Isnin, 7 Mac 2011
@Perdana Putra, 07-Mac-2011 (Isnin)
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Mac 07, 2011e.m.a.s. in 06-Feb-2011 (Sunday)
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Mac 07, 2011It was unplanned Sunday. Suddenly wake-up and get ready to go out! Where we want to go? To Masjed Jamek, Central Market Kuala Lumpur! How to get there? With bus from Putrajaya to the destination…
This is my first time went there with bus. It quite tiring because a lot of people in there… <to be continue, my darling is here>
Ahad, 6 Mac 2011
KAHLIL GIBRAN
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Ahad, Mac 06, 2011CINTA YANG AGUNG adalah ketika kamu menitiskan airmata dan masih peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata "Aku turut berbahagia untukmu"..
Apabila cinta tidak berhasil.. Bebaskan dirimu.. Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi.. Ingatlah bahawa kamu mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya..
Tapi.. Ketika cinta itu mati.. Kamu TIDAK perlu mati bersamanya..
-KAHLIL GIBRAN-
0 ulasanSelasa, 1 Mac 2011
586 guru besar terima ganjaran tawaran baru
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Selasa, Mac 01, 2011Berita Harian Online | 586 guru besar terima ganjaran tawaran baru
2011/02/28
JASIN: Kerajaan mengotakan janjinya pada hari ini, dengan memberi ganjaran kepada guru besar dan guru yang berjaya meningkatkan pencapaian sekolah pada kedudukan lebih baik melalui Tawaran Baru membabitkan peruntukan RM18.4 juta.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata di bawah Tawaran Baru kepada Guru Besar yang dijanjikan kerajaan pada tahun lalu, hari ini seramai 586 guru besar yang berjaya dari seluruh negara menerima ganjaran tersebut.
"Staf sokongan seperti kerani di 586 sekolah yang berjaya itu juga akan diberi imbuhan yang setimpal kerana mereka juga memberi sumbangan kepada sekolah tersebut. Kadar ganjaran belum ditetapkan," katanya selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat sini.
Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima ganjaran sebanyak RM7,500 diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pembayaran ganjaran tersebut akan dibuat serta merta kerana peruntukan telah disediakan. -BERNAMA
Label: Perkhidmatan Awam 0 ulasan15,000 pembantu am pejabat tunggu naik pangkat
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Selasa, Mac 01, 2011Berita Harian Online | 15,000 pembantu am pejabat tunggu naik pangkat
2011/02/28
IPOH: Seramai 15,000 Pembantu Am Pejabat (PAP) di seluruh negara sedang menunggu untuk dinaikkan pangkat dan gaji yang permohonan mereka telah pun dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata memorandam berkenaan dihantar ke JPA enam bulan lalu dan pihaknya sedang menunggu kelulusan permohonan yang dijangka diketahui seawal 1 Mei ini.
"Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji dan menyeleras semula sistem penggredan sedia ada agar bersesuaian dengan taraf pendidikan penjawat jawatan ini yang sebelum ini hanya memerlukan kelulusan rendah di peringkat Penilaian Menengah Rendah berbanding kini yang memerlukan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia selain diploma dan ijazah," katanya kepada pemberita.
Beliau menghadiri majlis taklimat kepada anggota Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia cawangan negeri Perak.
Omar berkata sekiranya permohonan itu diluluskan, ia akan meningkatkan semangat penjawat jawatan berkenaan untuk bekerja lebih keras.
"Mereka yang menjawat jawatan ini merupakan nadi yang menggerakkan sesuatu tugas di pejabat. Justeru itu, apabila adanya keselarasan (jawatan), ia secara langsung bakal meningkatkan motivasi setiap pekerja," katanya.
Beliau berkata Cuepacs turut bercadang menukarkan gelaran jawatan Pembantu Am Pejabat kepada yang lebih sesuai.
Tugas Pembantu Am Pejabat kini tidak hanya tertumpu kepada pentadbiran pejabat semata-mata malah meliputi pelbagai tugasan lain di luar pejabat seperti di makmal dan bengkel, katanya. - BERNAMA
Label: Perkhidmatan Awam 0 ulasanPROTON tak alami kerugian, kata Dr Mahathir
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Selasa, Mac 01, 2011Berita Harian Online | PROTON tak alami kerugian, kata Dr Mahathir
2011/02/28
SUBANG JAYA: Prestasi kewangan Proton Holdings Bhd dijangka bertambah baik di dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas selesai melaksanakan eksersais penstrukturan semula bahagian kereta sportnya, Lotus Group International Ltd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Proton tak rugi, dia untung, tapi keuntungan proton kurang kerana kerugian lotus."
"Sebelum kita dapat menstruktur semula, tentu ada kerugian," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Penasihat Proton kepada pemberita pada Forum Bioteknologi 2011 di sini hari ini.
Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan kerugian pracukai RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM82.958 juta pada suku yang sama sebelum ini yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan semula dan perbelanjaan penstrukturan semula yang dialami oleh bahagian kereta sportnya.
Perolehan bagi suku itu merosot kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion.
Syarikat itu melaporkan kemerosotan keuntungan yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan yang lebih tinggi serta perbelanjaan penstrukturan semula yang ditanggung oleh Lotus Group.
Sebagai sebahagian daripada pelan transformasi bagi memulihkan Lotus, kumpulan itu mulai melabur dalam rasionalisasi rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan bagi melaksanakan pelan perniagaan lima tahun itu.
Kumpulan itu mengalami jumlah jualan domestik lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan promosi dan pemasaran oleh satu anak syarikat utama semasa suku ketiga. - BERNAMA
