Hari rasa berat kaki nak bergerak. Hati pun bukan main malas lagi. Erm... Tapi kena keluar jugak sebab nak pergi maxis centre. Semalam pergi sebelum berbuka, sistem down. Jadi terpaksa gagahkan fizikal dan mental untuk keluar dari rumah lebah. Lepas tu ke celcom centre nak sign-up package, tp celcom booth tu mintak pergi centre. Payahnya...!!! Camner ni. Kalau orang gomen tak flexy, dituduh-tuduhnya. Tapi bagi I lah, syarikat monopoli camni lah ~ menjengkelkan. Oppsss bulan puasa ni sempat mengutuk jugak. Tak apa kut, x salah kut sebab kutuk perniagaan. Hehehe.. Inilah yang dinamakan orthodox business, bukan nak sesuaikan dengan business not as usual. Kikiki.. geram jugak sebab servis yang I kutuk ni lah yang I terpaksa guna. Puas I komen kat helpdesk, langsung diorang tak balas. Menjengkelkan betul si maxis dan celcom ni!
Rabu, 1 Ogos 2012
Cerita Ramadhan Hari Kelapan
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Ogos 01, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan