Sabtu, 30 Januari 2016

Travel e.m.a.s. ~ Cerita Backpackers ke Muak Lek, Saraburi, Thailand. Sunflower Hunting Mission #Day1

2016.Jan.29 (Fri) - Gigih dari Don Mueng Airport terus ke muak lek district, saraburi, semata-mata nak sunflower hunting katanya... Sesampai tengah hari der... Bunga pun tahu menunduk jugak dek kene terik matahari. Weh, ingat senang ke nak ke sini! Kira-kira lebih dari 125km dari Don Mueng International Airport kut. Siap jem berejam bagai... Merasalah kene jem hari jumaat di Bangkok. Nak jadi backpackers aka backpackers malaysia katanya. Modal harus banyak! Perbelanjaan ikut prospek matawang negara yang dilawati, sedangkan income masuk dalam ringgit malaysia. Hashtag ambe untuk motivate diri sendiri ialah #sibackpackerkaya! Ape taknya, bila dicongak nilai masa dan wang amat main peranan sebagai short-term traveller. Nak ke saraburi, transportation dia amat complicated sebab ladang bunga matahari sangat ke dalam (macam nak ke strawberry farm di cameron highland), tambahan pula day 1 pun dah sampai tengah hari, terpaksalah naik kereta sewa. Mula-mula nak sewa kereta dan drive sendiri, mujurlah dah fully booked. Trafik di thailand ni agak sesak. Oleh itu disebabkan nak memaksimumkan jumlah hari dan masa mengembara ini dengan aktiviti yang dirancang, terpaksalah jadi si backpacker kaya! Hehehe... Kepada semua backpackers, x payah datang time akhir januari, hampir semua dah dituai... Paling indah, datanglah bulan disember. Time tu ada train trip ke sunflower farm tu. Mungkin lebih menakjubkan sebab disember kan ala-ala dingin sikit. Time ambe visit ni, cuaca dia macam buat laser lah. Kulit dah lah gelap-gelap awan, bertambah tone kegelapannya. Hehehe... Sekian, cerita #sibackpackerskaya 

#muaklekdistrict #saraburi #sunflower #sunflowerhunting #sunflowerfarm #sunflowerthailand #flower #donmuenginternationalairport #bangkok #thailand #travel #culturaltraveller #nature #culture #people #living


Bergambar buat syarat jer ni. Konon bunga besar muka, padahal taktik jer semua tu. Hangus semua bunga dituai!

Dah kehausan kelopak dah bunga matahari waktu tengah hari terik betul time ni!

Kecik-kecik jer yang tinggal. Nampak dalam gambar macam besar jer ladang bunga matahari ni kan... Memang luas pun, cuma time kami pergi dan kering lepas dituai...


Ni selekoh jalan nak masuk ke Muak Lek District. Agak ke dalam dan sah-sah x der public transport masuk ke dalam. Cuma pada bulan disember ader train buat trip ke sini. So kalau nak lihat pemandangan bunga matahari seluas saujana memandang, silalah pergi bulan disember. Tak yah confident sangat lah kalau pergi bulan januari, ladang dah botak ditebang dah...

Ladang dah kering selepas bunga dituai...






0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...