Mendapat bahagia, rahmat dengan mencintai wali
2010/12/16
DARIPADA Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepadamu dengan mengerjakan (amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan.
Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Wali adalah hamba Allah SWT yang ikhlas melaksanakan semua perintah semata-mata kerana Allah SWT.
Ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud: “Ingatlah sesungguhnya wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah (janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Surah Yunus, ayat 62-64)
Apabila hati penuh dengan kebesaran Allah SWT maka dihapuskan apa yang selain daripadanya. Dia tidak akan berbicara melainkan dengan zikir kepada Allah, tidak mendengar melainkan mengenai Allah SWT, tidak melihat melainkan tanda kebesaran Allah SWT.
Setiap orang yang menyakiti wali Allah, contohnya seorang yang fasik memusuhi wali disebabkan sentiasa menegahnya daripada melakukan kejahatan dan maksiat, maka Allah SWT akan memusuhinya.
Ini disebabkan seorang wali adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan sentiasa menghampirkan dirinya kepada pencipta maka sebagai balasan, Allah akan memeliharanya dan mengawasinya daripada segala bentuk ancaman tidak baik kerana ia seolah-olah telah menyakiti Allah juga.
Amalan paling dicintai Allah SWT ialah mengerjakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta banyak mengerjakan amalan sunat serta kebajikan.
Antara doa yang selalu dibaca untuk mendekatkan diri kepada Allah ialah doa Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya di dalam penglihatanku dan cahaya di dalam pendengaranku.”
Sesungguhnya doa seorang wali adalah mustajab. Golongan wali yang paling utama di sisi Allah SWT ialah para Nabi dan Rasul yang maksum disusuli sahabat dan mereka yang datang selepasnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan