Isnin, 26 September 2011
~Rabiatul Adawiyah~
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, September 26, 2011Isnin, 19 September 2011
Resepi Kek Batik
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, September 19, 2011- 5 sudu besar - Buttercup – (aku guna soft daisy) ~ ini jer yang ada dalam peti ais
- 2 sudu besar - Marjerin – (sesaja nak perabiskan marjerin, nanti expired pulak)
- 1/2 tin – Susu cair
- 1/4 cawan - Gula (aku x suka manis, lagipun nanti nak tambah milo. Milo kan dah manis)
- 7 sudu besar – Milo
- 1 bar - coklat masakan (aku guna vanhoutten, kira kelas jugaklah ni)
- 1 biji – Telur
- 200gm – Biskut Marie (original)
- Panaskan buttercup + marjerin dalam kuali
- Bila dah cair, masukkan gula. Kacau
- Masukkan coklat masakan yang telah dihiris halus (untuk mempercepatkan coklat cair)
- Bila coklat masakan dah cair, masukkan milo. Kacau hingga sebati
- Masukkan susu cair. Kacau hingga sebati
- Lepas cam dah pekat sikit, masukkan telur. Kacau hingga likat
- Padamkan api dan masukkan biskut marie
- Kacau hingga sebati
- Masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang ke tupperware pun boleh
- Tekan-tekan biar mampat. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais
Ahad, 18 September 2011
Bengkel Penyediaan Laman Web & E-Dagang Siri 1/2007, 19 - 21 Mac 2007, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Ahad, September 18, 2011Jumaat, 9 September 2011
~Ibnu Qayyim Al- Jauzi~
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, September 09, 2011“Perjalanan hati dalam menuju kepada Allah adalah seumpama seekor burung yang sedang terbang di mana sifat kasih (mahabbah) adalah kepalanya. Takut dan berharap adalah kepaknya.
Maka tatkala mana terdapat kombinasi yang baik antara kepala dan sayap, kedudukan burung itu adalah stabil dan mantap. Jika terputus kepalanya maka matilah ia dan jika hilang sayapnya, maka burung akan terdedah kepada bahaya pemburu.”
~Ibnu Qayyim Al- Jauzi~
Label: Agama, Thought 0 ulasanRabu, 7 September 2011
Aisyah Radiyallahu Anha
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Rabu, September 07, 2011Aisyah Radiyallahu Anha menanyakan persoalan paling romantik kepada kekasihnya Nabi Salallahualaihi Wassalam:
“Wahai kekasihku, Ya Rasulullah, di manakah tempat orang yang mencintai tidak ingat kepada yang dicintai?
Jawab baginda: Ada tiga tempat yang ia tidak ingat iaitu: Pertama ketika ditimbang amal apakah ringan atau berat. Kedua ketika menerima catatan amal sehingga tahu dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga ketika keluar ular besar dari neraka yang mengepung mereka dan berkata: “Aku disuruh mencari tiga jenis manusia; Orang yang syirik, orang yang kejam dan zalim dan orang yang tidak percaya dengan hari ini.”
Label: Agama, Thought 0 ulasanLukman Al-Hakim: Pesanan
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Rabu, September 07, 2011Rasululullah Salallahualaihi Wassalam: Rosaknya Amal Salih
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Rabu, September 07, 2011Rasululullah Salallahualaihi Wassalam menukilkan tentang rosaknya amal salih:
“Para malaikat yang membawa amal manusia memuji-muji amal salih itu dan mempersembahkannya kepada Allah lalu Allah berfirman: Kamu semua hanya menuliskan tetapi Aku Maha Mengetahui apa yang dikerjakannya itu bukan untuk-Ku. Musnahkanlah ia kerana ia bukan untuk-Ku.”
Label: Agama, Thought 0 ulasan