Selasa, 27 April 2010

bharian: Kempen menghijaukan bumi

(Sumber Berita Harian, 2010/04/22)

Sasaran tanam 26 juta pokok usaha kerajaan tangani krisis iklim

UNTUK menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera, alam sekitar adalah elemen paling penting yang perlu dititikberatkan.

Bagaimanapun untuk berada dalam suasana alam sekitar bersih dan selamat, masyarakat perlu bersatu padu berusaha melestarikannya.



Bagi memastikan rakyat negara ini dapat hidup dalam suasana kehijauan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melancarkan kempen ‘Menanam 26 Juta Pokok’ yang bertemakan ‘Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok’.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, berkata kempen ini memilih untuk menanam 26 juta pokok kerana ia bersamaan dengan jumlah penduduk Malaysia masa kini.

“Untuk melaksanakan kempen penanaman pokok ini, kita menggunakan slogan ‘Satu Warga Satu Pokok’ dan ia selari dengan slogan 1Malaysia. Adalah menjadi keperluan buat kita untuk menanam pokok di seluruh negara.

“Bagi melaksanakannya kita menganggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan berkurangan, kawasan hutan sudah dibalak dan kawasan pesisiran pantai negara akan ditanam di bawah kempen ini menjelang 2014” katanya.
Douglas berkata, Putrajaya juga menjadi kawasan tumpuan untuk kempen ini kerana banyak kawasan lapang yang masih belum ditanam dengan pokok di situ.

Untuk melaksanakan kempen ini, ia akan diagih-agihkan supaya setiap negeri memainkan peranan masing-masing untuk memulihkan kawasan hutan yang semakin merosot bagi memastikan 60 peratus daripada keluasan tanah di Malaysia diliputi hutan.

Hingga kini, Malaysia hanya diliputi 56.4 peratus kawasan berhutan, walaupun angka itu dilihat besar, apatah lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Persidangan Rio pada 1992, meletakkan komitmen sebanyak 50 peratus kawasan Malaysia diliputi hutan, tetapi kerajaan memikirkan adalah wajar kawasan hutan di negara ini berada dalam lingkungan 60 peratus.

Justeru, kempen yang dilancarkan ini adalah komitmen kerajaan bagi menangani isu perubahan iklim.

Berhubung jenis pokok yang ditanam sempena kempen ini, Douglas berkata, pokok dipilih mengikut kesesuaian tanah supaya pokok berkenaan dapat tumbuh dengan baik bagi mencapai sasaran penanaman 26 juta pokok.

Berdasarkan pengalamannya mengendalikan program tanaman pokok, kadangkala pokok tidak sesuai dengan tanah menyebabkan kadar pertumbuhannya rendah.

Justeru, tanggungjawab diberikan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak bagi membantu mengenal pasti pokok sesuai ditanam di tempat tertentu.

Sehubungan itu, dengan memberi fokus kepada pokok sesuai dengan tanah, diharapkan kadar pokok yang hidup adalah tinggi iaitu di sekitar 70 peratus.

Proses penanaman pokok itu mengambil masa lima tahun dan akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh berkenaan di seluruh negara, manakala pemantauannya akan dilakukan Jabatan Perhutanan.

Usaha untuk menanam 26 juta pokok ini bersempena Sambutan Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April.

Pelancaran kempen ini juga selari dengan ‘Program Penghijauan Wilayah Persekutuan’ yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pelancaran kempen menanam 26 juta pokok akan diadakan di Presint 5, Putrajaya membabitkan kawasan seluas 10 ekar iaitu sebuah kawasan lapang berdepan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis pelancaran penanam 26 juta pokok dilancar serentak di seluruh negara dengan 500 pokok ditanam di Putrajaya.

Jumlah pokok yang ditanam seluruh negara pada majlis pelancaran yang diadakan serentak itu adalah 16,200 pokok dan penanaman seterusnya akan dijalankan secara berperingkat untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 26 juta pokok menjelang akhir kempen berkenaan.

Kempen menanam 26 juta pokok bersempena Sambutan Hari Bumi ini disambut bagi membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap masalah dihadapi oleh bumi. Kesedaran ini diperlukan untuk menyelamatkan bumi supaya kehidupan bumi tidak mengalami kepupusan.

Walaupun usia bumi dianggarkan 3.8 bilion tahun, namun sambutan diadakan pada tahun ini adalah untuk ulang tahun ke-40.

Ekosistem yang tidak stabil menjadikan cuaca yang tidak menentu sekali gus mengakibatkan bumi berdepan kejadian bencana alam dan ancaman keselamatan dan kesihatan manusia yang menurut World Health Organisation (WHO), perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.

Selain sambutan Hari Bumi Sedunia, majlis ini diadakan sempena ‘Tahun Biodiversiti Antarabangsa’ dengan tujuan utama untuk melaksanakan program dan aktiviti yang memberikan pendedahan kepada masyarakat berhubung kepentingan biodiversiti dan tanggungjawab untuk mengurus dan memulihara biodiversiti.

Kepelbagaian biologi atau biodiversiti di negara mega diversiti merangkumi lebih 60 peratus daripada spesies yang diketahui di dunia.

Menyedari kepentingan kerjasama sedunia di dalam usaha pemuliharaan biodiversiti, pemimpin dunia menandatangani Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity-CDB) pada 1992 ketika Earth Summit, Rio de Janeiro, Brazil.



Persidangan CBD ke-7 yang berlangsung di Malaysia pada 2004, menetapkan 2010 sebagai sasaran penurunan di dalam kehilangan sumber biologi. Selaras dengan itu juga, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 2010 sebagai Tahun Biodiversiti Antarabangsa (International Year Of Biodiversity 2010).

Sehubungan itu, dengan penganjuran pelbagai aktiviti di seluruh negara pada tahun ini, diharapkan masyarakat Malaysia dapat bekerjasama bagi menjamin masa depan berkekalan untuk generasi akan datang. 0 ulasan

bharian: Kerajaan komited pulihara maruah, martabat negara

(Sumber Berita Harian, 2010/04/25)

NAJIB memberikan tepukan semangat kepada orang ramai yang hadir pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, malam tadi. Hadir sama ialah isteri beliau, Rosmah (tengah), Muhyiddin dan isteri, Norainee (tiga kiri) serta Dr Mahathir dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat (dua kiri). Turut sama, calon BN, Kamalanathan.
Kepemimpinan berusaha gigih capai Wawasan 2020: PM

BUKIT BERUNTUNG: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) komited memperjuangkan maruah dan martabat Malaysia untuk duduk di saf hadapan di persada antarabangsa supaya tidak diperlekehkan oleh negara lain.



Perdana Menteri berkata, kerajaan di bawah pimpinannya juga komited memikul tanggungjawab untuk mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, usaha gigih akan terus dilaksanakan kerana maruah dan kedaulatan negara ini tidak boleh digadaikan.

“Sebab itulah saya sudah memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk memberi suntikan kepada penjanaan dan pertumbuhan negara agar kita dapat melonjakkan pendapatan negara daripada AS$7,000 hingga AS$15,000 perkapita dalam masa 10 tahun.

“Ya...kita ada banyak cabaran, pesaing baru, masalah dan kekangan tetapi kerajaan pimpinan saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai Wawasan 2020.

“Jika kita tidak mencapai sepenuhnya (Wawasan 2020), ia bukan kerana kurangnya usaha tetapi mungkin ada kekangan, faktor persekitaran, krisis dan sebagainya. Namun, kita akan komited kerana memperjuangkan maruah negara,” katanya berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia bertema Legasi dan Harapan Bangsa di Taman Bunga Raya di sini, malam tadi.
Lebih 10,000 orang hadir. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Dr Mahathir serta barisan kepemimpinan BN yang lain.

Najib berkata, tindakannya bertemu pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, baru-baru ini bukanlah untuk melutut seperti yang dihebahkan, sebaliknya mahu membersihkan imej negara yang dicemari pembangkang.

Dalam pada itu, Najib berkata, mandat kemenangan yang sekiranya diberikan oleh pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini, akan memulakan detik perubahan untuk kawasan itu serta akan menghantar isyarat jelas kepada dunia bahawa agenda baru negara diterima dan mendapat sokongan padu daripada rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, walaupun beliau tidak lagi berada dalam kepemimpinan tertinggi BN, beliau masih berkeyakinan BN adalah satu-satunya gabungan parti yang dapat membela nasib rakyat berbilang kaum di negara ini.



Katanya, beliau juga melihat Najib sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, begitu komited dan sentiasa berusaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan kekuatan BN.

“BN tidak menjanjikan bulan, bintang dan roket tetapi perkara yang memberi manfaat kepada rakyat seperti menyediakan kemudahan lebih baik serta menjadikan negara kita dihormati,” katanya. 0 ulasan

bharian: Muhyiddin syor pencipta daftar awal harta intelek

(Sumber Berita Harian, 2010/04/27)

MUHYIDDIN dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri melawat pameran sempena Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pencipta paten atau harta intelek segera mendaftarkan ciptaan kreativiti mereka ketika ia masih lagi pada peringkat perancangan dan bukan menunggu untuk melakukannya ketika di peringkat akhir.

Timbalan Perdana Menteri berkata, paten atau harta intelek perlu didaftarkan segera supaya kreativiti yang dihasilkan tidak mudah ditiru pihak lain.



"Kalau buat begitu (daftar segera) tidak akan ada mana-mana pihak yang boleh mengambil apa-apa bentuk kreativiti yang ada nilai harta intelek daripada pakar tempatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2010 di sini, semalam.

Muhyiddin ditanya pemberita mengenai langkah yang perlu diambil untuk memastikan paten atau harga intelek hasil ciptaan anak tempatan tidak ditiru orang luar.

Beliau turut mengingatkan pencipta tempatan memastikan pendaftaran paten atau harta intelek yang dibuat turut meliputi perlindungan di luar negara.

"Sebab itu mereka perlu mendaftar melalui MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) yang pendaftarannya meliputi seluruh dunia... kalau tidak, pihak lain mungkin mengambil kesempatan daripada penemuan dilakukan di Malaysia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkan pengetahuan selain mengeksploitasi sepenuhnya potensi sistem harta intelek bagi memastikan mereka lebih berdaya saing, berinovasi dan berupaya meningkatkan akses pasaran.
"Majoriti PKS didapati lebih menumpukan kepada pengurusan aset ketara seperti kewangan dan infrastruktur serta mengabaikan aset tidak ketara seperti modal insan, pengetahuan berkaitan idea, jenama, reka bentuk dan lain-lain hasil kreativiti serta inovatif.

“Kekurangan pengetahuan tentang harta intelek dan persepsi bahawa proses perlindungan harta intelek adalah rumit, memakan masa dan membabit kos tinggi juga perlu diperbaiki,” katanya.

Muhyiddin berkata, bilangan permohonan harta intelek yang difailkan dan didaftarkan di MyIPO mencatatkan pertambahan dengan jumlah permohonan paten meningkat 13 peratus, iaitu daripada 5,062 pada 2003 kepada 5,737 pada 2009.

Sementara itu jumlah paten yang didaftarkan meningkatkan 119 peratus iaitu daripada 1,578 pada 2003 kepada 3,468 pada 2009.

"Dalam tempoh sama, bilangan paten difailkan oleh rakyat Malaysia meningkat lebih 20 peratus,” katanya.



Nisbah bilangan permohonan paten oleh rakyat Malaysia berbanding warga asing meningkat daripada tujuh peratus pada 2003 kepada 22 peratus pada 2009," katanya.

Muhyiddin berkata, bilangan permohonan cap dagangan turut meningkat 35.38 peratus daripada 17,776 pada 2003 kepada 24,070 pada 2009, manakala jumlah cap dagangan yang didaftarkan meningkat 2.5 peratus, iaitu daripada 12,122 pada 2003 kepada 14,972 pada 2009. 0 ulasan

bharian: Mampu jadi 20 negara paling kompetitif

Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my

(Sumber Berita Harian, 2010/04/21)

MALAYSIA berpotensi menyertai senarai 20 negara paling kompetitif dunia dalam tempoh singkat menerusi pelbagai inisiatif baru yang diumum dan sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ini termasuk pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB), yang akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat dan mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.



Katanya, ia sekali gus memastikan persekitaran pelaburan Malaysia kekal sesuai serta berdaya saing untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan domestik.

Beliau berkata, meskipun Malaysia kini berada dalam senarai ke-24 daripada 133 negara paling kompetitif dunia, tiada sebab mengapa negara tidak boleh menempatkan diri dalam kedudukan 20 negara teratas dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Menerusi pelancaran Program Transformasi Kerajaan dan MEB, negara boleh menjangkakan beberapa perubahan radikal ke arah memacu Malaysia berada di kalangan negara paling kompetitif di dunia.

“Malaysia boleh berada di antara 20 negara teratas dalam tempoh singkat, mungkin dua tahun lagi hasil pelaksanaan MEB yang akan meningkatkan produktiviti menerusi inovasi dan kreativiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Badan Pentadbiran Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ke-52, di Kuala Lumpur, semalam.
APO dianggotai Bangladesh, China, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mongolia, Nepal, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

Selain merapatkan jurang produktiviti, APO juga berperanan memantau dengan sistematik prestasi produktiviti negara anggota, selain membantu mencari penyelesaian merapatkan jurang produktiviti di kalangan 18 negara anggotanya.

Menerusi Laporan Kompetitif Global bagi 2009-2010, Malaysia kini berada di kedudukan ke-24, manakala negara di Asia yang berada di tempat lebih atas daripada Malaysia dalam laporan berkenaan adalah Singapura (ketiga, Jepun (kelapan) dan Taiwan (ke-12).



Terdahulu, dalam ucapannya, Mustapa berkata, untuk meningkatkan lagi kedudukan Malaysia, pertumbuhan masa depan negara perlu dihasilkan menerusi produktiviti yang lebih tinggi, dipupuk daripada proses lebih inovatif serta disokong pelaburan domestik dan kepakaran rakyatnya.

“Malaysia akan terus berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan produktiviti menerusi pembangunan bakat rakyatnya, menerima pakai teknologi canggih, keupayaan inovasi lebih tinggi dan kemampuan serta kewujudan nilai lebih tinggi menerusi penyelidikan dan pembangunan intensif,” katanya. 0 ulasan

bharian: Upin, Ipin ke India Mei selepas tawan Indonesia

(Sumber Berita Harian, 2010/04/22)

FILEM animasi Geng: Pengembaraan Bermula, yang menampilkan ikon terkenal Upin dan Ipin, dijangka menembusi pasaran India bulan depan selepas menempa kejayaan di Indonesia.

Pengarah Urusan Les' Copaque Sdn Bhd, Burhanuddin Mohd Radzi, berkata kejayaan Upin dan Ipin ketika ditayangkan di Indonesia menambahkan keyakinan pihaknya untuk meneroka pasaran India dan mengenal-pasti negara Amerika Latin sebagai sasaran seterusnya.



Katanya, sambutan di Indonesia adalah lebih tiga kali ganda berbanding di Malaysia dengan penonton di sana begitu meminati Upin dan Ipin termasuk sanggup berbaris panjang di panggung wayang bagi menonton filem berkenaan.

“Tayangan perdana Geng: Pengembaraan Bermula akan diadakan pada 14 Mei ini, diikuti tayangan di 600 panggung wayang di negara berkenaan. Kerja mengalih bahasa filem berkenaan kepada 11 dialek di India sudah dilakukan sejak tahun lalu dan sudah siap sepenuhnya.

“Jika Upin dan Ipin dapat diterima masyarakat di sana, kami akan meneruskan perancangan menembusi pasaran Amerika Latin dengan proses alih bahasa kepada bahasa Sepanyol sedang dilakukan ketika ini di ibu pejabat kami di Shah Alam,” katanya ketika menghadiri Program Ikon Inspirasi: Upin dan Ipin, di sini, semalam.

Program berkenaan diadakan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang berlangsung ketika ini di Padang Tempat Letak Kereta, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Sarawak sehingga 24 April hadapan.

Turut serta dalam program berkenaan adalah pemegang watak opah dalam filem itu iaitu Ainon Ariff yang juga isteri kepada Burhanuddin selain memegang jawatan Pengarah Kreatif di Les' Copaque.
Burhanuddin berkata, pihaknya berharap Upin dan Ipin dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda di negara ini kerana terdapat banyak nilai positif diterapkan di dalam filem dan animasi bersiri watak berkenaan.



“Ketika ini kami sedang menyiapkan 42 episod animasi bersiri Upin dan Ipin sebelum memulakan projek sambungan filem animasi Geng yang dijangka menemui penonton di Malaysia, Singapura dan Indonesia menjelang 2012,” katanya.

"Kali ini kami akan menampilkan Upin dan Ipin sebagai watak utama filem animasi berkenaan selepas mereka hanya memainkan peranan pembantu dalam filem terdahulu selepas melihat popularitinya yang sangat besar," katanya. 0 ulasan

bharian: Teknologi hijau pacu pertumbuhan ekonomi

(Sumber Berita Harian, 2010/04/23)

TEKNOLOGI hijau berpotensi menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, guna tenaga dan teknologi di Malaysia, sama seperti di Jerman.

“Pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di Jerman meningkat daripada 6.3 peratus pada 2000 kepada lebih 16 peratus pada 2009,” kata Pengurus Besar Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman, Thomas Brandt.

Berucap pada Pameran Green Tech Asia (GTA) 2010 di Kuala Lumpur, beliau berkata kira-kira 500,000 orang dijangka bekerja dalam sektor boleh diperbaharui Jerman menjelang 2020.



Sekarang ini pun, kira-kira 1.8 juta bekerja dalam sektor perlindungan alam sekitar dan iklim lebih ramai daripada jumlah yang bekerja dalam industri automotif, katanya.

“Kami yakin kerajaan Malaysia berada di landasan betul dengan penubuhan Majlis teknologi Hijau Negara kementerian berkaitan adalah langkah pertama baik,” katanya.

Sementara itu, bercakap pada satu sesi taklimat untuk media, Ketua Eksekutif Fairs and Management Sdn Bhd, Jonathan Kan, berkata pameran itu bertujuan memperagakan teknologi dan perkhidmatan terbaru menawarkan kecekapan dan produktiviti lebih tinggi. 0 ulasan

bharian: BNM dedah panggilan telefon tipu kad kredit

(Sumber Berita Harian, 2010/04/23)

BANK Negara Malaysia mendedahkan mengenai kemunculan kes cubaan penipuan kad kredit menerusi panggilan telefon.

Bank pusat itu dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan aduan diterimanya, terdapat peningkatan kejadian panggilan telefon yang diterima pemegang kad kredit yang bertujuan mendapatkan maklumat perbankan dengan tujuan mengambil wang daripada akaun mereka.



Katanya, berdasarkan siasatan, modus operandi kegiatan penipuan itu adalah mereka akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit dengan mendakwa pegawai sebuah ‘bank perdagangan’ dan meminta pemegang kad kredit berkenaan mengesahkan pembelian barangan di luar negara yang kononnya dicaj kepada kad kredit mereka.

“Setelah pemegang kad kredit menyatakan beliau tidak membuat transaksi berkenaan, pemanggil itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihatkan pemegang kad kredit itu menghubungi nombor yang kononnya adalah nombor telefon ‘Unit Kad Kredit Palsu’ di Bank Negara untuk membuat aduan.

“Apabila pemegang kad kredit itu menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut sistem pesanan suara yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara dan panggilan itu kemudian dijawab seseorang yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara Malaysia.

“Pegawai itu akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan serta kad kredit pemegang kad kredit dan kemudian memintanya supaya memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan memastikan wang mereka dilindungi,” katanya.

Bank Negara berkata, dalam kes lain pula, penipu itu akan meminta maklumat perbankan dan akaun kad kredit untuk membuat pindahan dana secara haram.
Susulan itu, bank pusat itu dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada apabila menerima sebarang panggilan yang menyatakan bahawa mereka adalah daripada Bank Negara atau mana-mana bank perdagangan.



Ia juga menegaskan bahawa tiada jabatan ‘Unit Kad Kredit Palsu’ di Bank Negara dan nombor telefon 03-2772-XXXX adalah bukan taliannya.

Bank pusat itu turut mengingatkan orang ramai yang mempunyai akaun bank supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) dan kata laluan akaun mereka kepada pihak ketiga kerana menurutnya pihak bank tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon. 0 ulasan

bharian: Strategi Bank Dunia disokong

Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

(Sumber Berita Harian, 2010/04/27)

Malaysia yakin organisasi boleh kekalkan kestabilan ekonomi global

MALAYSIA sebagai wakil negara Asia Tenggara yang mengundi pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia di Washington yang berakhir kelmarin, meminta organisasi itu terus memainkan peranan dalam mengekalkan kestabilan ekonomi global terutama selepas krisis.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah itu perlu memandangkan kesan krisis ekonomi global baru-baru ini akan terus dirasai kebanyakan negara untuk tempoh beberapa tahun akan datang.



Beliau berkata, kesan itu termasuk peningkatan dalam kadar kemiskinan dan pengangguran, penurunan aliran kewangan dan tekanan fiskal lebih membebankan yang akan dirasai kebanyakan kerajaan yang melaksanakan pakej rang-sangan bagi mengurangkan kesan krisis ekonomi itu.

“Kami menyokong strategi selepas krisis yang dilaksanakan Bank Dunia kerana bertepatan dengan mandat yang diberikan kepadanya. Dalam tempoh mendatang, kami berharap dapat melihat pelaksanaan lebih banyak pelan tindakan konkrit, mempunyai tempoh masa yang jelas bagi pelaksanaannya dan ukuran kejayaannya,” katanya ketika berucap pada mesyuarat Musim Luruh Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia ke-81 di Washington, kelmarin.

Malaysia mewakili kumpulan mengundi negara Asia Tenggara terdiri daripada Brunei, Fiji, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tonga dan Vietnam.

Ahmad Husni berkata, Bank Dunia juga perlu mengukuhkan semula kedudukan kewangannya supaya dapat terus melaksanakan mandatnya dengan berkesan setelah ia melaksanakan beberapa komitmen kewangan semasa krisis kewangan global yang baru lalu.

Katanya, komitmen kewangan yang telah dilakukan bank itu akan menyebabkannya berdepan halangan dari segi keupayaan kewangan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, pada mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMFC) sehari sebelum itu, Ahmad Husni berkata, negara Asia Tenggara menggesa IMF terus mengambil pendekatan fleksibel dan pragmatik dalam menasihati negara anggota kaedah terbaik mengekalkan pemulihan ekonomi masing-masing selepas krisis.

“Kami meminta IMF bersama dengan institusi lain seperti Lembaga Kestabilan Kewangan dan Lembaga Kestabilan Kewangan Islam bekerjasama dengan pengawal selia di pusat kewangan utama dunia ke arah mempercepatkan langkah mempertahankan kestabilan kewangan global,” katanya.

Kedua-dua mesyuarat IMF dan Bank Dunia di Washington itu adalah yang pertama selepas berakhirnya krisis kewangan global.



Selain mewakili kumpulan mengundi pada mesyuarat Bank Dunia dan IMFC itu, Ahmad Husni turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Kumpulan G20 yang mana beliau telah menyuarakan pandangan Malaysia mengenai G20 sebelum Sidang Kemuncak pertubuhan itu di Korea, November ini.

Semalam, beliau mengadakan persidangan meja bulat bertemakan Model Ekonomi Baru Malaysia yang dihadiri pakar kewangan Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau juga mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Iran dan Mesir serta lain-lain pegawai kanan Bank Dunia berhubung cadangan Bank Dunia menubuhkan dana “Green Fund” berlandaskan syariah bernilai
AS$200 juta (RM640 juta) untuk Malaysia. 0 ulasan

bharian: Pertumbuhan ekonomi China wajar direbut: TPM

Oleh Zainab Mohd Yatim, Syuhada Choo Abdullah dan Ahmad Fiesal Othman
bhbiz@bharian.com.my

(Sumber Berita Harian, 2010/04/27)

Firma kena ketepi rasa bimbang kemasukan produk negara itu

SYARIKAT tempatan perlu bijak mengambil peluang daripada pertumbuhan ekonomi China serta Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean dengan negara itu dan bukan menganggapnya sebagai tekanan ekonomi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan, syarikat tempatan seharusnya mempunyai wawasan lebih jauh dengan melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk bermutu dan berdaya saing untuk dipasarkan ke China dan mengetepikan rasa bimbang dengan ancaman produk negara itu yang kini banyak menguasai pasaran.

“Kini terdapat banyak permintaan daripada syarikat tempatan mendapatkan perlindungan daripada persaingan dengan China. Namun perlindungan bukannya penyelesaian terbaik kepada masalah itu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) bertajuk ‘China Yang Kuat: Implikasi dan Cabaran’ di Kuala Lumpur, semalam.



Muhyiddin berkata, langkah memberi perlindungan kepada industri bukan saja tidak menggalakkan pihak terbabit berusaha meningkatkan R&D bagi menghasilkan produk lebih bermutu dan berdaya saing tetapi juga akan menggalakkan kepada kebergantungan terhadap pertolongan dan bantuan kerajaan.

Beliau berkata, persaingan dengan China kini bukan saja di peringkat rantaian pengeluaran produk murah yang mana negara itu mempunyai kelebihan dari segi kos buruh tetapi juga membabitkan produk bernilai tinggi.

“Saya amat sedar bahawa China menghadirkan banyak tekanan ekonomi bukan saja kepada Malaysia, tetapi juga negara lain di rantau ini, malah negara maju juga turut merasai tekanannya.

“Justeru, syarikat di negara ini perlu mengambil dan menggunakan peluang sebaiknya daripada perkembangan ekonomi China dan FTA Asean-China itu untuk memasarkan produk mereka ke negara terbabit dan hanya menerusinya, barulah integrasi ekonomi yang sebenar boleh berlaku,” katanya.

Muhyiddin berkata, FTA Asean-China sudah menyaksikan Asean dan China kini menjadi semakin saling bergantung ekoran peningkatan perdagangan yang ketara sejak beberapa tahun lalu.



Beliau berkata, bagi tempoh 2003 hingga 2008 saja, purata pertumbuhan perdagangan antara Asean dan China adalah sebanyak 26.4 peratus yang mana pada 2008 saja jumlahnya adalah sebanyak AS$192 bilion.

“Untuk tempoh yang singkat, China telah muncul sebagai rakan dagangan ketiga terbesar Asean, mewakili kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan perdagangan global Asean,” katanya. 0 ulasan

Penggodam jual 1.5 juta akaun Facebook

(Sumber Berita Harian, 2010/04/27)

WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153).

Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300 pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itu sahih.

Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual pada harga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaun sudah dijual.



Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.

Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakan menghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuan lebih serius.

Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat. – Agensi 0 ulasan

Sabtu, 24 April 2010

bharian: Gaji minimum jaga RM1,100 mulai Julai

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/23)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 190,000 pengawal keselamatan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara 67 peratus hingga 75 peratus kepada RM1,100 hingga RM1,450, mulai 1 Julai depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pekerja sektor keselamatan ketika ini menerima gaji pokok antara RM300 hingga RM400.




Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen semalam, beliau berkata keputusan menaikkan gaji itu dilakukan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. “Saya mengharapkan dengan kenaikan gaji pokok itu, dapat menarik lebih ramai warga tempatan menyertai sektor keselamatan, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing,” katanya.

Ketika ini ada antara 30,000 hingga 40,000 pengawal keselamatan warga asing.

Subramaniam berkata, Majlis Penetapan Gaji juga sedang menyediakan kertas kerja bagi pekerja di sektor perkhidmatan, elektronik dan tekstil.

"Kita berharap dapat mengumumkan gaji pokok minimum dalam sektor hospitaliti sebaik saja kajian mengenainya selesai dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi. Kita memerlukan lebih masa mengkaji gaji minimum untuk pekerja industri lain," katanya.





Sementara itu, katanya, kementerian dalam proses mengkaji semua undang-undang buruh untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 0 ulasan

Jumaat, 23 April 2010

Boys Over Flowers (Starlight tears by Kim Yu Kyung) with lyrics




the white starlight envelops the tears
the tears fall in the warm wind
do you feel it?
this trembling, quiet whisper that is going your way

i draw you on this white paper
the warm smile holds me
is this love?
even when i close my eyes, i see only you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

i'm walking in my memories with you
the tears fill even the deepest area of my heart
what should i do?
even in my dreams, i miss you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

please look at me, like the faraway stars
can't you be the one that's in my heart

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you 0 ulasan

Rabu, 21 April 2010

Boys Over Flower



0 ulasan

bharian: Keistimewaan Islam tak perlu dipertikai

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/19)

MALAYSIA tidak memerlukan mana-mana jawatankuasa untuk membincangkan mengenai perkahwinan campur dan sebagainya kerana perkara ini tidak pernah menggugat keharmonian negara.

Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama hanya undang kecelaruan, salah faham

MASYARAKAT Islam arus perdana begitu gusar dengan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berhubung dengan kelulusan jemaah menteri yang menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama. Jawatankuasa itu kononnya bertujuan mempromosikan persefahaman bersama dan harmoni di kalangan pelbagai agama.



Jawatankuasa yang ditubuhkan Februari lalu itu membabitkan wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam (Ikim) dan Majlis Perundingan Mengenai Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Malaysia (MCCBCHST). Bagaimanapun, dilaporkan tidak ada anggota politik dilantik dalam jawatankuasa ini.

Menurut Dr Koh, ahli jawatankuasa itu akan berkongsi pandangan dan membincangkan isu serta mengelakkan sebarang salah faham dan tafsiran. Beliau juga dilaporkan berkata, isu yang akan ditumpukan perhatian oleh "Hakikat bahawa Islam diletakkan sebagai Agama Persekutuan sendiri menjelaskan bahawa agama Islam mempunyai kedudukan istimewa. Namun kedudukan istimewa ini tidak bermakna agama lain ditindas kerana ‘Agama Negara’ itu sendiri menjamin agama lain boleh diamalkan dengan bebas" jawatankuasa itu ialah perkara berkaitan perkahwinan campur, pertukaran agama dan penjagaan anak. "Hakikat bahawa Islam diletakkan sebagai Agama Persekutuan sendiri menjelaskan bahawa agama Islam mempunyai kedudukan istimewa. Namun kedudukan istimewa ini tidak bermakna agama lain ditindas kerana ‘Agama Negara’ itu sendiri menjamin agama lain boleh diamalkan dengan bebas" Sehingga kini, senarai ahli jawatankuasa itu masih belum didedahkan kepada umum malah matlamat dan objektif jawatankuasa secara terperinci juga tidak diketahui.

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dalam reaksi awal menzahirkan kemusykilan dan kebimbangan mengenai penubuhan jawatankuasa itu. Persatuan tidak menolak dialog antara orang Islam dan bukan Islam, namun dialog itu tidak harus menjadi medan mencerca Islam ataupun mempertikaikan mana-mana ajaran Islam yang sudah sebati dalam jiwa orang Islam. Dialog itu juga hendaklah sentiasa mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai Agama Negara seperti yang dizahirkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Terlalu sedikit maklumat didedahkan kepada masyarakat mengenai peranan jawatankuasa ini sehingga menimbulkan syak wasangka kepada umat Islam. Syak wasangka ini pula mempunyai asas kerana beberapa percubaan sebelum ini juga telah dilakukan seolah-olah mencampuri urusan agama Islam.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Perkasa juga berkongsi kegusaran ini dengan PPMM. Malah banyak NGO Islam arus perdana juga khuatir ia adalah jalan belakang penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang ditolak beberapa tahun lalu. Saya sendiri menerima banyak panggilan telefon, pesanan ringkas dan e-mel berhubung perkara ini.

Sebagai reaksi kepada bantahan ini, kerajaan menegaskan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama ini tidak sama dengan IFC. Ia tidak menguatkuasakan undang-undang dan hanya mempromosi dialog serta persefahaman antara penganut pelbagai agama. Namun Majlis Mufti Kebangsaan pula mengesyorkan nama jawatankuasa ini diubah dan tidak membabitkan agama. Jawatankuasa ini hanya diberi mandat mempromosi persefahaman antara kaum saja dan tidak membabitkan ajaran agama.

Bagi saya, kedudukan agama Islam adalah jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tanpa syak telah ‘mensyahadahkan’ negara. Oleh itu, secara legalistiknya Malaysia mempunyai agama iaitu Islam. Tidak ada agama lain yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan boleh dianuti dan diamalkan dengan aman dan harmoni. Hakikat bahawa Islam diletakkan sebagai Agama Persekutuan sendiri menjelaskan bahawa agama Islam mempunyai kedudukan istimewa. Namun kedudukan istimewa ini tidak bermakna agama lain ditindas atau ditekan kerana ‘Agama Negara’ itu sendiri menjamin agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan tidak ada paksaan kepada orang bukan Islam memeluk Islam.

Jaminan Islam kepada orang bukan Islam menganut dan mengamalkan agamanya bukan suatu yang dipertikaikan. Ia disepakati dan mempunyai nas yang kukuh. Oleh itu, orang bukan Islam tidak perlu gusar walaupun Islam diletakkan sebagai ‘Agama Negara’, ia tidak akan menghakis hak dan kebebasan penganut agama lain di Malaysia.



Penentangan terhadap Suruhanjaya Antara Agama (IFC) disebabkan IFC dilihat mencampuri urusan agama Islam. Umat Islam tidak mahu urusan agama Islam ditadbir atau dikawal orang yang tidak mempunyai ilmu agama apatah lagi orang bukan Islam. Biarlah pakar agama yang menyelesaikan masalah agama serta mentafsirkan ajaran agama mengikut kaedah dan prinsip agama itu sendiri. Ajaran teras Islam tidak boleh dikompromi atas apa jua nama termasuk keharmonian atau perpaduan.

Bagaimanapun, umat Islam tidak menolak sebarang dialog bagi memupuk persefahaman dan keharmonian antara agama yang ada di negara ini. Namun yang menjadi masalah ialah usaha dialog seumpama itu disalah guna bagi mencampuri urusan agama lain seperti IFC dan ini perlu dipastikan kerajaan tidak berlaku pada jawatankuasa berkenaan.

Apapun juga nama jawatankuasa itu bagi mencapai hasrat mempromosi kefahaman antara penganut pelbagai agama di Malaysia, jawatankuasa yang ditubuhkan itu harus dipastikan bergerak dalam landasan menghormati kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan.

Dialog antara agama bukan sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia sebaliknya ia lama wujud di negara yang berbilang kaum ini. Terdapat banyak NGO Islam mempromosi dialog sebegini dan ia juga meningkatkan aras pemahaman masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Peranan menyebarkan dakwah Islam di Malaysia ini bukan hanya ditanggung oleh pihak tertentu malah perlulah digalas setiap umat Islam di Malaysia.

Umat Islam seharusnya menjadi contoh teladan kepada orang bukan Islam kerana umat Islam adalah umat yang cemerlang. 0 ulasan

bharian: Politik dikira ibadah jika dilakukan dengan ikhlas

Oleh Muhamad Razak Idris

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/20)

Pemimpin dipilih mesti laksana amanah kepemimpinan tanpa pilih kasih antara rakyat

DALAM Islam, segala amalan dan perbuatan adalah ibadah apabila dilakukan secara ikhlas untuk memperoleh keredaan Allah dan disempurnakan mengikut aturan atau tatasusila nilai yang mulia.

Menerusi kacamata ini, berpolitik ialah satu bentuk amalan atau perbuatan yang dikategorikan sebagai ibadah jika pembabitannya dilakukan dengan penuh ikhlas dan berakhlak.



Kedudukan kegiatan berpolitik dalam struktur nilai ibadah dalam Islam amat tinggi. Kedudukan yang tinggi ini disebabkan kepentingan peranannya menentukan kesejahteraan urus tadbir sesebuah masyarakat. Satu daripada urusan terpenting dalam kegiatan politik ialah fungsinya sebagai saluran atau wahana menentukan tonggak kepimpinan sesebuah masyarakat. Oleh itu, dalam sejarah tamadun Islam, urusan berpolitik dalam konteks memilih dan menetapkan kepemimpinan dalam sesebuah masyarakat perlu didahulukan daripada urusan lain apabila berlaku kekosongan kepemimpinan akibat kematian atau peralihan.

Dalam hal ini, barangkali kita selalu mengikuti perbahasan dalam sejarah awal Islam setelah kewafatan Nabi Muhammad, masyarakat Islam mendahulukan majlis untuk memilih pemimpin baru atau khalifah sebelum baginda dikebumikan. Semangat kepentingan terhadap urusan ini juga dapat dilihat dalam amalan pemerintahan Islam sehingga hari ini.

Kenapakah urusan politik atau tugas memilih pemimpin begitu mustahak dalam kehidupan? Pemimpin adalah keperluan asasi sesebuah masyarakat. Peranan pemimpin amat besar dan tanggungjawabnya berat.

Masyarakat memerlukan pemimpin kerana mereka memerlukan seseorang yang boleh dipercayai bagi memastikan urusan kehidupan seharian seperti hal ehwal keselamatan, sumber makanan dan kebajikan sentiasa terjamin. Adalah menjadi peranan dan tanggungjawab pemimpin, apabila terpilih untuk menjaga segala urusan kehidupan ini secara bijaksana dan amanah.

Oleh itu, dalam beberapa perbahasan mengenai takrif politik, sebahagian sarjana menyatakan politik ialah satu bentuk seni kepemimpinan bagi mengatur dan mengurus percaturan hidup sesebuah masyarakat. Oleh demikian, tugas seorang pemimpin meliputi tanggungjawab mengendalikan seluruh urusan kehidupan masyarakatnya secara hikmah dan berseni bagi memastikan setiap warga mendapat ruang saksama dan berpeluang maju serta bangkit membangun secara berterusan.

Justeru, beberapa perbahasan dalam teks klasik oleh sarjana Muslim berkaitan kepemimpinan, kriteria yang amat ketat diletakkan untuk memilih seseorang pemimpin masyarakat. Sarjana seperti al-Farabi menyatakan, seseorang pemimpin itu perlu memiliki watak mulia dan terpuji, kebijaksanaan yang tinggi, ikhlas dan beramanah selain bertanggungjawab dan memiliki tahap kerohanian berkualiti. Dengan memiliki watak dan ciri kepemimpinan ini, seseorang pemimpin itu akan berupaya membawa masyarakatnya menuju kesejahteraan dan kemakmuran.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih kepemimpinan terbaik yang mampu mengurus tadbir percaturan kemasyarakatan dan kenegaraan secara adil serta saksama.

Di negara ini, proses memilih pemimpin harus melalui kegiatan berpolitik. Sejak merdeka, kita bersepakat menerima sistem demokrasi sebagai cara memilih pemimpin masyarakat dan negara. Menerusi sistem ini, semua orang yang merasakan dirinya layak hendaklah mencalonkan dirinya menerusi sebuah institusi pemilihan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Seseorang yang ingin mencalonkan diri sebagai pemimpin boleh melakukan sama ada secara individu atau menerusi parti politik berdaftar secara sah. Bagi memperoleh sokongan pula, setiap calon perlu berkempen untuk meraih undi dalam pilihan raya.


Seperti dijelaskan sebelum ini, politik adalah satu bentuk ibadah yang tertinggi daripada perspektif agama. Bagi tujuan memastikan segala amalan menerusi kegiatan politik dinilai sebagai satu bentuk ibadah di sisi agama, kita ingin menganjurkan beberapa tatasusila berikut dipatuhi.

Pertama, hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah iaitu dengan menyedari bahawa pembabitan kita dalam kegiatan politik bertujuan menyempurnakan ibadah kepada-Nya iaitu bagi menjalankan tugas memilih pemimpin terbaik untuk masyarakat dan negara.

Kedua, hendaklah menjaga tatasusila akhlak dan etika dalam berpolitik. Dalam hubungan ini, kita hendaklah mengelakkan daripada terjebak perbuatan bertentangan dengan prinsip akhlak Islam seperti menipu, merasuah, mencerca, mengaibkan, memfitnah dan menjatuhkan maruah orang lain dalam kempen politik sama ada menerusi ucapan mahupun tulisan.

Ketiga, hendaklah menjaga hubungan silaturahim dan ukhwah sesama kita sepanjang berpolitik. Kita jangan bermusuhan sehingga kepada pergaduhan dan menyakiti hati dan perasaan orang lain. Tugas menjaga kesatuan dan perpaduan masyarakat dan Ummah juga adalah satu bentuk ibadah yang tertinggi menurut perspektif agama yang perlu dijaga oleh kita semua.

Keempat, hendaklah berlaku adil dalam memberi ruang yang saksama kepada semua pihak dalam berpolitik. Semua calon perlu diberikan hak mereka dalam menyampaikan hasrat dan cita kepemimpinannya untuk dinilai oleh masyarakat.

Kelima, rakyat hendaklah memilih calon terbaik yang mampu mewakili inspirasi politik yang terbaik untuk negara kita.

Keenam, hendaklah reda dengan keputusan pemilihan yang diputuskan secara bersama oleh seluruh pengundi yang layak dilaksanakan secara telus, adil dan saksama.

Ketujuh, hendaklah bersatu selepas pemilihan dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemimpin terpilih. Pemimpin terpilih hendaklah menjalankan amanah kepemimpinannya tanpa pilih kasih antara rakyat.

Dengan memenuhi tatasusila dan etika politik ini, amalan dan kegiatan politik kita akan terhitung sebagai sebahagian dari nilai ibadah kepada Allah. 0 ulasan

bharian: Ujian, musibah menimpa setiap mukmin penghapus dosa

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/20)

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: “Semoga!” Kemudian sabda baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim)

Huraiannya, segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin adalah kaffarah (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 0 ulasan

bharian: Peguam Syarie Menulis: Cari punca perosak akhlak tangani isu buang bayi

Oleh Marlina Amir Hamzah
(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/21)

Semua pihak perlu kerjasama bendung masalah jejas imej generasi muda masa depan

SEBELUM ini kita sering memperkatakan permasalahan seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat.

Kini kita dikejutkan pula dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal. Ia boleh terjadi dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan. Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini bukan hanya berlaku di bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Ini jelas terbukti apabila sejak akhir-akhir ini, kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di luar bandar.

Sebanyak 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007, membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput. Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36 peratus.

Statistik di atas jelas menunjukkan betapa nazak dan dahsyatnya permasalahan buang bayi yang melanda masyarakat kita saban hari tanpa menunjukkan kadar penurunan.

Pelbagai saranan dan cadangan diutarakan pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi dan menangani permasalahan ini yang jelas bertentangan nilai yang ada dalam Islam khasnya dan norma kemanusiaan sejagat amnya.

Di antaranya dengan menubuhkan pusat menerima bayi daripada perbuatan zina, menyediakan rumah perlindungan perempuan yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan dan memberi pendidikan seks kepada pelajar sekolah.



Namun timbul persoalan di sini iaitu sejauh manakah penyelesaian yang dicadangkan mampu menangani gejala buang bayi secara keseluruhannya.

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara bagi 2000 hingga 2008, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan yang lebih menyedihkan lagi bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.

Cuba bayangkan dalam keadaan cadangan penyelesaian di atas belum dilaksanakan sepenuhnya, sudah ada 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tanpa nama bapa, apatah lagi sekiranya cadangan penyelesaian itu dilaksanakan sepenuhnya, pasti jumlah tersebut akan bertambah berlipat kali ganda yang seterusnya membawa kepada permasalahan yang lain.

Penulis amat tertarik dengan saranan Timbalan Dekan, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, yang mengatakan: “Jika semua pihak terutama kerajaan serius dalam menangani isu pembuangan bayi yang saban hari dilaporkan, tumpuan perlu diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber yang mendedahkan mereka kepada faktor yang merosakkan nilai murni.”

Satu usaha bersepadu dan berterusan haruslah diambil secepat mungkin oleh semua pihak seperti agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi memastikan segala punca kepada berlakunya masalah pembuangan bayi ini dapat dikenal pasti dan dihapuskan daripada terus menghantui masyarakat pada hari ini.

Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 20-22 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahnya dan janganlah kamu menjadi sebagai orang munafik yang berkata: “Kami mendengar, pada hal mereka tidak mendengar. Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk di sisi Allah ialah orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar atau memahami kebenaran iaitu orang yang tidak mengerti).”



Perlakuan seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan dan pelbagai lagi permasalahan yang melanda masyarakat wajar dibanteras secara bersepadu dengan berpandukan kepada panduan Illahi bukan hanya berlandaskan akal semata-mata dan penyelesaian jangka pendek yang hanya mengundang masalah selanjutnya yang tidak berkesudahan.

Masalah pembuangan bayi adalah salah satu natijah buruk yang terhasil akibat pelbagai masalah masyarakat yang melanda dan kini menjadi barah yang semakin merebak dalam masyarakat kita.

Justeru, cara sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membanteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini.

Kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai murni yang membawa kepada terlahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini.

Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Sila layari http://www.peguamsyarie.org atau e-mel ke secretariat@yahoo.com 0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, T- Max - Say Yes



0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, I Know [Saxophone Inst.] - Lee Jung Sik



0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, Tree Bicycles - One More Time



0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, kim yoo kyung-starlight tears



0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, Lucky - Ashily



0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, SS501 - Because I'm Stupid (Boys Before Flowers OST)



0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, Stand By Me - SHINee



0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, Ashiwoon Maum Inguhl (Missing Heart) by A’st1




0 ulasan

Original Soundtrack of Boys over Flowers, Paradise- by T-Max



0 ulasan

bharian: Ibu bapa kena ambil tahu perkembangan anak di luar rumah

Oleh Sharul Zahri Ahmad
imamshahrul@yahoo.com

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/21)

MENGAPA ada yang sanggup membuang bayi? Tidakkah bayi itu harus disayangi selepas bersusah payah mengandung selama sembilan bulan. Adakah sanggup bayi yang terhasil daripada kasih sayang dua insan itu dibiarkan diratah anjing liar atau digilis kenderaan?

Manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan keji dan kejam itu? Itu kata saya, kata anda dan kata kita semua apabila setiap kali berita mengenai pembuangan bayi mengisi dada akhbar dan ruangan utama berita.



Berdasarkan statistik dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Selangor berada pada kedudukan tertinggi di negara ini dengan mencatatkan kes pembuangan bayi sepanjang lima tahun kebelakangan ini, iaitu sebanyak 105 kes, manakala bagi penderaan bayi dan kanak-kanak, Selangor juga merangkul kedudukan nombor satu. Boleh diandaikan mengapa Selangor begitu galak dalam kes ini, selain menjadi tumpuan belia seluruh negara bekerja mencari rezeki, negeri ini juga mempunyai jumlah pekerja asing yang tidak sedikit bilangannya. Namun begitu di negeri lain juga mempunyai bilangan kes yang begitu membimbangkan.

Di Terengganu, walaupun hanya berlaku lima kes pembuangan bayi dan 168 kes penderaan bayi dan kanak-kanak, senario itu sudah cukup membimbangkan. Melihat masalah ini sebagai ‘iceberg’ walaupun nampak kecil tetapi sebenarnya besar. Banyak kes sampingan harus kita lihat yang menyumbang kepada peningkatan kes ini sekiranya tidak dibendung.

Oleh itu, semua pihak merayu kepada pemimpin negeri, masyarakat, ibu bapa, belia, remaja dan pelajar marilah kita sama-sama menghalang perkara ini daripada terus menjadi barah. Kepada ibu bapa, janganlah terlalu sibuk mencari harta dunia, jengoklah anak di asrama, di institusi pengajian tinggi (IPT) dan ambil tahu apa yang mereka buat.

Jangan terlalu percaya kerana kejayaan akademik saja tidak cukup untuk membina keimanan teguh yang boleh menjadi benteng kepada mereka menolak segala salah laku ini. Ketika iman kuat mungkin mereka mampu menghalang godaan syaitan. Tetapi apa yang akan berlaku tatkala iman mereka lemah?
Perlu diingatkan kepada diri sendiri dan ibu bapa, jika anak sudah menemui pasangannya walaupun ketika masih menuntut di universiti, kahwinkan saja. Jangan dibiarkan mereka keluar berdua-duaan sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk memantaunya.

Kadangkala ada antara ibu-bapa enggan menikahkan anak mereka dengan alasan mereka perlu menghabiskan pengajian. Ada pula ibu bapa yang berkata adik beradik mereka sebelum ini semuanya menghabiskan pelajaran dulu baru berkahwin.

Malah ada ibu bapa memberi pandangan negatif dengan mengatakan ‘sudah terlalu gatal atau miang’. Ibu bapa tidak mahu dicemuh masyarakat kerana anak mereka berkahwin dalam usia muda ketika sedang belajar. Inilah akibatnya terlalu memegang adat daripada hukum tuhan yang wajib kita ikut.

Apalah ertinya segulung diploma atau ijazah sekiranya anak itu menconteng arang ke muka kedua ibu bapanya. Apalah ertinya kepandaian dan kebijaksanaan tetapi membuat perkara yang dilarang agama. Jangan bimbang dengan rezeki sekiranya anak itu dikahwinkan ketika sedang belajar. Selagi masih bernyawa dan beriman serta bertakwa insya-Allah rezeki kita dijamin oleh Allah.



Jika mereka tidak mampu, sama-samalah membantu mereka dari segi kewangan.
Percayalah tanggungjawab berkeluarga itu akan membuatkan mereka lebih matang dan tahu tujuan dan matlamat mereka dihidupkan ke dunia ini. Semoga kita dapat sama-sama bertemu Allah SWT di syurga, Amin.


Penulis ialah Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengurusan Masjid), Pejabat Kadi Daerah Mersing 0 ulasan

Ahad, 18 April 2010

Read Full of Government Transformation Programme (GTP)

The Government Transformation Programme (GTP) was introduced by the Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak in April 2009 and is led by him. The objective of GTP is two-fold – first, to transform the Government to be more effective in its delivery of services and accountable for outcomes that matter most to the rakyat; and second, to move Malaysia forward to become an advanced, united, and just society with high standards of living for all. This is in line with the national mission of achieving Vision 2020 - for Malaysia to become a fully developed nation.
0 ulasan

bharian: Soalan Agama: Lelaki syurga pasangan wanita soleh

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/18)

Soalan: SAYA pernah terfikir iaitu kaum Muslimin yang soleh ketika matinya akan disambut oleh bidadari di alam Mahsyar. Kalau kaum Muslimat, siapa yang menyambutnya?

Fatimah,

Alor Setar, Kedah. Jawapan: Bidadari yang saudari maksudkan itu di dalam bahasa al-Quran disebut al-Hurul Ain, al-Hurul jamak daripada perkataan Haura’ ertinya perempuan yang putih, manakala al-Ain asalnya Uyun, jamak daripada Aina ertinya perempuan yang jeli matanya. Maka, al-Hurul ‘Ain atau bidadari itu adalah perempuan yang putih bersih warna kulitnya lagi indah dan jeli keadaan dua matanya.



Bidadari itu bukanlah daripada kalangan perempuan dunia dan bukanlah anak Adam atau manusia. Jika kita melihat sebahagian hadis ada menyatakan paling kurang daripada isteri seorang dalam syurga adalah dua orang perempuan anak Adam, dan tujuh orang bidadari. Kalau manusia daripada tanah, bahan yang menciptakan bidadari adalah daripada mutiara sebagai mana sesetengah hadis.

Bidadari itu tempatnya di syurga dan bukan di padang Mahsyar seperti firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 4 bermaksud: “Orang yang bertakwa itu berada pada tempat yang sejahtera. Di dalam taman syurga dan segala mata air. Mereka berpakaian sutera halus dan sutera tebal, yang mana mereka duduk berhadapan. Seperti demikianlah Kami sandingkan mereka itu dengan bidadari.”

Kembali kepada pertanyaan saudari, kalau bidadari itu bahagian orang lelaki dari Muslimin, maka bagaimana pula dengan kalangan perempuan? Subhanallah.
Wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati.

Satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Allah SWT berfirman: “Aku sudah menyediakan buat hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga serta belum pernah terlintas oleh hati seseorang.

Cubalah kamu membaca: Fala ta’lamu nafsum maa ukhfiya lahum min qurrati a’yun (Surah Sajdah ayat 17 yang bermaksud: “Maka tidak ada satu jiwa pun yang mengetahui kesedapan mata yang disembunyikan buat mereka).



Janganlah pula kalangan perempuan rasa iri hati disebabkan lelaki di syurga nanti disediakan bidadari kerana kaum wanita ahli syurga juga akan mendapat bahagian mereka disebabkan amal soleh yang mereka lakukan di dunia dulu.

Begitu juga janganlah ada wanita berasa iri hati disebabkan Allah SWT mengizinkan lelaki berpoligami tidak bagi wanita. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang telah diusahakan dan bagi wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka sudah usahakan.” Wallahualam. 0 ulasan

How to Compare 2 Excel File in Microsoft Office 2007: Use Excel to compare two lists of data

For financial record-keeping, you often have to compare two lists to find data that appears on one but not on the other. Which new clients need to be added to the master database? Which credit card receipts are not reflected on the monthly statement, and vice versa? What checks and deposits are still outstanding? It's a tedious task if you do it manually.



Microsoft Office Excel 2003 can help you perform this task faster and more accurately. In many cases, you can do it even if the data is not provided in a standardized form in both lists. 0 ulasan

How to Compare 2 Word Documents in Microsoft Office 2003: Compare document versions more easily

If you've ever worked with multiple copies of a document that have been reviewed or modified by different people (or worse yet, you had to merge those document copies into a single document), you already know that working with different versions of the same document is a challenge. Even if you position the documents next to one another on your screen, it can be difficult keeping track of where you are in each document.



Using the Compare Side by Side toolbar in Microsoft Office Word 2003 makes document comparisons easier because you can view the differences between two documents without having to merge them into a single document. This toolbar performs three basic functions:
Compares documents side by side By displaying the Compare Side by Side toolbar, you can compare two documents side by side on your screen.



Synchronizes your scrolling in both documents By clicking the Synchronous Scrolling button on the Compare Side by Side toolbar, you can scroll through both documents simultaneously, which ensures that you keep your place in both documents.
Returns the document windows to their original position By clicking the Reset Window Position button on the Compare Side by Side toolbar, you can reset the document windows to the original positions they were in when you first started comparing the documents. 0 ulasan

How to Compare 2 Word Documents in Microsoft Office 2007: Compare and combine documents in Word 2007

Comparing two versions of a document (legal blackline)




Ideally, when you use Compare, the original and the revised document don't contain tracked changes. If either document contains tracked changes, Word treats the documents as though the changes have been accepted and doesn't display them in the comparison document. Additionally, all revisions in the comparison document are attributed to a single author, and you can see what changes have been made to the original document regardless of whether track changes were turned on when modifications were being made. The changes made in the revised document are shown in the original as tracked changes. To compare two versions of one document and view the differences, follow these steps:



On the Review tab, click Compare, and then from the list, click Compare. The Compare Documents dialog box opens.

In the Original document area, click the Folder icon to navigate to and select the original document, or select the document from the drop-down list.

In the Revised document area, click the Folder icon to navigate to and select the revised document, or select the document from the drop-down list. 0 ulasan

Free Download Manager - absolutely free download accelerator and ...

What is Free Download Manager? It is a powerful, easy-to-use and absolutely free download accelerator and manager. Moreover, FDM is 100% safe, open-source software distributed under GPL license. Warning: beware of fake versions.

0 ulasan

Download Internet Download Manager: high speed download accelerator

Internet Download Manager v5.18 - The best way to handle your downloads and increase download speeds. Added full support for Windows Vista, YouTube, Google Video, MySpaceTV, IE7 and Firefox




Internet Download Manager (IDM) is a tool to increase download speeds by up to 5 times, resume and schedule downloads. Comprehensive error recovery and resume capability will restart broken or interrupted downloads due to lost connections, network problems, computer shutdowns, or unexpected power outages. Simple graphic user interface makes IDM user friendly and easy to use.Internet Download Manager has a smart download logic accelerator that features intelligent dynamic file segmentation and safe multipart downloading technology to accelerate your downloads. Unlike other download managers and accelerators Internet Download Manager segments downloaded files dynamically during download process and reuses available connections without additional connect and login stages to achieve best acceleration performance.


Internet Download Manager supports proxy servers, ftp and http protocols, firewalls, redirects, cookies, authorization, MP3 audio and MPEG video content processing. IDM integrates seamlessly into Microsoft Internet Explorer, Netscape, MSN Explorer, AOL, Opera, Mozilla, Mozilla Firefox, Mozilla Firebird, Avant Browser, MyIE2, and all other popular browsers to automatically handle your downloads. You can also drag and drop files, or use Internet Download Manager from command line. Internet Download Manager can dial your modem at the set time, download the files you want, then hang up or even shut down your computer when it's done.



Other features include multilingual support, zip preview, download categories, scheduler pro, sounds on different events, HTTPS support, queue processor, html help and tutorial, enhanced virus protection on download completion, progressive downloading with quotas (useful for connections that use some kind of fair access policy or FAP like Direcway, Direct PC, Hughes, etc.), built-in download accelerator, and many others.

Version 5.18 adds IDM download panel for web-players that can be used to download flash videos from sites like YouTube, MySpaceTV, and Google Videos. It also features complete Windows 7 and Vista support, YouTube grabber, redeveloped scheduler, and MMS protocol support. The new version also adds improved integration for IE and IE based browsers, redesigned and enhanced download engine, the unique advanced integration into all latest browsers, improved toolbar, and a wealth of other improvements and new features. 0 ulasan

Watch and Download Korean, Japanese, Taiwanese Drama and Movie online!

0 ulasan

RSS feeds in Outlook

0 ulasan

RSS newsfeeds in Opera Mail

0 ulasan

Recent Visitors gadget for Blogger / Google Friend Connect sites

0 ulasan

Kerajaan sentiasa semarak syiar Islam: TPM

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/16)

HULU SELANGOR: Kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada usaha menyemarakkan syiar Islam di negara ini, selaras usaha melahirkan umat Islam yang maju, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berhasrat melihat Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) muncul sebagai pusat pendidikan bertaraf Kolej Universiti.



"Usaha kerajaan kita untuk menyemarakan syiar Islam dalam negara kita dan di antara yang lebih penting untuk kita memberi peluang pendidikan mengenai al-Quran...bukan saja dapat membacanya tetapi juga menghayati isi kandungannya.

"Harapan warga pendidik di sini adalah untuk melihat institusi ini meningkat kedudukannya...saya juga bersama dengan saudara berkongsi hasrat supaya untuk tempoh yang tidak agak lama, maka Darul Quran dapat diiktiraf sebagai kolej ataupun universiti," katanya ketika berucap pada pertemuan dengan warga Darul Quran di sini, petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



Muhyiddin berkata, selaras kemajuan negara yang pesat dan diktiraf negara Islam lain sebagai negara maju, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

"Ini kerana kemajuan dalam ilmu pendidikan penting bagi umat Islam untuk menghadapi persaingan di peringkat global dan kemajuan fizikal tidak membawa makna tanpa ilmu pengetahuan," katanya.

Darul Quran yang berada di bawah seliaan Jakim membelanjakan kira-kira RM12 juta bagi bagi membiayai program di pusat pengajian itu dan sebanyak RM3 juta pula diperuntukan sebagai biasiswa. 0 ulasan

Mier naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/16)

INSTITUT Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 3.7 peratus yang diunjurkannya sebelum ini susulan kemunculan petunjuk pemulihan ekonomi yang lebih jelas.

Pengarah Eksekutifnya, Dr Zakaria Abdul Rashid, berkata unjuran terbaru Mier itu antara lain mengambil kira pemulihan dalam eksport serta peningkatan keyakinan pengguna dan peniaga khususnya dalam suku pertama tahun ini.



“Penggunaan swasta dalam negara yang kekal bertahan dan kukuh akan memacu pertumbuhan. Selain itu, eksport juga sudah menunjukkan pemulihan dalam suku keempat 2009 dan suku pertama 2010.

“Keyakinan pengguna dan peniaga diukur oleh Indeks Sentimen Pengguna (CSI) dan Indeks Sentimen Peniaga (BSI) Mier juga menunjukkan arah aliran peningkatan jelas. Kami juga menjangka ia terus meningkat,” katanya selepas Taklimat Ekonomi Korporat Mier ke-15 di Kuala Lumpur semalam.

Zakaria berkata, susulan kedudukan asas ekonomi lebih baik tahun ini, nilai ringgit berpotensi meningkat kepada RM3 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini.

Namun. katanya, kenaikan nilai ringgit itu tidak memberi kesan besar kepada daya saing eksport negara kerana sebahagian besar adalah dibuat dalam dolar AS.
“Kita jual dan beli barangan barangan dalam dolar AS, jadi saya tidak menjangka kenaikan ringgit itu akan memberi kesan negatif yang besar kepada sektor eksport Malaysia,” katanya.
Zakaria menjelaskan, sektor elektronik dan elektrikal dijangkakan kembali menerajui pertumbuhan ekonomi negara kerana wujud petunjuk sektor berkenaan akan meneruskan peningkatan sebanyak 23.5 peratus yang dicatat pada Februari lalu.

“Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga menjangka sektor berkenaan akan meningkat 9.5 peratus tahun ini, justeru akan memberi kesan positif kepada Malaysia.

“Selain itu, pendapatan eksport dalam sektor minyak sawit dan pembalakan juga diunjurkan lebih baik susulan kenaikan harga komoditi itu di peringkat antarabangsa,” katanya.



Mengenai kadar faedah, Zakaria berkata, Mier menjangka Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada sehingga 2.75 peratus tahun ini.

“Wujud sedikit tekanan ke atas harga di peringkat serantau dan Malaysia tidak terkecuali. Indeks Harga Pengguna (CPI) iaitu pengukur kadar inflasi negara dijangka meningkat 2.2 peratus tahun ini daripada 0.6 peratus tahun lalu.

“Susulan peningkatan CPI serantau. Kami menjangkakan Bank Negara akan menaikkan OPR kepada sehingga 2.75 peratus tahun ini, dan sehingga 3.25 peratus tahun depan susulan pertumbuhan ekonomi lebih baik,” katanya. 0 ulasan

MEB usaha rapat jurang si kaya, berpendapatan rendah

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/17)

MODEL Ekonomi Baru (MEB) akan memahirkan dan melatih semula golongan 40 peratus pekerja berpendapatan rendah serta menjadikan mereka golongan kelas pertengahan yang baru.

Bekas Menteri Kabinet dan ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Seri Utama Shahrir Samad, berkata MEB ialah mengenai mewujudkan kekayaan sebenar dan mengurangkan jurang antara yang kaya dan berpendapatan rendah.



“Golongan 40 peratus berpendapatan rendah ini tidak mempunyai modal tetapi mempunyai sumber insan. Program kemahiran semula dan latihan semula akan meningkatkan golongan ini yang terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera, ke pekerjaan berpendapatan tinggi ketika negara melengkapkan dirinya ke arah ekonomi yang lebih tinggi nilainya,” kata Shahrir.

Golongan 40 peratus pekerja terbabit ialah mereka yang pada masa ini memperoleh pendapatan RM1,500 ke bawah sebulan dan MEB berhasrat untuk menggandakan pendapatan mereka dalam tempoh 10 tahun ini, sekali gus melonjakkan kumpulan itu kepada kelas pertengahan.

“Sebelum ini ialah kita melahirkan jutawan tetapi kerana asas yang tidak kukuh, dengan hanya satu krisis kewangan saja, mereka semua lenyap. Jika kita wujudkan kelas pertengahan, maka ia lebih stabil,” kata Shahrir.

Beliau berkata, NEM bertujuan mengukuhkan asas ekonomi Malaysia memandangkan krisis kewangan Asia telah memberi kita banyak pengajaran.

“Pertumbuhan dan kekayaan bukan menerusi pinjaman semata-mata. Ia memerlukan modal. Jadi, haluan untuk 40 peratus kumpulan berpendapatan sederhana dan 20 peratus berpendapatan tinggi ialah melalui modal.
“Ramai menjadi jutawan tanpa menggunakan modal mereka sendiri. Mereka hanya meminjam, kita tidak boleh buat begitu. Inilah pengajaran yang kita belajar daripada krisis kewangan dan dalam 10 tahun ini, saya pasti krisis yang lain akan muncul,” kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.



Mengulas mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Shahrir berkata matlamatnya bagus tetapi pelaksanaannya lebih condong kepada mereka yang tidak berhak dibantu.
“Mereka bukan daripada golongan 40 peratus berpendapatan rendah dan bukan juga berpendapatan sederhana. Ini terutama selepas 1990-an yang mana dasar membantu melahirkan ahli perniagaan Melayu terkemuka berdasarkan ‘kenal siapa’ dengan kepercayaan yang kekayaan itu akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Tetapi, tidak berlaku.

“Malah, mereka yang mendapat kelebihan daripada pendidikan yang baik juga tidak boleh bersaing dengan kepakaran teknikal. Sekarang ini, MEB akan membenarkan mereka bersaing berdasarkan kepada kepakaran teknikal dan bukannya ‘siapa yang kita kenal,’ kata beliau. – Bernama 0 ulasan

Selasa, 6 April 2010

bharian: Persoalan Agama: Sunat berdiam diri ketika dengar bacaan al-Quran

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/04)

APAKAH benar kita harus berdiam diri ketika mendengar bacaan al-Quran? Jika benar, apakah hukumnya?

H Osman,
Kedah.

Apabila kita mendengar orang membaca al-Quran, kita disunatkan untuk berdiam dan memperhatikan bacaan itu seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 204 yang bermaksud: Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat.

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, dalam ayat itu, Allah SWT memerintahkan agar kita mendengar sambil berdiam diri, baik di dalam solat mahu pun di luar solat, kecuali dalam solat berjemaah. Ketika itu makmum boleh membaca al-Fatihah sendiri atau mendengarkan saja ketika imam membaca ayat al-Quran.

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya iaitu sekelompok ulama berpendapat bahawa ketika dalam solat yang di-jahr-kan (dikuatkan) bacaannya oleh imam, makmum tidak wajib membaca bacaan yang di-jahr-kan oleh imam, baik surah al-Fatihah mahu pun bacaan al-Quran lainnya.



Dalam hal itu juga salah satu daripada dua pendapat Imam asy-Syafie iaitu Qaul Qadim (pendapat lama), juga pendapat Imam Malik dan sebuah riwayat daripada Imam Ahmad bin Hambal, berdasarkan dalil-dalilnya. Menurut (Qaul Jadid), pendapat Imam asy-Syafie yang baru, dalam solat yang di-jahr-kan bacaannya, seorang makmum hanya diwajibkan membaca surah al-Fatihah saja pada saat-saat berhentinya imam. Ini pendapat sekelompok sahabat dan tabiin, dan Tabiut Tabiin.

Abu Hanifah dan Ahmad bin Hambal berkata: Seorang makmum tidak diwajibkan sama sekali membaca bacaan, baik dalam solat yang di-sirr-kan (diperlahankan) mahupun yang di-jahr-kan (dikuatkan). Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: Barang siapa solat bersama imam, maka bacaan imam itu adalah bacaan baginya. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya. Adapun dalam kitab al-Muwaththa, karya Imam Malik, daripada Wahab bin Kaisan, daripada Jabir, sebagai hadis mauquf. Dan inilah yang lebih benar).

Imam Abu Abdillah al-Bukhari sudah memaparkan secara khusus dalam sebuah kitab tersendiri dan beliau memilih untuk mewajibkan bacaan bagi makmum di belakang imam, baik dalam solat yang diperlahankan atau dikuatkan.

Wallahualam. 0 ulasan

Ahad, 4 April 2010

Lagu Rakyat Terengganu ~ Ulek Mayang

0 ulasan

bharian: Bahasa Melayu teras perpaduan generasi warisan

Oleh Wan Zainon Wan Awang

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/01)

Ribuan manuskrip lama simpanan dalam dan luar negara jelaskan kepentingan, kedudukan

BERAPA ramaikah di antara kita tahu bahawa bahasa Melayu adalah satu bahasa penting di rantau Kepulauan Melayu suatu ketika dulu? Ia bukan saja dipertuturkan oleh jutaan penduduk di rantau ini malah ia pernah melalui sejarah hidup yang panjang sejak kehadirannya puluhan abad lalu.

Bahasa Melayu purba dikatakan sudah wujud di Champa pada abad ke-2 Masehi (M) dan ia terus berkembang pesat. Pada abad ke-4 Masehi, beberapa prasasti atau batu bersurat dalam bahasa Melayu kuno ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Tourane, Vietnam dan beberapa prasasti lagi ditemui di Sumatera, Jawa, Seberang Perai, Kedah, selatan Thailand, Filipina, Vietnam dan Kalimantan pada abad ke-7M.

Penemuan prasasti bertarikh 1303M di Kuala Berang, Terengganu dengan bentuk tulisan Melayu-jawi serta kata-kata pinjaman bahasa Arab menandakan tahap baru dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu. Ini disusuli penemuan prasasti antara abad 14-18M di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah, Sumatera, Brunei dan Kalimantan serta manuskrip pada kulit kambing, gading, kulit kayu, kain dan juga kertas.



Bermula awal abad ke-19, orang Barat datang membawa bersama pengaruh bahasa mereka dan teknologi moden seperti mesin pencetak dan kapal api. Dasar mereka juga menyaksikan pembukaan banyak sekolah Melayu dan peluang pembelajaran lebih meluas kepada penduduk tempatan.

Penerbitan pesat buku, akhbar dan majalah berbahasa Melayu dengan tulisan jawi dan rumi di Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura menyumbang kepada bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu mula mencapai tahap bahasa moden dengan perbendaharaan kata, istilah dan gaya penulisan baru. Bahasa Melayu dikatakan bertapak kukuh pada abad ini.

Sejak sebelum penjajahan British, bahasa Melayu sudah mencapai kedudukan penting dengan berfungsi sebagai bahasa perantaraan, perhubungan, pentadbiran, perundangan dan kesusasteraan. Seawal abad 16 hingga 18, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca di seluruh rantau Kepulauan Melayu. Prof Ismail Hussein dalam bukunya Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita, berkata bahasa Melayu adalah satu daripada 200 bahasa dalam Kepulauan Melayu.
Kesederhanaan sifat dan bentuk bahasa Melayu itu menjadikannya mudah diterima sehingga menjadi bahasa perantaraan yang popular dan penting di rantau Kepulauan Melayu. Walaupun pelbagai ragam, dialek dan bahasa daerah digunakan oleh masyarakat setempat apabila berhubung sesama mereka, namun apabila ada keperluan berhubung dengan orang luar, satu bahasa umum digunakan iaitu bahasa Melayu.

Bahasa Melayu juga adalah bahasa kesusasteraan. Ia dibuktikan dengan penemuan hasil karya dan kesusasteraan lama seawal 1380M iaitu syair berbahasa Melayu yang terukir pada sebuah batu bersurat di Acheh. Selain itu, Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri yang dipercayai syair tertua dikarang sekitar 1606-1636, Syair Siti Zubaidah, Syair Dandan Setia dan Syair Ken Tambunan.

Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka pula membuktikan bahasa Melayu juga menjadi bahasa perundangan utama di rantau ini seawal abad ke-15. Banyak lagi dokumen perundangan lain yang boleh ditemui seperti perjanjian, pajakan, pemasyhuran, surat kurnia dan juga surat akuan kebun.

Ribuan manuskrip lama bertulisan Melayu-jawi yang berada dalam simpanan institusi dalam dan luar negara dapat menjelaskan kepentingan dan kedudukan utama bahasa Melayu sejak sekian lama di rantau ini. Antaranya, surat kiriman daripada Sultan Ternate, Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh 1521 dan 1522M.

Keindahan bahasa dan gaya penulisan yang pelbagai juga tergambar dalam koleksi surat lama Raja Melayu yang berada dalam simpanan Arkib Negara. Koleksi paling terkenal ialah surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah. Kumpulan surat yang mendapat pengiktirafan Unesco sebagai koleksi agung warisan dunia ini bertulisan Melayu-jawi.

Ketika penjajahan British bermula pada awal abad ke-19, kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan perantaraan diteruskan. Straits Government Gazette bertarikh 4 November 1859 menetapkan semua pegawai British yang berkhidmat di bawah kerajaan Negeri-Negeri Selat di Tanah Melayu dikehendaki lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan atau kenaikan pangkat mereka.

Mereka mestilah boleh membaca dan menterjemahkan satu petikan dari buku Sejarah Melayu dan bertutur mengenai sesuatu topik serta menulis dalam bahasa Melayu. Walaupun peraturan ini bertujuan memudahkan mereka berhubung dan memberi arahan kepada orang tempatan, setidak-tidaknya, penggunaan bahasa Melayu kekal terjamin dan kepentingannya diiktiraf.

Pada masa sama, penjajah tetap mengutamakan bahasa mereka. Bahasa Inggeris diserapkan penggunaannya dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan. Tulisan Melayu-rumi yang diertikan sebagai Romanised Malay diperkenalkan dan penggunaannya juga semakin berkembang pesat dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Ia kian beransur menggantikan tulisan Melayu-jawi.

Selepas Perang Dunia Kedua, senario menampakkan perubahan lebih ketara. British mengubah dasar dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai penghantar dalam sistem pendidikan. Bahasa Melayu juga diguna tetapi hanya untuk pendidikan pada peringkat sekolah rendah.

Pada 1949, timbul suara-suara agar dikembalikan kedudukan bahasa Melayu.

Akhbar seperti Majlis serta banyak parti politik memainkan peranan mengutarakan isu. Gesaan juga diterima daripada Raja-Raja Melayu. Lembaga Bahasa Melayu yang ditubuhkan pada 1950 serta Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu menggerakkan usaha padu untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan.

Mulai awal 1950-an, Majlis-Majlis Negeri mengeluarkan ketetapan berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Beberapa cadangan dan usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan melalui Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau Laporan Barnes, Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957.

Dewan Bahasa dan Pustaka serta Maktab Perguruan Bahasa ditubuhkan bagi memperkukuh dan memartabatkan bahasa Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, termaktublah dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Penyata Rahman Talib 1960 disusuli penggubalan Akta Pelajaran 1961 serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan 1967, disambut dengan Akta Pelajaran 1972 dan 1996 memperteguhkan lagi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Semua dasar, keputusan dan perundangan yang digubal ini tidak lain tidak bukan, bertujuan memartabatkan bahasa Melayu sekali gus membentuk identiti kebangsaan dan jalinan erat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama yang semakin meningkat bilangannya di negara ini.

Kemurnian hasrat yang tersirat ini harus difahami dan diterima semua pihak. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan teras perpaduan di kalangan rakyat dan juga pengikat perpaduan di antara negara serantau yang sama-sama berkongsi sejarah, budaya, seni dan peradaban bangsa.



Sebagai anak watan, kita juga seharusnya meletakkan rasa bangga terhadap bahasa kita sendiri. Jika orang luar boleh menunjukkan minat yang mendalam terhadap bahasa Melayu seperti Mubin Sheppard, R J Wilkinson, W G Shellabear, R O Winstedt, J Crawfurd, O T Dusseks dan W W Skeat yang banyak mempelajari, mengkaji dan menghasilkan buku serta penulisan mengenai bahasa Melayu, mengapa tidak kita?

Pencemaran bahasa Melayu menjadi satu lagi isu yang tidak tertangan lebih-lebih lagi dengan suasana pembelajaran kini yang bebas, tiada sempadan dan jarak. Jika dibiarkan, keindahan dan keunikan bahasa Melayu bisa lenyap ditelan arus zaman.

Justeru, kita semua harus memikul tanggungjawab mendidik dan memelihara serta lebih bertekad dan tegas dalam memperjuangkan kepentingan bahasa Melayu agar warisan dan nilai bangsa ini kekal berpanjangan. Bagi anak Melayu kini sebagai pewaris, perlu lebih peka kerana di bahu merekalah tanggungjawab menjunjung kemurnian bahasa ibunda ini bakal diletakkan. Kerana kalau tiada bahasa, lenyap jiwa bangsa.


Penulis ialah Pegawai Arkib di Arkib Negara
0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...