Selasa, 2 Februari 2016

Travel e.m.a.s. ~ Backpackers ke Chokchai Farm, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima, Thailand

2016.Jan.29 (Fri) - Tour at Chokchai Ranch Resort, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima. Time ni panas berbahang sangat. Mata pulak dah berair merah dah... Sakiiiittt! Tour guide tu pulak duk bagi penerangan dalam bahasa thailand, nak tumpang faham pun payah. Buat-buat faham jer lah. Hehehe... Kat Chokchai farm ni pun ader tanam bunga matahari. Cuma tak boleh nak turun dari trak sewenang-wenangnya lah. Dorang pun bukan main laju jer nak kejar tempoh 2 jam. Memang timeline dia betul-betul 2 jam. Mantap! Susah-susah jer pergi Muak Lek, Saraburi. Tapi pujuk hati, kalau tak pergi, maka tak kenallah camner yang dinamakan Saraburi tu. Kata cultural traveller. Hehehe 
#farm #cowboy #cowboyfarm #chokchai #chokchaifarm #pakchong #pakchongdistrict #nakhonratchasima #thailand #travel #culturaltraveller #backpackers #backpackersmalaysia #sibackpackerkaya

Sampai dari Saraburi lebih kurang jam 1.00 petang. Terus ke kaunter tiket nak masuk Chokchai Farm. Tapi katanya jam 2.00 petang baru buka. Ramai betul orang duk tunggu di luar kaunter, terutamanya student dari Thailand. Tak ramai pun orang luar... Terasa janggal juga sebab emas adalah tunggal yang pakai tudung, tergeletik camner persepsi mereka. 

emas mana suka selfie bagai nih (yelah kurang cantik dan bergaya, sebab tu tak berapa suka hik hik hik). Gambar atas 3 trak penuh tourist melawat ladang Chokchai ni.

Kat sini tour stop lama. Ada persembahan cowboy, anak-anak boleh tunggang kuda, ada kedai-kedai, dan juga boleh berehat-rehat kat buaian...

Ladang kuda.

Time ni emas kat atas buaian sambil snap gambar.


Antara ais krim tersedap yang pernah emas rasa... Sebelum ni mana pernah nak rasa green tea bagai. Disebabkan pelik dgn my buddy si miss accountant memilih green tea time lepak hari tu, let me have a taste how she choose the flavour. Rupa-rupanya sedap kut!!! Sedap bukan sebab flavour, tapi lebih kepada kehalusan ais krim, rasa susu lembu asli. Ehhh memang ranking ke belakang lah ais krim baskin robbins, haagen daz dan lain-lain. emas beli ais krim ni selepas habis tour di Chokchai Ranch Resort, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima, Thailand selama 2 jam. Dorang bagi kupon 590 THB. Harga asal 780 THB. Rugi tak merasa. Risau jugak x halal, dibuatnya diletaknya gelatin tulang haiwan. Actually ais krim ni melalui proses pasteurization, macam kebanyakan ais krim negara luar yang jual kat malaysia tu, yang dilambung-lambung ais krim bagai teh tarik. Hehehe... Rindu pulak kat rasa ais krim ini. Adalah juga signifikan moment to remember on my second travel... 

(Umm…Milk Ice Cream is premium ice cream produced with Farm Chokchai’s fresh, top quality milk, cream, and other select ingredients. The milk, following pasteurization, is sent to the sterile ice cream processing line, completely sealed to prevent outside air from entering. Our blends have been developed to create the smoothest texture and most delicious taste - source from www.farmchokchai.com)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...