Jumaat, 30 Julai 2010
Dicatat oleh
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.)
di
Jumaat, Julai 30, 2010
Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah saw duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya kemudian Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di antara yang aku khawatirkan sepeninggal aku nanti adalah terbuka lebarnya atas kamu kemewahan dan keindahan dunia." (dishahihkan Bukhari - Muslim)
Label:
e.m.a.s. Compartment
0
ulasan
bharian: Idea dikaji sebelum gubal Bajet 2011
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/07/26
KEMENTERIAN Kewangan akan memulakan proses perbincangan tidak formal dengan ketua industri minggu ini untuk mengumpulkan lebih banyak idea sebelum menghalusi dan menggubal Bajet 2011.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pihaknya selesai mengumpul cadangan dan maklum balas kumpulan fokus dalam rundingan belanjawan berkenaan yang dilakukan sejak awal bulan ini.
"Kita memerlukan idea dan pengalaman ketua industri kerana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, peneraju pembangunan dan pelaburan adalah sektor swasta," katanya selepas merasmikan Stadium Mini 1Malaysia di Chemor, Perak, semalam.
Ahmad Husni berkata, idea berkenaan akan dihalusi menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang membincangkan dasar ekonomi makro dan mikro pada setiap Isnin.
Mengenai insentif yang akan diumumkan dalam Bajet 2011, beliau berkata, Kementerian Kewangan masih mengkaji hal itu.
Katanya, insentif untuk pelabur asing tidak boleh dilihat dari segi penurunan cukai korporat saja, sebaliknya kerajaan menyediakan insentif lain seperti status syarikat peneroka dan geran khas untuk penyelidikan dan pembangunan untuk industri dengan nilai tambah.
Kerajaan juga tidak akan mengumumkan projek mega dalam Bajet 2011, tetapi membantu sektor swasta melaksanakan pembangunan dengan menyediakan tabung permulaan.
"Kementerian Kewangan akan menyediakan tabung permulaan sebanyak 10 peratus daripada nilai projek dan pembangunan sektor swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UDA.
"Projek besar tidak membabitkan perbelanjaan kerajaan. Kita memberi tumpuan kepada menyediakan infrastruktur," katanya. 0 ulasan

bharian: Korea sedia kongsi kepakaran
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/07/29
KOREA SELATAN menyambut baik hasrat Malaysia untuk menjalin kerjasama dalam pendidikan dan bersedia berkongsi kejayaan negara republik itu dalam bidang berkenaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan itu dinyatakan Perdana Menteri Ko rea Selatan, Chung Un-chan dalam satu pertemuan ketika beliau melakukan kunjungan hormat di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Pusat di Seoul, semalam.
Pada pertemuan itu, katanya, beliau menyatakan hasrat Malaysia untuk meningkatkan hubungan pendidikan dengan Korea Selatan terutama membabitkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Selain itu, katanya, Malaysia berminat menjalinkan kerjasama dalam pembangunan kurikulum, pendidikan guru, pembangunan vokasional dan teknikal serta sukan di sekolah.
Sehubungan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai pendidikan akan dirangka bersama oleh pegawai kedua-dua negara tidak lama lagi.
Kita harap memorandum ini dapat disiapkan sebelum lawatan Presiden Korea Selatan (Lee Myung-bak) ke Malaysia pada penghujung tahun ini. Ia bakal menjadi mercu tanda baru bagi kedua-dua negara, katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam satu lawatan ke sebuah institut di sini sebelum ini, beliau berpeluang melihat dengan mendalam bagaimana jaringan komputer dinamakan National Education Information System (NEIS) menghubungkan semua sekolah di negara ini.
Katanya, jaringan itu membolehkan ibu memantau perkembangan anak di sekolah serta berhubung dengan guru menerusi internet.
NEIS dibangunkan oleh Korean Education and Research Information Service (KERIS), iaitu organisasi di bawah Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Korea Selatan.
Muhyiddin berkata, pada pertemuan dengan Chung, beliau turut menyampaikan penghargaan Malaysia kepada Korea Selatan kerana membolehkan 60 penuntut negara melanjutkan pengajian kursus kejuruteraan setiap tahun menerusi program Dasar Pandang Ke Timur.
Korea Selatan turut memberikan biasiswa kerajaan kepada penuntut cemerlang Malaysia di sini selain kini membuka peluang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).
Sehingga kini, seramai 800 pelajar sudah menamatkan pengajian mereka di negara ini. Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: 1Malaysia Development raih komitmen FDI RM5b
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/05/19
1MALAYSIA Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan sudah mencapai satu daripada sasaran utamanya, iaitu meraih komitmen pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM5 bilion.
Setakat ini, ia telah meyakinkan pelabur asing melabur AS$17 bilion di negara ini, meskipun pelaburan itu masih belum dilaburkan.
Petunjuk prestasi lain yang perlu dipenuhi syarikat itu termasuk meraih tunai mencukupi bagi menampung kos pembiayaannya dan kos operasi.
Tidak seperti Khazanah Nasional Bhd, objektif utama 1MDB adalah membawa masuk FDI ke dalam projek berimpak tinggi. Bagaimanapun, ia turut dikritik kerana lambat bergerak.
“Mereka mahu bergerak pantas, tetapi bukan terburu-buru,” kata sumber yang rapat dengan 1MDB.
Minggu lalu, Qatar Investment Authority (QIA) memeterai perjanjian persefahaman dengan 1MDB untuk mengkaji peluang pelaburan di Malaysia.
QIA bercadang melabur AS$5 bilion dalam sektor tenaga, hartanah dan komoditi.
Sumber itu berkata, ada empat hingga lima projek dicadangkan kepada QIA dan kedua-dua entiti dijangkakan memeterai perjanjian dalam tempoh satu atau dua bulan ini.
Antara projek yang disebut-sebut ialah pembangunan semula kawasan kem Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi.
Dilaporkan 1MDB bersama QIA dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera serta beberapa syarikat lain akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat kewangan Islam.
Sumber itu berkata, sebab utama mengapa projek yang bakal dilaksanakan 1MDB tidak bergerak pantas kerana ia membabitkan rundingan antara kerajaan dan rakan usahasamanya juga ada kaitan dengan kerajaan.
Sementara itu, syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI) sudah melabur dananya yang berjumlah AS$2.5 bilion dalam projek tenaga di seluruh dunia.
Mengikut sumber itu, pelaburan berkenaan membabitkan negara seperti Venezuela dan di rantau Eropah.
“Majoriti dana itu kini sudah dilaburkan,” kata sumber itu tanpa memberi maklumat terperinci. Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: G15 disaran usaha bina ekonomi kukuh
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/05/20
Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my
Keperluan terbaik kepada rakyat mesti disediakan selari perubahan global
KUMPULAN 15 (G15) yang dianggotai 17 negara sedang membangun, perlu berusaha menyediakan persekitaran dan keperluan terbaik kepada rakyat masing-masing selari dengan perubahan global.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata jalinan hubungan tradisional dan institusi yang diwarisi sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua tidak lagi memadai dalam menguruskan tekanan dan perubahan global masa kini.
Selain itu, katanya, tindakan setiap negara dalam diplomasi antarabangsa juga memerlukan pendekatan baru dan dilaksanakan dalam pelbagai hala serta menerusi dimensi yang pelbagai.
“Perubahan global muncul dalam pelbagai bentuk termasuk kemajuan teknologi, perubahan cuaca, ancaman kesihatan dan fenomena global, yang mempunyai unsur berbeza sama ada membina atau menghancurkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang Kemuncak G15 di Tehran, yang turut dihadiri Presiden Iran yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak G15 Ke-14, Mahmoud Ahmadinejad.
Ahmad Husni berkata, G15 boleh memainkan peranan penting dalam menyuarakan keperluan negara Selatan-Selatan berhubung isu utama global, namun ‘suara’ berkenaan hanya akan didengari jika kumpulan itu mempunyai ekonomi kuat.
Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan Menteri-Menteri Ekonomi dan Perdagangan dijemput pada sidang kemuncak akan datang yang dijadualkan pada 2012.
G15 kini dianggotai Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Mesir, Indonesia, India, Iran, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Senegal, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe.
Dalam ucapannya, Ahmad Husni turut menyarankan keperluan usaha sama dalam membina kapasiti mengukuhkan infrastruktur awam dan institusi kerajaan di negara membangun, terutama menerusi perkongsian pengalaman.
Beliau juga berkongsi pengalaman dengan pemimpin G15 yang menghadiri Sidang Kemuncak itu mengenai usaha Malaysia menghadapi perubahan semasa global menerusi pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB).
“Malaysia mengambil langkah ke depan menghadapi perubahan pantas yang berlaku, dengan menyasarkan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Dalam tempoh satu dekat akan datang, kami menyasarkan untuk menjadi negara maju menerusi inovasi dan kreativiti, dengan memberi penekanan terhadap penghasilan produk dan perkhidmatan tambah nilai,” katanya. Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: Tiga rakan kongsi Petronas terima 2 blok cari gali
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/05/20
PETRONAS semalam menganugerahkan dua blok cari gali kepada tiga rakan kongsi di bawah satu Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA).
Blok berkenaan ialah SB307 dan SB308, di luar pantai Sabah, dengan syarikat yang mengambil bahagian merangkumi Lundin Malaysia B V, Nio Petroleum Ltd dan Petronas Carigali Sdn Bhd.
Mengikut syarat PSC itu, Lundin Malaysia yang mempunyai kepentingan penyertaan sebanyak 42.5 peratus, akan mengusahakan kedua-dua blok terbabit.
“Nio Petroleum akan memiliki 42.5 peratus kepentingan, manakala 15 peratus selebihnya dimiliki oleh Petronas Carigali,” kata Petronas dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Blok SB307 dan SB308 yang berukuran kira-kira 6,230 kilometer persegi terletak pada kedalaman air hingga 70 meter.
Kedua-dua blok itu diteroka sejak 1965 dan menghasilkan penemuan medan pengeluaran Barton, South Furious dan St Joseph, yang kini diusahakan oleh Sabah Shell Petroleum Company Ltd di bawah PSC yang lain. Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: Transformasi capai pertumbuhan ekonomi
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/06/11
Promosi di luar negara diperhebat tarik pelabur asing sektor perkhidmatan
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan melaksanakan transformasi yang radikal bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya serta semua agensi di bawahnya akan menumpukan kepada usaha meningkatkan sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus sepanjang RMKe-10. Kita kenal pasti 12 bidang yang harus diberi tumpuan seperti minyak dan gas, elektrikal dan kelapa sawit dengan meningkatkan nilai tambah dalam industri-industri ini," katanya selepas pembentangan RNKe-10 di Parlimen semalam.
Mustapa berkata, pihaknya akan memberikan tumpuan yang lebih terhadap perdagangan dengan pasaran China, India dan Asia Barat, pada masa yang sama mengekalkan perdagangan dengan Asean, Eropah dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menggiatkan lagi promosi di dalam dan di luar negara bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor perkhidmatan, yang menyumbang kira-kira 55 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar, seperti pelancongan, logistik, teknologi komunikasi dan maklumat.
Beliau juga menggesa seluruh kakitangan di kementerian serta agensinya supaya berusaha meningkatkan daya saing negara dari segi mudah menjalankan perniagaan bagi meningkatkan iklim pelaburan negara dan melonjakkan penyertaan sektor swasta.
Mengenai kesan kejatuhan nilai mata wang euro terhadap perdagangan Malaysia, Mustapa berkata: "Kita masih belum lihat kesannya berdasarkan angka untuk tempoh empat bulan tahun ini.
"Kita yakin pengusaha kita akan dapat menangani apa juga cabaran yang timbul daripada keadaan yang dialami euro," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, berkata MIDA yang diberi mandat baru awal tahun ini dijangka memainkan peranan lebih efektif untuk menarik pelaburan asing. - BERNAMA Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: MITI lancar institut perkukuh industri automotif
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/06/11
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melancarkan Institut Automotif Malaysia (MAI) khusus untuk bertindak sebagai pusat tumpuan dan penyelarasan industri automotif tempatan.
Timbalan Menteri MITI, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata institut itu diwujudkan susulan saranan yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian (IMP) 2006-2020 untuk membantu dan meningkatkan lagi sokongan MITI dalam pembangunan industri tempatan.
Ia juga akan menjadi pusat penyelarasan untuk semua perkara berkaitan industri automotif, termasuk merumuskan dasar automotif negara, menguruskan program pembangunan tenaga kerja, merumus dan menyelaraskan penyelidikan dan pembangunan berkaitan automotif, katanya pada majlis pelancaran institut itu dan Seminar Automotif Negara di Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di bawah pengawasan MITI, MAI akan lebih fokus dan melaraskan aktiviti yang dicadangkan untuknya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang diumumkan semalam, katanya.
Beliau berkata, MAI akan menumpukan kepada penyelidikan strategik, dengan sub-fungsi meliputi kepintaran dan langkauan pasaran serta pengukuhan kapasiti yang terdiri daripada pembangunan teknologi, pembangunan modal insan dan pengurusan rantaian bekalan.
Mengenai industri automotif Malaysia, beliau berkata jualan kenderaan bermotor dalam suku pertama tahun ini meningkat 22.4 peratus kepada 147,415 unit daripada 120,389 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu. – BERNAMA Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: Pengeksport Bumiputera dibangun
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my
2010/06/14
MITI sasar lahir 20 usahawan setiap tahun menerusi program ‘GroomBig’
BAHAGIAN Pembangunan Usahawan, di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan membangunkan 20 pengeksport Bumiputera setiap tahun menerusi program ‘GroomBig’.
Pengarah Kanannya, Datuk Abdul Ghafar Musa, berkata pihaknya sedang membimbing 1,040 usahawan mikro menerusi pelbagai pro-gram merangkumi seluruh rantaian nilai keusahawanan.
“GroomBig atau Program Peningkatan Kualiti Produk dan Perkhidmatan adalah kesinambungan daripada program yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum diambil alih oleh MITI pada 2008.
“Akhir tahun lalu, program itu diberi nafas baru dengan lebih banyak program peringkat lebih tinggi diatur untuk membantu usahawan yang dikenal pasti memasuki pasaran eksport.
“Sebahagian barangan dihasilkan sudah memasuki pasaran luar negara menerusi kerjasama yang kami jalin dengan kira-kira 10 syarikat perdagangan dan pemasaran seluruh dunia,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Abdul Ghafar berkata, rakan syarikat perdagangan MITI antaranya berada di Filipina, Dubai, Ireland, Vietnam, Kemboja, dan Britain, justeru pasaran barangan usahawan yang dibimbing juga berpotensi memasuki negara berkenaan.
Selain bekerjasama dengan rakan perdagangan berkenaan, katanya MITI turut membuka peluang kepada usahawan untuk mendedahkan produk masing-masing dengan menyertai pameran anjuran agensi di bawah kementerian, yang tidak terhad di dalam negara, tetapi juga di luar negara.
Beliau menjelaskan, usahawan yang disasarkan adalah usahawan mikro atau kecil-kecilan yang sudah memulakan perniagaan.
“Kami tidak mengehadkan pilihan asalkan mereka terbabit mengeluarkan hasil produk atau menyalurkan perkhidmatan walaupun dari rumah, tanpa peralatan khusus,” kata Abdul Ghafar.
Beliau menambah, usahawan yang dipilih di bawah program itu akan diberi pendedahan dari segi kemudahan khidmat nasihat; kursus dan khidmat rundingan perniagaan dalam pelbagai bidang peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan, pembungkusan, pelabelan, penjenamaan dan pensijilan.
Usahawan juga akan turut diberi panduan mengenai premis perniagaan atau kilang, selain bantuan kepakaran seperti pengurusan kewangan, pemasaran, promosi dan peningkatan kualiti, selain dibuka laluan untuk padanan perniagaan.
Dari segi sektor pula, katanya ketika ini kira-kira 90 peratus usahawan yang sedang dibimbing, terbabit dalam bidang pengeluaran makanan, justeru ia akan diperluaskan ke bidang lain yang juga mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.
Terdapat 15 sektor pembuatan dan perkhidmatan yang diberi tumpuan dalam program itu, termasuk petrokimia; elektrik dan elektronik; perabot; pemprosesan minyak sawit; tekstil dan pakaian; herba dan perubatan tradisional; komponen automotif; perkhidmatan kesihatan; logistik; pelancongan; industri halal; teknologi maklumat (IT); dan peruncitan. Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: Krisis ekonomi global tidak jejaskan pasaran francais
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/07/30
PASARAN francais Malaysia secara relatifnya tidak terjejas oleh kemelesetan ekonomi global apabila ia masih mampu mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 15 peratus.
“Seperti yang kita dapat lihat, perniagaan francais kukuh dan masih menyaksikan pertumbuhan di sebalik kemelesetan ekonomi.
“Ini membuktikan industri ini amat sesuai dan adalah modul yang sesuai terutama bagi usahawan baru yang ingin menceburi bidang perniagaan,” kata Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia, Abd Malik Abdullah pada sidang akhbar selepas Previu Media Franchise International Malaysia 2010, di Kuala Lumpur, semalam.
“Banyak syarikat besar, termasuk bank terkemuka yang muflis ketika kemelesetan ini, tetapi tidak bagi mereka yang berada dalam industri francais.
“Industri ini juga kurang berisiko kerana kebanyakan francaisor mempunyai sistem bagaimana untuk mengendalikan rangkaian mereka dan francaisor berjaya dan terkenal bukan saja di dalam negara, tetapi juga pada peringkat antarabangsa,” katanya.
Ada 449 francaisor berdaftar di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang mana 26 perniagaan francais tempatan berjaya melebarkan sayap mereka ke 49 negara.
“Mereka seperti MarryBrown, D’ Tandoor dan Secret Recipe dan lebih ramai lagi dijangka akan menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.
Abd Malik adalah Pengasas dan Pengarah Urusan DTFI Sdn Bhd, pengendali D’ Tandoor Food Industries.
Ketika ini ada 11 restoran D’ Tandoor dengan tujuh dimiliki oleh francaisi di Australia dan New Zealand. – BERNAMA Label: Malaysiaku 0 ulasan

bharian: KSN dilantik penasihat 1Malaysia Development
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
2010/07/30
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, menganggotai Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam satu kenyataan semalam, 1MDB berkata, ia kini mempunyai ba-
risan Lembaga Pengarah yang mantap, terdiri daripada tokoh unggul dari dalam dan luar negara yang dilantik Perdana Menteri selaku Pengerusinya. Penasihat berkenaan akan membantu membentuk 1MDB ke aras pertumbuhan tinggi serta memastikan tahap tadbir urus korporat tertinggi dipatuhi, katanya.
Najib juga melantik Chang Zhenming, Naib Pengerusi dan Presiden Citic Group dari China sebagai ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Lembaga Pengarah 1MDB semasa adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengerusi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi dan Pengarah Urusan Mubadala Development Co, Khaldoon Khali-fa Al Mubarak; dan Pengerusi Kumpulan & CEO LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault.
Ketua Eksekutid 1MDB, Shahrol Halmi, berkata syarikat itu diberi penghormatan dengan keanggotaan Mohd Sidek sebagai ahli Lembaga Pengarah.
"Nasihat beliau akan membantu meningkatkan sinergi antara 1MDB, sebagai syarikat milik penuh kerajaan dengan kerajaan," katanya.
Shahrol berkata, keberkesanan 1MDB akan meningkat berlipat ganda memandangkan pengalaman beliau dalam
inisiatif antara kementerian ke arah membina sebuah ekonomi yang lebih bertenaga dan berdaya saing. – BERNAMA Label: Malaysiaku 0 ulasan

Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
"Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan."
-Imam Syafie-
Takwa adalah lambang Muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam Al Quran dan hadis, sifat takwa kerap dikaitkan sebagai antara sifat mukmin yang berjaya dan berbahagia pada akhirat kelak.
Nabi Muhammad pernah berkata dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, "Bertakwalah kamu di mana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji."
Berdasarkan nas itu dapat disimpulkan, takwa adalah sifat yang mendasari mukmin yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan daripada setiap detik kehidupan mukmin. Malah takwa adalah lambang ketebalan iman dan simbul keteguhan Islam yang terpahat dalam hati Muslim.
Walaupun begitu, ada umat Islam yang belum memahami pengertian sebenar takwa dan kepentingannya dalam kehidupan ummah. Nabi Muhammad mendefinasikan takwa dalam hadis yang dinyatakan oleh at-Tabrani, "Sesiapa yang menyebut kalimah tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dengan ikhlas, nescaya dia dapat masuk syurga. Kemudian baginda ditanya, 'Apa maksud ikhlas itu?'. Lantas baginda menjawab, 'Iaitu kamu memelihara diri kamu daripada melakukan larangan Allah.'"
Ringkasnya, takwa mengikut pengertian Quran dan hadis adalah menunaikan segala amalan yang difardukan Allah dan meninggalkan segala yang diharamkannya. Inilah pengertian umum bagi takwa yang sekurang-kurangnya perlu diketahui dan dihayati oleh umat Islam supaya dapat dilaksana dan diterjemahkan dalam kehidupan.
Ibnu Abbas pernah menyatakan, "Orang bertakwa itu ialah mereka yangs sentiasa beringat akan seksaan Allah apabila meninggalkan segala perintahnya. Oleh itu, mereka tidak akan meninggalkannya dan sebaliknya melaksanakan perintah NYA dengan penuh kepatuhan dan ketulusan serta sentiasa mengharapkan rahmat NYA dan keredhaan NYA dalam semua urusan yang diperintahkannya." Label: e.m.a.s. Compartment 0 ulasan

Amal Soleh Sebagai Perisai
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Julai 30, 2010
"Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis."
-Imam Syafie-
Semua amalan itu bukan untuk Allah, tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. Allah tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.
Label:
Thought

Khamis, 29 Julai 2010
Memperbanyakkan Lima Perkara
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Khamis, Julai 29, 2010
"1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia...
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain."
-Imam Syafie-
Label:
Thought
1 ulasan

Rabu, 28 Julai 2010
Dicatat oleh
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.)
di
Rabu, Julai 28, 2010
Masukkan nur Quran dan hadis dalam hati supaya timbul keghairahan untuk beramal. Sesiapa yang tidak mendengar ayat Quran ataupun hadis selama tiga hari berturut-turut, satu titik hitam akan muncul dalam hatinya. Apabila titik hitam ini menebal dan akhirnya menutupi hati individu itu, maka amat sukar baginya menerima hidayah.
Label:
Thought
0
ulasan
Dicatat oleh
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.)
di
Rabu, Julai 28, 2010
Dicatat oleh
Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.)
di
Rabu, Julai 28, 2010
Sabtu, 10 Julai 2010
KISAHKU YANG AMAT PERIBADI
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Sabtu, Julai 10, 2010(Walaupun agak berkias tapi dalam maknanya)
Aku, aku, kelu lidahku untuk menceritakan lipatan kesumaku. Apakah aku pasti
kuat untuk lontarkan cerita ini. Cerita kegagalan dan kehampaan. Aku tahu
orang suka menatap cerita kecundangan orang lain. Atau mereka puas kerana
ada insan yang kecewa, mengalah, jatuh dan menderita. TAPI akhirnya aku
tahu, aku perlu rasa bangga kerana kegagalan. Kegagalan menjadi begitu
nikmat untuk aku ceritakan. Begini mulanya. Aku ini seorang yang sentiasa
meminati alam persekolahan, hingga aku terlupa bahawa aku perlu remaja, muda
dan dewasa. Aku lupa bahawa manusia ini ada perasaan. Ada kemahuan.
Mungkin juga aku ni terdidik dalam keluarga yang agak konservatif. Semuanya
berperaturan. Umpama burung dalam sangkar, dijaga, dibela, disayangi tapi
terbelenggu dirinya.
Apabila aku menjejakkan kakiku ke Maktab Perguruan, aku masih berperangai
lama. Aku sentiasa dengan duniaku. Ulat buku. Dunia yang amat membosankan
bagi sesetengah orang tapi bukan bagiku. Episod di alam fantasi menjadikan aku
kaku, membisu, rasa malu, menatap kedaifan diri, berteleku di hadapan Ilahi.
Apakah aku seorang musafir terlantar di gurun gersang, ataupun seorang fakir
kehausan di bawah curahan air mata. Aku tetap aku, yang egois, yang tak
pernah tahu erti kekecewaan. Dalam hidupku aku mungkin tak pernah tahu ada
insan yang mencintaiku, kerna aku ini insan jujur yang mendambakan kasih yang
entah bila kan menjelma. Apakah aku umpama ombak yang sentiasa terdampar
di pantai, Apakah aku hanya seorang kelana yang telantar di jalanan. Ataupun
aku seorang pengemis yang sentiasa menadah simpati. Dia seorang gadis yang
memang sukar untuk meluahkan madah cinta, Cuma aku yang ternanti-nanti
anyaman madah yang boleh melenakan impian. Aku tidak tahu apakah aku
tersilap laluan, ataupun aku sendiri gagal membaca irama kagu syahdu yang
didendangkan. Aku seperti termangu-mangu, cahaya terang menyilaukan mata,
tapi akhirnya aku faham, irama yang didendangkannya. Tapi dia tidak setia, aku
cuma menjadi insan yang dikecewakan.
Aku mula menjauhkan naluriku daripada dunia yang sepi, umpama malam mula
berbintang, umpama siang yang terang dan cemerlang, Aku mula bebas
daripada dakapan keluarga, aku mula memahami erti hidup bersendirian.
Hidupku mula memahami erti cabaran dan dugaan apabila aku mula bertugas
sebagai seorang guru di SK Felda Kahang Barat, Kluang. Aku tahu aku akan
mula meninggalkan keluarga tercinta kerana menduduki rumah felda yang
dijadikan kauters guru. Aku begitu sunyi kerna terpaksa duduk seorang diri, nun
jauh di hujung hutan. Sekolah sementara itu terletak jauh dari petempatan felda.
Waktu malam aku duduk bersendirian sambil memetik sebuah gitar. Aku
umpama seorang seniman hebat mengukir irama lagu. Bagiku, akulah wira
mampu melagukan irama syahdu, gemersik bunyinya.
Dari celah-celah dinding rumah felda tu, aku tahu irama lagu merduku semakin
gemersik, menghambat kesunyian malam. Mungkin aku tersalah sangka bahawa
aku hanyalah seorang yang amat malang, bersendirian di tengah-tengah
kegelapan malam. Lagu apa yang aku nyanyikan pun aku tidak tahu.
Mendayu-dayu sekali iramanya. Aku menjadi seorang seniman malam. Lagu
kucipta lagu meruntun jiwa, menjadi gamitan seorang gadis, Kartini namanya.
Begitu ayu tuturnya, malu-malu langkahnya. Umpama seorang puteri keluar ke
taman. Aku tahu puteri ini meminati aku. Aku menjadi insan yang memuji-muji
kecantikan, dan keindahan . Jiwaku menjadi segar, Kekeringan dan ketandusan
mula digenangi air hujan. Aku umpama Sang Rajunatapa berjaya menemui
bunga Bakawali. Aku agungkan cintanya, Si Juliet yang manis, dan romantis
sekali. Hari-hari berlalu, sentiasa dihembusi alunan angin yang lembut dan
gemersik sekali. Tapi akhirnya kehampaan jua kutemui. Dia duduk berdakapan
mesra dikehenigan malam tanpa perasaan, memusnahkan impianku. Aku buang
jauh-jauh impianku itu. Hampa. Aku benci sekali. Hidupku musnah dan hampa
kerna seorang insan bernama wanita. Aku benci diriku kerna sentiasa membawa
kemurungan dan kegagalan. Tamat satu llagi episod dalam hidupku yang
sentiasa menjadi seorang pengemis cinta.
.
Aku selalu memikirkan diriku sebagai seorang protagonis. Aku ingin menjadi
seperti seorang perwira yang perkasa, yang agung yang selalu didambakan oleh
sang wirawati. Tapi apalah malang nasibku, aku hanya seorang insan yang
lemah, tak berdaya mengangkat dan mendongakkan muka menatap keindahan
sang purnama memancarkan cahayanya pada waktu malam. Apakah aku
seorang penyair yang sering terlupa liriknya, ataupun seorang petapa yang gagal
menghadapi rintangan dan dugaan. Aku tahu aku hanyalah seorang insan yang
terhina, kerana kekerdilannya. Apakah dayaku untuk bangun menjadi agung,
perkasa dan ada maruah diri. Aku tahu aku bukan insan yang lemah. Aku boleh
menjadi hebat kalau aku percaya kepada diri. Aku perlu kuatkan semangat
bahawa aku boleh hidup seribu tahun lagi.
Aku terus menyanyikan lagu kehampaan, apabila aku mula bertugas di mana, tak
perlu aku beritahu mungkin. Aku mengenali seorang gadis yang pada fikiranku
amat cantik, manis dan amat menepati kehebatan seorang wanita. Tapi aku
tidak faham, dia pergi tanpa memberitahu aku apakah sebabnya. Biarlah
mungkin dia tidak menyukai diriku, atau mungkin dia hanya menghormati diriku.
Pedih sungguh hati ini, dikecewakan, dihina dan dihampakan. Biarlah dia pergi
walaupun dengan menghampakan seorang insan lain.
Kehidupan ini, menjadi lebih bermakna apabila aku mula mengenali erti cinta.
Perasaan mencintai dan dicintai, umpama bumi gersang disirami hujan, aku
bahagia kerana berakhirnya suasana kemurungan seribu tahun dan menjelma
zaman kesyahduan, hebatnya dunia ini kerna kesudian sang mentari
memancarkan cahaya kepada alam ciptaan tuhan ini. Aku umpama Seri Rama
bertemu dengan Sang Sita, umpama Si Majnun menemui Si Lala, berdakapan
penuh mesra, mengimbau kembali kekeringan rasa cinta dan sayang
terhapusnya rasa rindu dan dendam kerana menemui kekasih hati. Aku
mengenali permaisuriku. Dia seorang insan yang baik, manis dan mesra sekali.
Walaupun pada awalnya agak sukar untuk meneruskan episod cinta itu. Tapi
kerana aku rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan dia daripada
sandiwara hidup dunia ini. Keluarganya berantakan. Dia seorang insan malang,
yang memerlukan seorang wira dalam hatinya. Walaupun banyak kelemahan
dan kekurangannya tapi Itulah dia permaisuriku, yang kucintai. Walaupun ada
kalanya aku sukar memikirkannya, tapi itulah sebenarnya hadiah ilahi kepadaku.
Aku harus tunaikankan amanat ini, kerana aku percaya untuk menjadi insan
cemerlang aku perlu berjaya mengatasi dugaan ini. Tiada madah dapat digubal,
tiada kata dapat kususun, tiada irama dapat kulagukan, tapi aku tahu rasa cintaku
amat mendalam, Cuma mungkin aku gagal untuk mempamerkannya.
Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah)
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Sabtu, Julai 10, 2010
Label:
Entertainment
0
ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)