Ahad, 23 Jun 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Back Pain dan Buang Biji Angin

21.Jun.2013 (Jumaat)

Ya Allah, sakitnya tangan ni, mencucuk-cucuk. Habis kebas sebelah tangan.. Alhamdulillah atas nikmat-Mu ya Allah. Merata-rata emas tanya kat kawan-kawan tukang urut yang mahir di sekitar kawasan Kemaman hingga ke Dungun. Ada janji dengan mak kawan mintak temankan emas pergi Kijal. Tapi bila mak kawan cakap kena bawa limau nipis dan telur ayam kampung, erkkk... Terus emas terkesima dan call maa mintak pandangan.

Dalam keadaan sakit mencucuk-cucuk dan kebas tu, emas drive wiwi balik ke Dungun. Sampai kat rumah maa, arrange dengan maa pergi dekat sorang pak cik yang mahir buang biji angin atas saranan keluarga terdekat dan orang kampung. Lepas asar, kami pergi ke Kuala Abang.. Erkk... Metodnya bukan urutan tapi menggunakan biji lada sulah dan air dengan niat sabit air ini aku sembuh. Berserah diri kepada yang hakiki. Pesan Pak Din, selagi sakit kesan rawatan tak habis, tak dibenarkan makan rambutan. Jika makan rambutan mungkin sakit yang lebih teruk akan datang.

Sejak berkursus di Kemaman ini, setiap kali ada pelepasan, emas akan mengambil peluang untuk balik kampung. Tujuan emas nak streghten relationship dengan ahli keluarga dan spend the quality time together. Erm... I gonna miss the moment and shown in my love one grow up. I love you, adik-adik Taq ♡♥

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...