Selasa, 1 Mac 2011

586 guru besar terima ganjaran tawaran baru

Berita Harian Online | 586 guru besar terima ganjaran tawaran baru

2011/02/28
JASIN: Kerajaan mengotakan janjinya pada hari ini, dengan memberi ganjaran kepada guru besar dan guru yang berjaya meningkatkan pencapaian sekolah pada kedudukan lebih baik melalui Tawaran Baru membabitkan peruntukan RM18.4 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata di bawah Tawaran Baru kepada Guru Besar yang dijanjikan kerajaan pada tahun lalu, hari ini seramai 586 guru besar yang berjaya dari seluruh negara menerima ganjaran tersebut.

"Staf sokongan seperti kerani di 586 sekolah yang berjaya itu juga akan diberi imbuhan yang setimpal kerana mereka juga memberi sumbangan kepada sekolah tersebut. Kadar ganjaran belum ditetapkan," katanya selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat sini.

Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima ganjaran sebanyak RM7,500 diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pembayaran ganjaran tersebut akan dibuat serta merta kerana peruntukan telah disediakan. -BERNAMA

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...