Isnin, 13 Jun 2011

Aduhai… Sakit gigi ler…. :( [hargai apa yang kita miliki]

Bestnyer dapat makan itu dan ini. Asyik mengunyah jer… Makan tak ingat! Sebab bukan nak salahkan selera, tapi teringat kat pesanan maa;
“Kalau nak makan, makan jer… Nanti bila sakit dah tak boleh makan dah”.

Tapi sweetheart pulak cakap;
“Makan itu beringat. Yelah… Masa sekarang bolehlah makan macam-macam, kita kalau boleh nak jaga supaya boleh makan kesukaan kita hingga ke akhirnyer”.

Yelah… Kalau dah tua tu (sekarang tak tunggu tua pun, muda pun boleh kene sakit), macam-macam sakit datang.
Bulan ni saja, emas dah kene suntik 6 jarum dan 2 kali cabut gigi. Huh, tak boleh ingatlah bila time jarum tu disuntik betul2 kat bawah gigi emas. Masa tu memang sakit. Sebelum nak kene cucuk tu, emas yer-yer jer buat-buat cool. Hehehe… Bertenang kata orang. Hahaha… Tapi bila time kene cucuk tu, kuar jugak air mata emas. Hahaha… Kalau si Bulia tahu, mesti emas kene gelak jer. Hehehe…

So ini adalah nasihat, JAGA segala-galanya… Bende yang dah hilang tiada gantinya. Memanglah orang cakap, “patah tumbuh, hilang berganti”, tapi bila kehilangan sesuatu yang kekal, tiada yang sama dan sepertinya…

<tapi emas buat ke seperti yang nasihat tu?>
Oleh itu, hargai apa yang kita ada saat ini… Semoga kita semua berbahagia di dunia dan di akhirat. Amien…Red lips



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...