Selasa, 31 Julai 2012

Apa yang ada pada Ramadhan?

Sabda Rasulullah: "Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah."

Ramadhan adalah bulan paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.

Inilah bulan ketika hamba-hamba Allah diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amal diterima dan doa diijabah.

Apa yang ada pada Ramadhan?
:-) Barang siapa yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

:-) Barang siapa melakukan solat fardu, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain.

:-) Barang siapa pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lain.

:-) Barang siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

:-) Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

:-) Barang siapa menahan kejelekannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

:-) Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.

:-) Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergeincir.

Pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabb-Mu. Syaitan terbelenggu, maka mintalah supaya ia tidak lagi pernah menguasaimu.

0 ulasan

Ketika Berbuka bagi Orang yang Berpuasa

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, ketika waktu berbuka adalah doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)

0 ulasan

Jumaat, 27 Julai 2012

Kenapa I suka blogging?

Sebabnya: 

¤ Senang nak access dan post dari android smartphone. 

¤ Nak cek drama sekarang pada masa akan datang. 

¤ Nak bertatih-tatih menulis, manalah tahu boleh jadi penulis profesional nanti. 

¤ Sharing is caring;-)
0 ulasan

Cerita Ramadhan Hari Keenam

Hari ni rasa penatnyer lah... Rushing with early meeting and raised up with a few new things that urgently need to response. Dah lah badan tak berapa sihat. Sakit belakang dan pinggang menggigit2. Tapi saya masih ingat lagi perbualan dengan teman sayang. Katanya tak apa lah sakit pun, sakit kan penghapus dosa. Insya-Allah, semoga Allah menghapuskan segala dosa-dosa saya. Amien...

Hari ni saya ada rawatan akupuntur kali ke-5 di Hospital Putrajaya. Masa kena cucuk jarum tu entahlah tak tahu nak describe. Pengamal perubatan tu akan tanya, "rasa ke tak?" Kalau tak rasa, dia akan cucuk lagi bagi rasa. Sampai rasa kebas dan sengal masa kene cucuk. Mujur pengamal perubatan dan nurse kat situ mesra dan buat keje betul-betul. Hehehe... Cuma jam baru nak hampir pukul 5, mereka dah bersiap-siap nak balik dah.

Ada lagi sesi seterusnya bila badan saya dah rasa ok sikit dengan rawatan tu. Tapi boss dah bising dah, asyik mintak keluar untuk buat rawatan jer. Erm... Tak tahulah, saya dibayar untuk bekerja, tapi waktu kerja saya kadang2 melebihi waktu punch out. Tapi adakah majikan concern betapa sakitnya yang saya sedang tanggung. Nak tarik pintu untuk bukak pintu pun, tangan ni tak berdaya, apatah lagi nak angkat berat. Alhamdulillah, Allah dah bagi banyak nikmat kepada saya. Sebelum saya sakit macam sekarang, berat2 tu remeh jer bagi saya, akan saya usaha sedaya tenaga. Tapi sekarang... :-)

Hari ni ramadhan ke-6. Nak masak pun rasa berat jer. Erm... Beli nasi kerabu kosong kat bawah rumah lebah, tengok lauk tak ada selera. Tapi tak lengkap ni, kena ada lauk jugak. Erm... Ikan aye ada dalam peti ais, buat kuah singgang dan goreng sayur jer lah.. Tarra!! Dah siap. Sambil memasak sambil loud speaker dengan mak sue...

Ya Allah, semoga ramadhan saya kali ini adalah yang terbaik dari sebelum ini. Amien... :-)



0 ulasan

Khamis, 26 Julai 2012

Bayaran Bonus Setengah Bulan Kepada Penjawat Awam Dan Bayaran Khas Kepada Pesara Kerajaan Tahun 2012

Alhamdulillah… Syukur Ya Allah… Boleh jugak buat tambang balik kampung. Hehehe…
Page 1 of 1
0 ulasan

Selasa, 24 Julai 2012

Cerita Ramadhan Hari Ketiga

Erm.... Harumnya bau puding karemel. Duk rumah lebah camni lah, berkongsi bau masakan jiran. Entah rumah sapalah tu. Kalau kat kampung, jika duk berjiran yang rapat, dapatlah juga merasa. Hehe...

Berbuka hari ke-3, kita masak spaghetti jer lah. Alhamdulillah, tak boleh teringin nak makan macam-macam, nanti membazir. Cukuplah 1-2 lauk... Tarra!!! Spaghetti dah masak...

Lepas tu masak roti john guna roti gardenia. Tarra!!! Roti john dah masak.

Lepas berbuka dan solat maghrib, duk tunggu azan isyak dari surau bawah rumah. Aduhai... Daku tertidur... Uwaaa... Terbangun jam 10 lebih. Surau kat bawah masih ada sesi tazkirah sebelum dilanjutkan dengan solat terawih 4 rakaat. Entahlah badan ni penat sangat kut dengan motivasi diri yang sedikit tak konsisten. Daku yang masih berkelubung dengan telekung terus masuk ke bilik untuk menyambung lena yang tak berlayar. Hehehe. Insya-Allah daku akan bangun untuk menunaikan kewajipanku waktu sahur nanti. Semoga ramadhanku kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelum ini. Amin...



0 ulasan

Isnin, 23 Julai 2012

Resepi chicken cordon bleu (ayam panggang berkeju)

Teringin nak makan chicken cordon bleu. Cuba google resepi, dapatlah jugak tapi nak cari serbuk rotilah pulak. Semalam tanya kat sebuah mini market ni, tapi tak der. So option lain ialah panggang ayam berkeju. Hehe...

Sebab last minute tak sampai sejam nak berbuka, potong ayam ambil bahagian dada dan buat torehan untuk sumbat keju. Nak panggang ayam ni main letak jer bahan yang ada unt perap ayam macam ketumbar, halia, lengkuas dan rosemery. Kiki... Hentam jer lah..

Lepas tu panggang ayam dalam oven dengan suhu 230'c selama 30 minit.

Azan maghrib berkumandang, tarra!! Mujur ayam panggang keju I sempat masak. Hehehe... Sambil tunggu ayam panggang keju masak, sempat buat roti john. Alhamdulillah juadah berbuka untuk hari ini..


0 ulasan

Ahad, 22 Julai 2012

My Second Day of Fasting -- 2012

Insya-Allah, hari ni adalah hari ke-2 berpuasa Alhamdulillah, lepas bangun sahur tadi terus bertahan untuk selesaikan urusan harian. Kalau tak selalunya dah pengsan dah lepas subuh. Alhamdulillah, banyak perkara boleh buat kalau kurangkan tidur ni. Hehehe… Yelah, pandai jer cakap, tapi nak buat tu yang payah. Mujur mata ni keras pagi hari ni.

Hari ni nak berbuka apa ek? Erm… Semalam dah masak dan makan sampai cam ulaq sawa yang kekenyangan. Ader ke patut… Sebelum puasa cadang nak makan yang ringan-ringan jer, tapi saya dah mungkiri janji yang saya buat. Hari ni nak masak Chicken Cordon Bleu rasanya… Tapi serbuk roti tak ader. Hehehe… Jom kita modify resepi dan tengok apa yang dijual kat kedai.

Alhamdulillah juga sebab hari pertama berbuka ada sahabat baik yang menemani. Terima kasih sahabat… SmileHari kedua, alah… Bukan juadah berbuka yang utama, tapi kesihatan diri untuk terus beribadah dan mengejar keberkatan Ramadhan adalah yang paling utama. Ya Allah, masukkan hamba-Mu ini di kalangan orang-orang yang beriman kepada-Mu iaitu di kalangan ahli syurga. Amin… Teringin nak masuk syurga walau tahu diri ini tak layak. Kenapa nak pilih neraka sedangkan kita adalah pilihan ke syurga kan? Smile


0 ulasan

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan Kareem @ Putrajaya

Berakhirnya syaaban dan bermulanya ramadhan. Solat terawih pertama di Masjid Tuanku Mizan. Alhamdulillah, ramai betul jemaah yang hadir, hinggakan kenderaan parking 3 layer lagi. Bila melangkah masuk ke dewan solat, melimpah dengan jemaah. Alhamdulillah

0 ulasan

Rabu, 18 Julai 2012

Masih jua begini

Masih di sini begini dan jua begini.. Emosi berkocak tanpa tempat berpaut. Jiwa menjalar mencari konsistensi. Bila? Di mana? Bagaimana? Sendiri jua begini

Maria Eisya Khadija


0 ulasan

Love u, Ramadhan


Waiting for moment to come
Where I'm giving my soul to the moment
I love you, Ramadhan
Wish you love me more than what I've did
Happy Ramadhan Al-Mubarak





0 ulasan

Selasa, 17 Julai 2012

Quote of the Day: The Season

"It is a great thing to know the season for speech and the season for silence."

Seneca (5 BC - 65 AD)

0 ulasan

Isnin, 9 Julai 2012

Tergesa-gesa sikap tercela, hasutan syaitan: Menyegerakan amal salih perkara terpuji dianjurkan al-Quran, sunnah (sense of urgency)

Zahazan Mohamed

Menyegerakan amal salih perkara terpuji dianjurkan al-Quran, sunnah

Saya mohon kepastian daripada ustaz mengenai dua ayat yang selalu diucapkan penceramah iaitu ‘tergesa-gesa (cepat-cepat) itu daripada syaitan’ dan satu lagi ‘sebaik-baik kebaikan ialah disegerakan’. Adakah kedua-dua ucapan itu adalah hadis? Bagaimanakah sepatutnya kita memahaminya kerana seolah-olah ada pertentangan.

TARMIZI,Ipoh, Perak.

Perkataan pertama itu sebahagian daripada hadis: “Berhati-hati itu daripada Allah Taala dan tergesa-gesa itu daripada syaitan.” (Hadis riwayat Tirmizi daripada Sahl bin Sa’ad as-Sa’di).

Memuji sikap tenang dan berhati-hati serta mencela sikap tergesa-gesa adalah fitrah manusia dan sudah menjadi kesepakatan manusia sejak zaman dulu hingga kini. Ada pepatah Arab menyebut (yang bermaksud): “Sesiapa berhati-hati, ia akan mendapat apa yang ia inginkan” dan “Dalam berhati-hati ada keselamatan dan dalam tergesa-gesa ada penyesalan.”

Al Muraqqisy berkata: “Wahai sahabatku, berhati-hatilah dan jangan tergesa-gesa. Sesungguhnya keselamatan itu tergantung pada sikap tidak tergesa-gesa kamu.” Ada pula yang berkata: “Orang yang berhati-hati selalu mendapat keperluannya dan orang tergesa-gesa selalu tergelincir daripada tujuan dan cita-citanya.”

Amr bin Ash pernah berkata: “Orang yang tergesa-gesa selalu memetik buah tergesa-tergesa iaitu penyesalan.” Tergesa-gesa itu daripada syaitan.

Menurut Ibnu Qayyim, sikap itu adalah cermin bagi seseorang yang kurang berfikir dan kurang berhati-hati sehingga hilang kemantapan, ketenangan dan kesabarannya. Akibatnya ia meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, mendatangkan keburukan dan menghalangi kebaikan.

Ia lahir daripada dua akhlak tercela iaitu pengabaian dan tergesa-gesa sebelum waktunya. Diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dikabulkan (doa) bagi hamba asalkan tidak tergesa-gesa.”

Manakala ada yang menyebut: “Sebaik-baik kebaikan ialah yang disegerakan.”

Menurut al-Ajluni dalam kitabnya Kasyful Kafa’ iaitu ia bukan hadis tetapi ucapan itu sama makna dengan ucapan Ibnu Abbas iaitu: “Tidak sempurna sesuatu kebaikan kecuali disegerakannya. Sebab dengan menyegerakan (sesuatu pekerjaan). Perasaan seseorang akan menjadi senang dan lega.”

Ucapan itu tidak berbeza ungkapan lain yang popular dalam masyarakat Arab seperti (iaitu terjemahannya): “Sesungguhnya menanti itu lebih pedih daripada kematian.”

Kata al-Birr (kebajikan) mempunyai makna luas meliputi semua amal salih untuk mendekatkan diri kepada Allah atau yang bermanfaat bagi manusia.

Oleh kerana itu, menyegerakan amal salih adalah perkara terpuji yang dianjurkan al-Quran dan sunnah. Firman Allah yang bermaksud: Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan dan merekalah orang yang segera memperolehnya. (Surah al-Mukminun, ayat 61)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 148).

Jadi ucapan kedua (yang tertera pada soalan) itu sahih (benar) maknanya dan tidak bertentangan dengan nas hadis yang berbunyi ‘tergesa-gesa itu daripada syaitan’. Akal sihat tidak akan menghukum keduanya sebagai kenyataan yang kontroversi, melainkan tidak ada jalan untuk mempertemukan dua hadis (yang nampak bertentangan).

Adapun jika satu daripadanya dapat diberi qaid (batasan) dengan keadaan tertentu, maka tidak boleh kita mengatakan bertentangan. Para Muhaqqiq (ulama membuat ketetapan) mengatakan bahawa sikap berhati-hati itu terpuji dan tergesa-gesa itu tercela.

Islam Itu Indah

0 ulasan

Orang bunuh diri kekal di Neraka Jahanam

Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu untuk selama-lamanya.

Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam neraka itu. 

Suatu topik yang hangat diperkatakan dalam masyarakat hari ini ialah kejadian bunuh diri. Dilaporkan bahawa puncanya disebabkan kurang tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung pelaku. Dalam Islam membunuh diri termasuk dosa besar kerana manusia adalah makhluk dimuliakan Allah dan diutamakan melebihi makhluk lain.

Orang membunuh diri adalah orang yang lari daripada tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah, perbuatan itu menunjukkan kurang kepercayaan terhadap takdir Allah SWT sedangkan Islam mengajar umatnya sabar, tawakal dan melarang sifat berputus asa.

Orang beriman tidak boleh membunuh diri dengan sebarang alasan kerana Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah an-Nisaa, ayat 29)

Daripada Jabir Samurah, katanya: “Dibawa orang kepada Nabi SAW jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah. Tetapi jenazah itu tidak disolatkan oleh Baginda.” (Hadis riwayat Muslim)

Meskipun hidup menanggung beban, jangan melakukan jalan pintas untuk keluar daripadanya iaitu dengan membunuh diri kerana segala sesuatu masalah menimpa adalah ujian dan ketentuan daripada Allah.
Koleksi hadis JAKIM

Islam Itu Indah

0 ulasan

Istinbat hukum disusuli kekukuhan hujah: Tak ramai dapat terima keputusan pihak berkuasa agama

Hasliza Hassan | hasliza@bharian.com.my

Tak ramai dapat terima keputusan pihak berkuasa agama

Hasil kajian dan penyelidikan memerlukan kesimpulan atau jawapan untuk persoalan dikaji kerana apa juga tindakan selepas itu akan berpandukan pandangan serta cadangan dikemukakan hasil penyelidikan dibuat.  Namun, bukan mudah untuk membuat kesimpulan atau ringkasan yang mengandungi inti pati daripada keseluruhan penyelidikan khususnya membabitkan hukum kerana apa juga disarankan bakal memberi kesan kepada semua.
Oleh itu, penyelidik perlu menguasai kaedah menentukan hukum berdasarkan hasil kajian supaya setiap permasalahan cuba diselesaikan menepati kehendak semasa dan tidak dipersoalkan nanti.

Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohamad Saari, berkata kemunculan isu baru membabitkan masyarakat hari ini memerlukan pendekatan mendalam dalam pencarian hukum.

Katanya, banyak cara atau kaedah boleh digunakan dalam pencarian hukum melalui proses penyelidikan dan pegawai penyelidik perlu mendalami bidang ilmu itu serta menguasainya untuk membolehkan mereka menghasilkan kesimpulan mampu beri penyelesaian terbaik.

Perkasa kefahaman

Menyedari hakikat itu, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM menganjurkan Bengkel Istinbat Hukum yang dihadiri pegawai penyelidik dan istinbat JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohamad menegaskan penganjuran bengkel itu penting untuk mengukuhkan keupayaan penyelidik khususnya dalam penguasaan kaedah istinbat hukum bagi menangani permasalahan umat dengan penuh berwibawa dan berkesan.

“Pendedahan ini memperkasa kefahaman berkaitan asas kaedah istinbat hukum yang dipersetujui ulama muktabar, selain merumus metodologi istinbat hukum untuk dipraktikkan dalam penulisan kertas kajian hukum di jabatan,” katanya.

Maqasid syariah

Pengisian bengkel menyentuh aspek maqasid syariah membabitkan penggunaan serta pengaruhnya dalam pembentukan hukum, analisis fatwa, penggunaan kaedah taklid dan talfiq serta kaedah berhujah dalam penulisan kertas kerja hukum.

Melihat kepada perkembangan semasa, tidak semua hukum diputuskan oleh pihak berbidang kuasa dapat diterima masyarakat umum. Oleh itu, mereka perlu mempunyai hujah kukuh serta boleh diterima bagi mengelak timbul penentangan.

Ini boleh dilihat dalam isu pengharaman senaman yoga oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang 22 Oktober 2008, menimbulkan pertikaian.

Ahli muzakarah berpendapat yoga yang menggabung amalan fizikal, unsur keagamaan, mantera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan Tuhan atau tujuan lain boleh merosakkan akidah umat Islam.

Namun, keputusan dihasilkan berdasarkan penyelidikan itu tidak diterima sesetengah pihak yang melihat yoga sekadar senaman bertujuan merehatkan minda dan fizikal.

Pelihara kemaslahatan

Terkini ialah pengharaman buku Allah, Kebebasan dan Cinta, tulisan penulis kontroversi yang menyokong seks bebas, Irshad Manji, tidak ketinggalan turut dipersoal pihak yang menyokong pandangan beliau.

Berdasarkan hasil kajian Seksyen Akidah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM, mendapati penulis cuba merosakkan nilai akidah dan syariah Islam dengan mencampuradukkan antara Islam dengan fahaman sekularisme.

Maklumat mengenai boleh dibaca dalam laporan bertajuk Keracunan Pemikiran Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta, disiarkan dalam laman web JAKIM.

Walaupun kesimpulan yang dibuat pihak bertanggungjawab terhadap isu membabitkan kepentingan umat Islam ditentang pihak tertentu, itu bukan penghalang kepada kerja kajian dan penyelidikan.

Mengulas mengenai situasi itu, Mohamad berkata, JAKIM sebagai pihak diberi tugas melihat setiap isu dibangkitkan sentiasa serius serta komited kerana matlamat akhir ialah menjaga kebajikan serta memelihara kemaslahatan umat Islam.

Bagi meningkatkan kredibiliti pegawai penyelidik, pelbagai usaha dilaksanakan termasuk mendedahkan mereka kepada pelbagai sumber hukum yang menjadi asas rujukan selain al-Quran dan sunnah.

Islam Itu Indah

0 ulasan

Khamis, 5 Julai 2012

Hikmah bersin kepada kesihatan manusia menurut Islam

Oleh Ustaz Zaman


SESUATU perkara yang berlaku adalah kehendak dan kurniaan daripada Allah SWT. Manusia harus menerima dengan perasaan reda dan merendah diri kerana pada dasarnya segala-galanya adalah untuk kebaikan umat manusia.

Setiap ciptaan mempunyai tujuan tersendiri dan bukanlah sia-sia seperti anggapan sesetengah masyarakat. Firman Allah SWT bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa ada ciptaan Allah yang tiada mempunyai tujuan serta sia-sia?” (Surah al-Mukminun, ayat 115). Ada perkara yang tersirat kadang kala tidak menggambarkan apa yang tersurat. Namun, peradaban dalam Islam amat dititikberatkan kerana Islam tidak sekali-kali membenarkan perasaan orang lain terganggu akibat sesuatu tindakan yang kita lakukan.

Sesiapa yang bersin hendaklah menyebut 'Alhamdulillah' dan berkatalah mereka yang berada di sisinya 'Yarhamukallah'. Inilah salah satu antara hak orang Islam terhadap saudaranya yang lain (mendoakan ketika bersin). - Hadis riwayat Aishad dari Abi Ya’la

Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang bersin, hendaklah meletakkan tangannya di mulut dan merendahkan suaranya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Di sinilah letaknya keadilan dan kesaksamaan Islam yang mana segala gangguan mental dan fizikal terhadap orang lain adalah dilarang walaupun kepada golongan bukan Islam.

Antara perkara yang sering dilupai umat Islam ialah ‘bersin’ dan disiplinnya. Ramai menganggap ia perkara biasa dan tiada kaitan dengan agama. Sebenarnya bersin mempunyai disiplin tersendiri yang perlu dijaga supaya tidak mengganggu perasaan orang lain ketika kita bersin.

Kita dianjurkan supaya tidak meninggikan suara serta mengucapkan pujian kepada Allah SWT (Alhamdulillah) serta menutup hidung dan mulut ketika bersin. Dianjurkan pula mereka yang mendengar pujian itu mendoakan dengan rahmat Allah SWT (Yarhamukallah).

Sesungguhnya al-Quran dan sunnah penuh dengan hukum dan hikmah untuk kemaslahatan manusia. Ibnul Qayyim menyebut: “Jika hanya ada seratus perkara dalam al-Quran dan sunnah, nescaya kita akan menyelaminya dengan mudah. Tetapi hakikatnya, di sana terdapat ribuan perkara yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara.” (Miftah As-Saa’dah)

Hikmah diciptakan bersin kepada manusia adalah berdasarkan beberapa perkara, antaranya untuk menggambarkan Islam sebagai agama yang sentiasa menitikberatkan hubungan hamba dan Penciptanya dalam semua keadaan. Oleh itu, setiap pekerjaan dilakukan mempunyai doa tersendiri daripada Baginda SAW.

Jawapan yang diucapkan daripada orang yang bersin serta mereka yang mendengar pujian dapat menciptakan suasana keislaman dalam masyarakat serta menggalakkan mengingati Allah SWT.

Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang bersin hendaklah menyebut ‘Alhamdulillah’ dan berkatalah mereka yang berada di sisinya ‘Yarhamukallah’. Inilah salah satu antara hak orang Islam terhadap saudaranya yang lain (mendoakan ketika bersin).” (Hadis riwayat Aishad dari Abi Ya’la)

Syekh A’llamah Al-Haliimy berkata: “Bersin juga akan mengurangkan tekanan yang terdapat dalam pemikiran selepas banyak berfikir. Oleh sebab itulah orang yang menjawab berkata: “Semoga Allah lapangkan pemikiranmu.”

Berkata Ibnu A’rabi, bersin akan mengejutkan segala saraf bermula daripada kepala ke bahagian tengkuk dan ucapan Yarhamukallah daripada mereka yang mendengar bermaksud supaya Allah kembalikan sarafnya seperti sedia kala.

Ibnu Abi Hamzah berkata, bersin adalah satu nikmat Allah SWT kepada hambanya untuk menghilangkan kemudaratan dalaman manusia. Oleh sebab itulah mereka yang bersin dianjurkan memuji Allah SWT dan mereka yang menjawab pujian itu sangat dituntut oleh Islam dan mendapat ganjaran Allah SWT. (Kitab Fathul Bari)

Begitu juga jalinan ukhuwah antara umat Islam selepas berlaku dua hubungan antara orang yang bersin dan mereka yang menjawabnya. Mereka saling mendoakan antara satu sama lain sehingga melahirkan hubungan yang kukuh antara umat Islam.

Perasaan persendirian, keegoan serta permusuhan adalah penyakit masyarakat dan adalah mukadimah kepada keruntuhan agama. Sesungguhnya bersin dapat mewarnai sikap layanan yang baik terhadap orang lain dan dapat menjelmakan semangat kasih sayang antara umat Islam.

Islam juga menafikan fahaman masyarakat jahiliah dulu yang menganggap mereka yang bersin adalah pembawa sial dan berpenyakit. Ada juga sebahagian daripada mereka menganjurkan diputuskan atau diusahakan tidak bersin supaya tidak tergolong daripada golongan yang sial.

Mereka juga akan menjawab kepada yang bersin mengikut penilaian orang itu pada pandangan masing-masing. Contohnya, jika orang itu disukai maka mereka akan mendoakan supaya sihat dan panjang umur. Jika orang itu dibenci maka jawapannya adalah celaka dan mati. Ada juga yang menjawab, itu (sial) adalah untukmu dan bukan untukku.

Doa keampunan diungkapkan mereka yang bersin dan mereka mendengarnya telah membina satu ikatan malah dengan jawapan semula oleh orang yang bersin dengan doa hidayah untuk kedua-duanya dapat membina kasih sayang antara keduanya. Doa inilah yang memadamkan fahaman jahiliah yang menggalakkan kezaliman dan permusuhan sesama manusia.

Islam Itu Indah

0 ulasan

Ibu tidak pernah jemu 'menuai' kasih: Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Oleh Imam Muda Hizbur Rahman

Laksana amanah didik anak sejak dalam kandungan hingga dewasa

WAHAI anakku, jauh sebelum dirimu hadir dalam kehidupan ayah dan ibu, kami sentiasa bermohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, taat kepada Allah, berbakti kepada orang tua, rajin beribadah, belajar, serta dapat menjadi penerus dakwah Islam.  Banyak rencana yang kami rancang supaya kelak bila kau hadir, kami sudah siap menjadi orang tua yang baik dan mampu mendidikmu dengan didikan sesuai agama Islam, tuntunan kita seperti dicontohkan Rasulullah SAW kepada kita.

Ayah dan ibu ingin kelak apabila Allah mengamanahkan kepada kami seorang puteri, maka dia akan berakhlak seperti akhlak Fatimah, puteri Rasulullah SAW, dan apabila Allah mengamanahkan seorang putera, maka dia akan seperti Saidina Ali.

Setelah tanda kehadiranmu mulai jelas, ibu sering mual, muntah-muntah, sakit kepala dan mahu pengsan. Ibu dan ayah bersyukur kepada Allah atas kurniaan-Nya, kami menjagamu sepenuh hati, serta sentiasa berharap, kelak dirimu lahir sebagai anak yang sihat, sempurna dan menyenangkan.

Sejak dalam rahim, kami cuba menanamkan kalimat tauhid kepadamu dan berupaya mengenalkanmu kepada Sang Pencipta, dengan bacaan ayat suci-Nya, senandung selawat Nabi, nasyid membangkitkan semangat dakwah dan rasa keimanan kepada Allah yang Esa.

Saat kau akan lahir, ibu merasakan sakit amat sangat, seolah-olah berada antara hidup dan mati, namun ibu tidak mengeluh dan putus asa, kerana bayangan kehadiranmu, lebih ibu rindukan dibanding sakit yang dirasakan.

Ibu tak henti-henti berdoa, memohon ampunan dan kekuatan kepada Allah. Ayah pun tidak tidur beberapa malam untuk memastikan kehadiranmu, menemani dan menguatkan ibu, supaya sanggup melahirkanmu dengan sempurna. Bacaan zikir dan istighfar, mengiringi kelahiranmu.

Begitu kau lahir, rasa sakit dilupakan begitu saja. Setelah tangismu terdengar, seolah kebahagiaan hari itu hanya milik ibu dan ayah. Air mata yang tadinya hampir tak henti mengalir kerana menahan sakit, berganti menjadi senyum bahagia menyambut kelahiranmu.

Ibu dan ayah bersyukur kepada Allah SWT, kemudian ayah melantunkan bacaan azan dan iqamah di telingamu, supaya kalimat pertama kau dengar adalah kalimat tauhid yang harus dirimu yakini dan taati selama hidupmu.

Ibu berasakan kebahagiaan menyusukanmu, memastikan anaknya tidak lapar dan membesar sihat. Ibu selalu bersedia memberikan air syurga kurniaan Ilahi kepadamu.

Ibu berusaha menjagamu walau dalam keadaan apapun. Saat malam sedang tidur lelap, ibu akan terjaga bila kau tiba-tiba menangis kerana lampinmu basah atau lapar. Saat sedang makan dan dikau buang air besar, ibu dengan rela menghentikan makan dan mengganti pakaianmu dulu. Semuanya ibu lakukan dengan senang hati, tanpa rasa susah dan jijik.

Sejak dirimu masih dalam buaian, ibu membacakan doa dalam setiap kegiatan kau lakukan. Ibu bacakan doa hendak makan ketika dikau hendak makan, doa hendak tidur ketika dirimu hendak tidur, dan doa apa saja yang harus dikau tahu serta amalkan dalam kehidupan seharianmu.

Ibu bacakan selalu ayat Kursi dan surah pendek satu persatu setiap malam, di kala menghantarmu tidur, ayat demi ayat dan ibu ulang berkali-kali hingga dirimu dapat mengingatinya dengan baik, dengan harapan dirimu besar nanti menjadi penghafaz al-Quran.

Ketika dikau sudah mampu berbicara, Subhanallah, tanpa kami duga dirimu telah menghafal pelbagai macam doa dan beberapa surah pendek. Ibu bersyukur dan bangga kepadamu. Muncul harapan dalam hati ini, kelak dikau tumbuh menjadi anak yang pintar dan rajin belajar.

Tatkala dirimu mulai belajar solat, walau dengan bacaan yang masih belum sempurna, bercucuran air mata ibu kerana kau telah mampu melafazkan doa itu.

Timbul harapan di hati yang paling dalam, kelak hingga ketika ibu dan ayah tiada, dikau tetap melantunkan doa itu, kerana doamu akan memberikan kepada ibu dan ayah pahala tak henti-henti di hari akhirat. Kaulah aset masa depan bagi ibu dan ayah.

Saat dikau memasuki usia sekolah, kami carikan sekolah yang baik untukmu. Sekolah yang memiliki visi pendidikan seperti yang ibu dan ayah inginkan. Alhamdulillah, saat dirimu mulai bersekolah, telah banyak didirikan sekolah Islam.

Apabila ibu dan ayah tidak mahu melayanimu untuk hal yang sudah dapat dirimu lakukan sendiri, itu bukan bererti kami tidak menyayangimu. Ibu dan ayah sayang sekali padamu, dikau tidak boleh terlalu dimanjakan hingga saat dirimu besar nanti, dikau jadi anak yang berdikari dan serba boleh.

Maafkan ibu dan ayah apabila sesekali atau sering memarahimu ketika dikau membuat kesalahan yang berulang. Sebenarnya ibu dan ayah tidak ingin memarahimu, namun kami sedar dikau perlu tahu dan dapat membezakan mana yang benar, mana yang salah.

Inilah harapan ibu dan ayah kepadamu, sangat banyak dan sangat ideal. Oleh kerana itu, kami sentiasa memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah Yang Esa, yang Berkuasa dan Maha Agung, supaya tidak salah langkah dalam mendidikmu.

images (10)

 

0 ulasan

Makanan halal pengaruhi amal ibadat: Pemakanan halal menjana pembentukan Muslim yang bertakwa

Oleh Norizan Muhammad

Bermula Julai ini, sepatutnya kita sudah tidak nampak lagi restoran dan medan selera menggunakan perkataan atau ungkapan halal bersalahan dengan logo halal Malaysia atau jika tidak, bersedialah menerima tindakan.

Selaras penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, hanya logo halal Malaysia saja boleh digunakan bagi melindungi pengguna dikelirukan atau diperdayakan.

Sebenarnya isu halal berkisar kepada tiga perkara asas iaitu sikap pengguna Islam terhadap nilai halal dan haram makanan dibeli, sikap penjual sama ada menghormati pantang larang orang Islam dan ketiga, penguatkuasaan undang-undang membendung perbuatan menipu logo halal.

Tindakan mewajibkan setiap restoran mempamerkan logo halal Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di premis atau restoran adalah penyelesaian terbaik.

Penyeragaman logo halal boleh mengelak umat Islam daripada tertipu dan terkeliru.

Berbalik kepada sikap pengguna pula, sejauh mana kita umat Islam memberi perhatian kepada makanan yang dimakan sedangkan kita maklum, setiap makanan akan menjadi darah daging. Banyak juga pendakwah mengingatkan kaitan makanan dengan sikap kita.

Jika dari segi pemilihan makanan kita mengambil sikap sambil lewa, tidak mustahil kita juga tidak serius dalam menjaga amal ibadat khususnya kewajipan perlu ditunaikan kepada Maha Pencipta.

Masih ada orang Islam yang kita lihat enak menikmati hidangan di restoran atau gerai dimiliki pengusaha bukan Islam dan pemandangan itu menimbulkan tanda tanya, apakah mereka ini benar-benar jahil.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, yang membincangkan adab makan merujuk hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertakwa.”

Jadi, di sini jelas kita ketahui pemilihan makanan bukan saja dilihat dari sudut halal makanan itu, tetapi dilihat dari sudut orang yang menyediakan makanan.

Meskipun kita melihat ia agak remeh untuk difikirkan bagi sesetengah pihak, namun apa membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri. Pemakanan halal mampu menjana pembentukan Muslim yang bertakwa.

images (8)

0 ulasan

Makanan halal pengaruhi amal ibadat: Pemakanan halal menjana pembentukan Muslim yang bertakwa

Oleh Norizan Muhammad

Bermula Julai ini, sepatutnya kita sudah tidak nampak lagi restoran dan medan selera menggunakan perkataan atau ungkapan halal bersalahan dengan logo halal Malaysia atau jika tidak, bersedialah menerima tindakan.

Selaras penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, hanya logo halal Malaysia saja boleh digunakan bagi melindungi pengguna dikelirukan atau diperdayakan.

Sebenarnya isu halal berkisar kepada tiga perkara asas iaitu sikap pengguna Islam terhadap nilai halal dan haram makanan dibeli, sikap penjual sama ada menghormati pantang larang orang Islam dan ketiga, penguatkuasaan undang-undang membendung perbuatan menipu logo halal.

Tindakan mewajibkan setiap restoran mempamerkan logo halal Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di premis atau restoran adalah penyelesaian terbaik.

Penyeragaman logo halal boleh mengelak umat Islam daripada tertipu dan terkeliru.

Berbalik kepada sikap pengguna pula, sejauh mana kita umat Islam memberi perhatian kepada makanan yang dimakan sedangkan kita maklum, setiap makanan akan menjadi darah daging. Banyak juga pendakwah mengingatkan kaitan makanan dengan sikap kita.

Jika dari segi pemilihan makanan kita mengambil sikap sambil lewa, tidak mustahil kita juga tidak serius dalam menjaga amal ibadat khususnya kewajipan perlu ditunaikan kepada Maha Pencipta.

Masih ada orang Islam yang kita lihat enak menikmati hidangan di restoran atau gerai dimiliki pengusaha bukan Islam dan pemandangan itu menimbulkan tanda tanya, apakah mereka ini benar-benar jahil.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, yang membincangkan adab makan merujuk hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertakwa.”

Jadi, di sini jelas kita ketahui pemilihan makanan bukan saja dilihat dari sudut halal makanan itu, tetapi dilihat dari sudut orang yang menyediakan makanan.

Meskipun kita melihat ia agak remeh untuk difikirkan bagi sesetengah pihak, namun apa membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri. Pemakanan halal mampu menjana pembentukan Muslim yang bertakwa.

images (8)

 

0 ulasan

Serlah pesona Islami dalam diri: Enggan ikut garis panduan al-Quran punca berlaku krisis identiti

Oleh Nik Salida Shuhaila

Enggan ikut garis panduan al-Quran punca berlaku krisis identiti

Ketika penulis berurus niaga di sebuah pusat beli-belah, pemilik kedai beragama Islam berkali-kali meyakinkan penulis barangan jualannya adalah asli dan berkualiti tinggi. Walaupun tidak dipersoalkan, beliau tetap cuba membuatkan penulis percaya kata-katanya.  Mana mungkin penulis menafikan apa yang dikata kerana beliau lebih mengetahui mengenai barangan jualannya. Malah, jika beliau berbohong pun penulis akan percaya juga, tetapi percayakan pembohongan.

Teringat pula ketika berada di United Kingdom, ada dalam kalangan warga yang ragu-ragu untuk bermuamalah dengan peniaga Muslim kerana menurut mereka peniaga beragama Islam sering menipu, tidak jujur dan tidak amanah dalam urusan jual beli.

Keadaan ini bukan hanya berlaku di negara tertentu, tetapi di mana-mana saja, hingga ada mengaitkan hal itu dengan ajaran agama dianuti.

Islam mengajar umatnya sentiasa benar dalam perkataan, perbuatan dan amanah apabila berurusan.

Muslim dan pesona identiti Islami tidak akan mampu menarik perhatian jika ia tidak ditonjolkan.

Alangkah indahnya jika tiada siapa yang ragu-ragu apabila bermuamalah dengan peniaga Muslim, atau jika semua orang memilih untuk berurus niaga dengan orang Islam kerana tiada seorang pun peniaga yang menipu atau tidak jujur dalam perniagaan.

Walaupun kebenaran dan kejujuran membuatkan umat Islam lebih maju dan terkehadapan, tetapi masih ramai memilih sebaliknya.

Krisis keruntuhan identiti sebenar Muslim hari ini berpunca daripada keengganan penganutnya mengikut garis panduan akhlak yang tersenarai dalam al-Quran dan kerana itu Rasulullah SAW diutuskan untuk menyempurnakannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Ia memudahkan kita memahami akhlak dianjurkan Allah SWT sekali gus mengamalkannya untuk menyempurnakan syarat menjadi seorang Muslim.

Sebagai seorang Muslim, hidup kita hendaklah sentiasa didasarkan atas keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jika berlaku pengabaian terhadap pengukuhan keimanan kepada Allah, sudah tentu perjalanan hidup seseorang akan mudah diseleweng menurut kemahuan hawa nafsu.

Keimanan yang mantap penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke lembah maksiat di samping mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredai Allah SWT.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah apabila disebut nama Allah (dan sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jugalah mereka berserah (bertawakal).” (Surah al-Anfal, ayat 2)

Justeru, umat Islam tidak sepatutnya jahil identiti Islami yang selayaknya menjadi identiti setiap individu Muslim. Sedikit perbezaan adalah perkara biasa kerana pemahaman dan pengamalan mengenai hukum termaktub dalam al-Quran dan sunnah turut dipengaruhi faktor setempat.

Namun, ia tidak menyebabkan perselisihan besar, malah masih terangkum dalam prinsip hukum yang sama. Tinggal lagi kesediaan untuk mengamalkan setiap panduan akhlak Islami dan menolak yang selainnya.

Setiap tindak tanduk Muslim yang dianjurkan agama untuk mengharmonikan dan mensejahterakan manusia. Memisahkan agama daripada hal keduniaan tidak semestinya memberi kesan negatif kepada pembangunan manusia.

Bagaimanapun, proses pembentukan identiti yang tidak dilunaskan atas paksi akidah yang jitu kepada pencipta-Nya, adalah satu kepincangan.

Hubungan mulia sesama manusia terjamin apabila elok hubungan seseorang individu Muslim dengan pencipta-Nya. Bahkan kepentingan diri setiap individu tidak lagi menjadi keutamaan apabila kepentingan Allah SWT didahulukan, sekali gus menjaga kepentingan umat seluruhnya.

 

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

images (8)

0 ulasan

Quote of the Day: Heart, mind and soul

"Put your heart, mind, and soul into even your smallest acts. This is the secret of success."

Swami Sivananda (1887 - 1963)

0 ulasan

Selasa, 3 Julai 2012

Syukur, sabar mohon doa diperkenan

Oleh Razali Zakaria Cetak

SEMUA mengharapkan setiap hajat yang disampaikan kepada Allah dimakbulkan dengan segera. Namun, dalam masa menanti doa dimakbulkan, ada kala wujud juga perasaan tertanya-tanya sama ada doa itu akan dipenuhi.

Oleh itu timbul soalan, apakah faktor menjamin Allah Taala menjawab doa kita?  Formulanya mudah, seseorang yang meletakkan permintaan kepada Allah perlu ikhlas dalam setiap perbuatannya. Allah SWT berfirman bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin, ayat 60)
Allah SWT berfirman bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin, ayat 60)

Walaupun kita digalakkan berdoa, tetapi pasti sukar kita memikirkan seseorang yang terus melakukan dosa, pada masa sama tanpa rasa bersalah memohon Allah memenuhi keinginan kebendaan.

Lantas, bagaimana orang itu boleh menjangkakan Allah menjawab doanya? Jika kita mempunyai rakan yang tersinggung atas perbuatan kita terhadapnya, apakah kita akan menjangka dia akan menghulurkan bantuan jika kita memerlukan?

Syarat pertama supaya Allah SWT menjawab doa kita ialah bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya atas segala perbuatan dosa yang dilakukan. Taubat pula mesti ikhlas, bukan satu kenyataan lisan semata-mata yang kita ulangi seperti burung kakak tua.

Syarat kedua, tidak harus terburu-buru bermakna tidak harus mempertikaikan kehendak dan tindakan Allah Taala, akan menjawab semua doa kita atau bila kerana hanya Dia Maha Mengetahui waktu terbaik untuk dimakbulkan doa kita.

Oleh itu, sebagai Muslim beriman kepada Allah, kita sepatutnya tidak melayan fikiran yang kerap kali mempertikaikan kenapa Allah tidak menjawab doa atau memakbulkan hajat yang dipohon dalam doa.

Allah berfirman bermaksud: “Apabila hamba-Ku bertanyamu mengenai Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Dikabulkan (doa) salah seorang daripada kamu selama dia tidak tergesa-gesa iaitu dengan berkata: Aku sudah berdoa (tetapi) tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menasihati kita tidak memikirkan doa dimakbulkan atau tidak kerana hal itu akan menyebabkan seseorang berasa kecewa lantas meninggalkan ibadah kepada Allah. Tidak boleh juga kita mempersoalkan orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tetapi diberi pelbagai nikmat. Kita hendaklah yakin Allah SWT sentiasa menjawab doa hamba-Nya yang mukmin.

Setiap kali selepas solat kita akan menadah tangan berdoa kepada Allah. Adakah kita memohon satu perkara saja? Tidak, sebaliknya banyak benda yang kita mohon seperti disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dimatikan dalam iman serta dikuatkan iman.

Apakah semua permohonan kita itu diperkenankan? Allah makbulkan setengah daripadanya dengan segera dan ada yang ditangguhkan dulu. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur dan sabar menunggu serta tidak boleh berputus asa daripada terus berdoa.

Seseorang mukmin yang tidak mahu meminta pertolongan kepada Allah, Allah murka kepadanya.

Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya.” (Hadis riwayat Tirmizi)

0 ulasan

Sepertiga malam masa sesuai berdoa, taubat: Kelebihan qiamullail, solat sunat tahajud

Oleh Muhammad Asyraf

Kelebihan qiamullail, solat sunat tahajud

Solat, rukun Islam kedua adalah tiang kepada agama dalam kehidupan harian seseorang muslim. Apabila Nabi SAW mengibaratkan solat sebagai tiang sesuatu binaan, maka dapatlah kita gambarkan bahawa solat adalah ibadat agung dan penting yang perlu dilaksanakan setiap Muslim. Ibadat agung penting

Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya. - Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Jika rosak ibadat solatnya maka akan rosak dan runtuhlah amalan ibadat yang lain yang diikat oleh tiang solat tersebut.

Ibadat solat lima waktu difardukan kepada umat Islam melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj iaitu pada 27 Rejab, 18 bulan sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Persoalan, sekarang adakah Nabi SAW dan sahabat pernah menunaikan solat sebelum peristiwa Isra’ dan Mikraj?

Kebanyakan ulama antaranya Imam al-Syafi’e dalam kitab al-Umm menyatakan, sebelum difardukan solat lima waktu, ibadat solat difardukan dalam bentuk solat malam atau dikenali sebagai solat tahajud.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah al-Muzzammil, 1-3)

Menurut al-Imam al-Syafi’e, selepas sekian lama Nabi SAW dan sahabat melakukan solat malam, maka kewajipan itu dimansuhkan firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun(sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan manusia yang bersamamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jugalah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintah-Nya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah sesuatu yang mudah untuk kamu membacanya daripada Al-Quran (dalam sembahyang).” (Surah al-Muzzammil, ayat 20)

Qiamullail bermaksud ibadat yang dilakukan pada malam hari, sebaik-baiknya sepertiga akhir malam. Antara ibadat dilakukan adalah solat sunat pada waktu malam atau lebih dikenali solat sunat tahajud, berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Dalilnya ialah firman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman dengan ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin tamak untuk memperoleh keredaan Allah SWT. dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Sajadah, ayat 15-16)

Kelebihan qiamullail

Sesungguhnya qiamullail mempunyai kelebihan cukup besar antaranya, sabda Nabi SAW: “Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap malam ketika mana berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Inilah kelebihan utama yang Allah SWT sediakan kepada hamba-Nya yang bangun untuk menunaikan solat pada waktu sepertiga malam. Ini juga waktu paling sesuai untuk hamba tunduk memohon ampun dan taubat kepada Allah SWT.

Waktu inilah juga Allah SWT memperkenankan doa dan permintaan hamba-Nya. Gunakanlah peluang ini untuk berinteraksi dengan Allah SWT. Ceritakanlah kesedihan kita alami dalam kehidupan dan pohonlah petunjuk daripada–Nya.

Jika kita melakukan dosa maka pohonlah taubat dengan sebulat hati, semoga segala dosa yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak, diampunkan Allah SWT.

Penulis adalah Juara Imam Muda. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shouba, Mesir

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...