Jumaat, 28 September 2012

Perspektif IKIM: Rujuk sirah dalam menangani provokasi cemar imej Islam

2012/09/28 - 04:30:34 AM Oleh Enizahura Abdul Aziz

Perspektif IKIM: Rujuk sirah dalam menangani provokasi cemar imej Islam

Ketika jalan raya negara di serata dunia dipenuhi umat Islam yang bangkit menentang penerbitan filem 'Innocence of Muslims', ada segelintir pihak yang mempertikaikan kewajaran untuk bertindak sedemikian rupa. Ada yang mempersoalkan sama ada tindakan yang diambil itu bersifat Islamik atau sebaliknya. Dalam menjawab persoalan ini, yang jelas kemarahan umat Islam itu adalah satu bentuk tindakan yang bersifat rasional.

Nilai rasional kepada tindakan itu terletak pada tindak balas yang sememangnya sudah dijangka akan terjadi apabila seorang insan yang sangat dimuliakan dan dikasihi umat Islam seluruh dunia dicerca dan dicalar keperibadiannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan individu yang terbabit dalam penerbitan filem itu bukan hanya bertujuan mencemar dan memburuk-burukkan imej Rasulullah SAW serta sahabat Baginda, malah masyarakat dunia dibohongi dengan maklumat palsu dan yang berniat jahat.

Persoalan juga timbul apabila kemarahan umat Islam dunia tertumpu kepada Amerika Syarikat. Bendera AS dibakar dan kedutaan mereka menjadi sasaran kumpulan penunjuk perasaan. Mengapa negara itu yang menjadi fokus dan bukan hanya terhad kepada Nakoula Basseley, iaitu individu yang menerbitkan filem berkenaan?

Ramai yang mengaitkan tindakan mencemar imej Rasulullah SAW ini sebagai kesan daripada prinsip Dasar Luar AS terhadap negara Islam terutama di Asia Barat juga dilihat sebagai penyumbang kepada kebencian yang meningkat di kalangan umat Islam ketika ini.

Selama berpuluh tahun, dasar luar Amerika Syarikat terhadap isu seperti perjuangan rakyat Palestin dan sikap lepas tangan negara itu mengenai keganasan rejim Israel terhadap masyarakat Palestin menyebabkan umat Islam melihat ia sebagai satu bentuk ketidakadilan dan penindasan.

Seharusnya penindasan secara tidak langsung ini difahami sebagai satu faktor penyumbang kepada kemarahan memuncak umat Islam serata dunia.

Bagaimanapun, umat Islam harus sedar bahawa provokasi seumpama itu berterusan dilakukan oleh individu yang sememangnya mahu mengiyakan bahawa Islam sebagai satu agama yang membenarkan dan menggalakkan umatnya untuk bertindak secara agresif.

Sudah tiba masanya umat Islam menunjukkan bahawa kita adalah umat yang jauh lebih bertamadun dari apa yang mereka sangkakan.

Protes dan penentangan boleh dilakukan secara aman dan dalam keadaan di mana Islam tidak diletakkan di dalam neraca pertimbangan sebagai agama yang menggalakkan perlakuan ganas dan radikal.

Pada ketika masyarakat dunia sedang peka mengenai Islam, peluang perlu diambil dengan menyediakan penerangan dan maklumat tentang Islam yang sebenar.

Sebagai contoh, di United Kingdom, organisasi ‘Discover Islam’ mengambil inisiatif untuk memberi beribu-ribu naskhah al-Quran dan buku bacaan mengenai peribadi dan sirah Rasulullah SAW secara percuma sebagai inisiatif menyebarkan maklumat sebenar mengenai Islam dan Rasul.

Dalam menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, perlu juga diteliti kembali akhlak dan peribadi Baginda dalam menghadapi golongan kafir yang sentiasa cuba untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah SAW dengan berkata: "Kamu dari Bani Abu Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang".

Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher lelaki Yahudi itu. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".

Perlakuan dan sifat pemaaf yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini menyebabkan lelaki Yahudi itu memeluk Islam selepas melihat tanda kenabian pada wajah dan akhlak Baginda apabila diuji sedemikian rupa.

Sirah Rasulullah SAW adalah rujukan utama yang seharusnya diteliti dan diteladani oleh umat Islam dalam menghadapi provokasi musuh-musuh Islam yang senantiasa ingin meletakkan Islam di atas penilaian negatif masyarakat dunia.

Islam adalah kehidupan bagi umatnya, justeru pembelaan terhadap Islam dan Rasulnya ini adalah satu manifestasi kecintaan dan ibadat seorang hamba kepada Allah SWT.

Walaupun begitu, umat Islam haruslah memastikan bahawa sebarang tindakan yang dilakukan dalam menghadapi provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu, akan menjadikan Islam dipandang lebih mulia dan dihormati dan bukan sebaliknya.

 

Penulis ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Shariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

0 ulasan

Ahad, 16 September 2012

What you doing on weekend? @16 September 2012 (Sunday)

Ngantuknyer lah... Dah puas bersengkang mata. Tapi masih kalah. Keje banyak lg x siap ni... 1 more day to go. Dokumen2 oh dokumen...

Selamat Hari Malaysia.. Alhamdulillah

0 ulasan

Rabu, 12 September 2012

Alahai Media di MALAYSIA

clip_image001

0 ulasan

Ahad, 9 September 2012

8.9.2012 @Zahar's House

Thank you for the invitation.


0 ulasan

Selasa, 4 September 2012

Adab mengadakan majlis walimah <kahwin oh kawin…:-)>

04/09/2012 - 05:37:45 AM Muhammad Asyraf

Majlis perkahwinan perlu jadi medan mengukuhkan silaturahim serta mengikut batas hukum Islam. - Gambar hiasan

Majlis perkahwinan perlu jadi medan mengukuhkan silaturahim serta mengikut batas hukum Islam. - Gambar hiasan

Jemputan wajib hadir rai pengantin walaupun berpuasa
Pasangan yang berkahwin disunatkan mengadakan majlis kenduri atau walimah untuk mengisytiharkan ikatan perkahwinan mereka di samping melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.

Majlis kenduri sebenarnya bukan sekadar menjemput tetamu menikmati juadah dihidangkan, tetapi ada kaitannya dengan ibadah kepada Allah SWT. Kebanyakan ulama berpendapat mengadakan majlis walimah hukumnya sunat muakkad, amalan amat dituntut dalam Islam.

Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama”

Malah sebahagian ulama seperti mereka yang bermazhab al-Zhahiri menyatakan hukum mengadakan walimatul urus atau kenduri perkahwinan adalah wajib seperti pandangan sebahagian ulama bermazhab Syafi’e dan Hambali.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, direkodkan oleh Imam Muslim dan Imam al-Bukhari, Nabi SAW telah menyembelih seekor kambing ketika Baginda berkahwin dengan isterinya, Zainab binti Jahsy.

Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyuruh ‘Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri ketika perkahwinan beliau walaupun dengan seekor kambing. Sabda Baginda SAW: “Adakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.”

Ketika Ali memperisterikan puteri Rasulullah SAW, Fatimah, Baginda bersabda: “Bagi sesuatu perkahwinan itu ‘walimah’ (kenduri).”

Dianjurkan Islam
Mengadakan kenduri perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan adalah dianjurkan dalam Islam. Oleh itu, disunatkan bagi sesiapa yang melangsungkan majlis perkahwinan mengadakan jamuan dan menjemput orang lain untuk menghadiri majlis itu.

Pada pandangan Imam Ahmad bin Hanbal, disunatkan mengadakan majlis kenduri pada hari kedua-kedua pengantin diijabkabulkan. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pula, digalakkan pasangan pengantin mengadakan kenduri perkahwinan setelah mereka bersama.

Imam al-Mardawi pula menyatakan waktu disunatkan mengadakan majlis kenduri adalah luas iaitu bermula dari hari akad sehinggalah berakhirnya hari-hari perkahwinan (mengikut adat masyarakat).

Hukum penuhi undangan
Bagi mereka yang diundang ke majlis kenduri perkahwinan hendaklah memenuhi undangan itu. Ulama berpendapat hukum memenuhi undangan perkahwinan atau apa saja undangan selagi tidak membawa kepada kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib.

Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari).

Seseorang Muslim yang diundang oleh saudara Muslim lain wajib menghadirinya jika tiada sebarang halangan mahupun keuzuran. Walaupun seseorang itu berpuasa penuhilah undangan dan dia dibenarkan meneruskan puasanya atau memilih untuk berbuka bagi puasa sunat.

Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira undangan perkahwinan atau selainnya walaupun dalam keadaan berpuasa. Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi undangan majlis kenduri dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.

Elak majlis dicemari dosa
Perkara penting perlu diketahui oleh setiap orang yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan mahupun mereka yang hadir adalah berusaha mengelakkan majlis dicemari perkara mendatangkan dosa.

Antara yang perlu dititikberatkan, kedua-dua pasangan pengantin perlu menjaga adab seperti tidak mendedahkan aurat serta tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram. Begitulah juga dengan tetamu Muslim yang diundang perlu menjaga batasan hukum agama.

Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama seperti acara menolak bala, tarian bercampur lelaki dan wanita.

Tidak salah untuk memasang muzik mahupun lagu hiburan selagi mana tidak membawa kepada kemaksiatan. Namun disarankan muzik yang dipasang itu lebih berkonsepkan nasihat dan tidak terlalu kuat hingga mengganggu keharmonian majlis perkahwinan.

Perkara lain perlu dipelihara ialah pembaziran. Walaupun tidak salah mengadakan kenduri secara besar-besaran tetapi jangan terlalu boros hingga terpaksa berhutang. Anjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan.

Majlis diberkati, sebagai ibadat
Alangkah bertuahnya apabila majlis kenduri yang diadakan atau kita hadiri diberkati serta dikira sebagai ibadat kerana dapat mengeratkan silaturahim, memaklumkan ikatan perkahwinan yang baru termeterai dan bersedekah kepada tetamu.

Sebaik-baik doa diucapkan kepada pasangan yang berkahwin: “Semoga Allah memberkatimu serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...