Isnin, 26 September 2011

~Rabiatul Adawiyah~

Aku cinta pada-Mu dua sisi cinta, cintakan diri-Mu dan Cinta kerana Engkau patut dicintai. Aku cinta akan diri-Mu, aku selalu mengingati-mu, bukan yang selain-Mu. Adapun cinta kerana engkau patut dicintai. Aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diri-Mu.Tiada puji dalam hal ini dan itu bagi diriku, tetapi puji dalam hal ini dan itu hanyalah milik-Mu."
~Rabiatul Adawiyah~
0 ulasan

Isnin, 19 September 2011

Resepi Kek Batik

Jam dah menunjukkan pukul 1.12 pagi. Tapi mata ni belum jugak mahu tidur. Tiba-tiba… Hati meronta-ronta nak makan kek batik! Aduhai… Tengah-tengah malam pergi ke dapur nak masak. Hahaha… Bawak sekali laptop ke dapur sebab google resepi. Hehehe… Beberapa resepi dapatku cari. Tapi resepi dia lain-lain.

Mujurlah aku ni ada analytical skills (kononnya), aku kira sukatan untuk aku makan seorang. Yelah… Duk bujang, tak baik membazir. Hua hua hua…

Resepi Kek Batik (untuk orang bujang):
  • 5 sudu besar - Buttercup – (aku guna soft daisy) ~ ini jer yang ada dalam peti ais
  • 2 sudu besar - Marjerin –  (sesaja nak perabiskan marjerin, nanti expired pulak)
  • 1/2 tin – Susu cair
  • 1/4 cawan - Gula (aku x suka manis, lagipun nanti nak tambah milo. Milo kan dah manis)
  • 7 sudu besar – Milo
  • 1 bar - coklat masakan (aku guna vanhoutten, kira kelas jugaklah ni)
  • 1 biji – Telur
  • 200gm – Biskut Marie (original)
Cara-cara:
  • Panaskan buttercup + marjerin dalam kuali
  • Bila dah cair, masukkan gula. Kacau
  • Masukkan coklat masakan yang telah dihiris halus (untuk mempercepatkan coklat cair)
  • Bila coklat masakan dah cair, masukkan milo. Kacau hingga sebati
  • Masukkan susu cair. Kacau hingga sebati
  • Lepas cam dah pekat sikit, masukkan telur. Kacau hingga likat
  • Padamkan api dan masukkan biskut marie
  • Kacau hingga sebati
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang ke tupperware pun boleh
  • Tekan-tekan biar mampat. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais
Tarrra!!! Dah siap. Hehehe… Lagi best bila buat sendiri sebab kita boleh masukkan bahan-bahan yang kita suka. Kalau beli, mesti dia letak bahan-bahan yang murah. Sapa tak nak untung berniaga. Hehehe…

Selamat mencuba! Yummy………. Birthday cake



2 ulasan

Ahad, 18 September 2011

Bengkel Penyediaan Laman Web & E-Dagang Siri 1/2007, 19 - 21 Mac 2007, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi

[Waiz+19-03-07.jpg]
0 ulasan

Jumaat, 9 September 2011

~Ibnu Qayyim Al- Jauzi~

“Perjalanan hati dalam menuju kepada Allah adalah seumpama seekor burung yang sedang terbang di mana sifat kasih (mahabbah) adalah kepalanya. Takut dan berharap adalah kepaknya.

Maka tatkala mana terdapat kombinasi yang baik antara kepala dan sayap, kedudukan burung itu adalah stabil dan mantap. Jika terputus kepalanya maka matilah ia dan jika hilang sayapnya, maka burung akan terdedah kepada bahaya pemburu.”

~Ibnu Qayyim Al- Jauzi~

0 ulasan

Rabu, 7 September 2011

Aisyah Radiyallahu Anha

Aisyah Radiyallahu Anha menanyakan persoalan paling romantik kepada kekasihnya Nabi Salallahualaihi Wassalam:

“Wahai kekasihku, Ya Rasulullah, di manakah tempat orang yang mencintai tidak ingat kepada yang dicintai?

Jawab baginda: Ada tiga tempat yang ia tidak ingat iaitu: Pertama ketika ditimbang amal apakah ringan atau berat. Kedua ketika menerima catatan amal sehingga tahu dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga ketika keluar ular besar dari neraka yang mengepung mereka dan berkata: “Aku disuruh mencari tiga jenis manusia; Orang yang syirik, orang yang kejam dan zalim dan orang yang tidak percaya dengan hari ini.”

0 ulasan

Lukman Al-Hakim: Pesanan

Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Berharaplah kepada Allah dengan sesungguhnya sehingga kamu berasa aman dari tipu daya dan takutlah kepada-Nya supaya kamu tidak terputus dari rahmat dan kasih sayang-Nya.”

0 ulasan

Rasululullah Salallahualaihi Wassalam: Rosaknya Amal Salih

Rasululullah Salallahualaihi Wassalam menukilkan tentang rosaknya amal salih:

“Para malaikat yang membawa amal manusia memuji-muji amal salih itu dan mempersembahkannya kepada Allah lalu Allah berfirman: Kamu semua hanya menuliskan tetapi Aku Maha Mengetahui apa yang dikerjakannya itu bukan untuk-Ku. Musnahkanlah ia kerana ia bukan untuk-Ku.”

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...