Ahad, 12 Jun 2016

Resepi Sekaya Terengganu

2016.06.06 (Isnin), Ramadhan 1, 1437H

Bahan:
* Telur - 8 biji
* Nisan/Gula Melaka - 3 karat
* Gula - 3 sudu
* Santan - separuh

Cara:
* Masak nisan dan gula dengan sedikit air.
* Biarkan sejuk dan masukkan santan dan telur. Kacau. Tapis biar halus.
* Kukus.
* Boleh masak dengan pulut yang ditanak dengan santan dan garam.
* Yummy!!!


My first time buat sekaya/tok aji serban nih. Time tengok masa tengah kukus, mengembang semacam jer... Risau takut tak menjadi... 

Time ni masa dah tutup power supply kukusan. Mengembang tu dah kecut. Hehehe... Macam menjadi jer... 😋

Resepi tranung, kalau topping atas tu dipanggil sekaya. Kalau ada pulut kat bawah dipanggil tok aji serban. Disebabkan emas suka pulut, jadi tambahlah pulut kat bawah sekaya tuh.

Kongsi resepi kat internet supaya emas sentiasa boleh rujuk kalau teringin dan tak perlulah google atau tanya kat maa atau mak sue. Lagipun boleh kongsi dengan orang lain juga. Sharing is caring... Tambah pahala. Hehehe...


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...