Ahad, 12 Jun 2016

Resepi Gulai Daging Terengganu

2016.06.06 (Isnin), Ramadhan 1, 1437H
1. Rebus daging --- buang air rebusan (untuk hilangkan hanyir dan darah daging).
2. Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Masukkan lada lumat/cili boh.
4. Masukkan bawang merah/putih/halia yang dikisar.
5. Masukkan rempah cap bunga ros --- tunggu hingga pecah minyak.
6. Masukkan kerisik.
7. Masukkan daging yang direbus tadi.
8. Masukkan air panas (untuk elakkan kuah berkepala santan).
9. Biarkan daging hingga empuk.
10. Bila dah masak, masukkan santan (kecilkan api).
11. Masukkan garam.
12. Tarraaaa siap! 😋


My first time masak gulai. Ni gambar time sahur masa hari pertama puasa. Daging agak empuk dan senang dimakan. Nak masak barulah terhegeh-hegeh call mak sue tanya macam mana nak masak. Komen my lovely hubby katanya rasa dah ader, cuma tak pecah minyak... Itu lah, jam 6.00 petang baru nak masuk dapur. Hihihi... Tapi kerajinan ni tak selalu datang... Hihihi... 


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...