Selasa, 4 Januari 2011

Utusan Malaysia Online - Restoran mamak sudah lama tidak guna teh timbang

ARKIB : 03/01/2011
Restoran mamak sudah lama tidak guna teh timbang
03/01/2011 2:30pm

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang mempunyai 1,600 anggota telah lama mengeluarkan arahan kepada anggota persatuan itu supaya tidak menggunakan teh timbang atau teh sukat ketika menyediakan teh kepada para pelanggan terutamanya teh tarik.

Presiden Presma, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, pihak persatuan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap restoran mamak bagi memastikan mereka tidak menggunakan teh tersebut.

"Pengusaha restoran mamak yang didapati menggunakan teh timbang atau teh sukat boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai perbuatan sesetengah pengusaha restoran tidak bertanggungjawab yang cenderung menggunakan teh timbang atau teh sukat untuk membuat teh tarik kerana harganya yang lebih murah sungguhpun ia mengandungi bahan pewarna yang membahayakan kesihatan pengguna termasuk risiko penyakit kanser.

Noorul Hassan berkata, setakat ini belum ada laporan yang mengaitkan anggota persatuan itu dengan penggunaan teh tersebut. – Bernama

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...