Khamis, 4 Februari 2016

Travel e.m.a.s. ~ Nilai Ringgit Malaysia Semasa Backpacker/Traveller ke Bangkok, Thailand

3016.Feb.4 (Thu) - Terasa nak menconteng sikit di blog ni nak mencatat rasa (padahal banyak lagi yang nak dikongsi untuk memeriahkan searching engine, terutamanya trip visit aka backpacker ke Bangkok baru-baru ni). Sebenar-benarnya emas terasa benar dengan beberapa perbualan baru-baru ni. Contohnya masa emas di The Platinum Fashion Mall, Bangkok beberapa hari lepas, ada seorang auntie ni duk tengok-tengok jer, muka macam peramah. 

Lepas bertegur sapa, rupa-rupanya makcik tu dari Singapore, datang shopping di Bangkok. Katanya matawang Singapore tinggi berbanding RM, jadi kadar membeli tu agak tinggilah. Di Singapore katanya barang-barang mahal. Iyelah bersesuaianlah dengan skala pendapatan dengan perbelanjaan. Peniaga pun nak berpendapatan tinggi juga sebagaimana orang yang makan gaji. Akhirnya masing-masing naikkan harga untuk seimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan. (Ehhh boleh tak pendapatan tinggi dan kos sara hidup rendah, masuk akal tak? Hahaha...).

Amboi makcik, sesedap rasa jer perli kadar matawang Malaysia jatuh, sentap emas tau... Sob sob sob... 

Satu lagi peristiwa masa kat kedai nak beli barang. Bila dorang tahu yang sedang tawar-menawar dengan mereka ni dari Malaysia, dorang rasa macam sengkek orang ni, yelah, mesti pendapatan rendah, matawang Malaysia jatuh kut! Sehinggakan perbezaan dengan kuasa beli antara Ringgit Malaysia dan Bath! Bab ni emas malu, malu bukan sebab emas sengkek, tapi malu kerana matawang Negara jatuh hingga orang luar pun antara pandang dengan tak pandang jer.

Ehhh tak boleh jadi ni! Kalaulah benar bahawa matawang negara tidak boleh pulih dalam masa yang singkat, tapi kenapa merudum dengan begitu teruk sekali? Tak der ke sapa-sapa nak mengaku ini kesilapan kepimpinan mereka hingga RM turun naik dengan ketara sekali. Mungkin bukan emas sahaja yang berharap agar taraf sosioekonomi rakyat Malaysia sentiasa meningkat ke tahap yang lebih baik lagi...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...