Isnin, 27 September 2010

Berita Harian Online | Dasar gaji minimum timbang semua faktor: Subramaniam


Dasar gaji minimum timbang semua faktor: Subramaniam


2010/09/24

SHAH ALAM: Cadangan dasar gaji minimum yang akan dibentangkan di Kabinet bulan depan, akan mempertimbangkan semua faktor dan isu kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Katanya, antara isu itu membabitkan kenaikan gaji pokok pekerja, memastikan terdapat produktiviti dan kebolehdapatan pekerjaan serta memastikan ia tidak menjejaskan pengaliran masuk pelaburan asing.
"Kita harus mempertimbangkan semua faktor dan isu sebelum melaksanakan dasar yang sesuai untuk negara," katanya pada sidang media sempena pelancaran cakera padat audio berbahasa Tamil yang diberi nama ''Kaithi'' dekat sini, malam tadi.
Beliau berkata, kementeriannya akan meneruskan pelaksanaan cadangan dasar gaji minimum itu selepas mendapat arahan daripada Kabinet.

Mengulas desakan ramai pihak yang meminta filem Tamil yang memaparkan aksi keganasan melampau diharamkan, Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC, percaya tidak semua yang menonton filem ganas akan menjadi ganas kerana terdapat faktor yang lebih rumit daripada itu.

"Unsur keganasan tidak hanya terdapat di dalam filem Tamil tetapi dalam filem lain juga. Jika anda haramkan filem Tamil yang mempunyai unsur ganas, itu tidak bermakna dalam filem-filem lain tidak terdapat aksi ganas.

"Alasan mengapa sesetengah orang berperilaku tertentu dengan cara tertentu adalah multifaktorial, dan filem hanya memainkan sebahagian kecil," katanya.
Subramaniam berkata, beliau percaya lembaga penapisan akan mengawal filem sedemikian.

Katanya, beliau akan membawa pandangan tentang isu berhubung unsur ganas dalam filem Tamil itu kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta lembaga penapisan filem kerana "apa yang ditayangkan di dalam filem, kadang-kadang berlaku di luar." - Bernama

Berita Harian Online | Dasar gaji minimum timbang semua faktor: Subramaniam

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...