Khamis, 30 September 2010

Berita Harian Online | Sejarah hidup pencipta laman Facebook dibuku

Sejarah hidup pencipta laman Facebook dibuku


2010/09/29

GAMBAR fail pengasas rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg, pada satu sesi ceramah di Palo Alto, California.
NEW YORK: Kehidupan pencipta rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg, bukan saja difilemkan tetapi kini akan dipaparkan dalam bentuk komik dengan tajuk ‘Mark Zuckerberg; Pencipta Facebook’.

Penerbit Bluewater Productions berkata ia akan mengeluarkan komik berbentuk biografi itu Disember depan. Penulisnya, Jerome Maida, berkata kehidupan jutawan berusia 26 tahun itu kisah amat menarik.

“Mark ditawarkan banyak wang pada usia muda dan menolak semua tawaran itu kerana dia tahu dia mempunyai matlamat lebih tinggi daripada bekerja untuk orang lain,” kata Maida.

“Bill Gates menawarkan Mark sejuta dolar ketika beliau masih di sekolah tinggi supaya bekerja untuknya, dan Mark menolak tawaran itu. Berapa ramai pelajar sekolah tinggi boleh mendapat tawaran seumpama itu? Berapa ramai pula mempunyai keyakinan untuk menolak dan cuba berusaha sendiri? Tidak ramai, itupun kalau ada. Tetapi itulah yang dilakukan Mark,” tambahnya.

Tokoh lain dalam siri Bluewater termasuk bintang remaja Justin Bieber, bintang bola sepak England, David Beckham, Lady Gaga dan Taylor Swift.

Pengumumannya dibuat beberapa hari sebelum tayangan filem The Social Network 1 Oktober ini. Awal bulan ini, majalah Forbes menyenaraikan Zuckerberg sebagai orang ke-35 paling kaya di Amerika Syarikat dengan nilai
kekayaan AS$6.9 bilion (RM22 bilion). – Reuters

Berita Harian Online | Sejarah hidup pencipta laman Facebook dibuku

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...