Isnin, 8 Februari 2010

GTP tentu hala tuju negara: Dr Mahathir

PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) akan menjadi kekuatan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan hala tuju negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, matlamat yang disasarkan kerajaan dalam pelaksanaan GTP perlu dibuktikan keberkesanannya terlebih dulu, jika Perdana Menteri berhasrat mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

"Saya percaya GTP satu pendekatan baru yang cukup inovatif dengan memberi tumpuan kepada enam bidang utama dan ia pasti menarik perhatian rakyat untuk lebih tahu," katanya pada sidang media selepas memberi ucapan pada Majlis Bicara Perdana di sini, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata GTP akan menjadi kekuatan kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat mereka akan sentiasa diberi perhatian.

"Keyakinan rakyat datang daripada kejayaan demi kejayaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata sokongan kepada GTP bukan hanya harus datang daripada kakitangan kerajaan yang melaksanakan program ini tetapi juga daripada rakyat.

"Program membabitkan enam perkara utama yang akan mengubah kehidupan rakyat ini menunjukkan iltizam paling tinggi kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat kesejahteraan, " katanya.

(Sumber dari Berita Harian, 28/01/2010)

 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...