Ahad, 28 Februari 2010

bharian: Ketidakseimbangan boleh pincang perkhidmatan awam

Zainul Arifin
zainul@nstp.com.my


APABILA Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zain menyatakan kebimbangannya mengenai dominasi wanita dalam perkhidmatan awam, yang jauh lebih tinggi daripada nisbah wanita di negara kita, ramai yang marah.

Beliau berkata, hampir tiga perempat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dipenuhi oleh wanita. Pegawai PTD selalunya mempunyai peluang yang baik untuk menjawat jawatan penting di dalam kerajaan, oleh itu, dasar kerajaan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita memegang jawatan penting kerajaan akan mudah tercapai.

Kini lebih ramai ketua pengarah dan ketua setiausaha wanita dalam perkhidmatan awam. Mungkinkah kenyataan Ahmad Shah adalah luahan kebimbangan kaum lelaki atas asakan wanita ke dalam kelab eksklusif mereka?

Kenyataan seperti ini selalunya mendatangkan masalah – selalunya ia dikategorikan sebagai seksis dan kolot. Saya rasa sudah tentu pegawai kesatuan sekerja itu mendapat reaksi yang lebih daripada itu hasil kenyataannya.

Baru-baru ini, beliau dilaporkan menjelaskan kenyataannya dengan berkata dia tidak ada masalah dengan wanita dalam perkhidmatan awam, cuma untuk jangka masa panjang, dominasi wanita tidak baik untuk negara. Katanya, cara wanita bekerja serta sifat semula jadi wanita, termasuk perlukan cuti bersalin, adalah antara sebab. Saya tidak tahu sama ada kenyataan itu membantunya, atau menambah masalah.

Saya tidak tahu sama ada dia seorang yang berani ataupun tidak tahu menahu kesannya apabila berkata demikian. Namun kenyataan sudah keluar, rasanya elok kita bincangkan.

Dia juga mencadangkan satu dasar untuk mendapatkan lebih banyak lelaki dalam perkhidmatan awam yang bukan saja berlandaskan kejayaan akademik, yang mana perempuan lebih menyerlah.

Boleh juga kita tanya beliau kenapa tiada masalah apabila lelaki dominan dalam perkhidmatan awam? Kenapa kita tidak perlu bimbang perangai pegawai atasan lelaki seperti gemar bermain golf akan mempengaruhi perkhidmatan awam?

Lebih ramai wanita memohon untuk menyertai perkhidmatan awam boleh dikaitkan dengan lebih ramai wanita di institusi pengajian tinggi, di mana hampir dua pertiga pelajar di institusi pengajian tinggi awam adalah wanita. Maka adakah kita perlu juga menyelesaikan 'masalah' ini? Adakah anak lelaki kita kurang minat bersekolah atau sekolah tidak memenuhi cita rasa mereka?

Salah satu kejayaan negara kita ialah bagaimana kita mampu menaikkan martabat kaum wanita bukan saja di dalam masyarakat, malah juga di tempat kerja. Wanita kini mempunyai peluang pekerjaan yang sama, serta gaji dan kedudukan sama rata.

Saya pernah diberitahu oleh seorang jurutera Jabatan Kerja Raya mengenai kemasukan jurutera wanita mampu memperbaiki perkhidmatan mereka. Beliau menceritakan bagaimana tandas wanita, contohnya sebelum itu kurang memenuhi keperluan wanita kerana jurutera lelaki tidak faham kehendak dan keperluan wanita, contohnya berbanding lelaki, mereka perlu lebih masa di bilik air.

Pencapaian besar wanita juga oleh kerana sikap praktikal masyarakat kita. Kini kurang didengar orang tidak mementingkan pelajaran anak perempuan mereka atau pun menyatakan dengan terbuka tempat wanita adalah di dapur. Semua yang mampu akan menentukan anak perempuan mereka mampu belajar setinggi upayanya.

Kita tahu di sekolah kini lebih ramai guru wanita daripada lelaki. Ini mungkin memberi kesan kerana anak kita juga perlukan kepemimpinan lelaki di sekolah dan bukannya kerana guru lelaki lebih baik daripada guru wanita. Antara kesan, sebagai contoh, tiada guru lelaki membimbing pasukan bola sepak. Tetapi ada penyelesaiannya. Ada sekolah menggaji jurulatih luar atau ada bapa menawarkan perkhidmatan melatih pasukan.

Jelas kita mampu mencari penyelesaian jika dikatakan ramai wanita ambil cuti bersalin akan menjejaskan perkhidmatan. Masalah itu bolehlah diatasi kerana bukan sekarang baru wanita mengandung dan melahirkan anak.

Kita kini ada Gabenor Bank Negara, ketua penguat kuasa industri sekuriti, ketua polis negeri dan hakim-hakim yang menjadi bukti jelas kemajuan yang dicapai di negara kita pada masa yang singkat. Ini adalah sesuatu yang perlu dirai dan bukan untuk dibimbangkan.

Juga kebanyakan wanita yang bekerja sudah menjadi macam 'superwoman' yang boleh menjadi ketua di tempat kerja, menjadi ibu dan isteri di rumah.

Tetapi kita mesti jujur di dalam polemik kita. Memanglah kita patut menolak kenyataan yang mengatakan wanita boleh merendahkan mutu perkhidmatan ataupun pegawai atasan wanita kurang upaya daripada lelaki, ini semuanya tidak boleh diterima. Namun, kita perlu terima hakikat apa-apa yang tidak ada keseimbangan adalah tidak baik dan perlu diimbangi.

Dalam hal ini, Cuepacs juga perlu, sebagai contoh, menimbulkan ketidakseimbangan pecahan kaum dalam perkhidmatan awam. Kurang sangat orang bukan Melayu yang berkhidmat dan ini sudah tentunya menjejas keupayaan perkhidmatan awam jika hanya segelintir saja daripada bukan Melayu, manakala mereka hampir 40 peratus rakyat negara kita.

Mungkin ego lelaki terguris apabila wanita memimpin di tempat kerja dan mesti juga ada yang berasa seperti melawan lumrah dunia atau agama untuk dipimpin wanita.

Rasanya kita perlu ingat di dalam polemik wanita ramai dalam perkhidmatan awam, bukan orang lelaki diketepikan. Mereka yang layak sama ada lelaki atau wanita akan terpilih.

Ada yang berkata, banyak tidak mahu wanita memimpin kerana mereka selalunya lebih tegas. Ada juga berkata, wanita susah dirasuah, walaupun ini tidak semestinya betul. Tetapi jika betul adakah tidak rugi bagi kita.

Namun kita mesti lihat kenyataan Ahmad Shah secara objektif. Walaupun banyak tidak setuju kita mesti boleh berbincang dan cuba untuk memahami kenapa dia mengeluarkan kenyataan itu. Jangan kita terlalu cepat mengutuknya kerana itu adalah satu tindakan yang teramat mudah.

Saya berharap apabila dia menyatakan masalah dominasi wanita dalam perkhidmatan awam, dia tidak merujuk kepada keupayaan atau kebolehan wanita. Saya percaya beliau mahukan keseimbangan kerana jika ada ketidakseimbangan sesuatu mesin tidak boleh berfungsi baik. Begitu juga jika perkhidmatan awam yang kurang bukan Melayu, kurang orang muda, kurang pengalaman dan lain-lain.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Teori 18 tahun rungkai kemelut Melayu

Sanusi Junid

Bumiputera harus bersatu padu elak perpecahan, persengketaan di tanah air sendiri

Mengimbas kembali teori 18 tahun

PADA Sabtu 13 Februari 2010 saya dijemput untuk berucap atas tajuk 'Melayu Digugat dan Digigit' dalam satu kursus untuk pemimpin baru Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dari seluruh negara di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Persoalan yang harus saya huraikan ialah mengenai bagaimana Melayu harus bertindak apabila bangsanya digugat dan digigit.

Sebenarnya tiada orang yang berani menggugat dan menggigit bangsa Melayu kecualilah orang Melayu sendiri memaksa dirinya diperlakukan sedemikian. Lihatlah bagaimana kelab belia MAYC terbiar dan menjadi tidak sah lagi mengikut undang-undang kerana lima tahun berturut-turut tidak mengadakan mesyuarat agung.

Allah SWT telah mentakdirkan dua tokoh belia menduduki kerusi Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad daripada MAYC yang pernah menjadi Naib Presiden MAYC, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada GPMS. Hampir ada yang ketiga daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Saya perhatikan perbezaan yang ketara antara dua tokoh ini ialah, hanya Dr Mahathir kekal dengan kawan-kawan yang seangkatan dalam belia dan sedarjah dengannya di sekolah menengah dan di universiti. Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim saya kira akan selamat jika dia terus mendekati kawan-kawan lama beliau, di dalam Abim.

Seperkara lagi saya perhatikan ialah hubungan tiga tokoh ini dengan agama. Dr Mahathir tidak berpendidikan agama tetapi bertambah mendekati agama dengan bertambah tinggi kedudukannya. Abdullah berpendidikan agama dan terlalu berani memperkenalkan pendekatan baru. Anwar pula tidak berpendidikan agama, tetapi memperjuangkan agama pada masa mudanya, tetapi berubah dengan bertambah tinggi pangkatnya.

Teori 18 Tahun

Pada mesyuarat agung MAYC ke-34 pada 1988, selepas membuat perkiraan melihat tarikh penting dalam negara dan sekitar Tenggara Asia, saya telah memperkenalkan teori 18 tahun. Ketepatan anggaran tahun ini berbeza satu atau dua tahun daripada tahun yang dipilih.

1897

Sebelum 1897 saya dapati ada pergolakan berlaku di selatan Thailand. Pihak British mengetahui bahawa pergolakan ini berlaku kerana penduduk Weng, Yala, Narathiwat dan Pattani di selatan Thailand sebenarnya daripada rumpun Melayu dan tidak selesa di bawah pemerintahan Thai. Walau bagaimanapun Raja Melayu di utara Semenanjung berasa bimbang jika wilayah di selatan Thailand ini menjadi sebahagian daripada negerinya, maka kedudukan raja akan terancam. Oleh itu pada 1897, keempat-empat wilayah di selatan Thailand menjadi sebahagian daripada Thailand.

Dari 1897 pihak British sibuk mempengaruhi Raja-Raja Melayu untuk menerima penasihat bagi pemerintahan negeri. Johor adalah negeri terakhir menerima seorang penasihat pada 1914. Dengan penerimaan ini maka pada 1915 genaplah 18 tahun daripada 1897 proses penaklukan negeri Melayu dilakukan dengan cara terhormat tanpa disedari.

1915

Mulai 1915 penasihat British memperkenalkan bendera dan lagu berasingan bagi setiap negeri serta menamakan rakyat bagi setiap negeri berkaitan dengan nama negeri masing-masing. Orang Melayu pada waktu itu memanggil diri mereka bukan lagi sebagai orang Melayu tetapi sebagai orang Perlis, orang Penang, orang Perak, orang Kelantan, orang Johor, orang Selangor, orang Melaka dan lain-lain.

Mulai 1915 negeri Melayu telah mula menerima pendatang atau imigran dari China dan India kerana masalah politik dan desakan ekonomi di negara masing-masing. Walau bagaimanapun, pendatang China dan India ini tidak datang dengan cara yang dirancang oleh British.

1933

18 tahun dari 1915 iaitu pada 1933 pihak British telah mengizinkan imigran dari China dan India datang kembali ke Malaysia dengan cara yang terancang. Orang China telah dipelihara oleh British, antara lain, sebagai pemborong kecil dan pekedai runcit untuk menyalurkan hasil keluaran industri pengguna di Britain. Orang India pula, antara lain, dibawa ke Malaya sebagai buruh di estet milik British, dan The Chartered Bank yang pada waktu itu menghadapi masalah meminjamkan wang kepada pengguna dan peniaga kecil Melayu telah membawa ceti ke Malaya sebagai orang tengah dalam urusan pinjaman wang.

Oleh kerana keghairahan menang dalam Perang Dunia Kedua pihak British berhasrat untuk menjadikan Malaya sebuah koloni British yang lebih mantap seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Wadah Malayan Union diperkenalkan dan pada 1 April, 1946 Malayan Union ditubuhkan dengan pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Union of Malaya pertama. Di bawah Malayan Union taraf Raja-Raja Melayu dihina ke taraf hampir sama dengan penghulu mukim. Penghinaan ini tidak dapat diterima oleh orang Melayu.

Dari 1 hingga 4 Mac, 1946 satu Kongres Melayu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Keputusan dibuat untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk merancang tentangan terhadap Malayan Union. Dari 11 hingga 12 Mei, 1946 satu lagi perjumpaan diadakan di Istana Johor di Johor Bahru yang memutuskan supaya Umno ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan bukan setakat menentang Malayan Union seperti keputusan Kongres Melayu pertama di Sultan Sulaiman Kelab.

1951

18 tahun dari 1933 iaitu pada 1951 berlaku lagi perpecahan di dalam Umno dengan berhentinya Datuk Onn Jaafar dan berlaku perebutan kuasa untuk jawatan Ketua Umno. Ahmad Fuad dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman. Calon lain yang kalah ialah CM Yusof. Mustapha Hussein daripada PKMM telah menarik diri daripada bertanding.

Apabila PKMM diharamkan tiga parti baru ditubuhkan oleh pemimpin PKMM, iaitu (1) Parti Melayu Semenanjung (PMS) dipimpin Bung Kahar sebagai Ketua dan Bung Isa sebagai Setiausaha Agungnya; (2) Parti Islam SeMalaya (Pa - Alif - Sin = Pas) di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al Helmi dan (3) Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) pimpinan Ahmad Boestamam. Bung Kahar, Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam ketiga-tiganya berketurunan dari Indonesia. Gabungan idea PMS, Pas dan PSRM adalah Nasakom ala Malaya.

Agak aneh juga kerana yang mengusahakan penubuhan Pas ialah Ahmad Fuad selepas beliau dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman, dalam pertandingan untuk menjadi ketua Umno, tetapi beliau sendiri tidak pernah menjadi ahli Pas, sebaliknya dilantik pihak British untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Umno dan sekutunya, MCA dan MIC, dalam Parti Perikatan berjaya memimpin Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Bersekali dengan perjanjian kemerdekaan ditandatangani juga Perjanjian Keselamatan di mana penjajah British berjanji untuk kembali mentadbir Malaya seandainya berlaku huru-hara antara kaum dalam masa 10 tahun sehingga 31 Ogos, 1967.

British mengetahui bahawa pemerintahan Malaya hanya boleh aman, dan tidak akan berlaku huru-hara, jika Umno kuat kerana didukung oleh orang Melayu. Keadaan yang melemahkan politik orang Melayu muncul pada 1962 apabila Pas mengkafirkan Umno. Tertubuhnya Malaysia pada 1963 tidak menambah kekuatan politik orang Melayu. Malah fokus terhadap masalah orang Melayu bertambah kurang apabila Malaysia yang baru ditubuhkan mula menghadapi konfrontasi dari Indonesia. Pada Pilihan Raya Umum 1964 kekuatan Umno jelas menurun. Kesan daripada perpecahan bangsa Melayu dengan isu pengkafiran ini memakan masa untuk dirasai. Malah Majlis Raja-Raja Melayu mengharamkan fatwa Dewan Ulama Pas yang mengkafirkan Umno itu kerana sudah meramalkan kesannya sebaik saja fatwa dibuat pada 1962.

1969

Rupa-rupanya kesan fatwa Pas pada 1962 itu memberi kesan pada Pilihan Raya Umum 1969. Tingkah laku DAP selepas mengetahui keputusan pilihan raya ini sungguh menghina orang Melayu. Mereka berasakan Malaya sudah menjadi milik mereka saja. Rusuhan kaum berlaku lantaran keputusan ini. Adalah jelas bahawa kelemahan politik orang Melayu seperti diketahui oleh penjajah British, menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Malangnya bagi penjajah British kerana rusuhan kaum ini berlaku dua tahun selepas tamat perjanjian keselamatan yang ditandatangani di waktu Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Apabila maruah Melayu terancam barulah pemimpin politik Melayu bersatu semula dalam Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. Tetapi lambat laun pemimpin Melayu menjadi selesa semula. Kita tentu sudah faham berbagai perkembangan yang melemahkan kedudukan politik orang Melayu. Pelbagai peristiwa muncul antara lain, Pas terkeluar daripada BN, Tun Musa Hitam berlawan dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam menentang Dr Mahathir dengan meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

1987

Pada 1987, Tengku Razaleigh menentang Dr Mahathir untuk jawatan Presiden Umno. Beliau beregu dalam Team B, dengan Musa yang bertanding mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden yang masih disandangnya. Tun Ghafar Baba mengalahkan Musa dan Tengku Razaleigh dikalahkan Dr Mahathir. Berikutnya Umno diheret ke mahkamah oleh 11 orang ahli dengan sokongan Team B. Umno diharamkan dan Umno Baru ditubuhkan. Tengku Razaleigh menaja Parti Semangat 46 (S46) yang didaftarkan pada 3 Jun 1989. Pada Pilihan Raya Umum 1990 Parti Semangat 46 bekerjasama dengan DAP dan Parti Rakyat dalam Gagasan Rakyat dan bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan parti Islam Pas, Berjasa dan Hamim. APU berjaya 100 peratus di Kelantan (24 Adun Pas dan 15 Adun S46). Pada 1993, Anwar mengorak langkah untuk menentang Ghafar dan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno sebagai sebahagian perancangannya untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa 10 tahun masuk Umno. Anwar menang tanpa bertanding apabila Ghafar menarik diri daripada mempertahankan jawatannya. Sejak Pilihan Raya Umum 1990 sehingga Pilihan Raya Umum 1995, hubungan S46 dengan DAP menjadi renggang dan pakatan di dalam APU menjadi retak. Prestasi S46 pada Pilihan Raya Umum 1995 sungguh mengecewakan sehingga pada Mei 1996, S46 dibubarkan dan ahlinya kembali kepada Umno. Anwar memegang tampuk Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 apabila beliau dipecat daripada kedua-dua jawatan itu kerana kesalahan rasuah dan liwat.

Ketika Anwar di dalam penjara Parti Keadilan Rakyat ditubuh. Pada Pilihan Raya Umum 1999, Parti Keadilan Rakyat, sebagai anggota dalam pakatan Barisan Alternatif bersama Pas dan DAP, menang satu kerusi saja di Permatang Pauh yang ditandingi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Pada 5 Julai 2002, satu perjanjian persefahaman ditandatangani untuk menyatukan PSRM dengan Parti Keadilan Rakyat.

Memandang kepada semua perkembangan ini saya meramalkan 18 tahun dari 1987 iaitu pada 2005 kedudukan politik orang Melayu akan sesungguhnya menjadi terancam. Pada 2003 Abdullah mengambil alih kepemimpinan negara. Dalam satu pertemuan dengan pemimpin GPMS saya dengan sinisnya dicabar sama ada saya akan gembira jika ramalan saya atas punahnya kuasa Melayu betul berlaku seperti yang saya ramalkan. Saya menjawab: "Tidak ada dalam saluran darah saya setitik pun darah yang menderhaka kepada Umno atau kepada Melayu." Saya menegaskan teori 18 tahun ini hanya satu amaran bagi semua untuk cuba menghindarkan apa yang mungkin berlaku.

2005

Alhamdulillah pada Pilihan Raya Umum 2004 BN mendapat keputusan yang meyakinkan. Maka teori 18 tahun yang seharusnya memberi gambaran buruk pada 2005 kerana 1987 + 18 = 2005, terbuktilah sudah dapat dibantutkan. Malangnya, dengan keputusan durjana Pilihan Raya Umum 2008, teori 18 menghantui semula. Tahun berikutnya bagi Teori 18 tahun ialah 2005 + 18 = 2023. Tahun ini ialah 10 tahun selepas pilihan raya yang akan datang. Bagaimanakah prestasi BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 pada 2013? Kini saya berdepan sekali lagi dengan pemimpin GPMS. Sudah tentu soalannya ialah 'Di manakah silapnya kita?'

Kesilapan kita ialah kerana kita sudah menyimpang jauh daripada nilai murni seperti amanah, berani, disiplin, rajin dan setia iaitu sifat terpuji yang sepatutnya ada pada orang yang beragama Islam. Sifat inilah yang diketengahkan dalam semangat Bushido orang Jepun, semangat Hwarang orang Korea, semangat Jin Qing orang China, dan semangat Muru'ah orang Arab. Tetapi pemimpin Umno sekarang tidak berasa terhina seperti saat British memperkenalkan Malayan Union dan menurunkan taraf Raja-Raja kita dulu ataupun ketika DAP meminta kita serahkan pemerintahan Selangor pada waktu kita kalah banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum 1969, padahal lebih banyak kekalahan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 daripada yang diterima pada 1969. Oleh kerana kita sudah menjadi penakut, kita terima kekalahan tanpa berasa malu dan terhina. Kita bersalah kerana sudah menjadi bangsa penakut.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)

0 ulasan

bharian: Tangani isu pembantu rumah secara rasional

Rohaniza Idris

Permintaan gaji RM800 sebulan amah Indonesia tidak seimbang dengan kemahiran

SUDAH hampir 10 bulan kerajaan Indonesia melaksanakan pembekuan penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia yang dilaksanakan sejak Jun tahun lalu berikutan banyak aduan mengenai pembantu rumah didera oleh majikan di negara ini.

Sehingga artikel ini ditulis tidak ada sebarang tanda penarikan balik pembekuan itu, sedangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga Indonesia terutama sebagai pembantu rumah meningkat.

Malah, majikan yang menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia ketika ini juga bakal menghadapi masalah besar apabila pasport pekerja yang tamat dan pulang ke republik itu, juga tidak akan diperbaharui berikutan sekatan itu.

Difahamkan, mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia–Indonesia masih belum mencapai keputusan mengenai struktur kos dan gaji pembantu rumah, dan pada masa sama pembekuan itu masih diteruskan.

Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat diadakan kedua-dua pihak, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia yang diadakan di Indonesia dan Malaysia.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia yang diadakan di Malaysia November tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dilaporkan, berkata struktur kos membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke negara ini akan diputuskan selewat-lewatnya akhir tahun.

Namun, sehingga kini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu dicapai kedua-dua pihak walaupun beberapa perkara lain sudah diputuskan untuk dilaksanakan seperti persetujuan kedua-dua negara membenarkan pembantu rumah Indonesia diberi cuti sehari dalam seminggu dan mereka juga dibenarkan menyimpan pasport sendiri ketika berada di negara ini. Mesyuarat jawatankuasa itu pada 15 Ogos tahun lalu juga bersetuju cuti itu akan berkuat kuasa selepas Akta Kerja 1955 dipinda.

Terbaru, khabarnya Malaysia mahu memuktamadkan mesyuarat berkenaan, walaupun Indonesia dilihat tidak serius menyelesaikan masalah struktur kos pembantu rumah.

Sesetengah pihak mencadangkan kerajaan mencari sumber tenaga kerja negara lain jika Indonesia berkeras mahu gaji pembantu rumah sebanyak RM800 sebulan.

Presiden Persatuan Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Alwi Bavutty, berkata persatuan berpendapat kerajaan tidak perlu melayan Indonesia jika mereka tetap mahukan gaji pembantu rumah pada kadar RM800 sebulan.

"Papa pernah mencadangkan kerajaan beralih kepada sumber tenaga kerja di negara seperti Timor Leste, Papua New Guinea, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal kerana mereka menawarkan gaji lebih munasabah," katanya yang mendakwa ejen pembantu rumah di Indonesia juga ternanti-nanti kerajaan mereka menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah kerana ramai warganya mendapat latihan dalam pekerjaan itu menunggu untuk masuk dalam pasaran kerja berkenaan.

Difahamkan, sebahagian agensi di Malaysia sudah membayar ratusan ribu ringgit kepada agensi di Indonesia untuk penghantaran pembantu rumah dan kira-kira 4,000 warga Indonesia sudah berdaftar dengan agensi di republik itu bersedia berkhidmat serta-merta di negara ini.

Alwi memberitahu persatuan itu turut mencadangkan pembantu rumah warga Indonesia hanya boleh bekerja dengan majikan beragama Islam di negara ini dengan gaji antara RM500 hingga RM650 sebulan.

Katanya, langkah itu bagi menghentikan amalan pembantu rumah beragama Islam berkhidmat dengan majikan bukan Islam seperti dilaksanakan sekarang kerana ia menimbulkan banyak masalah berikutan berbeza budaya dan agama sehingga berlaku penderaan.

"Sudah banyak cadang dikemukakan dan kita harap kerajaan akan terus mengadakan mesyuarat walaupun dalam kebanyakan perbincangan Indonesia dilihat tidak serius untuk menanganinya. Sepatutnya Indonesia perlu rasional dalam isu pembantu rumah dan pembekuan yang dilaksanakan kerana masalah satu dua kes penderaan warga mereka oleh majikan di Malaysia tidak sepatutnya jadi ukuran untuk menaikkan kos tenaga kerja dalam sektor berkenaan.

"Kes penderaan dan insiden membabitkan pembantu rumah bukannya besar. Malah, jika diikutkan masalah dihadapi majikan Malaysia akibat pembantu rumah lari lebih banyak dilaporkan dan kesannya lebih besar," katanya yang berharap mesyuarat kedua-dua negara dalam isu berkenaan akan menguntungkan semua pihak terutama ejen pembantu rumah yang hampir gulung tikar.

Pendapat sama disuarakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang mengharapkan penyelesaian kepada kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia menguntungkan kedua-dua belah pihak di Malaysia dan Indonesia.

Katanya, di satu pihak, tenaga kerja Indonesia membantu Malaysia dalam pembangunan ekonominya, manakala di pihak lain pula Malaysia memberi peluang pekerjaan kepada warga Indonesia, yang kemudian menyumbang kepada ekonomi Indonesia.

"Sebagai negara sahabat yang berasal daripada saudara serumpun dan mempunyai banyak persamaan dalam budaya dan bahasa, Malaysia dan Indonesia seharusnya sentiasa menangani apa juga permasalahan dihadapi dengan matlamat akhir penyelesaiannya ialah kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara dan rakyatnya," katanya.

Sehubungan itu, Syed Munshe Afdzaruddin berkata, cadangan Indonesia supaya gaji minimum RM800 (Rp2.2 juta) sebulan ditetapkan bagi pembantu rumah Indonesia dikaji kewajarannya dengan mengambil kira keupayaan majikan di Malaysia untuk membayar upah sebanyak itu dan sama ada upah itu setimpal pula dengan produk yang mereka peroleh.

Apa yang pasti, pembekuan berkenaan dilihat menambahkan lagi kes kemasukan pembantu rumah Indonesia secara haram yang didalangi agensi tidak berdaftar.

Agensi haram itu membawa masuk mereka yang mahu menjadi pembantu rumah sah kerana menggunakan visa pelancong. Selepas tiba di negara ini, mereka terus diserapkan dalam pasaran kerja dan permit diambil selepas itu.

Kemasukan pembantu rumah oleh agensi haram itu dikhuatiri penyebab masalah susulan timbul pembantu rumah melarikan diri, tidak pandai melakukan kerja rumah kerana tidak diberi latihan yang cukup, kes kecurian dan penderaan anak majikan.

Kesimpulannya, selagi isu pembekuan dan gaji tidak diselesaikan, kedua-dua negara sebenarnya rugi dan masalah yang dicetuskan pembantu rumah tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila. Malah, lebih teruk lagi mereka yang mahu menjadi majikan dan yang sudah pun menggajikan pembantu rumah berasa tersepit.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)

0 ulasan

bharian: AEM ke-16 bincang tingkat kerjasama ekonomi

PUTRAJAYA: Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-16 bermula di sini, semalam bagi membincangkan pelbagai usaha ke arah meningkatkan kerjasama ekonomi di kalangan anggota Asean ke arah menjadikan rantau ini sebuah kumpulan ekonomi yang kukuh dan lebih berdaya saing.

Bagi mencapai matlamat itu, langkah bagi meningkatkan lagi hubungan perdagangan sesama negara anggota menjadi antara topik utama perbincangan pada mesyuarat dua hari itu.

Justeru, perbincangan akan menjurus kepada langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap perdagangan sesama Asean kepada sekurang-kurangnya 30 peratus hingga 35 peratus setahun pada masa terdekat berbanding 25 peratus ketika ini.

Memandangkan cabaran besar yang dihadapi oleh Asean ketika ini adalah untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI), Menteri Ekonomi Asean turut mencari jalan untuk meningkatkan lagi daya tarikan rantau ini sebagai destinasi utama FDI global.

Antara 1995 hingga 2008, Asean menerima FDI berjumlah AS488.9 bilion, manakala pada 2007 rantau ini menerima pelaburan asing berjumlah AS68.5 bilion dan AS$60.4 bilion pada 2008.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat itu, berkata AEM ke-16 juga membuka peluang kepada menteri terbabit bertukar pandangan ke arah mencapai satu persetujuan kepada pelbagai cadangan untuk meningkatkan integrasi ekonomi.

Sehubungan itu, beliau berkata, mesyuarat kali ini akan membincangkan beberapa isu mengenai pelaksanaan sepenuhnya Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta), liberalisasi sektor perkhidmatan di bawah Pakej Kelapan bagi 2010, langkah memudahkan pelaburan di rantau ini dan cara untuk menangani jurang ekonomi di kalangan negara Asean dalam mewujudkan satu pasaran tunggal Asean.

“Integrasi ekonomi yang lebih baik di kalangan anggota Asean ini akan meningkatkan lagi daya saing ekonomi Asean,” katanya pada sidang media semalam.

AEM hari ini dijangka dihadiri 10 Menteri Ekonomi Asean, manakala perbincangan peringkat pegawai kanan diadakan semalam.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Air tanah sebagai sumber lestari

Oleh Habsah Dinin dan Mona Ahmad
bhnews@bharian.com.my


LEBIH 95 peratus sumber air mentah untuk keperluan negara diperoleh daripada sumber air permukaan iaitu air sungai atau empangan yang dibina di sekitar kawasan tadahan air.

Air yang sampai ke rumah adalah air sungai dan air empangan yang sudah dirawat. Ketika ini ada lebih 75 empangan di seluruh negara yang majoritinya untuk bekalan air.

Bagaimanapun sumber air permukaan ini sering terdedah kepada pencemaran berikutan pembangunan pesat di sekitar kawasan tadahannya.

Pakar Hidrogeologi Institut Geologi Malaysia, Mohd Nazan Awang, berkata di sebalik sumber air permukaan yang melimpah-ruah berbanding dengan jumlah permintaannya, kekurangan sumber air, gangguan dan catuan perbekalan sering juga berlaku di negara ini.

Justeru, katanya, Malaysia perlu mencari sumber air baru yang mampu menjadi sistem sokongan kepada sistem bekalan sedia ada.

Mengikut kajian, antara sumber air mentah yang terdapat di daratan adalah air hujan, air sungai, air tasik dan air tanah. Di negara maju air tanah digunakan secara bersama dengan air permukaan untuk perkhidmatan bekalan air awam dan pengairan.

Fakta menunjukkan kurang daripada dua peratus bekalan air awam negara bersumberkan air tanah.

Biasanya kegunaan air tanah untuk domestik tertumpu di kawasan luar bandar yang di luar kawasan liputan perkhidmatan bekalan air awam.

Air tanah di kawasan luar bandar diperoleh menerusi telaga tradisional dan turut digunakan untuk mengairi tanaman.

Sementara di kawasan bandar, penggunaan air tanah tertumpu kepada industri yang banyak menggunakan air dalam operasinya untuk menjimatkan bil air di samping menjamin bekalan air berterusan dari aspek kuantiti dan kualiti.

“Air tanah turut dibangunkan untuk bekalan air awam secara terpencil di beberapa lokasi seperti di lembah utara Sungai Kelantan (Kota Bharu, Wakaf Baru, Tumpat dan Rantau Panjang), Nenasi dan Pulau Tioman di Pahang, Arau di Perlis, Miri di Sarawak serta Sandakan di Sabah.

“Tetapi sumber air yang pernah popular suatu ketika dulu gagal dimanfaatkan disebabkan beberapa faktor termasuklah kegagalan mengenal pasti dengan tepat lokasi dan kuantiti sumber air tanah, dakwaan tidak berasas bahawa air tanah terlalu sedikit dan pengeluarannya menyebabkan tanah mendap, lubang benam, kekeringan lapisan tanah dan kemasukan air masin,” katanya.

Mohd Nazan menegaskan, bahawa pengambilan air tanah memang sesuai di Malaysia. Kapasiti hujan yang banyak di negara ini dengan purata hujan tahunan melebihi 2,500 mm.

Sumber air tanah tidak akan kering kerana air hujan meresap ke dalam tanah. Justeru itu, air tanah adalah sumber air yang lestari sekiranya kadar pengambilannya tidak melebihi kadar resapan air hujan ke dalam tanah di samping tiada kesan sampingan ke atas alam sekitar dan orang awam.

Air tanah adalah satu daripada komponen dalam kitaran hidrologi alam. Ia terhasil daripada penyerapan air hujan dan air permukaan ke dalam tanah.

Kadar peresapan air ke dalam tanah dan potensi sumber air tanah dikawal oleh geologi, hidrogeologi, topografi, guna tanah, sistem saliran dan iklim setempat.

“Apabila bumi menerima curahan hujan, sebahagian air hujan akan meresap ke bawah permukaan bumi sehingga menemui lapisan tanah yang tidak boleh telap. Air akan terkumpul di atas lapisan tanah itu dan mengisi segala ruang dan rongga seterusnya mewujudkan jasad air tanah yang diistilahkan sebagai akuifer,” katanya.

Ramai yang beranggapan, pengambilan air tanah secara besar-besaran bakal menjejaskan flora dan aktiviti pertanian kerana tanah akan menjadi kering dan tumbuhan akan mati.

Anggapan ini tidak benar kerana air tanah diabstrak daripada lapisan tanah yang berada melebihi 30 meter di bawah permukaan bumi. Tumbuhan pula selain hidup di kawasan tanah lembap bergantung kepada lembapan tanah untuk bekalan air dan tidak bergantung kepada sumber air.

Mohd Nazan berkata, proses pengambilan air tanah tidak memberi kesan kepada alam sekitar khususnya dari aspek penggunaan tanah kerana ia hanya memerlukan kawasan yang berkeluasan kecil iaitu dua meter lebar dan tiga meter panjang untuk pembinaan stesen telaga pengeluaran dengan kedalaman melebihi 30 meter.

Katanya, jika dibandingkan dengan empangan atau tempat takungan air yang memerlukan kawasan yang luas untuk menakung air, pembinaan telaga air tanah sangat menjimatkan ruang dan mesra alam iaitu tidak menjejaskan flora dan fauna serta masyarakat tempatan.

“Malah pembinaan empangan juga mempunyai pelbagai risiko termasuk tanah runtuh dan kawasan persekitaran yang sentiasa terdedah kepada pencemaran dan ancaman keselamatan,” ujarnya.

Berbalik kepada kebaikannya air tanah ia kaya dengan mineral. Umum mengetahui air mineral semula jadi mengandungi khasiat yang mampu menjana semula tenaga dan mengaktifkan ion tertentu di dalam tubuh badan dan seterusnya merangsang tubuh bertindak balas dengan anasir yang tidak sihat seterusnya membuatkan badan kita kembali cergas.

Air mineral ialah air minuman berpunca daripada air tanah sama ada diperoleh dari telaga atau mata air. Kepentingan air mineral kepada kesihatan sememangnya diperakui pakar perubatan.

Di Denmark misalnya, air tanah menyumbang 100 peratus perkhidmatan bekalan air awam negara dan air tanah digunakan melebihi 100 tahun dulu. Air tanah berjaya dibangunkan secara mapan di Denmark walaupun kadar hujan hanyalah sekitar 700 milimeter (mm) setahun.

Walaupun negara itu di kelilingi air laut yang masin, dengan teknologi dan pengurusan air yang baik, kualiti air tanah yang dibekalkan kepada penduduk di negara sentiasa berada pada tahap terbaik dan selamat diminum.

Di Korea pula, penggunaan telaga pengumpul jejari (Radial Collector Well) digunakan awal 1980-an untuk mengeluarkan air tanah dan walaupun dibina berhampiran kawasan perumahan dan bangunan pencakar langit, ia tidak langsung memberi kesan kepada struktur bangunan.

Sejarah membuktikan, air tanah mempunyai khasiat dan aura yang tersendiri. Contoh yang paling mudah ialah air zam zam yang diperoleh dari telaga zam zam di Masjidil Haram, Makkah di Arab Saudi.

Air zam zam dibuktikan mempunyai khasiat mineral yang tinggi dan selamat diminum tanpa sebarang rawatan.

Jika dulu air zam zam diperoleh melalui penggunaan timba dan tali, kini dengan teknologi moden, kerajaan Arab Saudi mengepam sumber air tanah itu tanpa henti untuk kegunaan jutaan jemaah yang berkunjung ke Tanah Suci sepanjang tahun.


(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Jakim disaran komersial pameran produk halal

Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran mengkomersilkan pameran halal sebagai satu produk atau ikon agensi berkenaan, termasuk memperluaskan penganjuran program itu ke seluruh negara bagi membolehkan seluruh rakyat memahami konsep halal sebenar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata ini penting kerana konsep halal sebenar bukan terhad kepada soal makanan saja sebaliknya keseluruhan produk serta cara hidup.

Beliau menyifatkan program itu satu misi besar yang perlu disampaikan kepada orang ramai termasuk kepada bukan Islam yang semakin berminat sama ada menghasilkan produk halal atau turut serta menyambut kempen itu.

“Soal pemakanan dan penggunaan produk halal adalah satu perkara serius kepada umat Islam. Saya berharap kempen ini mencapai matlamat memberi kesedaran kepada masyarakat dan diteruskan di tempat berbeza.

“Kempen kali ini diadakan di ibu kota tetapi masih ada penduduk luar bandar tidak dapat turut serta. Kempen ini harus dijadikan produk Jakim yang dibawa ke kampung dan dijadikan sama hebat dengan program seperti Jom Heboh,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Anugerah 1Malaysia 1Halal anjuran Dagangasia Net Sdn Bhd (Daganghalal.com) yang diadakan di perkarangan Masjid Negara, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Daganghalal.com, Muhadzir Mohd Isa dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Othman Mustapha.

Beliau juga berkata, Majlis Agama Islam Negeri sudah pun menyatakan persetujuan secara lisan dan bertulis untuk mengadakan satu standard halal saja seperti yang sudah dipersetujui sebelum ini bagi mengelakkan kekeliruan.

Dr Mashitah turut menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai kelewatan mendapatkan kelulusan halal Jakim yang memaksa mereka mendapatkan pengiktirafan itu dari luar negara.

“Sebenarnya kelewatan berpunca daripada kekurangan maklumat. Apabila maklumat mencukupi, proses tidak melebihi 30 hari daripada tarikh pendaftaran,” katanya.

Sementara itu, Muhadzir berkata Anugerah 1Malaysia 1Halal yang diperkenalkan Daganghalal.com adalah selaras dengan objektif kempen anjuran Jakim itu untuk mewujudkan kesedaran dan pada masa sama mendidik masyarakat mengenai kepentingan penggunaan produk halal dalam kehidupan seharian.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: NGO Melayu bergabung

Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Sejumlah 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bergabung dan menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pada majlis pelancaran semalam, mereka mengingatkan masyarakat bukan Islam di negara ini supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

Peringatan sama turut dilaungkan kepada masyarakat Islam liberal yang kurang pengetahuan mengenai kesucian agama Islam, supaya tidak mempersendakan Islam demi kepentingan peribadi mahupun politik.

Presiden Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata ia penting bagi memastikan agama Islam yang menjadi tonggak kepada negara ini tidak diganggu gugat mana-mana pihak.

“Penubuhan MPM ini adalah untuk mempertahankan hak orang Melayu dan juga kesucian agama Islam, perjuangan ini tidak menggugat ataupun menyentuh hak pihak-pihak lain.

“Mereka yang bukan Islam jangan campur tangan dalam hal berkaitan kesucian agama Islam termasuk soal hukum,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran MPM di sini, semalam.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Pengangguran di Malaysia 36,000 sehingga Disember 2009

ROMPIN: Jumlah penganggur di Malaysia dari Oktober 2008 sehingga Disember tahun lalu adalah 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Katanya, kebanyakan daripada statistik itu adalah daripada sektor perkilangan berikutan kekurangan pengeksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008.

Beliau berkata, jumlah tersebut bagaimanapun masih berada dalam kawalan berbanding 84,000 penganggur dicatatkan pada krisis ekonomi Asia dalam tempoh yang sama pada 1997.

"Akibat krisis ekonomi melanda di Amerika Syarikat, ramai buruh-buruh yang terdiri daripada golongan dewasa terpaksa diberhentikan kerja secara sementara.

"Syarikat-syarikat dalam sektor perkilangan terpaksa mengecilkan jumlah pengeluaran kerana permintaan yang kurang," katanya selepas majlis sambutan Chap Goh Mei di sini, malam tadi.

Menurut Maznah, bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam negara, Kementerian Sumber Manusia sudah menempatkan semula kira-kira 29,000 pekerja manakala sebahagiannya mengikuti skim kemahiran supaya mereka diberi peluang untuk menimba kemahiran.

Majlis anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina daerah Rompin itu dihadiri lebih 2,000 orang dari pelbagai kaum.

Malaysia Singapore & Brunei (Country Guide)

Maznah berkata, sambutan kali ketujuh tersebut akan dijadikan sebagai pesta kedua terbesar pada masa akan datang selepas pesta pantai Rompin.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain; Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina daerah Rompin, Au Ong Kiat serta Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya. - Bernama

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Kerangka ekonomi baru tekan konsep perkongsian awam-swasta

TAPAH: Kerangka ekonomi baru yang akan diumumkan Julai ini memberi penekanan kepada peranan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata model baru itu mempunyai tumpuan khas kepada konsep Perkongsian Awam-Swasta atau Public-Private Partnership (PPP).

Katanya, konsep PPP itu menjadi agenda utama untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) bagi membawa keluar negara dari ekonomi pendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi.

"Draf kerangka ekonomi baru ini sudah di peringkat akhir dan akan dibentang dalam mesyuarat Kabinet Mac ini untuk mendapat pendangan sebelum diperinci semula.

"Antaranya kita akan memperhebat peranan sektor swasta menerajui pembangunan negara melalui pelaksanaan PPP.

"Pembangunan oleh swasta ini bermaksud kerajaan akan mengkaji bantuan kewangan seperti jika projek bernilai RM200 juta dan memerlukan RM20 juta bagi infrastruktur, kerajaan akan menampung RM20 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau dalam lawatan kerja sehari ke Parlimen Tapah bagi meninjau sendiri pelaksanaan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.


(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Media perlu berusaha bentuk Malaysia yang bersatu: PM

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata media mempunyai tanggungjawab sosial untuk bekerjasama dengan kerajaan ke arah pembinaan bangsa walaupun mempunyai dasar berbeza.

"Media mungkin mengambil laluan berbeza...Sin Chew mungkin mengambil laluan berbeza...Utusan (Malaysia) mungkin mengambil laluan berbeza..akhbar lain mungkin mengambil laluan yang berbeza, walaupun kita mengambil laluan berbeza tetapi kita mesti memberi tumpuan dan sampai ke destinasi akhir," katanya dalam ucapannya pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran Sin Chew Media Group di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, destinasi akhir bagi media untuk memberi tumpuan ialah "sebuah negara Malaysia yang makmur, harmoni, bersatu padu, lebih baik dan kuat."

Beliau berharap dalam melaksanakan perbezaan dasar masing-masing, media mesti menyedari bahawa mereka perlu mendekatkan hubungan di kalangan rakyat dan bukan memecah belahkan mereka.

"Kita mengambil laluan yang berbeza kerana kita mesti memberikan ruang kebebasan dalam masyarakat kita. Kita mesti memberikan ruang bagi perbezaan pendapat yang walaupun bertentangan tetapi kita mesti sedar bahawa kita bukan memecah belahkan masyarakat ini tetapi kita (mesti memastikan bahawa kita) secara perlahan tetapi pasti untuk membawa semua rakyat Malaysia bersatu," katanya.

Najib juga menekankan bahawa tuntutan yang dibuat sesebuah masyarakat sepatutnya tidak akan menjejaskan masyarakat yang lain di negara ini.

"Apabila kita mempunyai perbezaan pendapat kita mesti sentiasa sedar...ya kita boleh membuat tuntutan-tuntutan...ya kita boleh membuat kenyataan tetapi itu bukan masalahnya bahawa apa sahaja yang kita tuntut, apa sahaja kita sebut, apa sahaja yang kita buat tidak menjejaskan masyarakat yang lain.

"Ia tidak boleh dan tidak sepatutnya mengutamakan kepentingan diri. Ia perlu menjadi asas bahawa apa yang baik untuk masyarakat kita ia juga baik untuk semua rakyat," katanya.

Beliau berkata, jika semua masyarakat mempunyai pemikiran yang sama, beliau "berkeyakinan bahawa kita boleh mendapat seumpama hasil tenunan yang berwarna warni dalam masyarakat kita".

Najib berkata, tiada masyarakat di dunia ini yang begitu indah seperti di Malaysia.

"(Dan) di dunia sebelah sini...di Asia Tenggara anda tidak boleh memiliki sebuah negara yang begitu berwarna warni seperti Malaysia. Ia sepatutnya menjadi kekuatan kita dan ia adalah satu cabaran buat kita. Ia tidak sepatutnya menjadi satu halangan. Ia sepatutnya merapatkan kita," katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu bergerak bersama sebagai satu dan sebagai 1Negara dalam semangat 1Malaysia untuk sebuah Malaysia yang kuat dan lebih baik.

Merujuk Tahun Harimau menurut kalendar Cina tahun ini, Najib berkata walaupun harimau melambangkan kecergasan dan keberanian tetapi haiwan itu juga adalah spesis terancam.

"Justeru, jika kita tidak menjaga harimau dengan baik, haiwan itu pasti pupus. (Sama juga) jika kita tidak menjaga negara ini..ia juga akan musnah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat supaya bersama-sama membina negara ini agar satu legasi sebenar dapat ditinggalkan buat Malaysia. - Bernama


(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Amalkan nilai 1Malaysia untuk negara yang bersatu: PM

PETALING JAYA: Impian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar bersatu padu hanya boleh dicapai sekiranya rakyat mengamalkan nilai yang terkandung dalam konsep 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, nilai itu jika dikaitkan dengan pemikiran rakyat untuk berubah dari satu paradigma dengan pradigma asas ialah sikap bertolak ansur.

"Dalam konsep 1Malaysia, bertoleransi hanya permulaan...paradigma selepas itu ialah berubah dari bertoleransi kepada penerimaan sepenuhnya.

"Dengan perkataan lain apabila kita menerima perbezaan dalam masyarakat kita menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang unik...sesuatu yang menyediakan kita seumpama hasil tenunan yang berwarna warni dalam masyarakat kita...sesuatu yang sebenarnya memberi kekuatan kepada kita dan bukan sebaliknya," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Sin Chew Media Group di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Najib berkata, jika kepelbagaian diterima sepenuhnya di kalangan masyarakat sebagai satu sumber kekuatan dan sesuatu yang unik, barulah "kita bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lain."

"Dan apabila kita bergerak dari paradigma bertoleransi kepada penerimaan sepenuhnya, terdapat satu kemuncak muktamad iaitu meraikan kepelbagaian kita...apabila kita meraikan kepelbagaian kita baru ia bermakna kita telah mencapai destinasi akhir Bangsa Malaysia 1Malaysia...barulah kita akan berfikir dan kita akan bertindak sebagai 1Rakyat, 1Negara dan 1 Impian," katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat daripada pelbagai kaum di negara ini telah menyambut banyak perayaan tetapi ini dilakukan tanpa mengamalkan nilai 1Malaysia.

"Ya, pada masa-masa lalu kita telah mengadakan perhimpunan Tahun Baru Cina...kita telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya...kita telah mengadakan begitu banyak majlis bersama tetapi ia diraikan tanpa mengamalkan nilai dan pemikiran yang dikaitkan dengan konsep 1Malaysia.

"Mari kita bergerak ke depan ke peringkat seterusnya dan seterusnya supaya Malaysia akan menjadi...bersatu, harmoni dan makmur," katanya.

Najib berkata, impian dan aspirasi semua rakyat Malaysia perlu diambil perhatian serius bukan sahaja dalam soal perkataan tetapi juga dalam soal perbuatan dan tindakan.

"Dengan perkataan lain, kita mesti berusaha ke arah itu. Kita perlu merangsangkan semua rakyat Malaysia supaya mencintai negara ini ke arah sebuah Malaysia yang bersatu.

"Secara sedar, semua mesti bekerja dengan penuh perasaan dan komitmen, penuh perasaan kesempurnaan bagi apa yang terbaik buat kita. Apa yang terbaik bagi Malaysia...kita mesti berusaha dan kita perlu menjadikan impian itu tercapai," katanya.

Beliau berkata, setiap perdana menteri negara ini telah bekerja tanpa mengenal penat lelah mengikut cara masing-masing walaupun ketika zaman yang penuh kesukaran, bekerja ke arah menjadikan sebuah Malaysia yang lebih bersatu padu.

Sehubungan ini, Najib berkata beliau akan meneruskan usaha baik yang ditinggalkan bekas perdana menteri sebelum ini.

"Tetapi kita perlu merasionalkan apa yang kita lakukan...apa yang kita perlukan dan bagaimana kita mendapatkannya untuk sampai ke destinasi untuk menjadi sebuah negara Malaysia yang benar-benar bersatu padu," katanya. - Bernama


(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Ulul Albab: Rasulullah inspirasi utama tempa kejayaan

Abdurrahman Haqqi

Kepemimpinan terdahulu wajar dijadikan contoh untuk memangkin keunggulan Islam

ALLAH SWT berfirman maksudnya: "Nabi Muhammad ialah Rasul Allah dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang salih) ada pada muka mereka - daripada kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang disebut dalam Kitab Taurat, dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dantunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat Nabi Muhammad dan pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih daripada mereka, keampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Fath: 29)

Ayat yang menyifatkan perihal keadaan Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda di atas datang sesudah ayat yang menyatakan maksudnya: "(Allah yang menyatakan kebenaran itu) Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain, dan cukuplah Allah menjadi Saksi (mengenai kebenaran apa yang dibawa oleh Rasul-Nya itu). (Surah al-Fath: 28)



Ketika memberi komentar kalimat 'supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain', Sheikh Abdullah Basmeih dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menulis: "Apa yang dijanjikan oleh Allah Taala mengenai kejayaan agama Islam mengatasi agama yang lain telah ternyata kebenarannya kerana hanya dalam masa yang singkat saja Islam telah tersebar di merata-rata dunia dan telah menyebabkan umat Islam mencapai zaman yang keemasan, manakala ilmu pengetahuan Islam pula memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan tamadun dunia.

Agama Islam masih berjaya mengatasi agama lain sekalipun sesudah susutnya kuasa politiknya daripada sebahagian besar daerah yang telah dikuasainya –terutama di benua Eropah - dan sesudah susutnya kekuatan umatnya di seluruh dunia berbanding dengan kekuatan umat lain zaman sekarang yang telah muncul di timur dan di barat.

Ya! Agama Islam - menurut keadaannya sebagai agama - masih dan tetap berjaya mengatasi agama yang lain kerana bawaannya sesuai dengan tabiat semula jadi manusia dan undang-undang alam, serta dapat memberikan apa yang diperlukan oleh roh dan akal, dan apa yang diperlukan oleh pembangunan dan kemajuan, juga apa yang diperlukan oleh pelbagai masyarakat daripada segala lapisan."

Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda adalah pangkal permulaan sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan oleh perut bumi sepanjang sejarahnya menerusi kesaksian ayat 110 Surah Ali Imran kemudian ia ditegaskan Nabi dengan sabdanya yang diriwayatkan Imam Muslim bermaksud: "Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kamu ialah yang hidup pada zaman kurunku (sahabat), kemudian orang yang hidup sesudah kurunku (tabi'in), kemudian orang yang hidup sesudah mereka (tabi' al-tabi'in), kemudian orang yang hidup sesudah mereka." Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda ra telah memenuhi kriteria suatu umat manusia yang ideal seperti yang dikehendaki Allah SWT sehingga mereka layak untuk mendapat pujian. Umat ideal itu adalah umat yang cinta Allah, bersifat lemah lembut sesama umat beriman, bersifat tegas gagah terhadap orang kafir, berjuang di jalan Allah dan pemberani. Al-Quran menjelaskan maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah daripada agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya." (Surah al-Maidah: 54)

Dakwah Islamiah telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SAW iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan timbul di dalam peringkat pertama daripada penghidupan dakwah ini.

Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang terang dan memanglah telah berlaku, mempunyai maksud tertentu yang perlu kita perhatikan dan sayugia kita merenungnya bersungguh-sungguh, agar dapat kita menyelami rahsianya.

Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita seperti juga kedua-duanya telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak jejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri peribadi Rasulullah SAW saja yang telah tiada lagi bersama-sama kita sekarang.

Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda adalah contoh masyarakat cemerlang yang mengkedepankan keharmonian, perpaduan dan persaudaraan.

Masyarakat yang tersebar di antara mereka satu ajaran Nabi yang bermaksud: "Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, iaitu melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya; mencintainya di dalam hatinya; menolong dengan hartanya; tidak menggunjingnya atau mendengar penggunjingan terhadap kawannya; menjenguknya bila sakit; melawat jenazahnya dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah dia wafat." (Hadis riwayat Ibnu Babawih)

Sebagai generasi penerus yang ingin menempah kejayaannya masa kini dalam menjunjung tinggi agama Islam, sudah semestinya kita mencontohi generasi utama pendahulu kita. Imam Malik pernah berkata bahawa sesuatu umat tidak akan berhasil menempah kejayaannya kecuali dengan cara yang dilakukan oleh generasi awal dalam menempah kejayaan yang sama. La yasluh qaumun illa bima saluha bihi al-awwalun, ujarnya yang menjadi ristaan sejarah Islam, sedangkan Syed Qutb menyebutkan punca kejayaan generasi terdahulu adalah "sumber pokok yang diceduk oleh generasi pertama itu ialah al-Quran, hanya al-Quran saja. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk beliau adalah semata-mata adalah pentafsiran kepada sumber utama itu."

Akhirnya, sempena Maulidurrasul ke-1484 tahun ini kita semakin yakin bahawa sifat keteladanan Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda yang digambarkan oleh al-Quran adalah satu inspirasi utama untuk kembali menempah kejayaan umat Islam. Allahumma salli ala Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wasallam.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Persoalan Agama: Boleh jamak, qasar selagi tidak bermukim

Keringanan dalam ibadat mudahkan musafir selesaikan urusan tanpa tinggalkan solat

SAYA ingin tahu berapa hari seseorang musafir itu boleh mendirikan solat jamak dan qasar jika tempoh mendirikan solat jamak dan qasar sudah tamat sedangkan tugas atau urusan seseorang musafir belum selesai? Adakah solat lain yang boleh didirikan untuk meringankan seseorang musafir supaya solatnya tidak tertinggal walaupun padat dengan jadual tugas atau urusannya.

Ingin Tahu,
Sandakan.



MUSAFIR adalah mereka yang berjalan jauh melebihi dua marhalah (lebih kurang 92 kilometer) dengan tujuan dan matlamat yang baik. Tidak dibolehkan qasar dan jamak solat sekiranya musafir bagi tujuan maksiat dan dosa seperti musafir untuk merompak dan sebagainya. Seorang musafir hendaklah melepasi kampung halaman, bandar atau pun kotanya, maka di sana boleh dimulakan solat qasar dan jamak.

Berhubung rukhsuh (keringanan) solat ketika musafir ini, Allah SWT berfirman, "Dan apabila kamu merantau di muka bumi, maka tidak menjadi kesalahan ke atas kamu mengqasarkan (memendekkan) solat. (Surah al-Nisa' ayat: 101)

Fuqaha' sepakat orang yang berada dalam musafir boleh qasar solatnya sehingga ia melaksanakan keperluannya dan kembali semula ke negaranya, asal saja beliau tidak berniat untuk bermukim di tempat yang dituju walaupun berada dalam tempoh musafir itu beberapa bulan lamanya. Umpamanya, dia menunggu untuk melaksanakan keperluannya sambil berkata kepada dirinya, "esok aku akan musafir." Walau bagaimanapun pada keesokan hari, urusannya masih belum selesai.

Jika dia berniat untuk bermukim (menetap) selama beberapa hari, fuqaha' berselisih pendapat mengenai bilangan hari yang boleh diqasar solat. Bagi fuqaha' Hanafi mereka berpendapat tidak boleh diqasarkan solat jika seseorang berniat untuk bermukim selama 18 hari ke atas kerana berdasarkan ucapan Ibn Abbas dan Ibn Umar: "Apabila anda tiba di sebuah negara dalam keadaan anda bermusafir dan anda berniat untuk bermukim selama 15 malam, maka sempurnakan solat anda, tetapi jika anda tidak mengetahui bila anda akan musafir meninggalkan negara itu, anda boleh qasar solat anda." Hadis ini dikeluarkan oleh Imam al-Tirmizi.

Fuqaha' as-Syafie berpendapat tidak boleh diqasarkan solat, jika seseorang berniat untuk bermukim (menetap) selama 18 hari berdasarkan hadis Imran bin Husain yang berkata: "Aku musafir bersama Rasulullah SAW. Aku juga terbabit dengan Baginda SAW semasa pembukaan Makkah. Baginda SAW bermukim di Makkah selama 18 malam. Baginda tidak bersolat kecuali dua rakaat saja. Baginda SAW bersabda (yang bermaksud): "Wahai penduduk Makkah, solatlah kamu sekalian sebanyak empat rakaat, kerana kami adalah kaum yang musafir." Hadis ini dikeluarkan oleh as-Syafie secara panjang lebar dan juga Abu Daud.

Bagi Fuqaha' Maliki dan sesetengah fuqaha' Hambali, tidak boleh mengqasarkan solat, jika seseorang itu berniat untuk bermukim di suatu tempat melebihi empat hari kerana berpegang dengan pendapat Said bin al-Musayyab, "Sesiapa yang meniatkan untuk bermukim selama empat malam dalam keadaan ia musafir maka hendaklah disempurnakan solatnya." Hadis dikeluarkan oleh Imam Malik.

Menurut Ibn Munzir dalam suatu penyelidikannya, kalangan ahli ilmu sudah ijmak (sepakat), seorang musafir dibolehkan qasar solatnya, selama ia tidak bermaksud untuk terus bermukim atau menetap di tempat yang hendak dituju, walaupun membabitkan masa bertahun-tahun lamanya.

Menurut jumhur al-Ulamak, tempat yang boleh dimulakan qasarkan solat ialah selepas melepasi rumah di satu-satu kawasan perkampungan orang yang hendak bermusafir itu sendiri dan tidak boleh menyempurnakan solatnya (solat tamam) kecuali selepas melepasi rumah pertama di kampungnya apabila kembali daripada musafirnya. Menurut Ibn Munzir, "saya tidak mengetahui Nabi SAW ada qasar solatnya dalam tempoh musafir kecuali selepas keluar dari Madinah." Wallahua'lam.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Persoalan Agama: Bakal pengantin berhak lihat pasangan sebelum kahwin

APAKAH boleh seorang pemuda itu melihat gadis sebelum meminangnya.

Johari,
Klang, Selangor

KALAU kita lihat di negara barat, lelaki bukan saja boleh melihat si gadis yang hendak dipinang tetapi lebih dari itu ia boleh bawa gadis itu ke sana dan ke mari, ke pesta atas alasan untuk menguji. Pada satu pihak tradisional pula, mereka mengharamkan lelaki melihat wanita yang hendak dipinang itu. Mereka melarang kedua-duanya saling berpandangan sehinggalah tiba saat dikahwinkan.

Sesungguhnya kedua-dua sikap tersebut adalah tercela. Yang benar adalah pendapat pertengahan daripada kedua-dua pendapat berkenaan seperti yang diajar syarak dan diperintahkan oleh Nabi SAW, iaitu agar lelaki hendaklah melihat wanita yang hendak dilamar sebagai mana dalam sebuah hadis yang bermaksud "Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda SAW seraya berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan Ansar." Lalu Nabi SAW bertanya, "Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum." Baginda SAW menjawab, " Pergilah engkau melihatnya, kerana pada mata orang-orang Ansar itu (biasanya) ada sesuatu (cacat). (Riwayat an-Nasa'I no.3247).

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi iaitu al-Mughirah bin Syu'bah pernah meminta izin atau memberitahu kepada Nabi SAW bahawa dia hendak meminang seorang wanita, lalu Nabi SAW bertanya, "Adakah engkau sudah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum." Kemudian Baginda SAW bersabda, "Lihatlah dia, kerana yang demikian itu lebih menjamin untuk melangsungkan hubungan kamu berdua." (Riwayat al-Tirmizi no.1087).

Ertinya dengan mengikut cara yang dianjurkan dalam hadis, kelak akan terbinalah kerukunan, keharmonian dan keserasian di antara keduanya (suami dan isteri). Ini adalah perintah daripada Nabi SAW. Sabda Baginda lagi, "Apabila salah seorang di antara kamu meminang seorang wanita dan mahu mengahwininya, maka hendaklah ia melihat sebahagian dari apa yang dapat mendorongnya untuk mengahwininya." (Riwayat Abu Daud no.2084)

Daripada hadis di atas, dapatlah kita ketahui bahawa lelaki yang mahu meminang berhak, bahkan harus melihat wanita yang akan dipinang itu dan keluarga si wanita itu hendaklah memberi kemudahan kepadanya untuk melakukannya, sehingga ia (si lelaki) dapat melihat si wanita dan si wanita dapat melihat lelaki tersebut. Seterusnya wanita berhak untuk menerima atau menolak pinangan tersebut. Justeru, kedua-dua belah pihak perlu saling melihat satu sama lain sebelum melaksanakan perkahwinan. Dengan cara itu, kehidupan rumah tangga dapat dibina di atas tapak yang kukuh dan tiang yang kuat.

Boleh juga lelaki melihat wanita yang akan dipinang itu tanpa pengetahuan wanita dan keluarganya, kerana pengetahuan keluarga dan wanita itu bukanlah syarat. Ia juga supaya si wanita tidak tersinggung perasaannya. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, bahawa beliau bercerita mengenai isterinya selepas dikahwininya. Katanya, "Sesungguhnya saya dulu bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya, sehingga saya dapat melihat sebahagian dari sesuatu yang dapat mendorong saya untuk mengahwininya."


(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
0 ulasan

bharian: Ingatan bagi pelupa: Sifat hikmat tidak perlu berlebihan

HIKMAT ertinya bijaksana, iaitu keutamaan diberikan Allah kepada manusia supaya dapat mengendalikan syahwatnya dan kemarahannya, jangan sampai memesongkan. Ahli hikmat dinamakan seorang hakim atau kata jamaknya hukama.

Lukman digelar Al-Hakim kerana banyak mengajarkan sifat hikmat itu kepada anaknya untuk mengendalikan akal budi. Sifat hikmat perlu di pertengahan, tidak terlalu ke atas hingga melebihi daripada sepatutnya dan jangan terlalu kurang supaya tidak mendatangkan kerugian.

Hikmat yang berlebihan tidak dinamakan hikmat tetapi cerdik buruk. Cerdiknya tidak memberi manfaat, tetapi merugikan orang lain kerana mana yang tunduk ditekan, mana yang tinggi dipanjat. Cerdik buruk berisi senyum tetapi dalam senyum tersimpan perasaan dengki.

Mulut keluar perkataan manis, laksana bubur bercampur santan dan gula tetapi tersimpan racun yang mematikan.

Orang bodoh tidak ada hikmatnya kerana fikirannya tidak lebih daripada barang yang ada di mukanya.

Dia tidak mengerti akibat. Jika datang seorang penipu menepuk, memberinya sebatang rokok dengan kertas untuk ditandatangani, dia tidak keberatan menandatangani kertas itu.

Bodoh adalah penyakit berpunca daripada tabiat atau keturunan yang sukar disembuhkan. Namun, ada yang kata boleh disembuhkan jika ditimpa penyakit lain. Bagi yang bodoh disebabkan kurang pendidikan, boleh diatasi dengan pembelajaran.

Ada juga penyakit pada orang pintar, tetapi tidak tahu harga diri, tiada perasaan malu dan kurang darjat. Orang gila dapat dikenal daripada kelakuannya dan orang bodoh dapat dikenal daripada aksi dan tutur katanya.

(Sumber dari Berita Harian, 27/02/2010)
0 ulasan

Sabtu, 27 Februari 2010

thestar: Humour therapy can ease cancer pains

Published: Saturday February 27, 2010 MYT 6:43:00 PM

PETALING JAYA: As the old saying goes, "laughter is the best medicine." And doctors are encouraging cancer patients to try it.

Medical expert Dr Alvin Chong said on Saturday cancer patients were encouraged to engage in humour therapy to reduce the stress they were having due to the illness.

He said several studies had revealed that humour therapy could ease the pain suffered by cancer patients as the laughter could prevent the cancer cell from multiplying and spreading to other areas of the body.

"When you make a person happy, it's like a natural mechanism in the body. The immune system will be boosted.

"Nowadays, there are many theories saying the reason why certain people develop certain types of cancer is because their immune systems are weak as a result of stressful lifestyles."

He said this after the launch of Cancerlink Foundation's silver jubilee celebration by former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi here on Saturday.

Dr Chong, who is also a volunteer at the foundation, said the humour therapy was mostly conducted by humour experts as part of the effort to cure cancer patients.

Earlier in his speech, Abdullah also advised cancer patients to be strong in fighting the illness and engaged themselves in outdoor activities.

He also shared his experience on seeing how his first wife, the late Datin Seri Endon Mahmood, had lived her life to the fullest even after she was diagnosed with third-stage breast cancer.

"Throughout her last five years of living with breast cancer, Endon was more active than usual. She did not give any hint to the public that she was in pain. She just lived her life like nothing happened," he said. Endon succumbed to cancer on Oct 20, 2005.

Meanwhile, the Cancerlink Foundation also received a donation of RM80,008 from Sime Darby Foundation to implement its cancer awareness programmes.

Cancerlink Foundation was established in 1986 with the aim of providing cancer-related information as well as emotional and practical support for cancer patients and their families and friends. - Bernama 1 ulasan

thestar: Malay NGOs band together to defend Malay rights, Islam

Published: Saturday February 27, 2010 MYT 8:32:00 PM

KUALA LUMPUR: Seventy-six Malay non-governmental organisations joined forces Saturday to form a consultative council, Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM), to defend Malays rights and Islam in the country.

Among them were Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Federation of Malay Students Association of Peninsular Malaysia (GPMS), Malay Professional Thinkers Association of Malaysia and Cuepacs, the umbrella union for civil servants.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali, who acted as the council's spokesman, said the council's role was to act as a shield against those who tried to question Malay rights and privileges, the position of Islam and the institution of the Malay rulers.

"At the same time, we will also be a polite pressure group to the government not to shirk from its responsibility in upholding fundamental matters as enshrined in Article 153 of the Federal Constitution," he told reporters at the launching ceremony of MPM at the Sultan Sulaiman Club here.

He said MPM members would hold a roundtable on March 7 to discuss the economic direction of the Malays following Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's announcing of the new economic model for the nation.

"We also hope to meet the prime minister before the new economic model is announced because we do not want Malay NGOs to be "making noise" to voice their dissatisfaction over it...we want any policy made by the government to get support from all quarters.

"However, the government should also be proactive with Malay NGOs...meaning there should be give and take...if the government wants the support of NGOs, the government should also give due consideration to our views and feelings," said the Member of Parliament for Pasir Mas.

In MPM's statement circulated to media members present, the council asserted that its members must scrutinise each issue that had a bearing on the interest of the Malays, Islam, the Malay rulers and security and harmony in the country irrespective of who raised or questioned them and that they must also highlight matters that are dear to the Malays.

Besides this, MPM said it would also prepare and implement an action plan to counter any provocation on matters that touch on the interests of Malays and Islam if they were construed as efforts by irresponsible parties to spread hatred. - Bernama 0 ulasan

theedge: Malaysia out of recession

Written by Chan Kok Leong & Chong Jin Hun    
Thursday, 25 February 2010 12:33


PUTRAJAYA: The economy rebounded from a recession, expanding by an annual rate of 4.5% in the fourth quarter (4Q) of last year, following three consecutive quarters of contraction in the gross domestic product (GDP).

Policymakers said the outlook for the economy, which grew above market estimates, remained bullish this year and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak expressed his hope of seeing the nation achieve a higher GDP growth than earlier expected.

“The earlier forecast was 4% for this year but I’m hoping we can achieve one or two percentage points more. We are going all out and we hope to generate confidence through speedy implementation of projects and encourage the private sector to invest.

“With higher confidence, we should have a good year in terms of economic performance,” Najib told reporters here yesterday at a memorandum of understanding signing ceremony involving Felda Holdings Bhd, Rubber Industry Smallholders Development Authority, and Felcra Bhd.

Najib said the economy was out of the woods, and barring any unforeseen circumstances, the country has recovered from the crisis and should be looking forward to steady growth in 2010.

Asked if Malaysia was now “out of the woods”, Najib said: “Yes, provided that nothing seriously unexpected happens with regard to the global economy.

“For example, any major sovereign (fund) collapse... Barring any unforeseen circumstances of that nature, we have recovered from the crisis and should be looking forward to steady growth for 2010,” said Najib, who is also finance minister.

He said the new monitoring unit established by him had made a key difference to spur the recovery. This was by virtue of the unit’s engagement with ministries and central agencies to ensure that their programmes under the government’s two stimulus packages could be implemented speedily.

“One of the main reasons why we were able to spend RM1 billion per month for 2009 was because we have a special  monitoring unit attached to the ministry of finance. This was not in existence before,” he added.

Public sector spending rose 1.3% in the fourth quarter while development expenditure rose 9.5% to RM17.6 billion from the previous corresponding period.

Of the RM17 billion for 113,000 projects under the stimulus packages, a total of RM13.9 billion has already been spent. “This amounts to roughly RM1 billion a month flowing into the system since January 2009,” Najib said.

Recovery aided by domestic demand and exports
Bank Negara Malaysia (BNM) said the 4.5% GDP expansion in 4Q was helped by an improvement in domestic demand and exports. On the supply side, all economic sectors registered growth, except for mining.

The central bank said the improvement in the second half of last year was expected to gain further momentum this year.

“Higher domestic demand, particularly private consumption spending, is expected given the stable labour market conditions, improved consumer and business confidence and continued access to financing.

“Further improvements in external demand, following the gradual recovery in the global economy, is also expected  to provide further impetus to the domestic economy,” BNM said.

The 4Q numbers translate into a full-year GDP contraction of 1.7% in 2009. In quarterly terms, 4Q numbers expanded  2.2% from the preceding third quarter.

According to BNM, private and public consumption rose by a yearly quantum of 1.7% and 1.3%, respectively, in 4Q while exports climbed 7.3%.

On the supply side, the construction sector grew the most, expanding by an annual pace of 9.2%, followed by the  agriculture industry with a 6% rise. The manufacturing and service sectors grew 5.3% and 5.1%, respectively, while  the mining industry registered a 2.8% decline.


Sustainability remains to be seen
Kenanga Investment Bank Bhd economist Wan Suhaimie Saidie said the country’s economic fortunes were still subject to external risk from developed countries such as the US which was still seeing a high jobless rate.

At the same time, our policymakers needed to address certain structural issues, including the education system.

“The key point is whether the local economy is sustainable going forward,” said Wan Suhaimie, who has raised his GDP forecast for Malaysia to a 4.3% growth in 2010 from 3.5% previously. For 2011, he is looking at a growth of 5.3%.

Wan Suhaimie said the latest GDP numbers were “unexpectedly high” due to a low-base effect. He added that the country needed to have a balanced growth in investment and external demand to sustain its fortunes going forward.

The market had expected the 4Q GDP to grow by an annual pace of 3.4%, according to estimates by economists polled by Bloomberg.

The economy contracted by a smaller annual pace of 1.2% in 3Q of 2009 although it grew 5.7% in quarterly terms.

In 2Q, GDP contracted by 3.9% year-on-year (y-o-y) but registered a 4.8% expansion quarter-on-quarter (q-o-q), while 1Q GDP declined 6.2% y-o-y and shrank 7.7% q-o-q.

The economy expanded by 4.6% in 2008.

Government estimates indicate that the country would have registered a GDP contraction of 3% in 2009, compared with earlier estimates of a 4%-5% decline. In 2010, the country is expected to register an economic expansion of 2%-3%, according to the prime minister’s budget speech.

The government’s fiscal injections include two economic stimulus packages with a combined value of RM67 billion to boost domestic demand against a landscape of falling exports.

BNM governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz had said last Monday that the country was on the path of recovery and that it had come out from “extraordinary circumstances”.

Zeti also said any increase in interest rates should be seen as a normalisation of lending rates instead of a tigthening  initiative.

The nation’s exports rose by an annual rate of 18.7% to RM54.7 billion in December last year, helped by higher sales of electrical & electronic, and petroleum-based products. Imports, meanwhile, posted a yearly increase of 23.3% to RM42.6 billion as more intermediate goods were bought from abroad.


Inflation continues to rise
Meanwhile, the country’s inflation, as measured by the consumer price index (CPI), rose by an annual quantum of 1.3% in January 2010, mainly due to costlier food and non-alcoholic beverages, besides more expensive housing, water, power and fuel. Transport cost also increased during the period.

According to a statement on the Department of Statistics website, these components, collectively, accounted for 59% of the 1.3% increase in the CPI.

Compared to the preceding month, January’s CPI rose 0.2%, mainly the result of costlier education besides clothing and footwear.

Malaysia’s inflation rate turned positive after rising by an annual pace of 1.1% in December last year, the first  time, following six consecutive months of negative consumer price numbers.

At its first Monetary Policy Committee (MPC) meeting for the year last month, BNM had maintained the key interest rate at 2% for the seventh consecutive time since April 2009.

The central bank had slashed the overnight policy rate or OPR by a collective 150 basis points since November 2008. One basis point is one-hundredth of a percentage point or 0.01%. The MPC’s next meeting is on March 4.


This article appeared in The Edge Financial Daily, February 25, 2010. 0 ulasan

theedge: Nik Aziz: No problem with more women holding top posts

Written by Bernama  

KOTA BHARU: The Kelantan government does not have any problem and neither does it object to the situation of having more women than men holding top posts in the public sector, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said today.

He said that of more importance was delivery of service and the quality of work of the civil servants.

"In Islam, men and women are looked upon as equal. No one is superior," he told reporters here.

He was commenting on the statement by Cuepacs secretary-general Ahmad Shah Mohd Zin who expressed concern over recent trends which showed that more women were getting appointed as decision makers and this would have a long-term impact on the nation's progress and growth.

On Monday, Ahmad Shah said Cuepacs was concerned about the "increasing dominance" of female employees in the civil service as it would have "long-term implications on the progress and growth of the country".

While Cuepacs appreciated the government's gender equality policy, it nevertheless wanted it to be implemented with great care so as not to "upset the balance between male and female employees", he added.

Nik Aziz said that in Islam, men were only superior to women in the household because the man was the head of the household. — Bernama

(Source from The Edge, 24/02/2010)
0 ulasan

thestar: ‘Malaysia’s economy may grow 6% in 2010’

By SYLVIA LOOI

IPOH: Buoyed by the 4.5% growth in the fourth quarter of last year, the Government sees a 6% growth for this year.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said while the Government had targeted a 5% growth for 2010, the 4.5% growth from the fourth quarter of last year had given the country's economy great encouragement and confidence.

"We have studied the projections made by various bodies particularly those from the banking sector and some believe we can even achieve 7% growth," he said here Saturday.

"But we will target 6%," he added.

Speaking to reporters after attending a Chinese New Year open house organised by the Perak Hokkien Association, Husni said his ministry was looking into how to achieve the 6% growth and would present it to the Economic Council once the study had been completed.

Husni also said that the global economic crisis had taught Malaysia not to be too heavily dependent on the US and European countries.

"What we learn from the crisis is to diversify our markets," he added, noting that the crisis had led Malaysia to restructure in terms of international trade and investment.

Citing China as an example, Husni said there had been a trade surplus with the country for the past three years.

"We are also watching India, Indonesia and the Middle East closely as our trade with these countries is gaining strength," he added.

(Source from The Star, 27/02/2010)
0 ulasan

Kadar KDNK Malaysia 2009 (Kemaskini: 24/02/2010)

 

 
0 ulasan

utusan: KDNK suku keempat 4.5 peratus


PUTRAJAYA 24 Feb. - Ekonomi Malaysia kini sudah pulih selepas mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 4.5 peratus pada suku keempat 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prestasi tersebut jauh lebih tinggi apabila angka itu melepasi unjuran asal iaitu 3.4 peratus.

Beliau berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh pertumbuhan penggunaan swasta yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan dalam sektor awam yang membawa kepada permintaan dalam negeri lebih baik.

Katanya, pertumbuhan penggunaan swasta disokong oleh pasaran kerja lebih baik, kadar inflasi yang rendah serta perbelanjaan lebih tinggi semasa musim cuti persekolahan dan perayaan pada akhir tahun.

Menurut beliau, dengan prestasi itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara hanya menguncup sebanyak 1.7 peratus pada tahun lalu, iaitu lebih rendah daripada sasaran awal -3.0 peratus sebelum ini.

''Pemulihan ini disokong oleh pelaksanaan pesat dan proaktif bagi dasar fiskal yang mengembang, dasar monetari yang akomodatif serta langkah menyeluruh dalam memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan.

''Langkah-langah ini membawa kepada pertumbuhan semula ekonomi dengan pantas,'' kata beliau ketika mengumumkan prestasi suku keempat ekonomi Malaysia di sini hari ini.

Ekonomi negara telah mencatatkan penguncupan sebanyak tiga kali pada suku pertama, kedua ketiga, masing-masing sebanyak -6.2 peratus, -3.9 peratus dan -1.2 peratus.

Ditanya adakah Malaysia sudah bebas daripada situasi buruk ekonomi, beliau menegaskan krisis sudah berlalu kerana tiada sebarang kemelut serius di luar jangkaan di dalam ekonomi global.

''Sebagai contohnya, jika tiada sebarang krisis berlaku, kita boleh menyatakan Malaysia telah pulih daripada krisis dan akan terus berusaha untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi 2010,'' tambahnya.

Najib yakin dengan prestasi itu, negara akan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh, peningkatan sebanyak satu hingga dua peratus, melebihi sasaran awal sebanyak lima peratus pada tahun ini.

Pada tahun lalu, Perdana Menteri membuat sasaran peribadinya untuk memastikan ekonomi negara mencapai kenaikan sebanyak lima peratus.

''Sebelum ini kita mengunjurkan pertumbuhan ekonomi akan berkembang sebanyak empat peratus tetapi pada tahun ini ia lebih kukuh daripada apa yang saya sasarkan,'' jelasnya.

Beliau berkata, unjuran rasmi baru kerajaan akan diumumkan nanti.

Perdana Menteri menambah, kerajaan akan bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pelabur serta memastikan pelaksanaan projek dibuat dengan pantas.

Pada masa yang sama, sektor swasta digalakkan melabur berikutan keyakinan sentimen pengguna yang tinggi, ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan, faktor utama keupayaan kerajaan membelanjakan RM1 bilion sebulan dalam pelaksanaan projek-projek di bawah pakej rangsangan adalah dengan wujudnya Unit Khas Pemantauan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

''Unit ini akan memastikan semua projek di bawah pakej rangsangan dilaksanakan segera,'' tambahnya.


(Sumber dari Utusan Malaysia, 25/02/2010)
0 ulasan

utusan: Kerjasama strategik Felda, Felcra dan RISDA

PUTRAJAYA 24 Feb. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini digabungkan di bawah satu konsortium yang dikenali sebagai Synergy Perdana.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, konsortium yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM300 juta itu akan bekerjasama dalam bidang pembekalan input pertanian bermutu tinggi seperti benih dan baja.

Menurutnya, kerjasama itu turut membabitkan bidang industri hiliran berasaskan sawit dan getah seperti pengeluaran baja bio-organik dan produk makanan.

''Dengan adanya konsortium ini, maka wujudlah sebuah konglomerat perladangan terbesar negara yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

''Konsortium ini bukanlah suatu penggabungan ketiga-tiga agensi perladangan tersebut tetapi hanya sebuah kerjasama strategik.

''Ia mampu mewujudkan sinergi perniagaan bagi mencapai ekonomi berskala besar selain meningkatkan pendapatan dan memberi pulangan dividen yang lebih tinggi kepada kumpulan sasar melalui pelaksanaan pelbagai projek pertanian secara perkongsian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Felda, Felcra dan Risda di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konglomerat itu akan mewakili kepentingan 112,000 peneroka Felda, 235,000 pekebun kecil Risda dan 95,000 peserta Felcra.

Mohd. Shafie memberitahu, kerajaan menjangka melalui kerjasama strategik itu, harga baja di pasaran semasa akan dapat diturunkan.

Malah, katanya, pada masa sama, ketiga-tiga agensi itu dapat mengurangkan pergantungan daripada pihak luar.

''Penggunaan baja oleh ketiga-tiga agensi perladangan kerajaan itu pada hari ini amat besar nilainya iaitu hampir mencecah RM1 bilion.

''Kita harap dengan kerjasama itu harga baja akan dapat diturunkan dan dapat membantu bukan hanya ketiga-tiga agensi itu bahkan masyarakat peneroka di luar bandar," katanya.

Beliau berkata, dalam konteks penyelidikan pula, ketiga-tiga agensi itu dapat mewujudkan satu badan yang khusus bagi mengkaji pelbagai perkara seperti baja, benih, kaedah menanam dan pengangkutan.

''Tidak perlu kita belanja banyak dengan setiap agensi belanja sendiri dan kalau ia dapat digabungkan, maka ia lebih menjimatkan," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya siapa yang akan menerajui konsortium itu, beliau berkata, Perdana Menteri akan memutuskan perkara itu dalam waktu terdekat.

''Buat masa ini, operasi konsortium itu akan dipantau oleh kementerian sendiri," katanya.


(Sumber dari Utusan Malaysia, 25/02/2010)
0 ulasan

bharian: Ekonomi negara diyakini terus berkembang – Pakar

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Pertumbuhan ekonomi negara diyakini terus berkembang tahun ini kerana pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan tahun lalu dilihat akan terus memberi impak positif.

Ditambah dengan model ekonomi baru yang bakal diumumkan kerajaan, beberapa pakar ekonomi berpendapat, momentum pencapaian pertumbuhan di luar jangkaan pada suku keempat tahun lalu dijangka berterusan pada tahun ini.

Pensyarah ekonomi Universiti Malaya (UM), Dr. Yew Siew Yong berkata, pertumbuhan di luar jangkaan ini adalah kesan daripada dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion yang diperkenalkan kerajaan bagi mengatasi kesan krisis kewangan global 2008.

Katanya, dasar fiskal ini telah berjaya meningkatkan permintaan domestik selain mendorong kepada pemulihan beberapa sektor seperti perkilangan dan prestasi eksport Malaysia yang kembali positif.

“Momentum ini dilihat mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai pertumbuhan ekonomi suku keempat 2009 melebihi jangkaan sekali gus memungkinkan pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini meningkat satu atau dua peratus melebihi sasaran awal iaitu lima peratus.

Bagaimanapun, Siew Yong berkata, dengan keadaan ekonomi negara yang terbuka, ia tidak menjanjikan pertumbuhan ekonomi mampu melebihi sasaran yang ditetapkan.

Katanya, ini memandangkan banyak negara lain turut mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik dan ia mungkin menyebabkan negara terpaksa bersaing bagi mendapatkan pelaburan asing.

“Maka, kerajaan perlu memastikan polisi ekonomi yang dilakukan perlu bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa, agar kesinambungan daripada pertumbuhan lalu dapat diteruskan,” jelasnya.

Sementara itu, pakar ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, beliau berasa lega dan gembira dengan pengumuman Najib kerana ia sesuatu yang di luar jangkaan dan Malaysia antara negara yang berjaya melakukannya dengan baik.

Beliau berharap kerajaan memberi perhatian untuk meningkatkan pelaburan domestik oleh pihak swasta bagi menjana ekonomi supaya pertumbuhan terus meningkat.

“Pertumbuhan positif lalu banyak dibantu oleh dua pakej rangsangan kerajaan tetapi ia (pakej rangsangan) tidak boleh dilakukan lagi kerana keadaan ekonomi negara masih berada dalam keadaan defisit,” ujarnya.

Justeru beliau berkata, kerajaan perlu aktif menarik pelaburan asing kerana kesemua negara kini mula berusaha ke arah tersebut yang memungkinkan persaingan sangat sengit kepada Malaysia.

Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan menyedari hal ini dan dasar model ekonomi baru yang akan diumumkan kerajaan merupakan jawapan yang akan menentukan kemajuan negara kelak.

Pensyarah ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, beliau bukan sahaja yakin ekonomi negara mampu mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak lima peratus malah mampu melepasi unjuran tersebut.

“Pertumbuhan ekonomi lima peratus adalah satu sasaran yang realistik.

“Tambahan keadaan ekonomi global yang mula menunjukkan tanda-tanda positif, sebagai negara membangun yang progresif, sudah pasti Malaysia mampu mencapainya,” katanya.

Beliau merasakan pelaburan swasta masih tidak berupaya untuk mempengaruhi dan menjana ekonomi negara dengan sempurna.

“Negara masih memerlukan pelaburan dari sektor awam dan selepas itu barulah pelaburan swasta diyakini berjaya menjadi nadi ekonomi.

“Selepas ini, kerajaan perlu mengutamakan pelaburan domestik kerana agak sukar kita hendak bersaing untuk mendapatkan pelaburan langsung asing (FDI).

“Sewaktu krisis ekonomi 1998, pelaburan domestik berjaya memperbaiki keadaan ekonomi negara, malah, syarikat dari negara kita kini sudah mempunyai keupayaan untuk melabur dalam negara,” tambahnya.

Beliau menjelaskan, tabungan yang sangat ketara oleh rakyat Malaysia juga boleh menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Dengan kadar bunga yang agak rendah ketika ini, perbelanjaan perlu ditingkatkan bagi merangsang pusingan ekonomi,” katanya sambil menjangkakan tahun 2011 bakal menyaksikan tabungan rakyat Malaysia akan meningkat.

(Sumber dari Utusan Malaysia, 26/02/2010)
0 ulasan

bharian: PM minta Gabem cari formula strategik

KUANTAN 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan terus berusaha mencari formula strategik dan berkesan untuk memapankan ekonomi bumiputera.

Perdana Menteri berkata, pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan dalam usaha memartabatkan ekonomi bumiputera dan diharapkan, usaha-usaha murni itu tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya diterus serta dilipat gandakan sehingga matlamat penubuhan Gabem tercapai.

''Penubuhan Gabem merupakan satu wadah perjuangan bangsa bagi memperkukuhkan ekonomi masyarakat bumiputera dalam pelbagai sektor.

''Masyarakat bumiputera masih memerlukan pembelaan dari kerajaan demi untuk menjamin kesejahteraan negera. Kerajaan ingin memastikan ekonomi masyarakat bumiputera berada pada landasan yang betul," katanya dalam kata-kata aluan pada buku cenderamata sempena pelancaran Gabem Pahang di sini, hari ini.

Majlis pelancaran Gabem Pahang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dengan disaksikan oleh Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Pengerusi Majlis Gabem Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Menurut Perdana Menteri, peranan Gabem bukanlah untuk mengambil alih tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada agensi-agensi kerajaan bagi membantu bumiputera tetapi ia merupakan satu platform untuk menyalurkan pandangan pragmatik yang boleh meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Beliau berkata, banyak mekanisme telah diwujudkan oleh kerajaan dalam usaha membantu ekonomi bumiputera.

''Namun, kerajaan hanya mampu menyediakan peluang dan kita sendiri yang bertanggungjawab serta harus membuat anjakan paradigma bagi menjaya dan merebut peluang yang ada dengan sebaik mungkin.

''Tanpa tindakan yang terancang dan pilihan yang bijak, bumiputera akan terpinggir dalam arus pembangunan yang deras di tanah air sendiri," katanya.

Mengenai Gabem Pahang yang merupakan pelengkap kepada penubuhan badan itu di seluruh negara, Najib yang mengalu-alukan pelancaran tersebut berkata, ia merupakan satu peristiwa penting bagi bumiputera di negeri ini.

Ini kerana katanya, Majlis Gabem Pahang diberi mandat untuk menyedarkan bumiputera tentang peluang yang wujud dan mengatur perancangan strategik untuk memperkasakan ekonomi bangsa.

(Sumber dari Utusan Malaysia, 25/02/2010)
0 ulasan

utusan: Akta Halal dikuatkuasakan tahun depan

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Individu, peniaga serta pengusaha yang terbukti menyalahgunakan sijil halal atau mempamerkan sijil halal bukan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dikenakan tindakan selepas Akta Halal dikuatkuasakan mulai tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, akta tersebut kini masih dalam proses penelitian dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun ini.

Beliau berkata, tujuan diperkenalkan adalah untuk memelihara kepentingan umat Islam yang selama ini sering terkeliru dengan isu halal khususnya berkaitan dengan logo halal dan penyediaan makanan halal.

"Akta ini bagi saya amat penting dalam usaha kita menjaga maslahah umat Islam kerana peruntukan sedia ada tidak memberi hak kepada pihak berkuasa mengambil tindakan dalam bentuk penguatkuasaan.

"Selepas ini jika terbukti ada pihak yang melanggar akta berkenaan mereka akan dikenakan mengikut peruntukan yang bakal ditetapkan kelak," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditanya mengenai bentuk tindakan atau hukuman yang akan dikenakan berdasarkan akta itu sama ada ia dalam bentuk penjara atau denda Jamil Khir berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan.

"Untuk pengetahuan penyediaan akta ini turut melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pejabat Peguam Negara.

"Kami bersama-sama merangka akta ini termasuk bentuk hukuman atau tindakan yang akan dikenakan terhadap pesalah. Setakat ini kami masih belum putuskan apakah bentuk hukuman yang sesuai," katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, penguatkuasaan akta itu merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi kementeriannya.

"Kita mahu logo halal, penyediaan makanan halal, pembungkusan bahan makanan halal dan segala isu berkaitan halal dihormati oleh semua pihak dan atas faktor ini jugalah kerajaan akan memperkenalkan Akta Halal," katanya.

Terdahulu dalam ucapan semasa majlis pelancaran kempen itu beliau berkata, berdasarkan kajian oleh HighBeam Research pada tahun 2007, nilai pasaran makanan halal ialah AS$150 bilion (RM510 bilion) dan dijangka meningkat kepada AS$500 bilion (RM1.7 trilion) pada tahun 2010.

"Ini merujuk kepada prospek pengguna Muslim yang kini berjumlah 1.8 bilion dan meliputi 112 negara. Peningkatan ini, secara relatifnya adalah satu lonjakan yang sangat besar," katanya

(Sumber dari Utusan Malaysia, 27/02/2010)
0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...