Khamis, 27 Oktober 2011

4 Jenis Ujian yang Allah Berikan

Alhamdulillah.. Pagi ni walaupun hujan renyai-renyai, masih dapat ke pejabat ikut masa yang tidak akan melewatkan “punch-in”. Hehehe… Alhamdulillah, bersyukur juga sebab rumah dekat dengan pejabat. Dalam 20-25 minit macam tu sampailah. Yelahkan… bukan ana sorang jer yang nak ke pejabat, ramai lagi yang lain… Smile

Memang pepagi nak ke pejabat, radio IKIM lah yang menjadi pilihan. Bukan sahaja disebabkan celoteh DJ yang banyak berkongsi maklumat, slot motivasinya pun memang superb!

Pagi ni, sekali lagi suara Ustaz Izhar bergema di liang-liang speaker kereta ana. Kali ni juga dah 3 kali Radio IKIM memperdengarkan motivasi ini. Kali ke-2 ana dengar lepas maghrib, itupun ana odw balik rumah…

Antara 4 ujian yang Allah berikan kepada hamba-hamba-NYA bagi menguji sejauh mana kesabaran dan ketaatan hamba-hamba-NYA kepada Allah ialah:

 

1. Ujian Amal Ibadah

Dalam kita mengerjakan amal ibadah, banyak yang cacatnya… Tidak sempurna. Allah telah mewajibkan kita solat kepada-NYA, bertujuaan untuk mengingati-NYA, tetapi kita lalai. Bagi yang kaya, dalam pada bersedekah, timbul perasaan riak. Ini semua adalah antara ujian dalam kita melakukan amal ibadah ke jalan Allah.

 

2. Ujian maksiat

Kita memandang ringan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Sebagai contohnya, hubungan intim lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah dilarang sama sekali. Walau bagaimanapun, kita menjadikan hubungan tersebut sebagai hubungan yang manis, yang tiada salahnya kita berhubungan begitu. Sehingga pelbagai kes moral berlaku seperti zina, anak luar nikah, sumbang mahram dsb. akibat gagal dengan ujian tersebut. Minum arak juga dijadikan sebagai ubat bagi golongan-golongan tertentu. Walhal, apa yang dilarang, hukumnya tetap haram.

 

3. Ujian nikmat

Allah menurunkan nikmat yang pelbagai kepada hamba-hamba-NYA untuk disyukuri. Tetapi manusia masih lagi merintih akan sukarnya kehidupan mereka. Hakikatnya manusia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang diperolehi. Sebagai contoh, Allah menurunkan harta yang banyak. Tetapi manusia lupa untuk mengeluarkan zakat, membelanjakan harta kepada orang yang tidak bernasib baik, membelanjakan harta ke jalan Allah… Atas sebab kenikmatan yang dikecapi ini, manusia alpa tentang hakikat sebenar kehidupannya di dunia.

 

4. Ujian musibah

Allah menurunkan ujian musibah kepada hamba-hamba-NYA. Sebagai contohnya, hamba Allah ditimpa kemalangan, lalu patah kakinya. Lantas, dia merintih dan mengaduh yang Allah telah menyiksa dan membebankan dirinya. Sekiranya dia mendalami, tentu banyak rahsia mengapa Allah menurunkan musibah itu kepadanya. Mungkin juga Allah mahu insan itu dekat dengan-NYA, bermohon kepada-NYA.

 

Sesungguhnya, amat besarlah pahala dan ganjaran bagi hamba Allah yang lulus semua ujian ini. Semoga kita adalah dalam golongan ini. Golongan yang sabar dalam menempuhi perjalanan hidup ini. Amien…

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...