Qais untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan.

Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam edah dan bukan tunangan orang.

Sabda Rasulullah SAW: “Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang dinyatakan di atas tegas menunjukkan sesungguhnya haram bagi seorang lelaki untuk meminang seorang perempuan yang telah pun menjadi tunangan lelaki lain. Tujuan larangan ini adalah bagi mengelakkan pergaduhan dan permusuhan sesama Muslim disebabkan seorang perempuan.

Islam melarang umatnya bermusuhan antara satu sama lain. Sebaliknya, jika lelaki pertama mengizinkan atau meninggalkan perempuan yang telah dipinangnya, maka ia tidak dilarang sama sekali dan lelaki lain masih boleh meminang perempuan itu bagi menjaga maruah pihak perempuan.

Islam menggariskan, selagi belum melafazkan akad nikah, hubungan pasangan yang bertunang seperti orang asing ataupun ajnabi, yang mana mereka tidak boleh bermesra, berpegangan tangan dan sebagainya seperti mana pasangan suami isteri.

Pasangan yang bertunang juga tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani ahli keluarga selagi mereka tidak sah diijabkabulkan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.” (Surah an-Nur, ayat 30-31)

Satu lagi fenomena yang berlaku dalam masyarakat ialah menghebohkan majlis pertunangan. Amalan ini bertentangan dengan sabda Nabi SAW: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/ hebahkan) perkahwinan.” (Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair dan disahihkan oleh al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil)

Jelaslah pertunangan sepatutnya tidak boleh diheboh-hebohkan seperti perkahwinan. Islam sangat mengambil berat perkara ini demi menjaga maslahat kedua-dua pihak khususnya perempuan kerana ia membabitkan maruah jika perkahwinan tidak berlaku.

Selain itu, antara hikmah disembunyikan pertunangan kerana perkara itu belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang, namun Allah juga yang akan menentukan sama ada takdir itu terjadi ataupun tidak.

Seterusnya, pertunangan disembunyikan untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum masyarakat. Adalah lebih baik jika hanya dalam kalangan ahli keluarga saja yang mengetahui mengenai pertunangan itu.

Apabila pertunangan ini disimpan kemas oleh ahli keluarga bagi kedua-dua belah pihak, ia dapat mengelakkan seseorang yang mempunyai niat tidak baik untuk menjatuhkan atau meleraikan ikatan pertunangan.

Hanya apabila sudah tiba masanya barulah berita mengenai perkahwinan pasangan dihebahkan kepada masyarakat sekeliling untuk meraikan kedua-dua mempelai di samping memberitahu orang ramai majlis pernikahan yang bakal berlangsung.

 

0 ulasan

Selasa, 5 Februari 2013

Berfikiran positif ciri Mukmin sejati: Bersabar hadapi kesusahan, bersyukur nikmati kesenangan

2013/02/04 - 08:35:43 AM Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Bersabar hadapi kesusahan, bersyukur nikmati kesenangan

Jika menilai ibadah, amal salih dan ketaatan lain kita kepada Allah SWT, ia masih kurang dibandingkan rahmat serta kasih sayang tidak terhingga yang dilimpahkan Allah SWT untuk hamba-Nya.

Paling banyak kita lakukan sepanjang masa adalah kemaksiatan dan dosa terhadap Allah SWT seakan-akan murka-Nya tersembunyi di sebalik kasih sayang diberikan. Setiap hari kita akan melakukan dan menabung dosa, namun kita masih lagi dinaungi oleh rahmat-Nya.

Bukankah kita masih diperkenankan untuk meneruskan perjalanan hidup. Udara di dunia masih boleh dihirup dan dihembus setiap detik. Bahkan, pelbagai jenis keperluan kehidupan masih lagi dipenuhi dan ditunaikan oleh Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alam yang sementara ini masih relatif bersahabat dengan kita apabila dibandingkan dengan umat terdahulu yang langsung diazab dan dihukum oleh alam ketika dosa serta kemaksiatan semakin bermaharajalela.

Ini menandakan betapa luasnya rahmat Allah berbanding kemurkaan-Nya. Oleh itu, di hadapan sahabatnya, Rasulullah SAW berpesan: “Tatkala Allah menciptakan seluruh makhluk, Allah menuliskan dalam kitab-Nya, yang kitab itu berada di sisi-Nya di atas Arasy, yang isinya adalah: “Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pernah terjadi pada suatu ketika, ada satu rombongan tawanan perang dihadapkan kepada Rasulullah SAW. Di tengah-tengah rombongan itu, ada seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya.

Tatkala dia berhasil menemui bayinya itu, maka dia pun memeluknya erat-erat ke tubuhnya dan lalu menyusuinya. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya kepada rombongan: “Apakah menurut pandangan kalian semua ibu ini akan tergamak melemparkan anaknya ke dalam api yang panas membakar? Rombongan itu menjawab: Tidak mungkin, demi Allah. Sebaliknya si ibu sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan bayinya daripada terlempar ke dalamnya. Maka Rasulullah SAW bersabda: Memang benar, Allah SWT lebih sayang kepada hamba-Nya daripada ibu ini yang menyayangi anaknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, setiap Muslim wajib menginsafi jika kini kita semakin yakin betapa luasnya rahmat Allah SWT, seharusnya kita lebih bersemangat dan jangan sama sekali terlintas dalam benak fikiran untuk berputus asa. Sikap berputus asa sebenarnya adalah sifat orang kafir dan sesat.

Benarlah firman Allah SWT bermaksud: “Mereka menjawab: Kami menggembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar, oleh itu janganlah engkau menjadi orang yang berputus asa. Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 55-56)

Oleh itu, Rasulullah SAW menyanjungi seorang mukmin yang berfikir positif dalam hidupnya, bahkan sifat itu antara ciri mukmin sejati.

Rasulullah SAW bersabda: “Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan mukmin. Apabila seseorang mukmin itu memperoleh kebaikan, dia terus bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Mukmin sejati sudah pasti menginsafi baik mahupun buruk dalam kehidupan ini akan datang silih berganti menimpa dirinya. Pada satu ketika, dia mengecapi nikmat kesenangan yang dikurniakan Allah dan mungkin pada ketika lain dia akan ditimpa kesusahan yang menguji kesabarannya.

Keadaan itu bertepatan firman Allah SWT bermaksud: “Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkannya antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya).” (Surah Ali-Imran, ayat 140)

Penulis ialah Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...