Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu adalah langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.
Najib memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan GTP pada April tahun lalu, bulan sama beliau mengambil alih tampuk pimpinan negara, dan turut mengumumkan enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha menangani perkara yang menjadi kebimbangan utama rakyat.
Enam bidang NKRA itu ialah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam bandar. - Bernama
(Sumber dari Berita Harian, 29/01/2010)
Label:
Malaysiaku
0 ulasan:
Catat Ulasan