Rabu, 12 Disember 2012
Majlis Amanat Akhir Tahun dan Malam Apresiasi MAMPU 2012
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Rabu, Disember 12, 2012Rabu, 28 November 2012
Ohh pengguna jalan raya di putrajaya @27.Nov.2012
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Rabu, November 28, 2012Akhirnya emas g mini market depan rumah jer beli mop. Hehe... Mujur jumpa jugak. Susah2 nanti hire jer robot unt bersihkan rumah. Alamakkk x cairlah lemak nanti. Kiki...
Selasa, 27 November 2012
Merlin oh Merlin @26.11.2012 (Monday)
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Selasa, November 27, 2012Rabu, 21 November 2012
21.Nov.2012 (Rabu) ~ Aku Bangkit
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Rabu, November 21, 2012Aku akan bangkit!
Isnin, 29 Oktober 2012
@Secret Recipe, Presint Diplomatic ~ 29 Oct 2012, 7.00 pm
Dicatat oleh EMAS di Isnin, Oktober 29, 2012Just drop by to taste a slice of cheese cake. After finished a resberry cheese, my 'beautiful heart' suddenly order additional dinner ~ chicken gordon bleu and cuppucino expresso. Ahaaa!!!
Rabu, 24 Oktober 2012
Sobrun jamiilan kekasihku.. [kesabaran Nabi Yaakub]
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Oktober 24, 2012Quote of the day: When You Know What You Want
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Oktober 24, 2012Jumaat, 19 Oktober 2012
Rabu, 17 Oktober 2012
Al-Hadith: Pemberian yang Terbaik (sedekah atau hadiah)
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Rabu, Oktober 17, 2012Isnin, 15 Oktober 2012
Quote of the day: The Fact That We Are Alone ~ Lord Byron
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Oktober 15, 2012Quote of the Day: Love by Voltaire
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Oktober 15, 2012Jumaat, 28 September 2012
Perspektif IKIM: Rujuk sirah dalam menangani provokasi cemar imej Islam
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, September 28, 20122012/09/28 - 04:30:34 AM Oleh Enizahura Abdul Aziz
Perspektif IKIM: Rujuk sirah dalam menangani provokasi cemar imej Islam
Ketika jalan raya negara di serata dunia dipenuhi umat Islam yang bangkit menentang penerbitan filem 'Innocence of Muslims', ada segelintir pihak yang mempertikaikan kewajaran untuk bertindak sedemikian rupa. Ada yang mempersoalkan sama ada tindakan yang diambil itu bersifat Islamik atau sebaliknya. Dalam menjawab persoalan ini, yang jelas kemarahan umat Islam itu adalah satu bentuk tindakan yang bersifat rasional.
Nilai rasional kepada tindakan itu terletak pada tindak balas yang sememangnya sudah dijangka akan terjadi apabila seorang insan yang sangat dimuliakan dan dikasihi umat Islam seluruh dunia dicerca dan dicalar keperibadiannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tindakan individu yang terbabit dalam penerbitan filem itu bukan hanya bertujuan mencemar dan memburuk-burukkan imej Rasulullah SAW serta sahabat Baginda, malah masyarakat dunia dibohongi dengan maklumat palsu dan yang berniat jahat.
Persoalan juga timbul apabila kemarahan umat Islam dunia tertumpu kepada Amerika Syarikat. Bendera AS dibakar dan kedutaan mereka menjadi sasaran kumpulan penunjuk perasaan. Mengapa negara itu yang menjadi fokus dan bukan hanya terhad kepada Nakoula Basseley, iaitu individu yang menerbitkan filem berkenaan?
Ramai yang mengaitkan tindakan mencemar imej Rasulullah SAW ini sebagai kesan daripada prinsip Dasar Luar AS terhadap negara Islam terutama di Asia Barat juga dilihat sebagai penyumbang kepada kebencian yang meningkat di kalangan umat Islam ketika ini.
Selama berpuluh tahun, dasar luar Amerika Syarikat terhadap isu seperti perjuangan rakyat Palestin dan sikap lepas tangan negara itu mengenai keganasan rejim Israel terhadap masyarakat Palestin menyebabkan umat Islam melihat ia sebagai satu bentuk ketidakadilan dan penindasan.
Seharusnya penindasan secara tidak langsung ini difahami sebagai satu faktor penyumbang kepada kemarahan memuncak umat Islam serata dunia.
Bagaimanapun, umat Islam harus sedar bahawa provokasi seumpama itu berterusan dilakukan oleh individu yang sememangnya mahu mengiyakan bahawa Islam sebagai satu agama yang membenarkan dan menggalakkan umatnya untuk bertindak secara agresif.
Sudah tiba masanya umat Islam menunjukkan bahawa kita adalah umat yang jauh lebih bertamadun dari apa yang mereka sangkakan.
Protes dan penentangan boleh dilakukan secara aman dan dalam keadaan di mana Islam tidak diletakkan di dalam neraca pertimbangan sebagai agama yang menggalakkan perlakuan ganas dan radikal.
Pada ketika masyarakat dunia sedang peka mengenai Islam, peluang perlu diambil dengan menyediakan penerangan dan maklumat tentang Islam yang sebenar.
Sebagai contoh, di United Kingdom, organisasi ‘Discover Islam’ mengambil inisiatif untuk memberi beribu-ribu naskhah al-Quran dan buku bacaan mengenai peribadi dan sirah Rasulullah SAW secara percuma sebagai inisiatif menyebarkan maklumat sebenar mengenai Islam dan Rasul.
Dalam menzahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, perlu juga diteliti kembali akhlak dan peribadi Baginda dalam menghadapi golongan kafir yang sentiasa cuba untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah SAW dengan berkata: "Kamu dari Bani Abu Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang".
Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher lelaki Yahudi itu. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".
Perlakuan dan sifat pemaaf yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini menyebabkan lelaki Yahudi itu memeluk Islam selepas melihat tanda kenabian pada wajah dan akhlak Baginda apabila diuji sedemikian rupa.
Sirah Rasulullah SAW adalah rujukan utama yang seharusnya diteliti dan diteladani oleh umat Islam dalam menghadapi provokasi musuh-musuh Islam yang senantiasa ingin meletakkan Islam di atas penilaian negatif masyarakat dunia.
Islam adalah kehidupan bagi umatnya, justeru pembelaan terhadap Islam dan Rasulnya ini adalah satu manifestasi kecintaan dan ibadat seorang hamba kepada Allah SWT.
Walaupun begitu, umat Islam haruslah memastikan bahawa sebarang tindakan yang dilakukan dalam menghadapi provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu, akan menjadikan Islam dipandang lebih mulia dan dihormati dan bukan sebaliknya.
Penulis ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Shariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Label: Agama 0 ulasanAhad, 16 September 2012
What you doing on weekend? @16 September 2012 (Sunday)
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Ahad, September 16, 2012Ngantuknyer lah... Dah puas bersengkang mata. Tapi masih kalah. Keje banyak lg x siap ni... 1 more day to go. Dokumen2 oh dokumen...
Selamat Hari Malaysia.. Alhamdulillah
Rabu, 12 September 2012
Ahad, 9 September 2012
Selasa, 4 September 2012
Adab mengadakan majlis walimah <kahwin oh kawin…:-)>
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Selasa, September 04, 201204/09/2012 - 05:37:45 AM Muhammad Asyraf
Majlis perkahwinan perlu jadi medan mengukuhkan silaturahim serta mengikut batas hukum Islam. - Gambar hiasan
Jemputan wajib hadir rai pengantin walaupun berpuasa
Pasangan yang berkahwin disunatkan mengadakan majlis kenduri atau walimah untuk mengisytiharkan ikatan perkahwinan mereka di samping melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
Majlis kenduri sebenarnya bukan sekadar menjemput tetamu menikmati juadah dihidangkan, tetapi ada kaitannya dengan ibadah kepada Allah SWT. Kebanyakan ulama berpendapat mengadakan majlis walimah hukumnya sunat muakkad, amalan amat dituntut dalam Islam.
Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama”
Malah sebahagian ulama seperti mereka yang bermazhab al-Zhahiri menyatakan hukum mengadakan walimatul urus atau kenduri perkahwinan adalah wajib seperti pandangan sebahagian ulama bermazhab Syafi’e dan Hambali.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, direkodkan oleh Imam Muslim dan Imam al-Bukhari, Nabi SAW telah menyembelih seekor kambing ketika Baginda berkahwin dengan isterinya, Zainab binti Jahsy.
Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyuruh ‘Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri ketika perkahwinan beliau walaupun dengan seekor kambing. Sabda Baginda SAW: “Adakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.”
Ketika Ali memperisterikan puteri Rasulullah SAW, Fatimah, Baginda bersabda: “Bagi sesuatu perkahwinan itu ‘walimah’ (kenduri).”
Dianjurkan Islam
Mengadakan kenduri perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan adalah dianjurkan dalam Islam. Oleh itu, disunatkan bagi sesiapa yang melangsungkan majlis perkahwinan mengadakan jamuan dan menjemput orang lain untuk menghadiri majlis itu.
Pada pandangan Imam Ahmad bin Hanbal, disunatkan mengadakan majlis kenduri pada hari kedua-kedua pengantin diijabkabulkan. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pula, digalakkan pasangan pengantin mengadakan kenduri perkahwinan setelah mereka bersama.
Imam al-Mardawi pula menyatakan waktu disunatkan mengadakan majlis kenduri adalah luas iaitu bermula dari hari akad sehinggalah berakhirnya hari-hari perkahwinan (mengikut adat masyarakat).
Hukum penuhi undangan
Bagi mereka yang diundang ke majlis kenduri perkahwinan hendaklah memenuhi undangan itu. Ulama berpendapat hukum memenuhi undangan perkahwinan atau apa saja undangan selagi tidak membawa kepada kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib.
Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari).
Seseorang Muslim yang diundang oleh saudara Muslim lain wajib menghadirinya jika tiada sebarang halangan mahupun keuzuran. Walaupun seseorang itu berpuasa penuhilah undangan dan dia dibenarkan meneruskan puasanya atau memilih untuk berbuka bagi puasa sunat.
Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira undangan perkahwinan atau selainnya walaupun dalam keadaan berpuasa. Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi undangan majlis kenduri dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.
Elak majlis dicemari dosa
Perkara penting perlu diketahui oleh setiap orang yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan mahupun mereka yang hadir adalah berusaha mengelakkan majlis dicemari perkara mendatangkan dosa.
Antara yang perlu dititikberatkan, kedua-dua pasangan pengantin perlu menjaga adab seperti tidak mendedahkan aurat serta tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram. Begitulah juga dengan tetamu Muslim yang diundang perlu menjaga batasan hukum agama.
Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama seperti acara menolak bala, tarian bercampur lelaki dan wanita.
Tidak salah untuk memasang muzik mahupun lagu hiburan selagi mana tidak membawa kepada kemaksiatan. Namun disarankan muzik yang dipasang itu lebih berkonsepkan nasihat dan tidak terlalu kuat hingga mengganggu keharmonian majlis perkahwinan.
Perkara lain perlu dipelihara ialah pembaziran. Walaupun tidak salah mengadakan kenduri secara besar-besaran tetapi jangan terlalu boros hingga terpaksa berhutang. Anjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan.
Majlis diberkati, sebagai ibadat
Alangkah bertuahnya apabila majlis kenduri yang diadakan atau kita hadiri diberkati serta dikira sebagai ibadat kerana dapat mengeratkan silaturahim, memaklumkan ikatan perkahwinan yang baru termeterai dan bersedekah kepada tetamu.
Sebaik-baik doa diucapkan kepada pasangan yang berkahwin: “Semoga Allah memberkatimu serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Label: Agama 0 ulasanSabtu, 18 Ogos 2012
Ramadhan Hari Ke-29
Dicatat oleh EMAS di Sabtu, Ogos 18, 2012Tekak yang berkahak ni betul2 rasa kering sangat2. Ermm... Teringin nak minum sirap pandan sejuk. Erm... Sedapnyer...
Jalan Sekolah, Kampung Kubang Putat, 23050 Dungun, Terengganu, Malaysia http://m.google.co.uk/u/m/d6kjIe
Rabu, 1 Ogos 2012
31 julai 2012, 10.15 pm ~ sedihnyer spek mata patah.... Sob sob sob
Cerita Ramadhan Hari Kesebelas
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Ogos 01, 2012Tengah hari ni I ke cafe, aikkk ader lelaki-lelaki yang beli makanan. Bukan nak tapau ni, siap bubuh kuah lagi. Senduk dan ceduk. Apalah erti kekuatan seorang lelaki kalau tak dapat bertahan dalam menunaikan ibadah puasa? Si penjual tu boleh pulak jual kat mereka, siap buat air lagi tu. Macam bersubahat dalam menyokong orang tak amanah kepada Allah ni.
Cerita Ramadhan Hari Kesepuluh
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Ogos 01, 2012Cerita Ramadhan Hari Kesembilan
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Ogos 01, 2012"Kalau seorang suami nak jadi wali cepat, cari lah seorang isteri yang suka membebel. Setiap kali isterinya membebel, si suami akan berzikir panjang."
Senda ustaz ni buat I tersengih-sengih sorang diri. Hehehe... Cara ustaz yang sopan menukil kata dan bersenda.
So ada sesiapa nak jadi wali tak? Hahaha
Cerita Ramadhan Hari Kelapan
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Ogos 01, 2012Selasa, 31 Julai 2012
Apa yang ada pada Ramadhan?
Dicatat oleh EMAS di Selasa, Julai 31, 2012Sabda Rasulullah: "Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah."
Ramadhan adalah bulan paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan ketika hamba-hamba Allah diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amal diterima dan doa diijabah.
Apa yang ada pada Ramadhan?
:-) Barang siapa yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
:-) Barang siapa melakukan solat fardu, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.
:-) Barang siapa pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lain.
:-) Barang siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
:-) Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
:-) Barang siapa menahan kejelekannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
:-) Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
:-) Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergeincir.
Pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabb-Mu. Syaitan terbelenggu, maka mintalah supaya ia tidak lagi pernah menguasaimu.
Ketika Berbuka bagi Orang yang Berpuasa
Dicatat oleh EMAS di Selasa, Julai 31, 2012Jumaat, 27 Julai 2012
Kenapa I suka blogging?
Dicatat oleh EMAS di Jumaat, Julai 27, 2012Cerita Ramadhan Hari Keenam
Dicatat oleh EMAS di Jumaat, Julai 27, 2012Hari ni rasa penatnyer lah... Rushing with early meeting and raised up with a few new things that urgently need to response. Dah lah badan tak berapa sihat. Sakit belakang dan pinggang menggigit2. Tapi saya masih ingat lagi perbualan dengan teman sayang. Katanya tak apa lah sakit pun, sakit kan penghapus dosa. Insya-Allah, semoga Allah menghapuskan segala dosa-dosa saya. Amien...
Hari ni saya ada rawatan akupuntur kali ke-5 di Hospital Putrajaya. Masa kena cucuk jarum tu entahlah tak tahu nak describe. Pengamal perubatan tu akan tanya, "rasa ke tak?" Kalau tak rasa, dia akan cucuk lagi bagi rasa. Sampai rasa kebas dan sengal masa kene cucuk. Mujur pengamal perubatan dan nurse kat situ mesra dan buat keje betul-betul. Hehehe... Cuma jam baru nak hampir pukul 5, mereka dah bersiap-siap nak balik dah.
Ada lagi sesi seterusnya bila badan saya dah rasa ok sikit dengan rawatan tu. Tapi boss dah bising dah, asyik mintak keluar untuk buat rawatan jer. Erm... Tak tahulah, saya dibayar untuk bekerja, tapi waktu kerja saya kadang2 melebihi waktu punch out. Tapi adakah majikan concern betapa sakitnya yang saya sedang tanggung. Nak tarik pintu untuk bukak pintu pun, tangan ni tak berdaya, apatah lagi nak angkat berat. Alhamdulillah, Allah dah bagi banyak nikmat kepada saya. Sebelum saya sakit macam sekarang, berat2 tu remeh jer bagi saya, akan saya usaha sedaya tenaga. Tapi sekarang... :-)
Hari ni ramadhan ke-6. Nak masak pun rasa berat jer. Erm... Beli nasi kerabu kosong kat bawah rumah lebah, tengok lauk tak ada selera. Tapi tak lengkap ni, kena ada lauk jugak. Erm... Ikan aye ada dalam peti ais, buat kuah singgang dan goreng sayur jer lah.. Tarra!! Dah siap. Sambil memasak sambil loud speaker dengan mak sue...
Ya Allah, semoga ramadhan saya kali ini adalah yang terbaik dari sebelum ini. Amien... :-)
Khamis, 26 Julai 2012
Bayaran Bonus Setengah Bulan Kepada Penjawat Awam Dan Bayaran Khas Kepada Pesara Kerajaan Tahun 2012
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Khamis, Julai 26, 2012Selasa, 24 Julai 2012
Cerita Ramadhan Hari Ketiga
Dicatat oleh EMAS di Selasa, Julai 24, 2012Erm.... Harumnya bau puding karemel. Duk rumah lebah camni lah, berkongsi bau masakan jiran. Entah rumah sapalah tu. Kalau kat kampung, jika duk berjiran yang rapat, dapatlah juga merasa. Hehe...
Berbuka hari ke-3, kita masak spaghetti jer lah. Alhamdulillah, tak boleh teringin nak makan macam-macam, nanti membazir. Cukuplah 1-2 lauk... Tarra!!! Spaghetti dah masak...
Lepas tu masak roti john guna roti gardenia. Tarra!!! Roti john dah masak.
Lepas berbuka dan solat maghrib, duk tunggu azan isyak dari surau bawah rumah. Aduhai... Daku tertidur... Uwaaa... Terbangun jam 10 lebih. Surau kat bawah masih ada sesi tazkirah sebelum dilanjutkan dengan solat terawih 4 rakaat. Entahlah badan ni penat sangat kut dengan motivasi diri yang sedikit tak konsisten. Daku yang masih berkelubung dengan telekung terus masuk ke bilik untuk menyambung lena yang tak berlayar. Hehehe. Insya-Allah daku akan bangun untuk menunaikan kewajipanku waktu sahur nanti. Semoga ramadhanku kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelum ini. Amin...
Isnin, 23 Julai 2012
Resepi chicken cordon bleu (ayam panggang berkeju)
Dicatat oleh EMAS di Isnin, Julai 23, 2012Teringin nak makan chicken cordon bleu. Cuba google resepi, dapatlah jugak tapi nak cari serbuk rotilah pulak. Semalam tanya kat sebuah mini market ni, tapi tak der. So option lain ialah panggang ayam berkeju. Hehe...
Sebab last minute tak sampai sejam nak berbuka, potong ayam ambil bahagian dada dan buat torehan untuk sumbat keju. Nak panggang ayam ni main letak jer bahan yang ada unt perap ayam macam ketumbar, halia, lengkuas dan rosemery. Kiki... Hentam jer lah..
Lepas tu panggang ayam dalam oven dengan suhu 230'c selama 30 minit.
Azan maghrib berkumandang, tarra!! Mujur ayam panggang keju I sempat masak. Hehehe... Sambil tunggu ayam panggang keju masak, sempat buat roti john. Alhamdulillah juadah berbuka untuk hari ini..
Ahad, 22 Julai 2012
My Second Day of Fasting -- 2012
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Ahad, Julai 22, 2012Jumaat, 20 Julai 2012
Ramadhan Kareem @ Putrajaya
Dicatat oleh EMAS di Jumaat, Julai 20, 2012Berakhirnya syaaban dan bermulanya ramadhan. Solat terawih pertama di Masjid Tuanku Mizan. Alhamdulillah, ramai betul jemaah yang hadir, hinggakan kenderaan parking 3 layer lagi. Bila melangkah masuk ke dewan solat, melimpah dengan jemaah. Alhamdulillah
Rabu, 18 Julai 2012
Masih jua begini
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Julai 18, 2012Masih di sini begini dan jua begini.. Emosi berkocak tanpa tempat berpaut. Jiwa menjalar mencari konsistensi. Bila? Di mana? Bagaimana? Sendiri jua begini
Maria Eisya Khadija
Love u, Ramadhan
Dicatat oleh EMAS di Rabu, Julai 18, 2012Selasa, 17 Julai 2012
Quote of the Day: The Season
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Selasa, Julai 17, 2012Isnin, 9 Julai 2012
Tergesa-gesa sikap tercela, hasutan syaitan: Menyegerakan amal salih perkara terpuji dianjurkan al-Quran, sunnah (sense of urgency)
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Julai 09, 2012Zahazan Mohamed
Menyegerakan amal salih perkara terpuji dianjurkan al-Quran, sunnah
Saya mohon kepastian daripada ustaz mengenai dua ayat yang selalu diucapkan penceramah iaitu ‘tergesa-gesa (cepat-cepat) itu daripada syaitan’ dan satu lagi ‘sebaik-baik kebaikan ialah disegerakan’. Adakah kedua-dua ucapan itu adalah hadis? Bagaimanakah sepatutnya kita memahaminya kerana seolah-olah ada pertentangan.
TARMIZI,Ipoh, Perak.
Perkataan pertama itu sebahagian daripada hadis: “Berhati-hati itu daripada Allah Taala dan tergesa-gesa itu daripada syaitan.” (Hadis riwayat Tirmizi daripada Sahl bin Sa’ad as-Sa’di).
Memuji sikap tenang dan berhati-hati serta mencela sikap tergesa-gesa adalah fitrah manusia dan sudah menjadi kesepakatan manusia sejak zaman dulu hingga kini. Ada pepatah Arab menyebut (yang bermaksud): “Sesiapa berhati-hati, ia akan mendapat apa yang ia inginkan” dan “Dalam berhati-hati ada keselamatan dan dalam tergesa-gesa ada penyesalan.”
Al Muraqqisy berkata: “Wahai sahabatku, berhati-hatilah dan jangan tergesa-gesa. Sesungguhnya keselamatan itu tergantung pada sikap tidak tergesa-gesa kamu.” Ada pula yang berkata: “Orang yang berhati-hati selalu mendapat keperluannya dan orang tergesa-gesa selalu tergelincir daripada tujuan dan cita-citanya.”
Amr bin Ash pernah berkata: “Orang yang tergesa-gesa selalu memetik buah tergesa-tergesa iaitu penyesalan.” Tergesa-gesa itu daripada syaitan.
Menurut Ibnu Qayyim, sikap itu adalah cermin bagi seseorang yang kurang berfikir dan kurang berhati-hati sehingga hilang kemantapan, ketenangan dan kesabarannya. Akibatnya ia meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, mendatangkan keburukan dan menghalangi kebaikan.
Ia lahir daripada dua akhlak tercela iaitu pengabaian dan tergesa-gesa sebelum waktunya. Diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dikabulkan (doa) bagi hamba asalkan tidak tergesa-gesa.”
Manakala ada yang menyebut: “Sebaik-baik kebaikan ialah yang disegerakan.”
Menurut al-Ajluni dalam kitabnya Kasyful Kafa’ iaitu ia bukan hadis tetapi ucapan itu sama makna dengan ucapan Ibnu Abbas iaitu: “Tidak sempurna sesuatu kebaikan kecuali disegerakannya. Sebab dengan menyegerakan (sesuatu pekerjaan). Perasaan seseorang akan menjadi senang dan lega.”
Ucapan itu tidak berbeza ungkapan lain yang popular dalam masyarakat Arab seperti (iaitu terjemahannya): “Sesungguhnya menanti itu lebih pedih daripada kematian.”
Kata al-Birr (kebajikan) mempunyai makna luas meliputi semua amal salih untuk mendekatkan diri kepada Allah atau yang bermanfaat bagi manusia.
Oleh kerana itu, menyegerakan amal salih adalah perkara terpuji yang dianjurkan al-Quran dan sunnah. Firman Allah yang bermaksud: Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan dan merekalah orang yang segera memperolehnya. (Surah al-Mukminun, ayat 61)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 148).
Jadi ucapan kedua (yang tertera pada soalan) itu sahih (benar) maknanya dan tidak bertentangan dengan nas hadis yang berbunyi ‘tergesa-gesa itu daripada syaitan’. Akal sihat tidak akan menghukum keduanya sebagai kenyataan yang kontroversi, melainkan tidak ada jalan untuk mempertemukan dua hadis (yang nampak bertentangan).
Adapun jika satu daripadanya dapat diberi qaid (batasan) dengan keadaan tertentu, maka tidak boleh kita mengatakan bertentangan. Para Muhaqqiq (ulama membuat ketetapan) mengatakan bahawa sikap berhati-hati itu terpuji dan tergesa-gesa itu tercela.
Label: Agama 0 ulasanOrang bunuh diri kekal di Neraka Jahanam
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Julai 09, 2012Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu untuk selama-lamanya.
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam neraka itu.
Suatu topik yang hangat diperkatakan dalam masyarakat hari ini ialah kejadian bunuh diri. Dilaporkan bahawa puncanya disebabkan kurang tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung pelaku. Dalam Islam membunuh diri termasuk dosa besar kerana manusia adalah makhluk dimuliakan Allah dan diutamakan melebihi makhluk lain.
Orang membunuh diri adalah orang yang lari daripada tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah, perbuatan itu menunjukkan kurang kepercayaan terhadap takdir Allah SWT sedangkan Islam mengajar umatnya sabar, tawakal dan melarang sifat berputus asa.
Orang beriman tidak boleh membunuh diri dengan sebarang alasan kerana Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah an-Nisaa, ayat 29)
Daripada Jabir Samurah, katanya: “Dibawa orang kepada Nabi SAW jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah. Tetapi jenazah itu tidak disolatkan oleh Baginda.” (Hadis riwayat Muslim)
Meskipun hidup menanggung beban, jangan melakukan jalan pintas untuk keluar daripadanya iaitu dengan membunuh diri kerana segala sesuatu masalah menimpa adalah ujian dan ketentuan daripada Allah.
Koleksi hadis JAKIM
Istinbat hukum disusuli kekukuhan hujah: Tak ramai dapat terima keputusan pihak berkuasa agama
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Julai 09, 2012Hasliza Hassan | hasliza@bharian.com.my
Tak ramai dapat terima keputusan pihak berkuasa agama
Hasil kajian dan penyelidikan memerlukan kesimpulan atau jawapan untuk persoalan dikaji kerana apa juga tindakan selepas itu akan berpandukan pandangan serta cadangan dikemukakan hasil penyelidikan dibuat. Namun, bukan mudah untuk membuat kesimpulan atau ringkasan yang mengandungi inti pati daripada keseluruhan penyelidikan khususnya membabitkan hukum kerana apa juga disarankan bakal memberi kesan kepada semua.
Oleh itu, penyelidik perlu menguasai kaedah menentukan hukum berdasarkan hasil kajian supaya setiap permasalahan cuba diselesaikan menepati kehendak semasa dan tidak dipersoalkan nanti.
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohamad Saari, berkata kemunculan isu baru membabitkan masyarakat hari ini memerlukan pendekatan mendalam dalam pencarian hukum.
Katanya, banyak cara atau kaedah boleh digunakan dalam pencarian hukum melalui proses penyelidikan dan pegawai penyelidik perlu mendalami bidang ilmu itu serta menguasainya untuk membolehkan mereka menghasilkan kesimpulan mampu beri penyelesaian terbaik.
Perkasa kefahaman
Menyedari hakikat itu, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM menganjurkan Bengkel Istinbat Hukum yang dihadiri pegawai penyelidik dan istinbat JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti.
Dalam ucapan perasmiannya, Mohamad menegaskan penganjuran bengkel itu penting untuk mengukuhkan keupayaan penyelidik khususnya dalam penguasaan kaedah istinbat hukum bagi menangani permasalahan umat dengan penuh berwibawa dan berkesan.
“Pendedahan ini memperkasa kefahaman berkaitan asas kaedah istinbat hukum yang dipersetujui ulama muktabar, selain merumus metodologi istinbat hukum untuk dipraktikkan dalam penulisan kertas kajian hukum di jabatan,” katanya.
Maqasid syariah
Pengisian bengkel menyentuh aspek maqasid syariah membabitkan penggunaan serta pengaruhnya dalam pembentukan hukum, analisis fatwa, penggunaan kaedah taklid dan talfiq serta kaedah berhujah dalam penulisan kertas kerja hukum.
Melihat kepada perkembangan semasa, tidak semua hukum diputuskan oleh pihak berbidang kuasa dapat diterima masyarakat umum. Oleh itu, mereka perlu mempunyai hujah kukuh serta boleh diterima bagi mengelak timbul penentangan.
Ini boleh dilihat dalam isu pengharaman senaman yoga oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang 22 Oktober 2008, menimbulkan pertikaian.
Ahli muzakarah berpendapat yoga yang menggabung amalan fizikal, unsur keagamaan, mantera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan Tuhan atau tujuan lain boleh merosakkan akidah umat Islam.
Namun, keputusan dihasilkan berdasarkan penyelidikan itu tidak diterima sesetengah pihak yang melihat yoga sekadar senaman bertujuan merehatkan minda dan fizikal.
Pelihara kemaslahatan
Terkini ialah pengharaman buku Allah, Kebebasan dan Cinta, tulisan penulis kontroversi yang menyokong seks bebas, Irshad Manji, tidak ketinggalan turut dipersoal pihak yang menyokong pandangan beliau.
Berdasarkan hasil kajian Seksyen Akidah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, mendapati penulis cuba merosakkan nilai akidah dan syariah Islam dengan mencampuradukkan antara Islam dengan fahaman sekularisme.
Maklumat mengenai boleh dibaca dalam laporan bertajuk Keracunan Pemikiran Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta, disiarkan dalam laman web JAKIM.
Walaupun kesimpulan yang dibuat pihak bertanggungjawab terhadap isu membabitkan kepentingan umat Islam ditentang pihak tertentu, itu bukan penghalang kepada kerja kajian dan penyelidikan.
Mengulas mengenai situasi itu, Mohamad berkata, JAKIM sebagai pihak diberi tugas melihat setiap isu dibangkitkan sentiasa serius serta komited kerana matlamat akhir ialah menjaga kebajikan serta memelihara kemaslahatan umat Islam.
Bagi meningkatkan kredibiliti pegawai penyelidik, pelbagai usaha dilaksanakan termasuk mendedahkan mereka kepada pelbagai sumber hukum yang menjadi asas rujukan selain al-Quran dan sunnah.
Label: Agama 0 ulasanKhamis, 5 Julai 2012
Hikmah bersin kepada kesihatan manusia menurut Islam
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Khamis, Julai 05, 2012Oleh Ustaz Zaman
SESUATU perkara yang berlaku adalah kehendak dan kurniaan daripada Allah SWT. Manusia harus menerima dengan perasaan reda dan merendah diri kerana pada dasarnya segala-galanya adalah untuk kebaikan umat manusia.
Setiap ciptaan mempunyai tujuan tersendiri dan bukanlah sia-sia seperti anggapan sesetengah masyarakat. Firman Allah SWT bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa ada ciptaan Allah yang tiada mempunyai tujuan serta sia-sia?” (Surah al-Mukminun, ayat 115). Ada perkara yang tersirat kadang kala tidak menggambarkan apa yang tersurat. Namun, peradaban dalam Islam amat dititikberatkan kerana Islam tidak sekali-kali membenarkan perasaan orang lain terganggu akibat sesuatu tindakan yang kita lakukan.
Sesiapa yang bersin hendaklah menyebut 'Alhamdulillah' dan berkatalah mereka yang berada di sisinya 'Yarhamukallah'. Inilah salah satu antara hak orang Islam terhadap saudaranya yang lain (mendoakan ketika bersin). - Hadis riwayat Aishad dari Abi Ya’la
Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang bersin, hendaklah meletakkan tangannya di mulut dan merendahkan suaranya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Di sinilah letaknya keadilan dan kesaksamaan Islam yang mana segala gangguan mental dan fizikal terhadap orang lain adalah dilarang walaupun kepada golongan bukan Islam.
Antara perkara yang sering dilupai umat Islam ialah ‘bersin’ dan disiplinnya. Ramai menganggap ia perkara biasa dan tiada kaitan dengan agama. Sebenarnya bersin mempunyai disiplin tersendiri yang perlu dijaga supaya tidak mengganggu perasaan orang lain ketika kita bersin.
Kita dianjurkan supaya tidak meninggikan suara serta mengucapkan pujian kepada Allah SWT (Alhamdulillah) serta menutup hidung dan mulut ketika bersin. Dianjurkan pula mereka yang mendengar pujian itu mendoakan dengan rahmat Allah SWT (Yarhamukallah).
Sesungguhnya al-Quran dan sunnah penuh dengan hukum dan hikmah untuk kemaslahatan manusia. Ibnul Qayyim menyebut: “Jika hanya ada seratus perkara dalam al-Quran dan sunnah, nescaya kita akan menyelaminya dengan mudah. Tetapi hakikatnya, di sana terdapat ribuan perkara yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara.” (Miftah As-Saa’dah)
Hikmah diciptakan bersin kepada manusia adalah berdasarkan beberapa perkara, antaranya untuk menggambarkan Islam sebagai agama yang sentiasa menitikberatkan hubungan hamba dan Penciptanya dalam semua keadaan. Oleh itu, setiap pekerjaan dilakukan mempunyai doa tersendiri daripada Baginda SAW.
Jawapan yang diucapkan daripada orang yang bersin serta mereka yang mendengar pujian dapat menciptakan suasana keislaman dalam masyarakat serta menggalakkan mengingati Allah SWT.
Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang bersin hendaklah menyebut ‘Alhamdulillah’ dan berkatalah mereka yang berada di sisinya ‘Yarhamukallah’. Inilah salah satu antara hak orang Islam terhadap saudaranya yang lain (mendoakan ketika bersin).” (Hadis riwayat Aishad dari Abi Ya’la)
Syekh A’llamah Al-Haliimy berkata: “Bersin juga akan mengurangkan tekanan yang terdapat dalam pemikiran selepas banyak berfikir. Oleh sebab itulah orang yang menjawab berkata: “Semoga Allah lapangkan pemikiranmu.”
Berkata Ibnu A’rabi, bersin akan mengejutkan segala saraf bermula daripada kepala ke bahagian tengkuk dan ucapan Yarhamukallah daripada mereka yang mendengar bermaksud supaya Allah kembalikan sarafnya seperti sedia kala.
Ibnu Abi Hamzah berkata, bersin adalah satu nikmat Allah SWT kepada hambanya untuk menghilangkan kemudaratan dalaman manusia. Oleh sebab itulah mereka yang bersin dianjurkan memuji Allah SWT dan mereka yang menjawab pujian itu sangat dituntut oleh Islam dan mendapat ganjaran Allah SWT. (Kitab Fathul Bari)
Begitu juga jalinan ukhuwah antara umat Islam selepas berlaku dua hubungan antara orang yang bersin dan mereka yang menjawabnya. Mereka saling mendoakan antara satu sama lain sehingga melahirkan hubungan yang kukuh antara umat Islam.
Perasaan persendirian, keegoan serta permusuhan adalah penyakit masyarakat dan adalah mukadimah kepada keruntuhan agama. Sesungguhnya bersin dapat mewarnai sikap layanan yang baik terhadap orang lain dan dapat menjelmakan semangat kasih sayang antara umat Islam.
Islam juga menafikan fahaman masyarakat jahiliah dulu yang menganggap mereka yang bersin adalah pembawa sial dan berpenyakit. Ada juga sebahagian daripada mereka menganjurkan diputuskan atau diusahakan tidak bersin supaya tidak tergolong daripada golongan yang sial.
Mereka juga akan menjawab kepada yang bersin mengikut penilaian orang itu pada pandangan masing-masing. Contohnya, jika orang itu disukai maka mereka akan mendoakan supaya sihat dan panjang umur. Jika orang itu dibenci maka jawapannya adalah celaka dan mati. Ada juga yang menjawab, itu (sial) adalah untukmu dan bukan untukku.
Doa keampunan diungkapkan mereka yang bersin dan mereka mendengarnya telah membina satu ikatan malah dengan jawapan semula oleh orang yang bersin dengan doa hidayah untuk kedua-duanya dapat membina kasih sayang antara keduanya. Doa inilah yang memadamkan fahaman jahiliah yang menggalakkan kezaliman dan permusuhan sesama manusia.
Label: Agama 0 ulasan